CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7522|Reply: 76

[Tempatan] KJ harap MB tak 'merajuk'

[Copy link]
Post time 29-11-2013 08:12 AM | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menasihati Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said agar tidak ‘terasa hati’ dengan keputusan awal kementerian itu dalam hak penganjuran sukan berbasikal.

Menurutnya, Ahmad Said tidak perlu khuatir mengenai keputusan awal tersebut memandangkan setakat ini pihaknya masih belum memutuskan keputusan muktamad berhubung hak penganjuran tersebut.

“Saya terkejut dengan pengumuman MB Terengganu untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.

“...saya difahamkan pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsoon juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan

“Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada tahun 2017, tapi Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Disember. Dan sebarang kenyataan mengenai lokasi atau 'venue' bagi acara-acara adalah hanya cadangan buat masa ini,” katanya dipetik di laman Facebook.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu tersebut, yang bertindak untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 sekali gus menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.

Dalam laporan media tempatan baru-baru ini, Ahmad Said melahirkan rasa kecewanya kerana tidak mendapat hak penganjuran acara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Ekoran itu, Terengganu mengumumkan untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014.

"Kita benar-benar kecewa, jadi kita akan tarik diri menjadi tuan rumah LTdL.

"Kita tak akan sediakan tajaan. Tahun lepas kita taja RM2 juta, maknanya tiada lagi penajaan sebanyak itu untuk tahun ini.

"Kita berlembut dengan orang kalau orang berlembut dengan kita, tapi kalau orang dah tak hirau, begitu juga kita," katanya.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau bagaimanapun berharap agar Ahmad said akan mengkaji semula keputusan tersebut.

“Saya amat berharap bahawa Menteri Besar Terengganu akan mengkaji semula keputusan beliau semalam tentang LTdL.

“Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan basikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini,”ujarnya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Uduh eh tuo2 merajuk..tgk mb ganu ni teringat kt guard yg kne maki bini matyo
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:28 AM | Show all posts
org tua tu dah majuk dah pun....apa kes ko kj...tahu laa ko x minat org tua...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:33 AM | Show all posts
kuat sentap betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:33 AM | Show all posts
susah jugak anak muda ni nak bekerja sebab Persatuan Sukan-sukan
dikuasai oleh orang-orang tua.

Sultan Pahang dah mark Khairy dah. Peluang peserta Maharaja LAwak nak dapat Dato'
dari Pahang 1000x ganda lebih besar dari Menteri KBS ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:33 AM | Show all posts
#biadap #sokokpesengibleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2013 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa untuk kj membayar jasa orang johor yg 100% bagi sokongan pada kj..... hehehe macam ni punya menteri pun ade ke...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:40 AM | Show all posts
idop KJ!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2013 08:41 AM | Show all posts
ringcat posted on 29-11-2013 08:33 AM
susah jugak anak muda ni nak bekerja sebab Persatuan Sukan-sukan
dikuasai oleh orang-orang tua.

nasib lah wahai encik khairy..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:43 AM | Show all posts
tu la ko kj...asyik nak kaco tempat org jer..dah majuk kawan tu..kalo takat majuk rasanye kj bukan kesah pon..ni pasal mb terengganu nak stop tak nak kasi duit tajaan 2juta...pe la kj pd aku tempat yg buat permainan kapal layar tu dah elok kat terengganu..air laut dia tak ler gelombang teruk sgt berbanding kat desaru...desaru memang air dia bersih tp gelombang air dia tu merbahaya..tunggu je la lps nie sape lagi yg kj kaco...jgn alih2 semua boikot kj udah ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 08:49 AM | Show all posts
Khairy terkejut kenyataan Ahmad Said

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ternyata terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang berhasrat untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah untuk sebarang peringkat perlumbaan.
Khairy berkata, pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian Ahmad sendiri bahawa acara perlumbaan berbasikal lebuh raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsun pula akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan.
"Saya ingin menerangkan bahawa Jemaah Menteri serta Kementerian Belia dan Sukan setakat ini belum menetapkan sebarang keputusan mengenai lokasi atau gelanggang sebarang acara untuk Sukan SEA 2017," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui akuan laman sosial, Facebook miliknya, semalam.
Kelmarin, Ahmad meluahkan rasa kecewa kerana kerana tidak mendapat hak penganjuran acara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, seterusnya mengumumkan Terengganu akan menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan LTdL 2014 dan menegaskan mereka juga tidak akan menganjurkan sebarang peringkat pada perlumbaan itu.
Jelas Khairy, walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bahawa Malaysia akan menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada 2017, namun, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) hanya bakal membuat keputusan rasmi pada 10 Disember ini.
"Sebarang kenyataan mengenai lokasi atau gelanggang bagi acara-acara adalah hanya di peringkat cadangan buat masa ini. Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang penganjuran Piala Monsun akan datang.
"Walaupun perjanjian antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu bagi tahun depan dan seterusnya," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihaknya telah pun menjelaskan mengenai perkara tersebut kepada Ahli Exco Sukan Terengganu, Rozi Mamat, yang juga pernah menjadi rakan seperjuangannya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Khairy juga meminta semua pihak agar tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.
"Saya amat berharap Menteri Besar Terengganu mengkaji semula keputusan beliau semalam (kelmarin) tentang LTdL. Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan berbasikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini.
"Memang tepat kenyataan beliau bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL," tegasnya.



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:54 AM | Show all posts
KJ  kena belajar dari kesalahan lalu.
zaman Pak Lah, ialah zaman kegemilangan Khairy dia dah buat silap ego
sampai semua orang nak cium tangan dia.
senarai wakil DUN Kedah 100% ditentukan oleh dia sampai Sheikh KAdir
kata,:"Khairy buat semua Ketua Bahagian UMNO macam tunggul.:
akibatnya Kedah jatuh ketangan PAS dan Khairy cipta sejarah Ketua Pemuda
UMNO pertama tak ada apa2 jawatan, sedangkan both Timbalan dia jadi Timb Menteri.

agaknya didikan Oxford buat Khairy tak pandai diplomasi.

semasa Khairy jadi Timbalan Presiden FAM, dia 'berlaga angin' dengan semua exco
yang berpatik-patik dengan Presiden. Khairy buat cara rebel anak muda.Last2 kena kick
out.

tengoklah dalah sepenggal Khairy jadi Menteri, berapa ramai lagi dia buat musuh dengan
pemimpin2 lama dalam sukan ke Menteri Besar ke.

Khairy ikutlah nasihat Siti, kena pandai 'tarik benang dalam tepung' bila bekerja dengan
orang2 tua ni. Orang2 tua ni dah lama berkuasa, tak suka style 'redah'Khairy ni.

kita yang lain pun, dalam organisasi, bekerja,berniaga, Rukun Tetangga ke, AJK surau ke...kalau dikelilingi orang2 tua kena pandai diplomasi walaupun kita lulusan Oxford.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:57 AM | Show all posts



kaka TBA, hensem dowh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ringcat posted on 29-11-2013 08:54 AM
KJ  kena belajar dari kesalahan lalu.
zaman Pak Lah, ialah zaman kegemilangan Khairy dia dah buat s ...

Style khairi ni bos swasta suka la... bos kerajaan tak suka... he3
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 08:59 AM | Show all posts
edisi sentap.....ngehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 09:02 AM | Show all posts
ringcat posted on 29-11-2013 08:54 AM
KJ  kena belajar dari kesalahan lalu.
zaman Pak Lah, ialah zaman kegemilangan Khairy dia dah buat s ...

yg tu betul kene belajar pandai menarik benang dlm tepung..tp si kj nie apa yg aku tengok memang style dia agak berlagak..mungkin style org n9 kot jenis ckp lepas...x fkr apa perasaan org lain..org2 dlm persatuan sukan pulak banyak dr pantai timur...tau2 je la org pantai timur nie jenis2 org yg ckp lembut2 tu yg mudah terasa hati...tp pe pon kj kene belajar dr kesilapan...kalo tak lps nie susah la dia nak dptkan jawatan...yg pandai di sini ialah najib meletakkan kj kat bahagian sukan..coz aku rs najib tak nak bahagian lain ada mslah gan kj...so letakkan kat dlm sukan..cuba letak kj dlm ekonomi atau pentadbiran negera..mau bertelagah gan pak menteri2 lain...nie permainan politik jugak nie...kj kn ingt la skrg nie bukan zmn bapak mertua dia memerintah...skrg zaman org lain memerintah...tembelang dia ms zaman pak lah pon dah ramai org tau...kj kene belajar cara dm n cara anuar...walaupun anuar digelar main bontot ke apa2 ke...tetap mempunyai penyokong kuat di belakang dia...kerana apa sekeras2 pon tindakan mereka nie dia org pandai memanipulasi keadaan...

aku rs kj kat sukan nie ssh dia nak dptkan komisyen dari mana2 penjualan tiket atau projek..tu yg kene buat cadangan buat kat tempat yg dia tentukan..kat sini baru lah leh nak dpt komisyen dia...nak korupsi pon senang sikit...kalo tak otai2 lama dah pegang mn leh campur tangan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 09:04 AM | Show all posts
kami taknak derih natang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 09:15 AM | Show all posts
rosasa posted on 29-11-2013 08:57 AM
kaka TBA, hensem dowh

kacak sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 09:18 AM | Show all posts
ringcat posted on 29-11-2013 08:54 AM
KJ  kena belajar dari kesalahan lalu.
zaman Pak Lah, ialah zaman kegemilangan Khairy dia dah buat s ...

mengarut..kami anak muda menyokong penuh KJ...setakat ni KJ dah bermusuh dengan FAM, persatuan Sepak Takraw, terbaru Mat Said..Terlama Tun Dr Mahathir..

Sebelum ni orang kata khairy naik dengan pengaruh pak lah..

Sekarang dah 5 tahun pak lah tinggalkan politik..Tapi KJ tetap steady dan semakin ramai orang sokong dia..Xmacam Mukhriz..walaupun dah 10 tahun bapak dia bersara..tapi bapak dia masih kuat berpolitik untuk naikkan dia..



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 09:19 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 29-11-2013 09:15 AM
kacak sungguh.

zina mata ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.193068 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list