CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2294|Reply: 10

[Tempatan] Sindiket Macau Scam tumpas

[Copy link]
Post time 23-11-2013 10:30 AM | Show all posts |Read mode
        CHENG -  Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Macau Scam dengan tertangkapnya 10 warga asing termasuk empat wanita di dua premis rumah kedai dekat Taman Puncak Bertam, di sini, semalam.
       
        Sindiket yang menyasarkan warga China dan Taiwan itu menggunakan beberapa peralatan khas untuk penyamaran suara sehingga mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit
       
        Mereka menjadikan menyewa premis kosong sebagai pusat panggilan atau call centre sejak bulan lalu untuk menghubungi mangsa, kesemuanya rakyat kedua-dua negara berkenaan.
       
        Sejurus sasaran dikenalpasti, mereka kemudian menjalankan tugas masing-masing menggunakan teknik penyamaran menerusi suara melalui protokol Internet (VoIP) dengan membuat panggilan kononnya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai bank.  


  •                                                                             
  • Chua menunjukkan sebahagian peralatan yang dirampas.
                                                               
       
        Ahli sindiket itu akan memaklumkan kad kredit mangsa kononnya disalah gunakan individu tertentu dan akaun bank berkaitan akan dibekukan sekiranya tidak mengikuti ara-han diberikan.
        Mangsa kemudian diminta memindahkan semua wang berkenaan ke dalam akaun bank khas tertentu di luar negara lalu dilesapkan sindiket durjana terbabit.   
       
        Bagaimanapun, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor berjaya menumpaskan sindiket terbabit kira-kira 11 pagi semalam.
       
        Kesemua yang ditahan merupakan warga asing berusia 20 hingga 30-an.
       
        Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, selain penahanan suspek, pihaknya turut menemui peralatan yang digunakan untuk ‘menggelapkan’ semua wang mangsa terbabit.
       
        “Hasil siasatan mendapati sindiket ini sudah memperdayakan mangsa membabitkan nilai kerugian dianggarkan RMB22 juta (RM11 juta),” katanya kepada pemberita ketika serbuan di lokasi sindiket, semalam.
       
        Menurut beliau, Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tiada warga tempatan didapati terbabit dalam sindiket antarabangsa berkenaan setakat ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 11:12 AM | Show all posts
kegiatan nie pernah beroperasi di belakang Ampang Park bangunan MBF dulunya skrg dh tukar......pernah attend dua kali ceramah.....nmpak lain mcm jea penceramahnya bg ceramah mcm takut2 mata liar jea ...nsib baik x buat pembayaran lagi cuma dgr jea dulu........
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:29 AM | Show all posts
scam sana sini dan source datang dari malaysia tapi org luar yg kendali
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 12:15 PM | Show all posts
rasa nye dorg tak reti ckp Melayu kot
so selamat la duit Melayu
cha ya nun alif jer yg kene
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kasijelaya posted on 23-11-2013 12:15 PM
rasa nye dorg tak reti ckp Melayu kot
so selamat la duit Melayu
cha ya nun alif jer yg kene

Sape ckp bahasa melayu tak significant dlm biz world?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 12:56 PM | Show all posts
tahanlasak posted on 23-11-2013 11:12 AM
kegiatan nie pernah beroperasi di belakang Ampang Park bangunan MBF dulunya skrg dh tukar......perna ...

ni scam cari mngsa pkai tepon..

xde maknenya nk bagi scam gune ceramah.

aku rasa scam yg ko jupe ni scam jenis lain..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2013 12:57 PM | Show all posts
jengkoil posted on 23-11-2013 12:31 PM
Sape ckp bahasa melayu tak significant dlm biz world?

mksud dia penipuan target org cina yg gune kdit kad

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 23-11-2013 12:57 PM
mksud dia penipuan target org cina yg gune kdit kad

Maksud aku plak..masyarakat dunia kena blaja dan angkat bahasa melayu. ..baru la senang nak wat bisness scam nga masyarakat melayu...

sungguh ketuanan statement aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2013 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 23-11-2013 12:56 PM
ni scam cari mngsa pkai tepon..

xde maknenya nk bagi scam gune ceramah.

Yg jenis ceramah mcm biz MLM aje...tukang yg bg ceramah tu tayang kunci bm, merc kat poket..sape tau tu keta sewa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 03:02 PM | Show all posts
Bdk ofis i hampir kena dgn scam ni. Dia dpt phone call dr 'inspektor' bkt Aman yg kata akaun dia didspati digunkan utk pdmindahan wang haram. Pastu dia dpt call dr bank negara juga.
The so called inspektor ni kata suruh dia buka akaun lain  and pindahkan semua duit kr akaun baru sbb kaun bank sjrg akan dibekukan utk siasatan. Pastu inxpektor ni kata bdk ni akan didakwa dan ajak bdk ni berjumpa utk dia lepaskan kes wang haram ni.
Bdk ni dah panik. Dia check no yg call dia tu mmg no polis bukit Aman. Tapi nasib baik dia teringat ada kwn polis n ceritakan kes dia ni. Kwn dia pun kata ini adalah scam Macau dan jgn layan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah juga hampir2 terkena tp I kata tak faham english buat ala2 kekampungan suruh org tu cakap malay last2 dia fed up hang up..after that bank kononnya call pulak I still buat2 tak faham lagi dia marah2 kata stupid la crazy la terus hang up...selamat aku..haha siapa yg stupid n crazy now..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.057662 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list