View: 18275|Reply: 278
|
Jam tangan bukan lagi satu keperluan!
[Copy link]
|
|
Frankfurt: Pada 1970-an, pembuat jam Switzerland hampir gulung tikar kerana memandang rendah kepentingan jam kuarza.
Walaupun industri itu kembali pulih dan mencatat kemakmuran, ia kini menghadapi cabaran teknologi baru daripada ‘jam pintar’ seperti Galaxy Gear keluaran Samsung Electronics Co yang berharga AS$299 (RM944).
Seperti jam kuarza empat dekad lalu, peranti itu sedang dipandang ringan. Mengikut kajian syarikat perunding Deloitte, dua pertiga daripada eksekutif dalam industri jam Swiss mengatakan jam pintar tidak menimbulkan ancaman.
“Bagaimana anda akan menyukainya jika teman lelaki anda menghadiahkan jam pintar dan bukannya jam cantik bertatahkan berlian?” kata Johann Rupert, bilionair yang menguasai Cie Financiere Richemont SA (CFR), yang menjual 13 jenama mewah termasuk Cartier dan Vacheron Constantin.
“Saya tidak pasti ia akan memberi kesan yang besar pada jam tangan klasik.”
Industri ini harus bersedia untuk kemunculan jam pintar, kata Adrian Hofer, rakan kongsi di Boston Consulting Group di Zurich.
Researcher Strategy Analytics meramalkan jualan global sejuta unit jam pintar tahun ini dan tujuh juta unit pada 2014.
Sanford C Bernstein mengunjurkan bahawa Apple Inc (AAPL) bakal menyaksikan pendapatan daripada jualan iWatch sebanyak AS$2.3 bilion hingga AS$5.7 bilion pada tahun pertama ia menjual peranti terbabit.
“Pembuat jam Switzerland tidak harus terlalu cepat mengatakan ia adalah satu arah aliran yang tidak akan memberi kesan kepada mereka,” kata perunding Hofer. “Perlu ada sedikit perasaan rendah diri.”
Jam tangan Swiss yang mewah begitu rendah daripada sudut pandangan teknologi, ia tidak lagi perlu wujud. Apabila jam tangan kuarza dengan kuasa bateri diperkenalkan pada 1970-an, ramai pengguna tidak lagi menggunakan jam tangan mekanikal yang teknologinya dianggap lebih berusia kerana kedua-dua pergerakan jarum jam menggunakan gear dan berliku-liku serta memanfaatkan tenaga dari gerakan pergelangan tangan pemakai.
Jumlah pekerja dalam industri jam Swiss menurun daripada kira-kira 90,000 pada 1970 kepada hanya kira-kira 30,000 pada 1984, dan jumlah syarikat juga menurun daripada 1,600 pada 1970 kepada 600 sekarang, demikian menurut Persekutuan Industri Jam Switzerland, kumpulan yang mewakili pengeluar.
Satu daripada sebab terbesar ialah jam tangan kuarza lebih murah dan lebih boleh dipercayai. Malah, jam tangan mekanikal yang paling mahal akan kehilangan beberapa saat seminggu dan memerlukan penyelenggaraan setiap beberapa tahun yang kosnya mungkin lebih tinggi daripada harga dua iPhone baru.
Timezone, sebuah laman web penggemar jam tangan memanggilnya ‘ketinggalan zaman.’
Walaupun pergantungan berterusan kepada teknologi yang sudah berabad-abad lamanya, industri itu mengukuhkan kedudukannya sejak 1980-an.
Eksport jam tangan Switzerland meningkat 11 peratus tahun lalu untuk mencatat rekod 21.4 bilion franc (AS$23.7 bilion), berdasarkan harga borong, demikian menurut Persekutuan Industri Jam Switzerland.
Data daripada persekutuan itu kini menunjukkan eksport meningkat 8.5 peratus pada September berbanding setahun yang lalu. - BLOOMBERG
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka kumpul jam..tapi semua dh kena sakau ngan adik badik aku  |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang lelaki, yang berpakaian koyak rabak.. tetapi memakai jam patek philipe, barbos, linde wardelin, or romain jerome lebih bernilai dari mamat handsome mcm salesman pakai jam samsung
reti???
|
|
|
|
|
|
|
|
unekspekted_XII posted on 29-10-2013 12:12 PM 
Seorang lelaki, yang berpakaian koyak rabak.. tetapi memakai jam patek philipe, barbos, linde wardel ...
jam samsung gear tu terlalu buruk.... ape kejadah beli jam rm1000 klau rupa mcm tu 
|
|
|
|
|
|
|
|
unekspekted_XII posted on 29-10-2013 12:12 PM 
Seorang lelaki, yang berpakaian koyak rabak.. tetapi memakai jam patek philipe, barbos, linde wardel ...
kalu pakai koyak rabak mesti org ingat patek pilip tiruan 
|
|
|
|
|
|
|
|
jam konvensional rega menten w'pun selepas 10 tahun
jam pintar lepas 10 tahun takde value
true story! |
|
|
|
|
|
|
|
@dino tunggu iWatch kluaq tgk. fanatik2 mesti tido atas simen depan kedai |
|
|
|
|
|
|
|
neotoxin posted on 29-10-2013 12:14 PM 
kalu pakai koyak rabak mesti org ingat patek pilip tiruan
hanye johar mengenal maniam 
|
|
|
|
|
|
|
|
awek2 high class susah nak target ko klu pakai jam samsung.. at least ko pakai romain jerome ke.. or paling cikai pun pakai oris dorang tau status household income ko mcmane 
|
|
|
|
|
|
|
|
NIXAR posted on 29-10-2013 12:15 PM 
@dino tunggu iWatch kluaq tgk. fanatik2 mesti tido atas simen depan kedai
yang depan sekali kat kakilima kedai tu mesti @dino |
|
|
|
|
|
|
|
unekspekted_XII posted on 29-10-2013 12:12 PM 
Seorang lelaki, yang berpakaian koyak rabak.. tetapi memakai jam patek philipe, barbos, linde wardel ...
ada sorg lelaki ni kwan bapak aku dia hadiahkan jam philipe lama kt bapak aku..pastu punya la lurus bendul bapak aku ada org sengaja amik kesempatan tukar henpon cabok ngan jam yg org tu bagi kt bapak aku...adoiiiii..tak reti menghargai betul la bapak aku ni..geram 
|
|
|
|
|
|
|
|
siyes aku lagi suka jam analog dari jam pintar kejadah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak rasa jam2 klasik ni tergugat dgn jam samsung tu... |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 29-10-2013 12:19 PM 
ada sorg lelaki ni kwan bapak aku dia hadiahkan jam philipe lama kt bapak aku..pastu punya la luru ...
rugii rugiii
jam ni makin lama makin bernilai
|
|
|
|
|
|
|
|
unekspekted_XII posted on 29-10-2013 12:22 PM 
ada jugak ini macam
sakit tak hati kalau kena camni...geram wooo.
|
|
|
|
|
|
|
|
tingat jam antik kat dinding ... bunyi ikut masa , kalau kul 10 , 10 kali lah die bunyi , tapi yg tak tahan bunyinya amatllah menyeramkan kalau tetengah malam .....   |
|
|
|
|
|
|
| |
|