Alor Setar: Gabungan Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, semalam membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menukar logo barunya dari skuad Kenari kepada Helang Merah seperti diluluskan dalam kongres KFA 2013, baru-baru ini.
Antara kelab yang bergabung membantah pertukaran logo berkenaan ialah hijaukuning.com, kenari fans squad, ultras Kedah, peminat bola sepak Kedah dan penyokong setia hijau kuning.
Mereka mendakwa penggunaan logo baru itu tidak relevan kerana logo dan maskot adalah dua entiti berbeza.
Jurucakap gabungan itu, Muhammad Adhan Mat Aji dalam satu kenyataannya berkata mereka bukan tidak mahu menerima sebarang pembaharuan sebaliknya jika hendak ditukar biarlah logo itu lebih dinamik, teratur, kemas dan berdaya saing tanpa menenggelamkan logo asal.
Idea bapa pembangunan
Katanya, jika KFA hendak menukar maskot dari Kenari kepada Helang Merah mungkin ia tidak begitu meninggalkan kesan kepada peminat kerana logo dan maskot adalah dua entiti berbeza.
Bagaimanapun, katanya jika membabitkan logo ia lebih dirasai kerana logo berkenaan antara idea bapa pembangunan bola sepak Kedah, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil.
“Sebagai contoh, dalam logo Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA) terdapat harimau, tetapi mereka menggunakan maskot seladang, manakala burung kenyalang bagi logo Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), tetapi mereka menggunakan maskot buaya.
“Berdasarkan contoh berkenaan kami amat berharap KFA dapat menimbang semula perkara ini demi sokongan peminat kepada pasukan Hijau Kuning itu terus menjadi tawar,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah berkata, pihaknya amat terkilan dengan pertukaran logo baru KFA itu kerana ia dibuat tanpa mengambil kira pandangan peminat setia bola sepak Hijau Kuning.
bertahun-tahun aku tertanya dalam senyap kenapa binatang pondan seperti Kenari dipilih. aku agak satu senarai binatang diberi dan cabutan undi dibuat dan Kedah bernasib malang dan tercabut kertas tulis Kenari maka terpaksa pilih Kenari. rupanya-rupanya fakta sebenar, mereka memilih haiwan pondan ini secara sukarela. apa punya bangang! napa kau tak pilih lipas aja buat maskot.
Kassim_Patalon posted on 25-12-2013 07:17 AM
@axl_bach ada orang panggil
yezzaaaa,ada hapa yeop....
pada aku isu nih lebih kepada sentimental value peminat skuad hijau kuning terhadap sumbangan dan jasa bapa pembangunan Bola Sepak Kedah iaitu Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil........"Kenari", "Biar Jasa Jadi Kenangan" dan lagu pasukan Kedah "Kedah Pantang Kalah" sumer tu adalah hasil idea Dato yg sgt2 berjasa dlm menjadikan Kedah sebuah pasukan yg disegani pada era semi-pro dahulu......
aku x menolak pembaharuan or apa2 perubahan pada pasukan Hijau Kuning, apa yg aku harapkan adalah Kedah kembali menjadi pasukan yg disegani dan digeruni seperti era penghujung 80-an,awal 90-an dan ketika era 2005-2008 dahulu.......
ni frenly yg baru2 nih pun bleh kalah 1-0 dgn skuad Haria Penang, aduhhhhhh
sekngucing posted on 25-12-2013 04:57 AM
ni penting,sebab tradisi
bab kualiti tu, aku rasa pasukan kedah akan mantap musim depan
yup,lebih kepada tradisi dan juga ingatan terhadap Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil......bab kualiti mmg aku berharap Kedah akan kembali bangkit utk mencabar tempat ke Liga Super 2015 dan kejuaraan Liga Perdana, n mencabar kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia
dgn kesetiaan Baddrol Bakhtiar dan Khyrill Muhymeen aku harap dorg dan rakan2 dpt membawa Kedah kembali menjadi skuad yg mantap semantap era 06/07 dan 07/08......