View: 20555|Reply: 87
|
[Jenayah]
Bangunan LHDN RM94j terus digenangi air
[Copy link]
|
|
2:59PM Nov 4 2013
MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa kerajaan memberi kenyataan bercanggah kepada Ketua Audit Negara berhubung status bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bangi, yang didapatinya masih terus menakung air setiap kali hujan.
Beliau melawat bangunan berkenaan pada Khamis lalu dan mendapati bahagian hadapan dan kawasan parkir bawah tanah kompek Jabatan Pemprosesan Maklumat itu digenangi air.
Kementerian Kerja Raya pada 13 Mac lalu dalam jawapannya kepada Ketua Audit Negara menyatakan bahawa perkara itu cuba diatasi dengan membina dinding kaca, dan pembaikan juga dijalankan untuk mengelakan kebocoran ke tingkat bawah tanah.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 menegur projek bermasalah tersebut yang melibatkan peningkatan kos dari RM68 juta kepada RM94 juta.
Pembinaan bangunan tersebut bermula pada 12 Februari 2008 dan dijadualkan siap dalam tempoh 643 hari, namun berlarutan sehingga 1,259 hari.
Bangunan tersebut siap pada Oktober 2011, namun masih belum dapat digunakan kerana tidak mematuhi ketetapan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Oleh itu, sijil penyiapan dan pematuhan juga tidak dapat dikeluarkan.
“Sebagaimana yang anda dapat lihat, gambar yang diambil ini dari hari Khamis lalu dan menunjukkan ia masih dinaiki air,” kata Ong yang membawa wartawan untuk melawat bangunan tersebut pagi ini.
Bagaimanapun beliau dihalang dari memasuki premis tersebut dan diberitahu bahawa beliau hanya boleh berbuat demikian jika ditemani oleh pegawai JKR.
Ong yang ditemani Senator T Chandra Mohan berkata JKR telah memberi kebenaran untuk memasuki bangunan tersebut pada Khamis lalu ketika Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan.
Katanya, kejadian banjir yang berterusan menyebabkan kerosakan dan bahagian bangunan itu juga berlumut dan berkarat.
Walaupun masih belum digunakan, ia telahpun menanggung bil utiliti sebanyak RM758,400 sejak November 2011 hingga bulan lalu.
Jelasnya, lampu perlu dipasang pada waktu malam dan pengawal keselamatan juga ditempatkan di kawasan tersebut.
http://www.malaysiakini.com/news/245743 Last edited by cyberjaye on 5-11-2013 12:56 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ini semua salah hujan, kalau tak ada hujan, tak jadi camni |
|
|
|
|
|
|
|
lhdn nk buat cm venice punye surrounding
pasni staff lhdn tk perlu bwa kete ke pejabat,
cukup pkai smpan bole kayuh dlm bangunan, pstu balik umah terus msuk longkang belakang.
jimaat..
|
|
|
|
|
|
|
|
statement stended citer tanah kubur " tu sbb bina pki duit x berkat la tu", " hasil kezaliman, salahguna duit" well for me, kdg2 karma tu mmg wujud.. |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya berenang kat sana nooo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau karma ujud semua bangunan lhdn dah banjir kak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa lah Malaysia kaya raya , Malaysia Masih aman, |
|
|
|
|
|
|
|
Kassim_Patalon posted on 5-11-2013 01:34 AM
kalau karma ujud semua bangunan lhdn dah banjir kak
kalau karma wujud, umno dan bn dah lama pupus
|
|
|
|
|
|
|
|
Tepek la sini corporate profile contractor. Nak tahu jugak.
kot2 kontraktor sek penyung ajaib. |
|
|
|
|
|
|
|
tadi baru tempat kerja aku banjir parking
letih weh sedut air dgn indon walau guna mesin |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kontraktor penyu, dah runtuh dah LHDN tu |
|
|
|
|
|
|
|
TT nie bodoh kaa? takungan air tu utk staf LHDN belajar tanam padi laa......!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun masih belum digunakan, ia telahpun menanggung bil utiliti sebanyak RM758,400 sejak November 2011 hingga bulan lalu.
la,...aku ingat LHDN dah beroperasi kat sini, rupanya still empty since 2011??? |
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 5-11-2013 02:21 AM
Walaupun masih belum digunakan, ia telahpun menanggung bil utiliti sebanyak RM758,400 sejak November ...
Belum dapat CF, sebab Jabatan Bomba dan Penyelamat belum lulus bangunan tu Last edited by cyberjaye on 5-11-2013 02:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
JKR...?
Bagitau sini berapa banyak projek yang siap on time atau ahead dari schedule kalo JKR jaga projek.
Buat jembatan rentas kampung ke kampung pun makan tahun.
Ni senior officer JKR sindiri perli sama staff dia depan aku taww.
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 5-11-2013 02:19 AM
TT nie bodoh kaa? takungan air tu utk staf LHDN belajar tanam padi laa......!!!
Latihan ternak ikan sangkar laaa Acom.
|
|
|
|
|
|
|
|
off topic jap
apesal kat malaysia ni suka cat bangunan warna warni eh..dah la huduh..x de nilai estetik langsung
mcm kat atas tu, bangunan dah cantik tp bab cat tu out sangat bagi aku |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 posted on 5-11-2013 02:45 AM
off topic jap
apesal kat malaysia ni suka cat bangunan warna warni eh..dah la huduh..x de nilai est ...
warna warni tu utk menceriakan minda..dr.fazilah kamsah pun kdg2 bg nasihat, warna main peranan penting dlm kehidupan..so bile org tgk warna warni ceria je, kurangkan stress org byr cukai tinggi2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|