|
PELAKON cantik, Julia Robert, 46, mengakui, cara didikan merupakan sesuatu yang penting dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Menurut ibu kepada Hazel, Phinnaeus dan Henry ini, cara didikan ibu bapanya sedikit sebanyak mempengaruhi caranya dalam mendidik anak-anak.
"Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat tegas dan saya akui, ianya terbawa-bawa dalam cara didikan saya untuk anak-anak.
"Namun, saya rasa, cara ini sememangnya berkesan kerana lihat sahajalah saya pada hari ini," katanya.
|
|