CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5017|Reply: 45

[Tempatan] Melaka nak buat highway sendiri

[Copy link]
Post time 13-12-2013 09:42 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA 12 Dis. - Kerajaan negeri merancang membina lebuh raya bertol sepanjang lebih 60 kilometer (km) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku pada setiap hujung minggu dan cuti umum.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pembinaan lebuh raya melibatkan tiga fasa itu dijangka menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah yang masih dalam perbincangan.
Katanya, lebuh raya itu akan mengelilingi bandar raya Melaka melalui tiga susur keluar dari Plaza Tol Simpang Ampat, Plaza Tol Ayer Keroh dan Plaza Tol Lipat Kajang di Jasin.
"Pada dasarnya kita bersetuju untuk mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat bagi pembinaan lebuh raya bertol bagi mengatasi kesesakan teruk di bandar raya Melaka.
"Masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini masih menghantui ramai pelancong khususnya sewaktu musim cuti sekolah, musim perayaan dan cuti hujung minggu.
"Kita khuatir jika masalah ini tidak diatasi akan menjejaskan semangat pelancong untuk datang ke Melaka sedangkan kerajaan negeri mengharapkan kedatangan mereka sebagai penggalak kepada kegiatan ekonomi," katanya di sini semalam.
Idris berkata, mesyuarat Exco semalam bersetuju mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tersebut.
Menurutnya, lebuh raya itu akan melalui kawasan perindustrian dan lokasi tumpuan pelancong khususnya di sekitar Bandar Hilir dan kawasan berdekatan.
Katanya, mengikut pelan, lebuh raya tersebut akan bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui Bukit Katil-Seri Mendapat-Padang Temu- Melaka Raya-Limbongan-Klebang -Batang Tiga-Bukit Rambai-Bertam Ulu dan Krubong.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 09:46 AM | Show all posts
"Masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini masih menghantui ramai pelancong khususnya sewaktu musim cuti sekolah, musim perayaan dan cuti hujung minggu.


kesesakan bukan saja menghantui pelancong...turut menghantui rakyat negeri melaka sendiri...nak gi keja, nak kemana-mana pun jem...parking turut bermasalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 09:53 AM | Show all posts
sapp73 posted on 13-12-2013 09:46 AM
kesesakan bukan saja menghantui pelancong...turut menghantui rakyat negeri melaka sendiri...nak  ...

KM hanya kesiankan pelancong..korang rakyat apa diorang pendulik..hehe..apa2 pun tahniah..ni msti hasil nasihat ketua menteri mentor melaka..Ali Rustam.. tok ali shaye
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 09:59 AM | Show all posts
aku dpt rasa xde apa yg istimewanya idriss haron ni......habisla org melakau akan dpt fefeeling tension mcm org KL selangor
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:00 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 13-12-2013 09:53 AM
KM hanya kesiankan pelancong..korang rakyat apa diorang pendulik..hehe..apa2 pun tahniah..ni msti  ...

dah ketentuan ilahi...terima ajelah seadanya..komen lelebih karang KM suruh pindah duk negeri lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:00 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 13-12-2013 09:59 AM
aku dpt rasa xde apa yg istimewanya idriss haron ni......habisla org melakau akan dpt fefeeling tens ...

dah tu ko nk tok ali shaye Ali Rustam balik ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2013 10:02 AM | Show all posts
padahal boleh aje buat highway bertingkat melalui jln sedia ada,,,xpyah rampas tanah org melayu
tapi yelakan...nak deal pembesaran sikit jln dengan org cina...org melayu mmg asyik kalah je dlm rundingan ...lepas tu salahkan syiah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:04 AM | Show all posts
Bukit Katil-Seri Mendapat-Padang Temu- Melaka Raya-Limbongan-Klebang -Batang Tiga-Bukit Rambai-Bertam Ulu dan Krubong.

hampir majoriti tanah melayu...melaka raya mesti tambak punya..... dan history repeating...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 10:07 AM | Show all posts
Bila tambah highway sah2 trapik light pon akan bertambah kat setiap susur keluar highway tu.... makin teruk la jem kat Melaka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
bodo ke hape drang ni? udah2 la tu nk buat highway apa bagai. baikla improve system public transport.. tadek la udara melaka tu tercemar dgn asap2 bas singapore
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:08 AM | Show all posts
kalau weekend tak payahlah masuk bandar hilir... habis masa duduk dlm kete je.. patut bandar melaka area bandar hilir tu depa buat sistem tram...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:13 AM | Show all posts
harap KM baru ni tak ikut jejak langkah Ali ketam buat benda yang mengarut. Cthnya monorel yang ada sekarang...dah tak jalan dah...buat ajelah monorel yang boleh digunakan sebagai pengangkutan awam, selain digunakan oleh pelancong ia turut boleh digunakan oleh rakyat melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:22 AM | Show all posts
beribu ribu tania tuk kerajaan Melaka..kerajaan Pahang sila la berguru dengan kerajaan melaka..kata kaya raya..at least upgrade la jalan Muadzam-Segamat..
By pass kuantan gebeng tu...bila siap fully utilised..bz di pagi hari macam federal hway dah gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:28 AM | Show all posts
Tiada saper nak ikut tol tu, sesak pun time hujung minggu jer

Tpi pernah lah jem panjang dripda tol air keroh smpai highway plus

Cuma xleh lawan jem tol senawang-seremban jelah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 11:16 AM | Show all posts
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pembinaan lebuh raya melibatkan tiga fasa itu dijangka menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah yang masih dalam perbincangan.
berita gembira untuk kontrakto bumiputra ...ya ya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 11:20 AM | Show all posts
jalan brlubang pun ala kadar je ditampanye .... ni nak wat hiway plak ..

rasenye jem kat banda melaka ni sbb byk bgnn tapi smua kosong & takde parking ... park u lar ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 11:26 AM | Show all posts
6 bilion tu,masyuk2
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 11:27 AM | Show all posts
sapp73 posted on 13-12-2013 09:46 AM
kesesakan bukan saja menghantui pelancong...turut menghantui rakyat negeri melaka sendiri...nak  ...

itulah pasal.. naik nyampah bila tgk bny sgt plat2 luar kat Melaka ni.. heheheh sori yer...pembangunan mmg updated. all tip top. tp jem.. semakin teruk la. xpcilaly hr jumat, weken n cuti sek.

lagi 1 kat Klebang. kat area coconut shake tuh... bukan sedap pon coconut shake tuh.. girly yg org Melaka ni pon x kosa n q pjg2 gitu semata2 nak minum coconut shake yg sungguh x sedap rasanya. dah le ice tuh dorang blend kasar2.
best lagi alai coconut shake.. halus jer rasanya..heheheheh

buatlah something wahai CM melaka oiiii. org melaka pon dah naik nyampah dah ni


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 11:28 AM | Show all posts
sapp73 posted on 13-12-2013 10:13 AM
harap KM baru ni tak ikut jejak langkah Ali ketam buat benda yang mengarut. Cthnya monorel yang ada  ...

hehehehhe btl tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 11:35 AM | Show all posts
sebagai orang yg selalu ke melaka, aku lebih suka jika melaka membina pengangkutan awam seperti monorel. Pelajari dari sistem pengangkutan negara maju, atau nk dekat lg singapore atau KL. Bukan apa, melaka ni kecik je.

kalau buat highway, tak semestinya masalah kesesakan dapat diatasi. bila orang masuk jalan biasa, bandar atau pusat2 tarikan, kesesakan akan tetap juga berlaku. Sekarang di melaka dah ada lebuh AMJ dan lebuh SPA. Oleh itu, adalah pilihan jalan alternatif untuk pengguna sebelum sampai ke destinasi masing2.

Highway yang dibina nanti pun akan melalui pinggir2 kampung, bandar dan ia sudah tentu banyak lampu isyarat. Harap2 fikirkanlah semula idea pembinaan highway ni. Buat lapangan terbang besar2 pun tak digunakan sepenuhnya. Ini nak tambah lagi pembinaan highway yang belum tentu berkesan.

harap mereka buat kajian dan fikir dululah. Dan kalau ada tol, penduduk tempatan melaka tentu memilih jalan biasa yang mereka lalui setiap hari.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070183 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list