CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2749|Reply: 19

[Jenayah] Penyebaran agama bukan Islam dikesan

[Copy link]
Post time 18-12-2013 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Penyebaran agama bukan Islam dikesan           Oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF ZOKI
[email protected]
Muka  hadapan komik yang bertajuk Isa Al Masih Kalimatullah yang mengandungi karikatur Nabi Isa.


SHAH ALAM 17 Dis. - Kebimbangan masyarakat Islam terhadap penyalahgunaan kalimah Allah di samping terdapat agenda tersembunyi di sebaliknya ternyata benar apabila satu gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka dikesan di bandar raya ini.
Modus operandinya bukan lagi tersembunyi malah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan lelaki dan wanita di sekitar bandar raya dengan menjadikan kawasan tumpuan remaja dan pelajar sebagai sasaran mereka.
Kumpulan terbabit yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat (AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita tempatan dipercayai dari Sabah bergerak mendekati golongan muda di kawasan ini minggu lalu.
Difahamkan kegiatan itu sudah bergerak aktif sejak awal tahun ini dan mereka bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan tujuan berkenaan.
Kebenaran mengenai kegiatan itu terbongkar apabila wartawan Utusan Malaysia sendiri didekati oleh kumpulan berkenaan minggu lalu dengan membawakan penerangan mengenai beberapa konsep dalam ajaran agama tersebut seperti pengampunan dosa, syurga dan neraka.
Kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ini agak licik kerana mereka terlebih dahulu cuba bermesra dengan kelompok sasaran sebelum membawa kepada perbualan yang lebih lanjut.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut memberikan beberapa buah buku tafsiran yang menerangkan mengenai kejadian Nabi Isa menurut kepercayaan agama tersebut. Buku-buku yang diberi itu juga mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam isi kandungannya.
Tanpa sebarang rasa bersalah, kumpulan itu menjadikan Melayu dan Islam sebagai sasaran.
Sedangkan tindakan itu menyalahi dari segi perundangan kerana sebarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam adalah dilarang sama sekali di negara ini berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
Berdasarkan perbualan dengan salah seorang ahli kumpulan itu, mereka dikatakan berada di sekitar kawasan i-City di sini untuk melakukan kegiatan itu.
Bagi menarik perhatian golongan muda, kumpulan tersebut juga mengedarkan sebuah komik berunsur agama tersebut secara percuma kepada sasaran yang ditemui.
Komik yang memaparkan mengenai kisah hidup Nabi Isa yang secara tidak langsung bercanggah dengan al-Quran turut mengandungi ilustrasi kisah kehidupan dan kewujudan Nabi Isa yang dilakarkan dalam bentuk kartun.
Muka hadapan komik itu tidak mencatatkan sumber penerbitannya namun ditulis perkataan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Penceritaan dalam komik dengan ilustrasi mengenai agama bukan Islam itu dikhuatiri dapat menjejaskan kepercayaan serta akidah umat Islam.
Selain itu, kumpulan tersebut juga menyebarkan beberapa buah buku tafsir sebuah kitab yang tertera kalimah Allah di dalamnya.
Isi kandungan dalam buku itu mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam setiap penerangan yang diberikan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2013 02:32 PM | Show all posts
Orang ramai minta pihak berkuasa agama segera bertindak

KIRI Ridhwan Saad, Abdul Latip Ahmad, Shayril Anuar

SHAH ALAM 17 Dis. - Orang ramai khususnya umat Islam di bandar raya ini melahirkan rasa bimbang dengan wujudnya kegiatan penyebaran agama bukan Islam yang menjadikan kawasan tumpuan pelajar Melayu sebagai sasaran.

Kegiatan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga asing dan rakyat tempatan itu dikatakan aktif melakukan secara terbuka tanpa mengambil kira sasaran mereka itu merupakan orang Melayu dan Islam.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ridhwan Saad, 23, berkata, kegiatan tersebut adalah satu tindakan yang sengaja menyebabkan rasa tidak selesa dalam kalangan umat Islam dan ternyata bercanggah dengan undang-undang negara.

‘‘Tindakan menyampaikan dakyah kepada orang ramai adalah satu cara yang biadab dan mereka juga tahu sasaran mereka ialah orang Melayu yang semestinya beragama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas tindakan kumpulan lelaki dan wanita yang dikenal pasti cuba menyebarkan dakyah agama bukan Islam kepada orang Islam di sekitar Shah Alam baru-baru ini, katanya, perkara itu merupakan satu isu besar kerana melibatkan akidah umat Islam dan harus diambil tindakan yang serius oleh pihak berkuasa.

Kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Latip Ahmad, 60, pula berkata, pihak berkuasa perlu menyekat aktiviti kumpulan yang dikenal pasti menyebarkan ajaran berkenaan dalam kalangan umat Islam di bandar raya ini.

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Shayril Anuar Jamaluddin, 27, berkata, pihaknya menyedari perkara seperti itu bukan isu baharu sebaliknya pernah terjadi sebelum ini.

Katanya, sebelum ini seorang rakannya cuba ditawarkan wang oleh sebuah kumpulan untuk ke gereja bagi mendengar penerangan mengenai agama tersebut.

‘‘Isu ini merupakan perkara besar melibatkan akidah umat Islam. Kita harap remaja yang didekati kumpulan terbabit tidak terpedaya sebaliknya perlu berpegang teguh pada ajaran Islam.

‘‘Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dan memantau kegiatan seperti itu bagi mengelakkan umat Islam terutama remaja daripada terjebak dengan dakyah tersebut," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... indak#ixzz2no0cfeAH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 02:34 PM | Show all posts
Gigih betul nak alihkan perhatian...muakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 03:39 PM | Show all posts
kebebasan berugama
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 03:44 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:01 PM | Show all posts
Ugama syiah laknatullah kah ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2013 05:03 PM | Show all posts
bahaya ni...takut ade ayat John 4:8...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:04 PM | Show all posts
so.........?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 05:13 PM | Show all posts
dulu ckp kalau DAP menang federal akan jd camni.. tp DAP tak menang pun leh jd camni gak??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:17 PM | Show all posts
nak alih perhatian le tu..

nanti kecoh la syiah sana sini.. kristian sana sini..

melayu mudah lupa..

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:29 PM | Show all posts
Ini Mormon nie. Sedari dulu lagi dah ramai diorg kat Sarawak, sampai skarang pun ada. Diorg biasanya akan approach bangsa2 Bumiputera non-Muslim. Kalau diorg tau korg Muslim, diorg takkan kacau punya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:46 PM | Show all posts
baru cai PR nak seronok rating Najib merudum.

selalunya kes-kes agama/murtad macam ni pendirian PR
ialah;
DAP sokong
PKR pusing-pusing belit
PAS ikut konsensus DAP/PKR sebelum buka mulut

UMNO akan buat demo bantah.

maka Najib akan terus menang PRU14!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 06:52 PM | Show all posts
jadi sesiapa yg berpendirian biarlah kalimah Allah itu diguna pakai oleh agama lain...bolehlah kamu bergumbira sekarang ini...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 09:11 PM | Show all posts
Muntz posted on 18-12-2013 05:29 PM
Ini Mormon nie. Sedari dulu lagi dah ramai diorg kat Sarawak, sampai skarang pun ada. Diorg biasanya ...

Cif mormon ...meke ..dapek buku emas ..dah siap dibukukan ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 09:54 PM | Show all posts
Kat jepun pun ada..

depa target muka nusantara dan beragama islam.

Aku ngan member tengah jalan2 kat tokyo tetiba ada minah indon sapa kami.

Dengan senyum lebaq sampai ketelinga cuba beramas mesra dengan kami persis member kamcing walhal haram tak kenal.

Ujung2 dia buat keluaq pamplet ajak kami pi gereja berdekatan sambil cakap akan diberi sedekit wang.

Kami pun cakap "Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" dan terus belah.

Apa pompuan indon itu ingat harga iman orang melayu sunni syumul pernah pegi oberci cam kami ni murah ka ?!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:07 PM | Show all posts
Senang depa ada kena backing oleh kabel besar seperti Lion dan Rotary club yg ada kaitan dgn zionis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 10:19 PM | Show all posts
mormon? ada ka di malaysia mormon?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:20 PM | Show all posts
ifanonline posted on 18-12-2013 05:03 PM
bahaya ni...takut ade ayat John 4:8...



Haku pun tunggu patwa kapiaq Paderi John 4:8
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:34 PM | Show all posts
org2 kampung level mental rendah je xtau beza benda2 ni....nak2 penyokong tegar parti tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:40 PM | Show all posts
lagi sokong pelukis kartun Crayon Shin Chan, Allahyarham Yoshito Usui yang menganut ugama Jehovah Witnesses
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.094353 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list