CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1436|Reply: 0

Speaker Arah ADUN Kepayang Keluar Dewan

[Copy link]
Post time 29-11-2013 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Speaker Arah ADUN Kepayang Keluar DewanSHARE THIS

TAGS


Akibat mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Speaker DUN Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming sebentar tadi diarahkan supaya keluar dewan mengikut Perintah Tetap 44 (2).
Tindakan itu diambil oleh Datuk SK Demavany selepas wakil rakyat DAP itu enggan menarik balik kenyataan yang menyebut Speaker ingin mempercepatkan perbahasan sesi petang kerana sibuk untuk menghadiri pemilihan parti MIC, esok.
Sebelum insiden itu berlaku, Kor Ming kelihatan beberapa kali bangun mencelah untuk mendapatkan penjelasan daripada Exco Hal Pengguna negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning) yang ketika itu sedang menggulung perbahasan berkaitan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ahli Parlimen Taiping itu juga tidak menghiraukan arahan Devamany yang memintanya duduk kerana Samsudin tidak memberi kebenaran kepada oleh wakil rakyat pembangkang tersebut untuk mencelah perbahasan.
Ketika ditanya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengenai alasan dan perintah mana Kor Ming diarahkan keluar dewan, Devamany menjelaskan kenyataan Kor Ming itu menghina Speaker dan ADUN Kepayang itu terpaksa dikeluarkan kerana enggan menarik balik kenyataan tersebut.
“Tuduhan yang dilemparkan kepada Speaker begitu serius,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.260964 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list