CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3399|Reply: 21

[Jenayah] Mayat bayi ditemui di kawasang takungan sampah di Klang~~Kepala Pecah~~

[Copy link]
Post time 4-12-2013 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Mayat bayi ditemui di kawasang takungan sampah



Oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHAMAD ZOKI

PELABUHAN KLANG 4 Dis. - Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan terlentang di kawasan takungan sampah Pengkalan Sungai Udang, di sini pukul 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat mangsa ditemui bogel tanpa pakaian dengan kesan pecah di kepala oleh seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Katanya, mayat bayi yang dipercayai baru lahir itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ampah#ixzz2mUKqou49
© Utusan Melayu (M) Bhd   Last edited by putr@polo on 4-12-2013 03:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2013 03:47 PM | Show all posts
ape lah nak jadi manusia zaman skang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
:Qyarabbi....!!!sial betul manusia itu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 03:50 PM | Show all posts
awal awal aku cakap siapa siapa sumpah seranak mak baby ni memang nak kena lahar aku..

manusia tidak akn ada jika tiada lelaki dan perempuan!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 03:59 PM | Show all posts
memula aku tgk tajuk thread nie aku serba salah nak baca ker tidak...

sebab makin menjadi2 pulak kes buang bayi..skrg nie makin teruk sampai pecah kepala pulak...

pening aku..

buat zina satu hal, buang anak satu hal, bunuh zuriat sendiri pastu buang dgn keadaan mengaibkan pun satu hal..

manusia skrg nie dah takder sifat khalifah lagi dah..sifat kebinatangan pun tak sekejam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:01 PM | Show all posts
apa lagi kalau bukan kerja ummah mulayu moslem sunni felda pprt caprut syumul tak reti guna kondom dan telan pil perancang keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2013 04:02 PM | Show all posts
mak bapak budak tu sunni ka shia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:03 PM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 4-12-2013 04:01 PM
apa lagi kalau bukan kerja ummah mulayu moslem sunni felda pprt caprut syumul tak reti guna kondom d ...

lu datang bulan lagi ka ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 04:05 PM | Show all posts
tak serik2  malah makin menjadi2.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:18 PM | Show all posts
aih! saya nak bersalinkan anak seperti dalam gambar kt sebelah nie punya la payah
smpai skarang nk pregnant lg pn takut terbyg2 masa kt labor room
org yang buang anak ni senang sgt ka bersalin??
pelik btul la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:40 PM | Show all posts
ape laa dosa seorg anak kecil tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:41 PM | Show all posts
dr pengalaman aku..
kawan aku besalin masa umur 16thn.. anak x de ayah la..
dia ckp mmg senang, dia sakit sikit2 gitu je..
mak aku ckp, besalin ni kan hapuskan dosa kita sama mcm bayi yg baru keluar..
sbb tu kita rasa sakit sgt nk bersalin..
kalau org mcm ni, dosa x terhapus kut.. aku pun x tau
aku pun still lagi terbayang2 sakit besalin taun lps..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:35 PM | Show all posts
mesti seumur hidup ibu ni terbayang perbuatan dia tu membunuh anak sendiri...
bodo piang...kenapa masa mengandung tu xp gugurkan..  xbersifat lagi..dosa letak tepi  la..dah memang ko pun bergelumang dosa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby valentine dah keluar.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 4-12-2013 04:01 PM
apa lagi kalau bukan kerja ummah mulayu moslem sunni felda pprt caprut syumul tak reti guna kondom d ...

Ko ni sunni syiah bagai dari hari tu aku meluat komen ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 10:45 PM | Show all posts
Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Sungai Klang

KLANG: Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini Rabu.

Ketua Polis Dearah Klang Selatan, ACP Mohd Mat Yusop, berkata mayat bayi yang belum dikenalpasti identiti ditemui seorang penjaga pangkalan yang sedang mengutip tin kosong di tebing sungai itu pada kira-kira 9 pagi.

"Mayat bayi yang cukup sifat ditemui dalam timbunan sampah dalam keadaan terlentang dengan tidak berbaju," katanya.

Mat Yusop berkata pada awalnya, penjaga pangkalan berkenaan menyangkakan bayi itu sebagai anak patung.

Beliau berkata mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dihantar ke Makmal Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit, katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 06:03 PM | Show all posts
kesiannya la hai... ...nnti 10 tahun akn dtg nak menyesal pon x gune dah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 06:29 PM | Show all posts
eee otak jenis apa la yg buang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 06:38 PM | Show all posts
DatinMaghia posted on 4-12-2013 04:41 PM
dr pengalaman aku..
kawan aku besalin masa umur 16thn.. anak x de ayah la..
dia ckp mmg senang, di ...

aku bersalin tak sakit sangat ...senang sangat...kol 3 sakit..kol 5 dah keluar...3 kali push aje
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 06:53 PM | Show all posts
Rakyat Malaysia makin kejam jenayahnya!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.185961 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list