View: 2056|Reply: 6
|
[Dunia]
Pemain video tak hirau kesihatan
[Copy link]
|
|
lg satu, bila dah kemaruk dgn games, memang social skill x develop. x reti bergaul dan berkomunikasi dgn manusia lain.
Pemain video tak hirau kesihatan
Kajian Universiti Melbourne di Victoria mendapati permainan komputer menyebabkan pemain tidak menghiraukan kesihatan dan berpotensi tidak mempedulikan orang lain. - Agensi
MELBOURNE 30 Okt. - Satu kajian mendapati permainan dan simulasi komputer mungkin menyebabkan pemainnya tidak menghiraukan kesihatan mereka dan tidak mempedulikan perasaan orang lain atau bersifat empati.
Beberapa eksperimen oleh penyelidik dari Universiti Melbourne di Victoria, di sini menunjukkan pemain terlalu asyik bermain sehingga gagal mengenal pasti tanda sakit dan menyebabkan mereka berpotensi tidak mempedulikan orang lain.
Pakar mendakwa keadaan itu berlaku kerana karakter di alam maya dalam permainan video dan di atas talian terlalu maju, sehingga menyebabkan pemain 'terpisah' dari badan dan mempunyai kurang sifat empati.
Pendedahan kepada persekitaran tiruan di alam maya yang tidak melibatkan emosi dan kemesraan menyebabkan pemain menjadi kaku berhubung perkara berkenaan.
Pakar berkata, permainan karakter di alam maya menyebabkan pemain mula menganggap diri mereka sebagai karakter itu, sehingga mereka lupa mengenai kehidupan sebenar.
Ahli psikologi, Dr. Ulrich Weger memberi amaran terhadap kesan mendalam ke atas sifat manusia ekoran alam maya berkenaan.
''Kita dapat menyaksikan mereka melihat dunia sebenar menjadi kabur dan mengelirukan di dalam masyarakat sekarang,'' katanya. - AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
take note for hardcore gamers kheyyy |
|
|
|
|
|
|
|
and also social media addcit |
|
|
|
|
|
|
|
gamers juga kadang-kadang boleh menyebabkan tekanan dan penyakit darah tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
betul la...bini ajak main pn kadang2 sanggup tolak sbb nak abeskn level game(bkn aku,hahaha) |
|
|
|
|
|
|
|
bukan hardcore gamer, tapi ada la 2-3 points kat aku ....huhu
orang lain raya....aku sibuk main game. huhu.
besh oooooo |
|
|
|
|
|
|
|
ahjit83 posted on 31-10-2013 02:16 PM
gamers juga kadang-kadang boleh menyebabkan tekanan dan penyakit darah tinggi...
betol..tu..kesan negatif..kalau over sgt main game
|
|
|
|
|
|
|
| |
|