konform tak masuk paper indon
Miri: Lima pekerja binaan warga Indonesia ditahan semalam, selepas dipercayai terbabit membelasah dua beranak yang menegur perbuatan mereka mengganggu isteri seorang mangsa pada petang Rabu lalu di sebuah rumah pekerja di Lopeng, di sini. Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri diketuai Inspektor Mizlan Abdul Ghani pada jam 2.15 petang.
Difahamkan, tindakan sekumpulan warga asing terbabit sering mengganggu seorang wanita yang juga isteri seorang daripada mangsa warga tempatan yang turut bekerja di tapak pembinaan sama menimbulkan kemarahan lelaki itu.
Sumber berkata, berikutan itu lelaki berusia lewat 20-an itu menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) ke tempat kejadian.
Katanya, kehadiran anggota polis itu hanya untuk memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, namun ia mencetuskan kemarahan kumpulan pekerja asing berkenaan membelasah lelaki itu sebaik anggota polis beredar.
“Bapa mangsa yang juga pekerja di tapak binaan sama secara kebetulan menyaksikan tindakan suspek itu cuba meleraikan keadaan tetapi turut dibelasah,” katanya.
Last edited by the_killer on 25-11-2013 01:55 PM
|