View: 3852|Reply: 28
|
[Tempatan]
Kerajaan teruskan AES kerana yakin dapat kurangkan kesalahan trafik - Mad Maslan
[Copy link]
|
|
Mutakhir
Kerajaan teruskan AES kerana yakin dapat kurangkan kesalahan trafik - Ahmad Maslan
2013/12/05 - 15:58:42 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk teruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)sebagai langkah menambah baik dan memantapkan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kerajaan yakin sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang menyumbang kepada 30 peratus kematian akibat kemalangan.
Atas komitmen itu juga kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada dua syarikat yang menguruskannya sebelum ini - ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Kini AES diambil alih oleh syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, katanya semasa membentangkan usul untuk kerajaan membuat pelaburan memperoleh 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd pada nilai RM1 bagi seunit saham.
Ahmad berkata kes kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 22,338 kes (5.5 peratus).
"Kematian akibat kemalangan juga meningkat daripada 6,527 pada 2008 kepada 6,917 (2012)," katanya.
Ahmad berkata jumlah kenderaan yang meningkat setiap tahun turut menyumbang kepada kesalahan lalu lintas di negara ini. Pada tahun 2008 sebanyak 18 juta kenderaan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meningkat kepada 22.7 juta pada 2012.
"Ini menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan yang berdaftar dengan JPJ sebanyak 6.03 peratus bagi tempoh lima tahun (1.8 juta)," katanya.
Menyedari perkara itu, menurut Ahmad, kerajaan mengambil langkah melaksanakan sepenuhnyanya AES pada penghujung tahun lepas bagi menangani kesalahan lalu lintas, kemalangan serta mengurangkan kematian pengguna jalan raya.
"AES merupakan kaedah terbaik berdasarkan sistem penanda aras penguatkuasaan lalu lintas yang diamalkan di Sweeden, Perancis, United Kingdom dan China," katanya.
Ahmad berkata AES dipasang di 310 kawasan kerap kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang dapat membantu mendisiplinkan pemandu dan meningkatkan persepsi keberangkalian ditangkap sekali gus membawa kepada amalan pemanduan yang lebih berhemah.
Katanya AES membantu meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC).
"Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus, dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus," katanya. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
pulok demi mngaut k'untungan |
|
|
|
|
|
|
|
Perbaiki sistem jalanraya dulu
Traffic light letak timer
Pastikan condition jalan ok
Then nak saman those yg menyalahi undang2 silakan |
|
|
|
|
|
|
|
Patutla td aku nampak org repair aes kat sungkai. Hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
antara yg layak duk dlm list pengampu MT macai tertinggi
ahmadmaslan
shahidankasim
bungmokhtar
nohomar
anda tambah lg |
|
|
|
|
|
|
|
ah iyeeeee
sile turap jalan cantik cantik dulu
pastu pasang la aes jahanam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak pi tebang tiang AES ni.....
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
skyreds posted on 6-12-2013 06:06 AM
langgar je tiang tu..
aku suke tengok time flash AES tu on..
rugi la insuran keta aku
elok2 55% NCD teruih jadik 0%
pinjam keta nko bley kut....
|
|
|
|
|
|
|
|
AdsMsia posted on 6-12-2013 06:09 AM
rugi la insuran keta aku
elok2 55% NCD teruih jadik 0%
bley kot..kete aku tu kalau bayar 0% ncd pun baru dalam 1k
body pun dah nak kene spray baru nih..upah spray pun dah lebih 2k...
|
|
|
|
|
|
|
|
skyreds posted on 6-12-2013 06:13 AM
bley kot..kete aku tu kalau bayar 0% ncd pun baru dalam 1k
body pun dah nak kene spray baru nih ...
ko nak kami ramai2 tolong spray keta ko tak
free je la
khidmat masyarakat gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
shahx posted on 5-12-2013 06:59 PM
Patutla td aku nampak org repair aes kat sungkai. Hehe..
Kiranya dah ada balik la? Aku baru pergi utara jumaat lepas, pelik gak aes xde.. ingatkan xnak pasang dah.. adoii |
|
|
|
|
|
|
|
knapa AES xdipasang kat area yg excident pront.... mcm kat karak.. genting sempah ... jalan persekutuan yg lebih relevan....
ini kat jalan lurus.. 3 lane... dibantainya speed 90kmh....
org blakang gegeh nak tekan break sbb suma suddently nak plahankan keta... |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan AES dipasangkan di tempat2 yg selalu berlaku kemalangan dan pastikan juga kawasan dipasang tu, had lajunya munasabah. Had laju lebuhraya Utara Selatan belah Melaka telah pun dinaikkan dari 90kmh kepada 120kmh. Lepas tu kalau nak pasang, pasang la. Klu ada yang bangkang jugak, tu mmg 'setan' jalanraya. |
|
|
|
|
|
|
|
abdulariff posted on 6-12-2013 06:40 AM
Kiranya dah ada balik la? Aku baru pergi utara jumaat lepas, pelik gak aes xde.. ingatkan xnak pas ...
ada la kat slim river ngan taiping kalau hala ke utara...
kat situ aku bawa 60 ja..
pas menatang jahanam tu aku speed la balik
kalau hala ke kl, abg polisi dok celah jejambat men tembak2..
siut sungguh.. sib bek ada yg sudi bgtau..
Last edited by ais_kosong on 6-12-2013 08:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ais_kosong posted on 6-12-2013 08:20 AM
ada la kat slim river ngan taiping kalau hala ke utara...
kat situ aku bawa 60 ja..
pas menatang ...
Tu la masalahnya, aku tau kat sana ada tp jumaat lepas aku lalu semua dah hilang? Termasuk signboard aes pon dah takdak? Pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
abdulariff posted on 6-12-2013 08:39 AM
Tu la masalahnya, aku tau kat sana ada tp jumaat lepas aku lalu semua dah hilang? Termasuk signboa ...
aik.. hilang?
ubah tempat kot sbb situ org dh tau..
ala xleh nk speed la balik kali ni nk survey aes tang mana..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|