CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 29-12-2014 03:02 PM | Show all posts
harap2 JC tak patah semangat utk update. Potong stim weh kalu dah type pastu tak keluar. 16k words tue..

Mampu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:05 PM | Show all posts
Mod... @BabeYSHa @medangmru ..tolonglaa cek..why tak kuor..

@Nizamm sabor..JC ade update tu..tapi server problem kot..

@JokesCop cube send semula..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dita85 replied at 29-12-2014 03:05 PM
Mod... @BabeYSHa @medangmru ..tolonglaa cek..why tak kuor..

@Nizamm sabor..JC ade ...

Malam ni aku repost, 2 kali post xkeluar, nanti double post plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:17 PM | Show all posts
JokesCop replied at 29-12-2014 03:09 PM
Malam ni aku repost, 2 kali post xkeluar, nanti double post plak

ouhh...otayy
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:18 PM | Show all posts
dita85 replied at 29-12-2014 07:05 AM
Mod... @BabeYSHa @medangmru ..tolonglaa cek..why tak kuor..

@Nizamm sabor..JC ade ...

HAHAHA
okay
aku tungguuuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Setia menanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2014 11:35 PM | Show all posts
TITLE: Mean Girl 2 [8]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [7]


[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Laina hilang dari rumah dan kembali dgn badan yg agak cengkung..  Anti-SMTBL method sikit last episode, bila antagonist memunculkan dgn cemerlang diakhir2 cerita membuatkan protagonist kelihatan agak goyang..

[You Find Another Way to Bleed My Soul Away]

Suasana halaman rumah Haji Mujib sunyi, sepi dan neglected.. Kalaulah masa ni ada seekor bakteria terpelecok, maybe bunyik kelepap kakinya akan kedengaran akibat keheningan malam tu.. Haji Mujib masih lagi berdiri merenung Laina, emosi Haji Mujib x ketara, dia kelihatan tenang, mata x berganjak dari mata Laina.. Sedikit peluh keluar dari dahinya.. Rokok masih terpegang di jarinya.. Betullah kate pepatah, rokok merbahayakan kesihatan, asal Haji Mujib nak hisap je, musibah besar keluar..

Laina tersenyum, di betulkan side bang haircut yg menutup matanya selepas di tiup angin.. Macam dibaca pemikiran Haji Mujib..

Laina: (tergelak kecil) Haji, kenape tengok Laina mcm pelik je? Nampak hantu ke? Hehehehe..

Peluh dah start berjurai2 turun di dahi Haji Mujib, dia cuba pastikan mahluk ape yg berdiri depan nya.. Laina ke? entiti bunshin (read: menyamar) ke? Laina xcengkung lagi mcm dulu, Muka Laina malam tu berseri, mcm sedikit bercahaya and in fact, mcm Ummi 30 tahun lepas (quote Haji Mujib).. Well, after all, ego lelaki dah berkahwin ni, dia susah nak puji perempuan lagi cantik dari pilihan hati.. Kalau dia puji jugak, maka, musibah jenis apa yg bakal menimpa susah nak diduga..

10 minit aksi merenung dirasakan terlalu cepat utk Haji Mujib.. Ummi dah tercegat didepan pintu rumah, keadaan luar rumah yg tiba2 diam buat Ummi terbangun dari tidur, dia xpercaya dgn tetamu yg datang..

Ummi: Eyh, Laina.. Lewat sampai, makanan pun dah habis..

Itu jelah comeback Ummi pada Laina, walaupun siang tadi masa kenduri kendara, dari cili padi, cili merah sampailah ke cili jalapeno mexico nak disumbat dalam mulut Laina kalau dia nampak lagi budak tu di jerit2kan bersama sanak-saudara, tapi bila "budak tu" muncul, cerita jadik lain.. Masa ni, Ummi yg dah penat satu hari kehulu-kehilir settlekan masalah yg menimpa, last thing yg dia nak, Laina datang.. And, dengan ayat sopan tersebut, harapan Ummi supaya Laina balik sebab makanan dah habis..

Laina: (sedikit menjerit) Ummi!! Ummi sihat?!

Laina peluk Ummi, salam Ummi, 3 kiss di pipi..

Lepas Ummi sebut nama Laina, saudara mara Haji Mujib bangun dan mengambil keputusan untuk beredar, after all, punca masalah dah datang, sebelum derang pun terpalit dgn masalah sekali dimalam2 buta yg agak seram, lagi baik derang check-in Hotel Faridah dan Adik Beradik di tengah bandar, 30 KM dari tempat yg bakal berlaku kejadian yg xdiingini..

Laina masih tanpa memperdulikan tetamu2 yg beredar terus menghujani Ummi dgn pelabagai pertayaan ringan.. Color tema perkahwinan ape? siapa Mak Andam? Kenape Ummi nampak muda 10 tahun sedangkan Haji Mujib yg berkerut2 dekat gazebo nampak mcm tua 10 tahun?

Yes, Haji Mujib masih lagi x masuk ke dalam rumah sambil berkerut2 memikirkan yg datang tu Laina ke siape? Maybe dah jadik habit, dipusing2kan jam tangan di lengannya, simbolik Haji Mujib memikirkan sesuatu masalah..

Pak Lang tetamu yg paling akhir mintak diri disebabkan keretanya parking paling dalam and perbuatan isteri dan anak2nya packing baju yg terkemut2 mcm siput sedut membuatkan dia stuck.. Pak Lang menepuk bahu Haji Mujib..

Pak Lang: Abang, kitorang gerak dulu lah yer.. Terima Kasih..

Baru je Pak Lang nak tunduk mencium tangan Abangnya, terus Haji Mujib tarik..

Haji Mujib: Alang, ko jangan balik lang.. Tolong aku settlekan budak ni..

Pak Lang diam, bukan dia xnak tolong, dia maybe x kisah kalau dalam 5-6 minit lagi Laina dah start terbang sambil mengilai2 dalam rumah Haji Mujib, tapi isteri dgn anaknye tu n00b bende2 mistik ni.. Kalau n00b terserempak dgn benda2 ni, pengsan woo.. Xnaklah wife dgn anak2 dia pengsan..

Pak Lang: Abang, Orang rumah dgn anak kita tu bukan biasa duduk rumah orang lain malam2.. Kita beransurlah ye..

Pak Lang dah start main kita-kita, mengikut pengalaman Haji Mujib, kalau adiknye dah start main kita-kita ni, maksudnya, dia bakal nak menolaklah tu.. Tapi Haji Mujib dah counter plan..

Haji Mujib: Mak Lang, ko naik dengan sedara lain dulu pergi check in hotel.. Alang kene duduk sini..

Pak Lang cuba mengelak..

Pak Lang: Tapi, kita.. Kita.. Kita..

And, Haji Mujib terus ambik kunci kereta Pak Lang dan terus dibuangnye ke semak.. Kunci kereta dah hilang, xboleh balik.. So, Pak Lang kenelah duduk situ and wife dan anaknya terus naik kereta sedara mara lain check in hotel..

[My Shallow Heart's the Only Thing That's Beating]

Haji Mujib dan Pak Lang berdiri tegak di depan rumah.. Haji Mujib xtau mcm mana nak masuk rumah sebab dia nervous.. Pak Lang pun berdiri tegak, confuse nak buat ape? Nak carik kunci kereta dia dulu ke, nak masuk rumah, tapi abangnya x masuk ke dalam rumah lagi.. Situasi dimana Haji Mujib nervous dan Pak Lang confuse hanya pernah terjadik lebih 40 tahun, bila derang in queue nak mengadap Tok Mudim yg tengah menunggang batang pisang..

Belum sempat dua beradik tu grasp situation, Laina dah tercegat depan pintu..

Laina: Haji dan Pak Cik (read: Pak Lang), buat apa duduk luar rumah? Masuklah ke dalam..

Masa ni, otak Haji Mujib mula berpusing 2048rpm (note: rotation/minute) memikirkan ape tindakan sewajarnya, serentak dgn otaknya yg ligat, Haji Mujib terus memusing2kan jam tangannya..

Laina: (Happy) Haji, pakai lagi jam Laina yer??

Senyuman Laina yg menampakkan susunan gigi tu membuatkan Haji Mujib dan Pak Lang automatically berjalan masuk ke dalam rumah.. Terus hang (read: jem, sangkut) rpm Haji Mujib dek penangan ukiran bibir Laina..

Dalam perjalanan tu, sempat Pak Lang bisik ke Haji Mujib..

Pak Lang: Budak ni bukan nak buat kacau ni bang..
Haji Mujib: (bisik) Aku tau la, tu yg aku pelik tu.. Ape yg dia nak buat?

Pak Lang angkat bahu..

Haji Mujib dengan segala ackwardnya duduk di kerusi paling hujung sekali sofanya bertentangan dgn Laina, maybe nak mempersiapkan diri.. Pak Lang yg xtahu nak buat apa pun tanya soalan basic Pak Cik, Duduk kat mana? Keje ape? Nak buat bisnes x? Pakcik ade bisnes bagus, kamu nak join? Pendek kata, soalan basic Pak Cik lah, x sampai tahap soalan basic makcik lagi seperti Bila nak kahwin? Ape nak jadik dgn ko ni x kawen lagi? Ko kenal si Rojita yg selalu keluar kat TV tu? Dengar kate dia pakai susuk, ko pakai susuk x? Pati Rania Gold kunun, Makcik 4 bulan dah pakai, xde mcm dia pun, bohong sume tu!!

Haji Mujib mencelah lepas perbualan Pak Lang diam dalam masa 3 minit..

Haji Mujib: Mane Ummi?
Laina: Dia kate dia buat air.. Laina nak tolong x kasik..

Haihh la Ummi, buat perangai buat air dekat Arab Saudi lagi dia ni..

Perbualan diam agak lama kali ni.. Haji Mujib susun ayat, mcm mana nak tanya apa Laina dah buat dengan majlis kahwin Laina? Kenape buat mcm tu? Kenape xdibawak je lori sampah langgar 18 bijik kereta depan rumah dia? Janganlah dengki family dia, derang x buat salah pun.. Laina just senyum je melayan Pak Lang yg soalan2 pakcik nye dah mula bertukar menjadi soalan ko tau? Dulu Pak Lang ni hebat, belasah 7 orang foreigner sambil sebelah tangan pegang nasik goreng kampung dalam tupperware Mak Lang bekalkan.. Masuk hospital 7 tahun 7 orang foreigner tu.. Mak Lang ko dulu lawa, dalam satu kampung, semua lelaki nak tackle dia, Pak Lang je sorang yg berjaya kahwin dengan dia.. Pendek kate, ackward dan mengisi masa..

Then, maybe perbualan Pak Lang dah menjadik semakin rancak, sampai 2 bijik sofa terbalik.. Kiera keluar dari biliknya, maybe sebab riuh rendah sangat.. Mata Kiera bulat nampak Laina yg duduk sambil tersenyum.. Kiera terus jerit..

Kiera: Lainaaaaaaa!!!

[Nightmare Dressed Like the Daydream]

Kiera terus melompat ke Laina, di peluknya Laina rapat2.. Kiera happy sangat bila Laina datang.. Haji Mujib dan Pak Lang masa ni xsure samada Kiera blur yg Laina dah buat onar dekat majlis dia or Kiera dah kene ilmu pukau Laina.. Makin berpeluh2 Haji Mujib memastikan anak dia kene ilmu yg x betul.. Tapi, yg xbetul hanyalah persepsi Kiera pasal Laina.. Dia purely happy Laina datang..

Salam, peluk dan 3 kucup pipi.. Standard greeting kaum hawa dah dilakukan.. Kiera dan Laina terus berborak panjang tanpa memperdulikan Haji Mujib dan Pak Lang yg dah bersila atas sofa mengadjust sesuatu.. And, maybe suami Kiera yg merasa tidak diperdulikan didalam bilik agak lama oleh isterinya.. Hans pun keluar dari bilik jengok ape Kiera buat..

Pandangan Hans kabur sedikit bila Kiera sedang bergelak sakan sambil pegang tangan perempuan yg dia yakin dan pasti sedang cuba meporak-perandakan rumah tangga dia.. Automatically sifat Male Alpha Hans keluar secara mendadak..

Hans: Laina!!! Neraka jenis ape yg dah datang dalam rumah ni?? Kiera!! Sembunyik belakang Hans cepat!!

Semua dalam rumah tu terdiam.. Semua mata tertumpu pada Hans.. Ummi yg baru siap buat air dan berjalan masuk ke ruang tamu, terus membuat pusingan 180 darjah ke dapur semula tanpa segan silu.. Haji Mujib, Pak Lang, Kiera dan maybe Hans sendiri terperanjat dgn perubahan sikap Hans yg mendadak..

Kiera: Hans!! Kenape menjerit2 ni?

Sekali lagi Male Alpha Hans keluar..

Hans: Kiera, xsedar lagi ke Laina ni ape? Kenape dia ada dekat sini..

Suasana rumah agak tegang bila Hans naik angin.. Haji Mujib tenang, Laina pun tenang.. And Hans terus marah2 Laina macam dia kene rasuk.. Hans berubah 180 darjah (note: ingat ye kawan2 pengunaan darjah yg betul adalah 180 bermaksud u-turn or anti-norma, 360 darjah melakukan pusingan penuh dan tiada perubahan berlaku, mengikut basic geometri law.. ), Hans jadik mcm ni sebab dia concern dgn keselamat wife dia..  

Laina tunduk selama Hans marah dia.. After beberapa lama, Hans sedar yg Kiera dah mula buat muka xpuas hati and Haji Mujib dah mula xsenang duduk.. Hans pulak terasa mcm orang bersalah.. So, dia pun slowkan suara dia sikit..

Hans: Laina, thanks sebab datang, boleh x Laina balik sekarang?

Kiera separa menjerit..

Kiera: Hans!!

Laina bangun and ambik bungkusan hadiah yg dibawa, di bagi ke Kiera..

Laina: Kiera, Laina sorry.. Tapi, boleh x kalau Laina nak cakap sikit dengan Kiera? Alone?

Kiera pandang Laina, then, dia pandang Hans yg dah mengeleng2kan kepala dengan kelajuan 90km/j..

Laina: Hans.. Sekejap je..

Kejaluan gelengan Hans perlahan jadik 70km/j..

Kiera: Hans, please..

Dengar suara Kiera, terus kelajuan gelengan kepala Hans stop..

Hans: Sekejap je..

Kiera terus tarik Laina masuk ke biliknya and ditutup pintu bilik..

30 minit.. Kiera dan Laina x keluar dari bilik..

Hans dah start bersujud mengendap dari celah bawah pintu bilik.. x nampak apa2, xdengar apa2..

1 jam.. Kiera dan Laina still x keluar dari bilik..

Haji Mujib bangun dari kerusi rapat ke arah Hans yg masih bersujud didepan pintu bilik.. Dia sujud sekali sebelah Hans.. Untuk mengelakkan Hans dan Haji Mujib tertidur sujud di depan pintu bilik.. Pak Lang menarik pasangan Pak Mertua dan Menantu supaya duduk balik ke kerusi.. Dalam masa 5 minit, 10 kali Haji Mujib betulkan duduknya and Hans bangun duduk bangun duduk di kerusi lebih 10 kali..

Dekat 2 jam, mcm xde aktiviti dalam bilik tu.. Pak Lang dah lama berdengkur dekat atas kerusi.. Haji Mujib, Hans dan Ummi still duduk tunggu ape result.. Ape yg dibincangkan.. Ape yg dah jadik? And finally, Laina keluar dari bilik and dibelakangnya Kiera.. Laina pandang semua yg ada dekat ruang tamu..

Laina: Ok lah, Laina nak balik dah.. Terima Kasih..

Hans buat muka menyampah..

Kiera: Laina, tunggu la dulu, minum ke apa ke..
Laina: Xpe lah Kiera, Laina xnak kacau, nanti lewat sangat susah nak masuk rumah.. Kesian mak ayah tunggu..

Kiera angguk.. Macam2 alasan dia kasik supaya Laina xpergi.. Keadaan ni mcm menaikkan lagi darah Hans.. Ummi yg perasaan dgn keadaan tu, terus cakap..

Ummi: Xpelah, esok Laina boleh datang lagi kan.. Laina pun dah penat tu..

Laina senyum and terus berjalan ke pintu keluar.. Sebelum keluar Laina peluk Kiera rapat2 and bersalaman dgn Ummi.. Haji Mujib pun keluar and hantar Laina sampai ke jalan masuk rumahnya sebab kereta Laina ada dekat situ..

Haji Mujib: Laina, kenape Laina buat mcm ni dekat Kiera?

Laina diam, anak matanya dinaikkan ke atas mcm pikir something..

Laina: Sorry and terima kasih yer Haji..

Haji Mujib banyak nak tanya dengan Laina, tapi suara dia xsampai.. Apa yg difikir xdapat dikeluarkan.. Laina masuk dalam kereta and pergi, terus dari rumah Haji Mujib and kehidupan derang.. Itulah kali terakhir Haji Mujib nampak Laina and hari-hari selepas tu mcm biasa..

[Mean Girl 2]

Kiera or Hans lepas kahwin, diorang duduk rumah sendiri,

3 Bulan berlalu, xda ape2 kejadian pelik jadi pada .. 4 Bulan berlalu, pengacauan paling kuat dialami oleh Kiera adalah dari Hans yg sibuk menyakat dia.. So, keadaan still tenang.. Sampailah satu hari bila Kiera and Hans balik ke rumah Haji Mujib dalam 5 bulan lepas berkahwin bawak berita happy.. Kiera dah pregnant..

So, Haji Mujib dan Ummi sangatlah bersukacita dgn berita tu, abis semua pharmacy dilanggar Haji Mujib nak carik Zat Besi dan Vitamin untuk si mak buyung.. Ummi plak masak lebih sikit and masukkan sikit herba2 kampung.. Happy Haji Mujib, dah lama rumah dia xdicemari suara budak kecik pukul 2 pagi.. So, disebabkan Haji Mujib dan Ummi dah bersakan, Kiera and Hans ambik keputusan tidur je semalam dua dekat rumah tu..

Malam tu, angin kencang disekitar rumah Haji Mujib.. Kencang yg lain macam, ditambah anjing melolong mendayu2 beramai-ramai.. Suara anjing bersahut-sahut sikit buat Haji Mujib risau.. Di ketuk pintu bilik Kiera.. Hans bukak..

Haji Mujib: Semua occay ke?

Hans yg dalam separa sedar menoleh ke arah Kiera..

Hans: OK je Ayah.. Kenape?
Haji Mujib: Aku rase xsedap hati lah malam ni..

Serentak Haji Mujib cakap mcm tu.. Segala pintu dan tingkap rumah Haji Mujib diketuk kuat, serentak.. Salakan anjing makin mendayu2.. Haji Mujib masuk ke dalam bilik, dibukaknya lampu.. Dia sendiri nak pastikan Kiera ok.. Memang Kiera OK dan terlebih OK bila dia still tidur and xsedar diri.. Hans dah berkumat-kamit baca ayat kursi..

Then, pintu depan rumah terbukak luas mcm ditiup angin.. Walaupun Haji Mujib yakin dan pasti, pintu rumah dah dikunci, selak dan grill pintu siap dimangga.. Dengan magiknya, pintu rumah terbukak.. Haji Mujib terus berlari kearah pintu dan menghempas daun pintu sekuat hati tutup..

KNOCK KNOCK KNOCK !! (sfx: daun pintu di ketuk kuat)

Haji Mujib pegang belakang pintu tahan pintu dari terbukak.. Di selak kunci pintu.. 5 minit jugaklah benda alah tu ketuk pintu rumah dan berhenti.. Hans berdiri dibelakang Haji Mujib bersiap sedia nak tahan pintu kalau pintu ditolak lagi.. Lepas je ketukan padu berhenti.. Dari dalam bilik, dengar suara Kiera menjerit..

Kiera: Ayahhh!!!!!! Ayahhhh!!!

Hans dan Haji Mujib masuk ke dalam bilik.. Kiera duduk atas katil sambil tangannya menadah keluar darah pekat keluar x berhenti2 dari mulutnya.. Semua panik.. Haji Mujib dgn laju capai towel di dinding and tadah tangan Kiera.. Darah still xberhenti2 keluar dari mulut Kiera.. Hans lemah tengok dibelakang.. Dia xtau nak buat apa.. Katil penuh dengan darah keluar dari mulut Kiera..

Haji Mujib: Ya Allah, apa dah jadik ni.. Hans!! Telefon Hospital!!

Darah still lagi keluar dari mulut Kiera dengan banyak and lepas agak lama, maybe disebabkan pendarahan yg banyak.. Kiera lemah and perlahan2 jatuh atas katil yg dipenuhi dengan darah.. Ambulance pun sampai mensenyapkan lolongan anjing.. NE NO NE NOO NEE NOOO~



TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
No Aftermath, next episode.. So, forum cari mcm dah tukar format, aku xtau Add to Feed ni akan broadcast mcm dulu ke idak.. Anyway, Thanks for waiting guys..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 11:36 PM | Show all posts
Yessaaaa~~ Keluar!!

Thanks for waiting guys~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks Mr JC. Gigih aku tunggu update dikeheningan malam ni.. as usual,you are one of the best penglipurlara that can make me laugh and feel scared at the same time.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Makasey jc!!!!
Kesiannya kat kiera.

Last episod ke next entry nanti?
Rungaikan misteri sekali kenapa laina buat macam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 06:47 AM | Show all posts
Before korang bace Mean Girl 2 [9], please note that today have 2 episode update. Mean Girl 2 [8] 3 post di atas. Sila jangan terskip.



TITLE: Mean Girl 2 [9]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [8]


[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: ???

[Tonight! We Are Young]

Laina sikit risau masa dia pandang ke luar tingkap, angin petang tu kuat dan sedikit berbau nyaman menandakan malam ni mungkin hujan.. Tapi, dia xsikit pun kisah.. Malam ni punye plan bukan dekat tempat terbuka, plan malam ni dinner di restaurant.. Datanglah hujan ke tsunami, dia dalam restaurant kut, tapi janganlah datang tsunami, runtuh nanti restaurant tu mcm mane? Laina tersenyum2 menyiapkan dirinya..

Dah berminggu dia x jumpa kekasih hatinya, sejak balik dari rumah Haji Mujib, hidup dia berubah.. Dia mula tenang dan mula dapat mengawal perasaan dia.. Disanggulkan rambut dengan pin, di picit kepala botol minyak wangi dilehernya.. Owh, dress yg first time dibelinya.. Selama ni Laina mmg xde kesempatan nak pakai dress.. Lelaki2 yg pernah cuba men"tackle" dirinya semua xmampu bertahan dalam masa seminggu.. Siapa tahan kalau lepas je keluar date and balik rumah, ada sorang lagi "Laina" tumpang balik duduk seat belakang.. Ada jugak yg baru nak keluar date dgn Laina, "Laina" dah tunggu pucat dalam kereta..

Bukan sekali-dua Laina duduk sorang2 berjam-jam tunggu dekat meja makan or shopping mall tapi date dia gagal menunjukkan diri.. Bukan sekali-dua jugak tiap kali nombor date dia dijawap oleh seorang wanita yg menerangkan kat Laina yg nombor yg dia dial tiada dalam kawasan atau tidak dapat dihubungi.. Tapi, lelaki kali ni special, dia tahu masalah Laina and dia xlari, dia cuba tolong Laina.. Dia xtinggalkan Laina tunggu sorang2 tahan nangis dekat meja makan or shopping mall.. Lelaki ni jugaklah yg first pujuk Laina bila dia marah tanpa sebab, yg lain semua, lepas Laina marah, paling kurang demam seminggu lepas kene langgar (read: lawat) dgn Adiba Knowles.. Kebanyakkannya berbulan2 tidur ditemani doktor dan nurse di hospital berhampiran..

Laina happy, hari ni bermula dgn baik.. Laina masuk je kereta, hujan rintik2 turun dicermin keretanya, lucky rambutnya or dress dia x kena air hujan.. Dia pun pulas engine sambil diradio dipasangkan ayat2 al-quran.. Sejak sekian lama barulah Laina rasa ayat al-Quran sangatlah memberi ketenangan, ketenangan yg berbeza..

[For Fear That Someone Sees: I Secretly Shed Tears]

1 ambulans di depan pintu wad kecemasan, 1 Vitara di atas divider hospital dan 1 lagi kereta terbabas merempuh beberapa pasu tanah liat yg berkurun jadi perhiasan di hospital.. 1 pak cik dan 1 mak cik keluar dari Vitara berkejaran merapati ambulans, 1 lelaki muda keluar dari kereta yg terlanggar pasu tanah liat terus dikerumuni 3 pak guard dari lain2 negara dan 2 pekerja ambulans keluar dari pintu belakang ambulans sambil mengusung perempuan yg bermandi darah..

Semua mata tertumpu pada wanita di atas troli ambulans yg berlumuran darah, mmg xde sorang pun kat situ pernah tgk keadaan mangsa yg mcm tu, semua terpegun.. Memang terbukti tahap kecemasan tersebut bila sorang mat rempit yg meraung2 sebab eksiden diam and bukakan pintu kecemasan pakai tangan dia yg dah separa terkulai supaya mangsa yg diatas troli tu mendapat rawatan kecemasan dulu sebelum dia..

Kiera yg tersedar lepas sampai di hospital, terus terbatuk darah.. Dari ambulans sampailah ke dalam ruang kecemasan, trail darah yg banyak mengikuti mereka.. Xsampai seminit Kiera masuk ke dalam ruang kecemasan, hampir semua doktor yg ada dekat dalam tu kerumun Kiera.. Haji Mujib dan Ummu dari belakang beberapa kali nak tergelincir bila terpijak trail darah yg pekat.. Bukan hospital tu xpernah ada emergency mcm ni, tapi ni 1st time mangsa berdarah banyak mcm ni masih lagi duduk and terbatuk darah yg banyak..  

Beberapa orang dalam ruang kecemasan menutup mulut dan hidung sebab xtahan dgn bau hanyir darah.. Tiap kali Kiera batuk, darah keluar membuak2.. Doktor dan nurse tanpa membuang masa terus menolak troli masuk ke dalam bilik.. Register ke protokol ke ape ke, semua hilang bersama debu2 angin.. Haji Mujib, Ummi dan Hans yg dipaut 3 orang Pak Guard berlainan warganegara cuba mengikut Kiera masuk ke dalam wad tapi ditahan..

Hans: (suara lemah menahan sebak) Doktor.. Dia mengandung..

Doktor menoleh ke arah Hans, dan mengangguk..

Hans lemah and berlutut.. Pautan 3 orang Pak Guard bertukar menjadi pelukan erat sambil salah seorang Pak Guard menutup muka di belakang badan Hans menyembunyikan perasaan hiba sambil bercakap dalam bahasa luar negara.. Kiera menutup mulutnya yg xberenti lagi mengeluarkan darah sambil ditolak masuk ke dalam wad kecemasan dan bermulalah penantian malam yg panjang bagi Haji Mujib, Ummi dan Hans..

[I Find That Giving In Is The Best I Can Do]

Malam yg baik buat Laina, semua mcm menyebelahi dia, traffic light hijau sepanjang jalan.. Traffic lancar sepanjang jalan.. Semua smooth, dan yg paling terbaik sekali, sampai je Laina dihadapan restaurant, satu parking kosong didepan kedai tersedia mcm menunggu kedatangan Laina, parking yg tiada tanda orang naik wheelchair (read: parking OKU) mmg perfect untuk Laina.. Laina terus park and berjalan masuk ke dalam restaurant..

And, mcm semuanya xcukup baik, kali ni, dia x menunggu lelaki seperti kebiasaan date-nya, lelaki-nya sudah duduk di meja makan menunggu Laina.. Laina pun duduk berhadapan dgn lelaki tu sambil tersenyum and tergelak kecik..

Laina: Sorang ke bang? Boleh berkenalan?

Lelaki tu tergamam dgn kecantikan Laina pada malam tu.. Kalaulah masa tu Laina ambik garpu di atas meja tu and cucuk tengkuk mamat tu, mmg x keluar darah.. Laina pun mulakan perbualan ringan and mereka bergelak ketawa.. Everything is perfect that night.. A perfect 30 minute of her life until datang satu manusia ke meja diorang sambil menegur..

Kiera: Hi Hans, Laina.. Sorry lambat, hari ni banyak keje sikit..

The rest is herstory (read: or history or read ending Mean Girl)..

ZIPPP ZIPPP BZZTTPPP ZIPPPPP!!! (sfx: fast forward adegan Laina terkejut, hentak meja, storm out restaurant, drama drama, Elsa and Frozen Song and another drama..)

ZRETTTTT ZETTTTTTTTTT!!! (sfx: tayar kereta berdecit meninggalkan Kiera and Hans)

Laina meluncur laju meninggalkan tapir dua sejoli terpinga2.. Di pandu kereta meredah hujan yg semakin lebat.. And akhirnya Laina sampai disatu selekoh and dalam kesamaran hujan diluar kereta dan didalam kereta (read: tangisan wanita), Laina ternampak mcm ada seorang perempuan berdiri di tengah jalan.. Di tolak stereng kereta cuba mengelak mahluk xbertamadun yg berdiri ditengah jalan..

Dan selepas itu, permandangan yg Laina nampak adalah, pokok kat tepi jalan kanan, jalan raya, pompuan kamjad tengah jalan, jalan raya, pokok tepi jalan kiri, jalan raya (read: kereta berpusing2 tengah jalan).. Luckily, kereta Laina berjaya dihentikan sebelum bertembung dgn mana2 pokok atau divider jalan.. Maybe, akibat pusingan kereta yg melampau, Laina pening and dia mula rasa dunia dia pulak berpusing2 walaupun kereta dah berenti, and diantara nak pengsan dan x pengsan.. Perempuan yg berdiri di tengah jalan berjalan perlahan2 ke kereta Laina..

Perempuan yg mmg x tumpah mcm kembar Laina yg xpernah dilahirkan tu hulur tangan and jari-jemarinya menembusi tingkap kereta Laina cuba mencapai tangan Laina yg still pegang stereng kereta.. Perlahan-lahan lembaga tu berbisik kepada Laina..

Lembaga: Say my name..

Laina terus padam di dalam kereta dimalam hari di tengah2 jalan raya..

[I'm Holding Out For A Hero Till The Morning Light]

Sausana di ruang kecemasan penuh dengan orang, doktor dan nurse berlari2 setiap kali ada pesakit yg datang.. And setiap kali doktor keluar dari pintu wad kecemasan, Haji Mujib, Ummi dan Hans berdiri sambil mengharap berita gembira dari doktor.. And setiap kali doktor nampak 3 beranak tu berdiri sambil mengharap.. Doktor bagi kata-kata semangat and assure Kiera sedang dirawat..

Matahari dari sebelah timur membasahi muka ketiga-tiga beranak yg tersenyum bila dimaklumkan oleh Doktor yg Kiera dah berhenti keluar darah dari mulut and sekarang doktor tgh jalankan testing utk mengenal pasti penyakit.. Dan yg paling happy bila dimaklumkan oleh doktor anak mereka masih lagi selamat.. Hans, Haji Mujib dan Ummi x habis2 mengucapkan syukur dgn berita ni..

Mata dan muka ketiga-tiga beranak bengkak akibat kekurangan tidur.. Permandangan ni last sekali ternampak masa majlis persandingan Hans dan Kiera.. And who guess perkara ni jadik lagi sekali.. And hanya pada sebelah petang, derang dibenarkan melawat Kiera di dalam wad biasa selepas dipindahkan dari wad kecemasan..

Masuk dalam wad, Kiera tidur maybe akibat kepenatan.. Hans merapati Kiera dan mengusap2 umbun2 rambut Kiera yg tgh tidur.. Dia baru terperasan, di tepi Kiera xde machine darah, or heart beat or apa2 jenis machine, Kiera mcm pesakit biasa yg ditahan wad..

Hans: Doktor, kenape wife saya xde apa2 alat bantuan? Darah ke? Heart Beat ke?
Doktor: Awak suaminya?

Hans mengangguk..

Doktor: Isteri awak ni xsakit.. Blood loss sgt sikit compare dgn apa yg kita nampak.. Hemoglobin bla bla, medical term, bla bla.. (read: medical term yg membuktikan Kiera xsakit)

Hans mengangguk laju tanda paham yg isteri dia xsakit dan doktor perlu berhenti bercakap sebelum dia pulak muntah darah dgr term2 medical..

Doktor: Result awal ujian air kencing dan jantung semua positive, tapi kita dah hantar ke lab untuk ujian lanjut..

Sebelum doktor ni cakap lebih (note: and sebelum aku kene buat research pasal blood transfusion dekat mayoclinic.org dgn lebih lanjut), baik kita benarkan Hans mencelah..

Hans: So, ape penyakit wife saya ni Doktor?

Doktor merenung Hans, dia merenung chart, dia tengok Hans balik, dia tengok jam tangan dia, Doktor tengok nurse, Haji Mujib tengok nurse, Ummi tengok Haji Mujib, Haji Mujib tengok doktor, Doktor tengok Hans balik..

Doktor: Dia x sakit, esok boleh discharge, tinggal sini satu malam lagi untuk precaution..

So, Kiera pun kene tahan wad lagi satu malam and sementara nak menunggu Kiera keluar wad and Laina sedar dari pengsan..


TU BI KON TI NUW~~


[AFTERMATH]
No Aftermath, next episode.. This episode betul2 mencabar minda dan emosi aku bila menulis.. So, please wait for next update, and silalah take note yg episode kali ni adalah double episode dalam satu hari disebabkan server error Hari Jumaat, sila baca episode 8 kalau korang terlepas.. Night's Out All..


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:45 AM | Show all posts
DAMMIT!!!! Banyak gila drama citer Mean Girl ni. Gilalah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:26 AM | Show all posts
makin lama, makin berdebar lak nak tau endingnya...

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:39 AM | Show all posts
JokesCop replied at 29-12-2014 03:35 PM
TITLE: Mean Girl 2 [8]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [7]

kenapa dengan gigi laina tu weh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:14 PM | Show all posts
JokesCop replied at 29-12-2014 10:47 PM
Before korang bace Mean Girl 2 [9], please note that today have 2 episode update. Mean Girl 2 [8] 3  ...

perghhhh
siap flashback lagi haaaa


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nizamm replied at 30-12-2014 11:39 AM
kenapa dengan gigi laina tu weh?

Kalau nak jadi model muka depan majalah.. Gigi kenelah putih bersinar.. Bwahahahaha~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 03:06 PM | Show all posts
JokesCop replied at 30-12-2014 05:54 AM
Kalau nak jadi model muka depan majalah.. Gigi kenelah putih bersinar.. Bwahahahaha~~~

ohhh.
aku ingat ada taring
wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:44 PM | Show all posts
Besttttt!!!!!  TQ JC!!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:16 PM | Show all posts
owhhhh dear...
serious rasa macam tgh tgk drama terhebat abad ini
siap ada flash back...fuhhh

terbaik JC...

dan...HAPPY ANNIVERSARY SMTBL
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:35 PM | Show all posts
Best! nak lagi JC!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.096484 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list