CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4429|Reply: 19

Siri - I wouldnt Go In There by National Geographic

[Copy link]
Post time 17-12-2013 11:36 PM | Show all posts |Read mode




Salam, semua pembaca, artikel ini ditulis menggunakan bahasa melayu, sesiapa yang tidak faham, sila belajar bahasa melayu, anda boleh belajar bahasa inggeris untuk memahami bahasa inggeris, belajar bahasa korea untuk tunjuk skil, belajar bahasa jepun untuk berlagak depan perempuan, jadi gunalah alasannya yang anda fikirkan sesuai untuk belajar bahasa melayu.

Cukup dengan pembuka kata yang mencabar ini. Mesti anda tertanya mengapa video ini di letak di sebelah atas, ianya kerana saya nak anda lihat dahulu videonya sebelum membaca artikel ini.

Video terbitan National Geographic - iwgt memaparkan kisah tentang muzium perang di Penang.
Di sana terdapat kisah hantu yang diceritakan oleh pekerja mereka (bukan org tempatan)
lalu VJ nya cuba mencari bukti disebalik cerita tersebut, walaupun dia mengatakan dia tidak mempercayai hantu namun beliau tetap mencari bukti tentang cerita tersebut. Seperti jack mencari kacang ajaib dalam masa sama jack sendiri tidak percaya terdapatnya kacang ajaib di dunia ini!

Kemudian, setelah beliau tidak berpuas hati dengan 'hiburan' yang terdapat di muzium perang tersebut, beliau seperti menyindir tentang 'keghairahan' masyarakat Malaysia yang seakan kolot dan mudah menyebarkan cerita karut walaupun beliau mendengar cerita dari seorang yang bukan warga Malaysia, yang secara kebetulan telah bekerja selama 11 tahun dan hanya terkena gangguan sekali sahaja (sangat bertuah!).

Sebelum itu, beliau juga berjumpa dengan seorang pekerja yang mahir berbahasa inggeris, (penulis juga beranggapan dia bukan warga tempatan).
Namun jika benar, dia sangat mahir berbahasa inggeris dan telah 'membocor'kan segala taktik muzium tersebut yang menghidupkan suasana seram seolah-olah ianya adalah tarikan utama walaupun ianya adalah muzium perang!

Kemudian, setelah VJ yang kelihatan seperti berketurunan Tiong Hua mengetahui tentang kisah Soong Hik, secara tiba-tiba ibarat hantu melintas, tajuk episod ini berubah kepada - Malaysia: Sook Hin Tragedy.
Dan penonton kemudian dibawa mengikuti VJ tersebut menjalankan penyiasatan terhadap kejadian tersebut (yang nampaknya begitu teruja). tentang bagaimana Jepun membunuh warga cina ketika pendudukan mereka di tanah melayu dan beralih kepada kenapa Jepun begitu membenci orang-orang cina. Dan rasanya ketika inilah tajuk episod ini sesuai ditukar kepada Malaysia: why the japanese hate the chinese?

Setelah mendapat banyak liputan sejarah yang tidak formal, kecuali seorang yang nampak seperti menghafal pelbagai tahun-tahun penting yang langsung tidak di ceritakan di dalam buku teks sejarah negara kita.
begitulah hebatnya penyiasatan mereka, sehingga peristiwa yang tidak melambangkan sejarah tentang Malaysia juga boleh dimasukkan ke dalam buku.

Namun, penulis tertarik bagaimana VJ menemuramah tiada seorang pun orang melayu kecuali seorang (selebriti) yang membawanya ke sebuah rumah hantu yang tidak juga diketahui puncanya apa kena mengena dengan tajuk muzium perang dan rumah berhantu?

Barangkali, ianya ingin menunjukkan bahawa orag melayu lebih supersitious manakala yang lain2 lebih intelektual. Ianya menimbulkan kekecewaan kepada penulis, bukankah sejarah pendudukan tentera Jepun meninggalkan kesan mendalam kepada semua rakyat TANAH MELAYU. Namun VJ rasanya membeli buku info tentang "How to know Malaysia in 1 Second" sehingga terlupa tentang kewujudan kaum lain yang sepatutnya lebih dapat memberi gambaran tepat tentang sejarah tanahair sendiri kerana tetuan rumah bukankah lebih tahu tentang rumahnya?

Tidak mengapalah, kerana penerbitannya juga untuk mengetahui tentang sejarah pembunuhan beramai-ramai.
Bukan tidak penting, tapi bermula daripada penyiasatan tentang sejarah dan mitos negara tapi berakhir dengan kepuasan VJ mencapai matlamat peribadinya, sudahlah begitu, negara juga sempat disindirnya. adakah rakyat kita terlibat? Obviously tidak, tapi orang lain.

kebetulan sebelum para pembaca tertanya tentang mengapa 'teruja'nya saya ingin mereview cerita ini, ialah apabila seorang ahli paranormal hebat yang lama bertapak di Malaysia ini memberitahu bahawa dia terlibat sebagai pakar rujuk untuk produksi ini. Ternyata penglibatannya tidak berhasil walaupun dia sendiri yang beriya-iya mengatakan bahawa Muzium ini berhantu! (mungkin ada masalah komunikasi)

Perlulah saya bertegas kerana ini negara saya, tempat saya bernaung, tempat tumpah darah dan jasa. Jika digelakkan negara mana lagi mahu dijunjung? barangkali sebuah jajahan di bulan? marikh?

Malaysia bukan dibina atas cakap kosong dan wang ringgit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 11:36 PM | Show all posts
ok ini mmg ditujukan khas kepada siri IWGIT

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 12:03 AM | Show all posts
dh tgk dokumentari cerita nie sebelum thread nie timbul bang...

biasa la dorg nie cari publisiti je..
nk real mai tgk, kita masuk sekor kat dia@kru2 produksi dia...  baru ada akai....!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 12:10 AM | Show all posts
mnSK posted on 18-12-2013 12:03 AM
dh tgk dokumentari cerita nie sebelum thread nie timbul bang...

biasa la dorg nie cari publisiti ...

baru dorg ada akai.
marah org penang dok kata lagu tu.

apsal depa tak pi cari org penang tanya?


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lalu pon dh seram...inikan nk masuk...mmg x pnh masuk pon...even dulu siang pagi malam subuh dok lalu..hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 07:48 AM | Show all posts
menarik gak program ni... slalu tgk time tgh workout kat gym... tapi tgk gambo jer la sepatah haram tak tau sbb diorg mute kan... pas tu subtitle pon tak der... hampeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2013 10:19 AM | Show all posts
muzium perang penang memang banyak hantu,
hubby penah main perang2 kat sana gan kawan2 dia, lebih besh main malam2 hehe
rifaa penah tepek gamba kat thread ape ntah masa dorang men perang2 tu
memang ada nampak la entiti tu and byk giler orbs

Last edited by rifaa on 18-12-2013 10:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:22 AM | Show all posts
Aku dah pernah tenguk a few episode. Host tu memang tujuan dia pergi ke semua tempat tu sebab nak buktikan tempat tu tak ada paranormal activity pun.

Tak best pun IWGIT ni. Aku lagi suka Hidden Cities yg host dia Anthony Morse tu. Dia pun ada gi Muzium Perang Penang tu, Kellies Castle etc. dia punya coverage pasal Muzium Perang Penang tu lagi best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
krukx posted on 18-12-2013 10:22 AM
Aku dah pernah tenguk a few episode. Host tu memang tujuan dia pergi ke semua tempat tu sebab nak bu ...

Itu la pengacara rancangan ni mcm nak cari glemer jer.. kengkonon nak buktikan kat mana-mana tempat yg dia pegi itu takde entiti pun,org-org sekitar jer yg taksub bagai..taula dia tu membesar kat luar Asia,rasanya kalau dia mmg asal rantau sini..dia x kan pandang perkara ni sebelah mata jer..kalau diikutkan msyrkat tionghua pun percaya ngan benda-benda paranormal ni..
Xde ker yg boleh hantar surat ke ape kat produksi rancangan ni,cabar drg berkampung kat tempat yg mmg angker giler kat sini..sure-sure la drg akan terkucil dlm sluar nanti..tobat x nak cakap besar dah..bodo suwey ni..
Tapi majoriti org barat @ org yg ada mentaliti cam drg ni mmg x percaya sgt kat perkara-perkara mcm ni..dulu kat tempat aku keje,gangguan paranormal mmg sgt teruk sampai ada staff yg cedera..bos aku asal dr UK & dia x ambik port langsung hal tu..terpaksa la staff local yg selesaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 11:45 AM | Show all posts
So, boleh ke kata kesimpulannya orang2 local biasanya dimomokkan dengan cerita gangguan halus yang tak berasas?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dh tgk, penyiasatan dia yg membawa pada kisah lain..berangkai2 kisah dia.cuba untuk mencari apa sebenarnya berlaku disebalik kisah mistik yg terjadi..jgn taksub sgt la dgn hantu maksud dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:00 PM | Show all posts
Tapi betul hape, kat muzium perang penang tu siap ada pameran hantu, kekal kalau tak salah aku. Kat tempat lain orang ketengahkan hal sejarah, cerita hantu/penunggu kat bakcground aje.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 10:24 PM | Show all posts
dia ni sebenarnya tak paham apa maksud hantu dan jin. dia hidup kat amerika tu jin dan syaitan rupanya tak sama cam pontianak kat sini. jin pun tau ikut peredaran zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 07:52 AM | Show all posts
Takpun siri ni cuma nak kata semua tempat dia pergi tu semuanya takde hantu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 08:54 AM | Show all posts
vj ni macam nak suruh orang jangan percaya kepada entiti / myth yang ada tu bulat2.. dia akan menyiasat sejarah tempat tu macamne sampai boleh ada benda2 mistik, myth segalanya.. nak buktikan keperitan, kesengsaraan keadaan dulu2 yang melahirkan cerita2 seram, menakutkan.. tapi silapnya, vj tu seolah2 memperkecil2kan terus myth2 yang ada.. memula dia momokkan penonton myth yg menyeramkan pastu terus dia seolah2 perlekehkan je.. aku pun just tengok yg rumah atas bukit kat korea tu dgn muzium perang penang.. citer kat penang tu pun tukar lain bila dia sibuk cari kubur besar orang cina tu...

dan mungkin betul kata abam alphawolf.... misi dia cuma nak buktikan semua tempat yg ada myth ni takde apa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 10:39 AM | Show all posts
lagi best tengok ghost hunter..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2013 10:08 PM | Show all posts
alphawolf posted on 19-12-2013 07:52 AM
Takpun siri ni cuma nak kata semua tempat dia pergi tu semuanya takde hantu?

dia silap kat situ, muzium perang tu mmg keras mengikut kata orang tempatan.
cuma dia bernasib baik, dia datang ditemani krew filem dan tentunya seisi pekerja muzium tu pun ada nak tgk shooting punya pasal.
dia bukan nak buktikan sumer tempat ada hantu, dia just nak buktikan yang dia beranai pergi tempat yg takde hantu.

Dasar sial

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 10:47 AM | Show all posts
Vj ni memang ada rasa bongkak sikit. ada 1 episod tu, kat korea tak silap. dia join masyarakat sana 1 ritual konon2 nak jumpa org yg dah mati lah contohnya family member yg dah mati. mata semua kena tutup & fokus.

lepas ritual tu dia ckp dia tak nampak & tak rasa apa2 pun. dia nak buktikan yg hantu tu tak wujud tp org lain yg join ritual tu dpt rasa je kehadiran hantu/roh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 10:52 AM | Show all posts
aku pon layan gak IWGIT ni..best gak dpt banyak info..tp x seme antu tu nak tercongok depan dia time dia ada..antu pun banyak keje lain nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:04 PM | Show all posts
WawaRaRa posted on 18-12-2013 07:48 AM
menarik gak program ni... slalu tgk time tgh workout kat gym... tapi tgk gambo jer la sepatah haram  ...

mmg la mute...dh lain2 cerita yg ditayang.... x request head phone ke???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 1.132251 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list