SEKITAR pukul 10 pagi Ahad lalu, Hits dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang wanita. Dalam perbualan bersamanya, wanita berkenaan mendakwa rakannya ada melihat kelibat seorang pelakon wanita yang cukup dikenali sedang bercumbu-cumbuan dengan seorang lelaki di khalayak ramai di salah sebuah kafe hotel terkemuka ibu negara. Perbuatan itu berlaku pada waktu malam di tempat terbuka. Lantas Hits bertanyakan siapa gerangan selebriti berkenaan. Jawapan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sofea itu memberitahu artis yang dimaksudkan ialah Tasha Shilla.
Tidak mengejutkan kerana baru-baru ini Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashashella Abdul Razak, 26, sering memuat naik gambar a€˜mesranyaa€™ bersama seorang lelaki yang merupakan ahli Muay Thai. Mungkin lelaki itu yang dimaksudkan sedang bermesra dengan dia?
Memang banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh pelakon ini daripada hubungan dengan VIP, isu arak, pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudaranya sehingga dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Bagi menjawab dakwaan itu, wartawan Hits, GARRET DAWUM terus menghubungi Tasha sendiri untuk menjelaskan semua yang berlaku.
HITS: Betul ke dakwaan mengatakan Tasha sedang bermesraan dengan seorang lelaki di kafe hotel berkenaan?
Tasha: Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu.
Berani juga Tasha melakukan perbuatan itu di khalayak ramai? Jelaskan.
Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar dan akan memalukan diri saya dan keluarga.
Bagaimana pula dengan gambar yang dimuat naik di Instagram? Mungkin itu lelaki yang dimaksudkan?
Memang saya ada bersama dengan lelaki itu. Tetapi tidak mungkin saya akan bercumbuan dengan dia. Mengenai gambar pula, itu hanya gambar biasa. Terpulang kepada semua untuk mentafsir gambar itu.
Sejauh mana perhubungan Tasha dengan lelaki itu?
Sekarang saya sedang dalam proses mengenalinya. Saya mengenali dia sudah tiga bulan. Kami hanya kawan dan tidak lebih daripada itu. Saya memang kawan dengan semua orang dan selesa berkawan dengannya.
Siapa nama lelaki berkenaan?
Dia bernama Hans dan berketurunan Cina. Dia juga adalah kawan kepada jurulatih peribadi saya dalam Muay Thai. Saya memang tidak memilih jika bercerita soal kawan.
Bila agaknya Tasha akan memberitahu kepada semua tentang cinta Tasha memandangkan Tasha sering dilihat rapat dengan lelaki?
Buat masa sekarang saya tidak ada ikatan yang sah dengan mana-mana lelaki. Jadi, saya tidak akan bercerita panjang berkenaan jodoh. Dalam Islam juga tidak ada istilah berpasangan. Kalau betul saya sudah ada jodoh, apa salahnya, saya akan terus berkahwin. Bagi saya, saya akan bercinta selepas berkahwin.
Tasha dilihat selalu bersama ahli sukan. Apa ciri-ciri lelaki pilihan Tasha?
Hans seorang yang pemalu. Sama juga dengan Mahali. Memang tidak dinafikan saya selesa berkawan dengan mereka. Tetapi saya inginkan lelaki yang romantik dan penyayang.
Sudah rapat dengan Hans. Bagaimana pula dengan Mahali?
Saya sudah nyatakan Hans kawan saya. Begitu juga dengan Mahali. Jadi, saya masih menghubungi kedua-duanya. Hanya sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131204/hi_03/Tasha-Shilla-nafi-bercumbu#ixzz2mq9V8WPj
© Utusan Melayu (M) Bhd
|