View: 6422|Reply: 13
|
Adidas - tahun 1948, Adi dan Rudolf
[Copy link]
|
|
Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini bermula pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di ruang cuci milik Ibunya. Masa itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana tingginya kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya perniagaan kecil-kecilan tersebut mula membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan "Dassler Brothers OGH" yang nantinya menjadi cikal bakal Adidas sekarang. Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengeluar kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Olimpik. Puncak keterkenalan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan memakai kasut buatan Dassler.
Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut 'Puma' sedangkan Adi membuat jenama 'Adidas.' Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama belakang Dassler yakni 'das' sehingga menjadi kata 'Adidas'. Sekadar maklumat bahawa nama asal dari Adi Dassler adalah Adolf Dassler, tapi orang Jerman sering memanggil nama Adolf sebagai Adi. Disokong oleh kemajuan bidang penyiaran dan pertelevisian, adidas menikmati keuntungan dari event sukan seperti Sukan Olimpik atau bola sepak, kerana logo 3 stripes mereka mudah dikenali dari jauh. Ia pun mendafarkan logo 3 stripes sebagai trademark dari adidas. 3 stripes yang diciptakan agar kaki stabil, namun akhirnya menjadi logo. Evolusi Logo Adidas
Penggunaan logo Adidas sendiri baru dipergunakan pada sekitar tahun 1948, pada saat dua bersaudara Dassler tersebut berpisah. Secara visual, logo Adidas hanya berupa huruf Adidas, dengan nama Adolf Dassler diatasnya serta ilustrasi kasut tengahnya. Dengan jenama ini, kasut buatan Adi Dassler mencapai titik kejayaan, dengan diakuinya jenama kasut Adidas diajang pesta sukan dunia seperti Sukan Olimpik Helsinki, Melbourne, Roma dan lainnya. Serta saat itu pasukan bola sepak Jerman menjadi juara dunia bola sepak dengan menggunakan kasut Adidas.
Pada tahun 1972, logo Adidas mengalami perubahan yakni dengan menggunakan konsep 'Trefoil Logo', iaitu logo dengan visual tiga daun terangkai. Konsep tiga daun ini mempunyai makna simbolisasi dari semangat Sukan Olimpik yang menghubungkan pada 3 benua. Sejak saat itulah Adidas menjadi kasut rasmi yang dipergunakan pada even Olimpik diseluruh dunia. Akhirnya setelah bertahun-tahun berjaya dan mengalami liku-liku perkembangan usaha, pada tahun 1996, Adidas mengalami pemodenan dengan melaksanakan konsep 'We knew then - we know now' yang kurang lebih menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan hingga kini. Adapun logo baru yang digunakan secara visual berupa tiga angka condong yang membentuk tanjakan yang menggambarkan kekuatan, daya tahan serta masa depan. Sejak saat itu logo Adidas tidak pernah mengalami perubahan, serta masih berjaya hingga saat ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 brand ni mmg grande... |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum brand puma adalah ruda
kemudian baru pakai brand puma |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak dapat saiz besor kasut adidas especially yg kat malaysia.Terpaksa bertukor ke nike or new balance. |
|
|
|
|
|
|
|
dua dua |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang tak ramai orang jerman nama Adolf |
|
|
|
|
|
|
|
Mantopppp................ |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pergi al ikhsan beli satu |
|
|
|
|
|
|
|
IKON PERALATAN SUKAN G.S GILL MENINGGAL DUNIA
Kuala Lumpur 27 Ogos – Tokoh korporat peralatan sukan Malaysia, Tan Sri G.S Gill meni­nggal dunia hari ini pada usia 92 tahun.
Mendiang merupakan pengasas syarikat G.S. Gill Sdn. Bhd. pada 1946 yang berpangkalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Syarikat berkenaan juga pernah menjadi pemegang lesen pengedar barangan sukan jenama terkenal Adidas di Malaysia sejak 1952.
Bekas Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Datuk G. Vijayanathan turut terkejut ketika dimaklumkan tentang pemergian rakan karibnya itu yang kali terakhir ditemuinya Februari lalu.
“Kami macam adik-beradik dan mendiang seorang yang gemar menolong orang seperti menaja jersi dan kelengkapan sukan lain.
“Setahu saya, mendiang ada dua anak perempuan. Kali ter­akhir saya jumpa mendiang ialah ketika majlis hari jadinya pada 4 Februari lalu dan dia sihat ketika itu.
“Mendiang juga seorang yang kuat bekerja dan memang tidak suka duduk diam di rumah walaupun pada usia le­bih 90 tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bekas Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan pemimpin Gerak Sikh Malaysia, Tan Sri G. Darshan Singh berkata: “Saya mendapat tahu berita kematiannya daripada anak saya, Manjit yang mengetahui­nya menerusi Facebook.
“Ketika diberitahu saya dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atas urusan kerja di mahkamah.
“Saya difahamkan upacara pengurusan mayatnya akan diadakan petang esok di krematorium Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur,” katanya.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
lama betul kedai dia bertapak kt jln TAR tu...
kekal kt situ je
xde branch lain kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah entah satu kedai itu pun asyik rugi je dikacau al Ikhsan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian engko. Hari hari miskin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|