View: 10565|Reply: 97
|
[Tempatan]
Temui penawar HIV, AIDS ( nyatakan pendapat anda baik dan buruk )
[Copy link]
|
|
MACHANG - Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.
Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.
“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.
“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.
Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.
Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.
Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.
“Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.
“Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.
Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.
“Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya. Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.
“Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.
Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.
Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.
“Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.
sumber SH
Last edited by Mr.Tab on 22-11-2013 08:40 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ye dop? Kaya la dia lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 22-11-2013 08:45 AM
Ye dop? Kaya la dia lepas ni...
ramai la yang duk cari dia...makin tak takut la orang sebab ucat dah ada
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mustahil...
tumbuhan sekeliling rumah, ulam2, pokok2 hutan memang kaya dengan fungsi penyembuhan..
hatta2 buah-buahan pun.. kita ja tak tahu..
aku sendiri istiqamah dengan habbatus sauda dan nampak sendiri hasilnya.. sakit apapun memang tak ambil ubat... either habbatus sauda, ambil ulam/buah atau air rebusan akar...
ramai sedara mara den ikut ambil dan terkejut dengan kesan dia..
sakit gigi, bengkak gusi teruk.. kencing manis.. kolesterol tinggi.. breast cancer.. darah tinggi..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mr.Tab posted on 22-11-2013 08:47 AM
ramai la yang duk cari dia...makin tak takut la orang sebab ucat dah ada
Aku nak register jadik pengedar.... kompom kaya... lebih kaya dari usahawan MLM...
|
|
|
|
|
|
|
|
virus HIV takut akar-akar kayu rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 22-11-2013 08:50 AM
Aku nak register jadik pengedar.... kompom kaya... lebih kaya dari usahawan MLM...
hahah...mana supplier dia, kena sign MOU cepat2
|
|
|
|
|
|
|
|
copMohor posted on 22-11-2013 08:49 AM
tak mustahil...
tumbuhan sekeliling rumah, ulam2, pokok2 hutan memang kaya dengan fungsi penyembuha ...
Akar kayu 100 kali lebih baik dari ubat kimia....sebab tu orang kg jarang sakit
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat lah orang malaysia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mr.Tab posted on 22-11-2013 08:51 AM
hahah...mana supplier dia, kena sign MOU cepat2
Aku tunggu dia bukak offer je aku terus masuk....
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 22-11-2013 08:54 AM
Aku tunggu dia bukak offer je aku terus masuk....
kena cari barang tuu..ini barang baikkkk...
|
|
|
|
|
|
|
|
wah..hebat ... mohon research dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
setakat sorang je? |
|
|
|
|
|
|
|
copMohor posted on 22-11-2013 08:49 AM
tak mustahil...
tumbuhan sekeliling rumah, ulam2, pokok2 hutan memang kaya dengan fungsi penyembuha ...
habastus sauda ni kalau amik terlebih ada kemudaratan tak? selalu jugak amek..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la kalau dah jumpa penawar.. |
|
|
|
|
|
|
|
betambah masalah atau berkurang, nanti gejala sosial melambak sebab ubat dah ada |
|
|
|
|
|
|
|
“Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.
“Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.
Rasanya keinsafan dan taubat nasuha dia tu ubat paling mujarab kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak elak anak luar nikah, guna kondom dengan pil perancang keluarga
sekarang HIV AIDS pun dah ada ubat
zina lah sepuas-puasnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai silap persepsi..aids hiv je kaitkan ngan zina.. |
|
|
|
|
|
|
|
True-X posted on 22-11-2013 09:47 AM
Ramai silap persepsi..aids hiv je kaitkan ngan zina..
Kannnn...Tuh la jenis pemikiran sempit..kita tak berada dlm kasut org yg ada HIV ni..kesian stigma yg diorang kena hadapi..kat oversea agaknya takdalah seksa sgt kalo ada HIV tu..masyarakat kita suka menghukum...that's why
|
|
|
|
|
|
|
| |
|