CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10197|Reply: 18

[Penerbit] Intens Idea International Sdn Bhd

[Copy link]
Post time 5-12-2013 04:49 PM | Show all posts |Read mode


Contact Us

Intens Idea International
    01-22, Jalan Austin Perdana 2/24, Taman Austin Perdana, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
    Tel : 07 361 7374 Faks: 07 351 6568 Hp : 016-733 1005 (Pej) 016-715 6771 (Aminjaya)



blog: http://intensbook.blogspot.com/

facebook:
https://www.facebook.com/pages/Intens-Idea-International-Sdn-Bhd/222759561092703?directed_target_id=0
https://www.facebook.com/intensidea.fauziahashari

https://www.facebook.com/groups/intensideafauziahashari/

Last edited by chit_ana on 5-12-2013 04:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 04:50 PM | Show all posts


Terbitan terbaru dari Intens, kompilasi dari dua buah novel "Cinta Tiada Akhirnya" dan "Duri" hasil tulisan Fauziah Ashari.



Sinopsis :-

Dia ditinggalkan kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mertua yang egoistik.

Nur Amalsufi menjadi manusia tegar, Hidupnya penuh kepura-puraan. Namun, mampukah suaminya, Muzhaffar Zaman membendung sikap hipokritnya lalu menjelmakan rasa sayang dan cinta?

"Apa maksud kau? Kau kahwin kontrak ya? Kau ingat kahwin ni main-main! eh! kau dah gila ke Sufi? - Hanum

"Kalau setakat penghinaan ibu pada keluarga saya, saya tak sudi menyerah maruah saya pada keluarga ni, Saya jugak tak ingin menyerah tubuh saya pada Muzhaffar! " - Sufi

"Mentang-mentang dia cucu kesayangan nenek, nenek ikut aje cakap dia. Abah pun satu, mentang-mentang Kak Sufi tak pernah lawan cakap dia, sanggup lukakan hati Nuri. Abang Zhaf, tu kan tunang Nuri" - Nuri

Tadi, ada juga dia cakap mesti ikut janji. Tapi...tak pulak terang-terang mintak cerai. Hisy, dia nak cerai ke tidak ni? Pening kepala aku ni.   
Pening!- Muzhaffar


Judul : Duri
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 406 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 19.90
Harga Sbh / Srwk : RM22.90
ISBN : 978-967-5289-20-0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:51 PM | Show all posts


Sinopsis :-

Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di 'OMBAK RINDU' dipanjangkan lagi di dalam 'CINTA...TIADA AKHIRNYA'.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah...CINTA...TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda, mendebarkan jiwa, CINTA...TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


Judul : Cinta...Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 597 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 22.90
Harga Sbh / Srwk : RM 25.40
ISBN : 978-983-43450-1-3



Sinopsis :-

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoanya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau ...nyawa?

Judul : Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 672 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 23.90
Harga Sbh / Srwk : RM 26.40
ISBN : 978-983-43450-2-0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:52 PM | Show all posts


Sinopsis :-

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Judul : Matahari Cerah Lagi
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 587 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 21.90
Harga Sbh / Srwk : RM 24.40
ISBN : 978-967-5289-15-6
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:52 PM | Show all posts


Sinopsis :-


Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.

Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.

Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...
--------------------------
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!
-------------------------
Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.
----------------------------

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...


Judul : Kan Kukejar Cinta Kamu
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 800 muka surat
Harga Sem. Msia: RM28.90
Harga Sbh / Srwk : RM31.90
ISBN : 978-967-5289-19-4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:53 PM | Show all posts


Sinopsis :-

Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi, perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. dan... Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.

Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah... dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada...

"Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi, pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah." - Afiqah

Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untutk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.

"Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err... Azi tapi..." - Syafiq

FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.

FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.

'Dan Sepi Pun Berlalu' menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu. Hayati gelak tawa bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak Usang dan pelbagai rasa...

Judul : Dan Sepi Pun Berlalu
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 809 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 30.00
Harga Sbh / Srwk : RM 33.00
ISBN : 978-967-5258-21-7
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2013 04:53 PM | Show all posts


Sinopsis :-

"I datang sini dengan keizinan suami I dan I tak mahu robohkan kepercayaan dia. Hidup kita tetap bermakna walaupun yang dicinta tidak bersama kita. Semuanya ada rahsia tersirat. Semuanya ada sebab pada setiap kejadian. Semuanya ada hikmah apabila Allah beri kita ujian. I isteri orang, jangan ditunggu dan diharap." - Adrina

Terasa dirinya dayus jika melupakan terus deringan itu sebaik nama 'Zul' terpampang di situ. Jelas air mukanya juga dalam keadaan marah. Dia tidak peduli pada titisan air mata Adrina. Sebaliknya tersenyum sinis. - Akid Ajmal

Dia memandang sepi sisinya yang kosong. Dia meraba pembaringan yang sepatutnya milik Akid Ajmal. Dia reda, dia pasrah tapi tidak dinafikan dirinya parah saat ini. Tidurnya jarang lena lagi sejak peristiwa malang itu. Sesekali igauan-igauan buruk akan muncul menghantui dirinya tetapi dia bersyukur tidak terlalu paraniod. Mungkin kerana dia pengsan ketika pengkhianat durjana itu menjajah tubuhnya. - Nur Fatihah Nabila

"Pada I, mencintai seseorang itu adalah dengan memiliki untuk bahagia atau melihat dia bahagia. Kalau perempuan itu amat mencintai kekasihnya, mengapa pula I nak ganggu dia. Tapi, kalau I tahu dia mencintai lelaki itu, pasti I akan rebut" - Zulfaris

Judul : Setia Menanti
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 568 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 24.00
Harga Sbh / Srwk : RM 24.00
ISBN : 978-967-5289-18-7
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:54 PM | Show all posts


Sinopsis :-

Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yang papanya ciptakan sejak usia tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yang tercicir. Dia menjadi seorang yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bos yang berperangai seperti papanya hadir dalam hidup. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci terhadap Haziq dan tambah tertekan apabila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.

Suatu hari... Ellynna terkedu apabila berhadapan dengan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya...

"Adik akan ikut cakap papa?"

"Tidak!" tegas jawapan Ellynna.

Zumm...

"Argh!!!" Ellynna menjerit apabila dengan kejam papa menyimbah air panas ke mukanya. Namun jeritan itu tersekat di kerongkong apabila air yang dicurah itu adalah air sejuk!

"Itu baru air sejuk." Kamal tersenyum sambil menjeling cerek di tangannya. Kini, Ellynna tahu air di dalam cerek itu memang air panas!.


Judul : Cahaya Cinta
Penulis : Izra Noh
Halaman : 441 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 19.90
Harga Sbh / Srwk : RM 22.90
ISBN : 978-983-43450-0-6



Sinopsis :-

"Ni, surat pengesahan doktor yang mengesahkan saya mengandung. Dan ayahnya adalah Mizan. Mak cik serahkan kepada Mizan dan saya nak dia bertanggungjawab terhadap saya!" - Fara

"Fara tu bukan manusia. Dia tu setan. Saya lebih rela berbinikan orang gila dari berbinikan setan! - Mizan

Maka perancangan MIZAN pun bermula, namun kalut sangat...

"Yeah, yeah... Abang Mizan datang! Abang Mizan datang!" Tiba-tiba Asmah melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan apabila melihat Mizan yang berada di hadapan pintu pagar. Seperti anak kecil melihat ayahnya membawa coklat sebagai ole-ole. Mizan terasa hendak terduduk ketika itu juga. 'Aduh!!! Hampeh!' Serta-merta rasa gembira Mizan menjunam tak bertahap. Merosot semua angannya. Senyum Mizan kembali hambar. Asmah masih belum pulih!

MIZAN akhirnya nekad!

"Mizan! Kau memang nak kena ni!" marah Azrul lalu dia terus meluru ke arah Mizan yang sudah berdiri untuk keluar dari rumah itu. Mizan mula berasa kecut. Dia mencari-cari ruang untuk melarikan diri di celah-celah orang yang duduk untuk menyaksikan penikahannya.

Itulah kisah MIZAN yang diugut ibunya supaya mencari jodoh sendiri. Jika tidak, Asmah yang gila akan dipinang oleh si ibu. Lalu, Mizan sentiasa kalut dan tersentap tatkala bertemu dengan bermacam kerenah gadis-gadis di kota... NAMUN, entah mengapa, dirinya MASIH TERASA penangan cinta si dia...

Mampukah MIZAN menyahut cabaran ibunya atau akur pilihan ibunya, seorang gadis gila! Dan, apakah rahsia ibunya sanggup bermenantukan perempuan gila?


Judul : Masih Terasa
Penulis : Missa James
Halaman : 408 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 20.00
Harga Sbh / Srwk : RM 23.00
ISBN : 978-967-5289-22-4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 04:55 PM | Show all posts


Sinopsis :-

Badan Dalis ditolak ke dalam pelukan lelaki bernama Zarif. Mereka berdua bertukar senyuman. Kaku seketika Dalis dalam pelukan Zarif. Terkedu sebenarnya. Keliru!

"Naj, apa... apa semua ni?" Dalis mula takut. Hilang sudah gelaran 'tengku'. Dia menahan marah. Jika sudah memberi dia pada orang lain, seperti sudah menjual harga dirinya juga.

"You dah jadi girlfriend I, so ikut aje lah apa yang I buat. Barang I, barang kawan-kawan I juga." Bisikan Tengku Najhan memang hampir mematikan degup jantung Dalis. Baru sahaja dia mahu memberi kepercayaan kepada Tengku Najhan, tetapi lelaki itu sudah buat hal.

HAH! Tengku Najhan datang, aku pening. Si Amsyar ni muncul pun buat aku pening juga. Kalau kedua-duanya datang serentak, mahu aku mati
teruk! - Dalis

"HESY! Perempuan ni, memang menyusahkan akulah. Emak pun satu, apa yang dia nak sangat bagi kain ni. Bukannya perempuan tu miskin sangat pun. "Jika tidak kerana emaknya mengamanahkan barang, sedikit pun tidak akan bertembung dengan Dalis. Entah kenapa, mereka pantang bertemu. Api dengan api, jawabnya maraklah. - Adnan

BETUL ke aku tak cemburu? Masa dengan perempuan kat shopping complex hari tu pun hati aku dah nak terbakar. Hari ni, Amy, esok... Hah! Tak boleh jadi ni. Dalis terus keluar semula dan menghampiri Amsyar dan Amy.

BELUM habis Dalis menghabiskan penjelasan, Amsyar merapatkan badannya ke arah Dalis. Kemudian, tangannya memeluk bahu Dalis dari arah belakang. Dalis memejam matanya rapat-rapat, terkejut dengan pergerakan spontan Amsyar.
"Amsyar..." Bergetar suara Dalis memanggil nama Amsyar.
"Panggil 'abang', sayang."
"Kau buat lawak apa ni?" Dalis toleh Amsyar di sebelahnya.
"Shh... kau yang nak, kan? Aku akan tunaikan permintaan kau buat kali terakhir. Selama ni, kau dah banyak tunaikan permintaan aku."

ADA bahagiakah untuk Dalis? 'Kuali' aka Hafiz yang sepi, Amsyar yang begitu, Tengku Najhan yang begini, keluarga yang menghindar dan dirinya yang sendirian mahu menggapai sinar hidup. Mencari ketenangan... mencuri cinta... meraih cita-cita... Mampukah dia? Terubatkah hatinya jikalau esok dia sudah bergelar DOKTOR DALIS!


Judul : Aku Diikat Cinta 13 Jam
Penulis : Nhia DD
Halaman : 519 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 23.00
Harga Sbh/ Srwk : RM 26.00
ISBN : 978-967-5289-23-1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:55 PM | Show all posts


Judul:                           CINTA 11 SYART
Penerbit:                      Intens Idea International Sdn Bhd
Harga:                          RM28.00 SM RM31.00 SS
-penulis/pengarang       MUNA MAHIRA
-format buku               kulit lembut 11.5 X 18.5 CM
-jumlah muka surat      800
Isbn:                            978-967-5289-24-8



SINOPSIS – Cinta 11 Syarat

RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal  namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung.  Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepadaHaziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

“Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja dia menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. “Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”
“Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.
“Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”
“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?” duga Haziq bersahaja.
“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”
“Kenapa?” potong Haziq.
“Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.
“Abang tahu.” Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju  di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya...
“Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya.Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak.” – Syahrie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:56 PM | Show all posts


Novel Terbaru Terbitan Intens Idea International Sdn Bhd
HADIRKAN CINTA BUAT AKU – TULIP UNGU

Yeay! Yang dinanti-nanti oleh para peminat Tulip Ungu…

Langganan Online dibuka!

Tajuk : Hadirkan Cinta Buat Aku
Penulis : Tulip Ungu
Harga : RM25 (SM), RM28 (S/S)
ISBN : 978-967-5289-26-2
Halaman : 640 ms

Butiran Pembayaran
Bank : Maybank
Pemegang Akaun : INTENSMART
Akaun No : 551285054385
Emel : intensmart@gmail.com

Harga Online : Terbuka kepada semua sehingga 20/12/13
Semenanjung RM22.00
Sabah Sarawak RM25.00

SINOPSIS:
SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’

SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…

‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’

LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.

“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.

MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…

“Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.”
Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara.
“Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?”
“Cinta.”
“Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?”
“Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.”
“Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?”
“Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat.
“Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang.
“Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara.

BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 04:05 PM | Show all posts


Novel Terbaru Terbitan Intens Idea International Sdn Bhd DI HATIKU ADA KAMU- Rinsya Chasiani untuk membuat pesanan anda boleh layari: www.intensidea.com

Tajuk: Di Hatiku Ada Kamu (Judul Asal di blog : Bitterness in You)
Penulis : Rinsya Chasiani
Harga : RM25 (SM), RM28 (S/S)
ISBN : 978-967-5289-27-9
Halaman : 624 ms
Penerbit : Intens Idea International Sdn Bhd
Terbitan : Februari 2014


Sinopsis :

RIAN AULIA - Terlanjur cinta pada yang salah mampukah untuk kita tekan 'padam' rasa itu dari hati? Pertemuan Adif dan Rian bertitik-tolak temu janji buta yang diatur oleh keluarga. Anehnya pada Rian, lelaki itu sangat misteri dan mempunyai auranya tersendiri. Tanpa desakan mana-mana pihak, lamaran Adif diterima dengan hati yang terbuka oleh Rian sementelah Adif tampak seperti lelaki yang budiman. Namun tidak terduga sebuah kebenaran tersingkap, hampir menjadikan Rian seorang yang kecundang…

AHMAD ADIF RAYQAL – Antara rasa cinta kepada Rian Aulia, kasihnya kepada Adelia, sayangnya kepada arwah kedua ibu bapanya, komitmennya terhadap Idris Holding dan sikap sopannya kepada ibu bapa Rian Aulia menjadikan dia seorang yang perahsia dan sangat misteri kerana di hatinya ada sesuatu yang terpendam…

RIAN yang sengsara…
“Rian tak sanggup, pulangkan semula masa Rian, Rian tak akan kahwin dengan dia. Rian tak sanggup macam ni.” Aku teresak kuat. Nafas terasa tersekat-sekat di dada. “…Rian tak nak mengandungkan anak dia!”
Benciku kepada Adif kian bercambah di sudut hati. Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku mengandungkan anak lelaki yang terang-terangan merancang untuk memusnahkan hidupku.

“Rian Aulia, awak benci atau tak itu dah jatuh kepada perkara ketiga. Sekarang ni yang lebih penting, Farhan, yang kedua, I will never divorce you."- Adif
“You threatened my family, you threatened us! Tak puas-puas lagi mengugut kami? Dasar jahanam!” - Rian

RIAN pergi jauh dan PERTEMUAN semula menjadikan Adif sebagai pengejar cinta setia. Dia mahu mengutip semula cinta yang Rian campak merata-rata. Mampukah Adif mendapatkan semula hati Rian yang keras seperti batu? Atau… mungkinkah menggunakan kelicikannya seperti sebelum ini…

“Gila! Lepaslah,” ucapku spontan. 10 minit macam ni masaklah aku. Farhan yang sedang terpinga-pinga berdiri meminggir di tepi kereta tu aku nak buat macam mana?
Aku menolak lagi tubuhnya tetapi masih tak berjaya. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan memijak kaki Adif kuat tetapi tetap juga lelaki itu buat bodoh saja. Tak sakit ke apa dia ni... Hesy! Apasal aku pakai kasut yang tak bertumit ni... Kalau tumit tinggi dua inci atau tiga inci, mesti dia rasa sakit.
“Jangan tendang-tendang abang, tak berkesan punya,” ucapnya apabila dia rasa aku mungkin akan menendang kakinya. Eleh penipu, mukapun dah berkerut macam tu berlagak tak sakit konon. Aku mengetap bibir geram.
“Saya tak terfikir tentang tu tapi terima kasih kerana bagi idea.”
Tapi belum sempat aku mengangkat kaki, tak semena-mena tubuhku tidak menjejak bumi lagi. Aku terjerit kecil apabila Adif mengangkat tubuhku tanpa mempedulikan Farhan yang masih tercegat melihat kami dalam keadaan sebegitu.
“Lepaslah!” Aku memukul bahunya kerana malu sangat. Adif bukan setakat mendukung aku dan berdiri saja tapi dia siap berlari anak mengelilingi kereta. Serius malu sampai aku rasa kalau ada bola sepak kat sini memang aku dah sepak ke muka dia dah.

BERJAYAKAH Adif memikat Rian semula? Terpedayakah Rian akan kelicikan Adif yang masih misteri baik dahulu mahupun sekarang…
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:04 AM | Show all posts
Di hatiku ada kamu-rinsya chasiani/aireen aryana
Bleh bg 3 1/2 bintang utk novel ni..
Mula2 mmg geram dgn watak adif...tp lps tu jd geram plak dgn rian yg Keras hati tu.Main tarik tali plak dia...tp mmg la padan muka adif kan...wat lg camtu...
Apapun karya bwh penerbitan intens nmpk semakin matang dr 2 novel sebelum ni(lelaki versi dia n kuli rumah utk dia)
Best n boleh wat koleksi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2014 05:08 PM | Show all posts


JUDUL : ANUGERAH TERINDAH
PENULIS : SOPHILEA
PENERBIT : INTENS IDEA INT’L SDN BHD
HALAMAN : 608 m/s
HARGA PASARAN : RM25 (SM) / RM28 (S/S)
ISBN : 978-967-5289-28-6
EDARAN : Akhir MAC/ Awal APRIL’14

Sinopsis :

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz… Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik’.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 10:54 AM | Show all posts
Anugerah terindah-sophilea/mazni darnisya

3.5 bintang
Baca novel ni mengingatkan pd novel jaja dan din karya Noor suraya..mngkin cara ariana meminang ustaz mukhriz tu kot...tp bg sy jaja dan din lebih bagus..
Dlm anugerah terindah ni,nampak olahan dan penceritaan penulis agak kaku,kurang hidup...
Tp jalan citer yg menarik n bagus...banyak pengisian..
ni novel ke 3 penulis,bg sy samudera indah nian lebih best..


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 11:02 AM | Show all posts
Bisikan namaku-muna mahira

4 bintang
Best!mmg skang trend watak hero jahat2 kot..banyak kali jumpa ni..
Aeric yg nama ja Islam tp hidup penuh dosa..siap ada misstres lg..aiyooo
Tp xleh salahkan dia jugak sbb xdak mak bapak jaga,hrpkan bapa angkat yg dh murtad ja..
Paksa ritz syakeela kawen dgn dia utk dptkan syarikat bapa angkat dia...part lepas kawen tu mmg bermacam emosi la..tp ritz tu kuat melawan(sama mcm andria novel syah shah)
Ada gak part2 yg daring..tp terkawal la..
Keseluruhan mmg best..Happy ending.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2014 01:15 PM | Show all posts


Tajuk : Kerana Satu Janji
Penulis : Ameera Ameer
Terbitan : Intens Idea
Harga : SM RM29.00 / SS RM32.00

Sinopsis :

TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak…
KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan!
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka.
KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan?
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.

MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…

“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya.
Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda.
Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu.
“Hannah!” jeritnya melepaskan geram.
Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham.
Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?”
Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.
“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang....” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram.
“Hurm... Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal.
Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…

JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 11:48 AM | Show all posts


Tajuk: Bos Senget PA Sengal
Penulis: Kay Delaila
Harga: RM30sm/RM33ss
Harga Promosi: RM26sm/RM29ss
Terbitan: Intens Idea
Sinopsis:
FARAH ADEEBA, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.
Pertemuan dengan Taufiq Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba yang suka menjawab sengal buat Taufiq geram. Taufiq tekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato’ Noraini sebagai PA nya.
NAMUN, strategi Taufiq berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari…
“Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan.” Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung di fikirannya yang Taufiq akan mengambil tindakan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya?
“Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato’ dengan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa tiba-tiba bos buat macam tu ya?” soal Adeeba mencari jawapan.
“Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?”
Adeeba membuka telefon pintarnya semula.
-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely GM needs company-
“Gila sengal bos kau tu Deeba.” Gelak Hasnah terburai.
“Habis kau balas apa Deeba?” Adeeba tak menjawab, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.
-Bos nak saiz A5 ke, A4 ke atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu reply bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-
SAMPAI bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 11:48 AM | Show all posts




Tajuk: Seminit Pun Tak Lupa
Penulis: Ayumi Syafiqah
Harga: RM23sm/RM26ss
Harga Promosi: RM20sm/RM23ss
Terbitan: Intens Idea
Sinopsis:
“Saya janji akan buat awak happy every single day yang saya ada.” – Rafiqi.

DILARA dan Rafiqi bertemu di kolej. Saat cinta menggebu, dunia Rafiqi berubah 360 darjah apabila berita tentang mama yang hilang 13 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

“Sekali Fiq keluar dari rumah ni, Fiq bukan anak papa lagi.” – Datuk Maslan.

RAFIQI yang tabah…Hidup susah dan bekerja apa saja untuk sesuap nasi. Hatinya menangis sayu. Dia hilang seorang ayah, dia hilang sahabat, dia hilang kekasih yang dia cinta, tapi dia ada kasih sayang mama. Itu sudah cukup dibandingkan dengan apa saja yang dia ada di dunia ini.

MASA berlalu, Dilara dengan kerjayanya sebagai pramugari…dintai Ham’zalah, encik pilot yang kacak… Namun hatinya sunyi lalu dia tekad mencari Rafiqi…

Dilara menelan air liur. “Ermm… Saya nak cari Fiq kat kampung mama dia,” ujarnya.
“And?”
Nash kerut muka. Lantunan bola pun sudah berhenti. Mata Nash tajam ke arah Dilara. Atas bawah dia melihat gadis yang masih beruniform pramugari.
Biar betul nak main basketball pakai skirt macam tu? Terkangkang karang, mana nak letak muka. Nash tunduk lalu senyum. Memang parah kalau berskirt dan terlompat-lompat nanti.
“Boleh ke tidak?” Dilara tanya. Janganlah Nash menolak permintaannya yang kecil ini.
Nash angkat muka. Dipandang pula ke arah Murnirah yang sekadar jongket bahu.
“Ehem...” Nash seolah-olah membetulkan peti suaranya.
“Aku tahu kau orang berdua tak faham dan please, jangan mintak aku explain apa-apa. Just… Nash, tolonglah ajar saya main. Sikit pun okey, saya hargai sangat-sangat,” pinta Dilara lagi. Nadanya sudah separuh merayu. Hanya ini salah satu cara untuk dia memikat Rafiqi semula.

NAMUN siapa Rafiqi saat Dilara menemuinya?

“Aku yakin jodoh aku dengan dia. Empat tahun ke, sepuluh tahun ke, even dua puluh tahun sekali pun, aku sanggup tunggu.” – Dilara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.068388 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list