Seorang lelaki yahudi mempunyai hajat tertentu dan mengadukannya kepada Khalifah Harun Ar Rasyid . Beliau berulang alik ke istana akan tetapi permintaannya sampai setahun tidak dihiraukan oleh Khalifah.
Suatu hari ketika Khalifah Harun Ar Rasyid keluar dari istananya baginda mendapati lelaki yahudi itu berada diluar pintu. Lelaki yahudi itu terus bersuara :
“ Takutilah Allah wahai Amirul Mukminin”.
Sebaik sahaja mendengar perkataan dari lelaki yahudi itu , baginda terus turun dari kenderaannya dan sujud dengan lama.
Sesudah itu baginda pun bangun, bertanyakan hajat yahudi itu dan mengarah agar diselesaikan permintaannya . Keadaan pelik ini ditanyakan oleh pengawainya katanya : “ Adakah tuan turun sujud disebabkan oleh kata-kata yahudi tadi?”.
Berkata Khalifah Harun Ar Rasyid :
“Bukan sebab itu akan tetapi beta teringatkan sebuah petikan dari Al Quraan yang berbunyi :
{ وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتق الله أَخَذَتْهُ العزة بالإثم فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ وَلَبِئْسَ المهاد }
Baqarah : 206. Dan apabila dikatakan kepada seseorang, "Bertakwalah kepada Allah," lalu bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya terus berbuat dosa. Maka cukuplah baginya neraka jahanam. Dan sungguh neraka jahanam itu tempat tinggal yang paling buruk.
Jamie Ahkam lil Qurtubie 1/604
Berhati-hatilah :
Siapa pun kamu, jika dikatakan padamu ''Takutilah Allah'' hendaklah beradab dan berhenti sebentar dari apa jua perbuatanmu semampumu dan insafilah. Jangan sampai kamu kamu rasa ego dan merasa tidak senang dengan orang yang mengucapkannya.
Jika tidak maka ditakuti kamu tergolong di kalangan orang yang sombong di sisi Allah yang layak dijamah oleh api neraka.
Oleh itu bila kamu dengar di dalam khutbah perkataan khatib :
اتقوا الله
Jangan kamu buat tidak endah atau tidak punya perasaan
terbitkan rasa gerun dan keinsafan
maka itulah jiwa orang beriman
Seorang berkata kepada Saidina Umar : Takutilah Allah wahai Umar
Dijawab oleh seseorang di sisi Umar : Berani kamu ucapkan kata-kata ini kepada Amirul Mukminin?
Akan tetapi Saidina Umar meyelar lelaki yang membelanya dan berkata :
Tiada kebaikan untuk kamu semua jika tiada yang mengucapkannya
dan tiada kebaikan bagi kita jika tidak mendengarinya