CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5216|Reply: 3

[Tempatan] Keputusan PISA Memalukan Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 8-12-2013 02:12 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan PISA Memalukan Malaysia apabila Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Penilaian Programme for International Students Assessment menunjukkan Malaysia menduduki Tangga kedua tercorot di Asia Tenggara. Malaysia berada di kedudukan ke empat dari 5 buah negara Asia Tenggara yang dinilai dalam PISA iaitu  Singapura, Vietnam dan Thailand dan Indonesia.






Apa itu PISA
PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh  Organisation for Economic Corporation and Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Apakah yang dinilai dalam PISA
Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu
  • Membaca
  • Matematik
  • Sains

Warga Pendidik Setia Bersama Kementerian Pendidikan


Kenapa Mutu Pendidikan Sekolah Malaysia Tercorot
Mutu sistem pendidikan sekolah Malaysia kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Setelah keputusan PISA didapati amat Memalukan Malaysia. Kementerian Pendidikan (KPM) segera melakukan postmortem dan menyenaraikan Faktor Penyebab Kenapa Keputusan PISA Malaysia Tercorot:

Sikap Murid
Ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab.

Format Soalan PISA
Soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual.

Keutamaan Guru
Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi.

Keputusan PISA Memalukan Malaysia
Daripada Faktor-faktor Kegagalan yang dikeluarkan oleh MOE, Apa yang HT boleh simpulkan, Selain menyalahkan Format Soalan yang dikeluarkan PISA, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyalahkan Sikap Murid dan Guru di Malaysia. Rujuk Penerangan Rasmi KPM yang diambil dari Laman Kementerian Pendidikan, Click: Status Pencapaian Malaysia dalam PISA. Jika pandangan ini salah, harap dapat diperbetulkan.





Sikap Guru dan Murid Punca Kegagalan
Benarkah Sikap Guru dan Murid menjadi Punca Kegagalan Sistem Pendidikan di Malaysia. Layakkah Kelemahan-kelemahan ini disalahkan kepada guru atau murid. Bukankah mereka adalah sebahagian dari Budaya Pendidikan yang dibentuk melalui Dasar-Dasar oleh Kementerian Pendidikan itu sendiri.

Menurut pandangan Saudara Rafizi Ramli, Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari Budaya Pendidikan yang dibentuk melalui Dasar-Dasar KPM sendiri.

Sistem Peperiksaan dan Budaya Membodek
Mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza. Selain itu Sistem Imbuhan atau Naik pangkat dalam Institusi Pendidikan Malaysia telah membuka ruang kepada Budaya Membodek.

Kegagalan Penilaian Berasaskan Sekolah
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan Berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Guru-guru pula dibebankan dengan Tugasan Mengisi Borang dan Kerja-kerja Birokrasi yang lain sehingga Murid-murid Terabai dan mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman. Extra: Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi 2014

Tidak Yakin pada Kemampuan Sendiri
Tidak Yakin
pada Kemampuan Negara Sendiri dan sanggup Menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan Idea Menaiktaraf Sistem Pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.

Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta
Luahan HT sebagai warga pendidik dengan rendah diri menyeru supaya pihak bertanggungjawab mengambil sikap terbuka dan menerima hakikat apa yang berlaku dalam Dunia Pendidikan Malaysia hari ini. Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta.

Sepertimana kami, para guru yang menurut perintah dan akur pada arahan dari pihak atasan. Kami memberikan seluruh jiwa dan terus bergerak kehadapan walaupun Telaga Buta jelas di depan mata. Walaupun Keputusan PISA Memalukan Malaysia, kami Warga pendidik yakin pada Pihak Kementerian. Setelah kami terpelosok di dalam Telaga Buta itu, patutkah murid dan kami dipersalahkan pula.

Sumber: Keputusan PISA Memalukan Malaysia By Hootoh Tudia
Last edited by hootohtudia on 8-12-2013 02:14 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
PISA...
Ya Allah....Selmtknlah generasi kami...anak cucu kami..
Tiada daya kami Ya Allah...

Kot mana pon dorg xsalah..
Dasar dorg betul sgt dah......

Zalimnya mereka ya Allah Last edited by mommymonster82 on 8-12-2013 02:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 02:17 AM | Show all posts
Woi bongok.
topik ini dah banyak la
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 02:30 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 8-12-2013 02:14 AM
PISA...
Ya Allah....Selmtknlah generasi kami...anak cucu kami..
Tiada daya kami Ya Allah...

amin.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072347 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list