CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3364|Reply: 8

Lelaki mengaku bunuh 45 orang

[Copy link]
Post time 28-10-2013 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Monterrey: Seorang pemuda di utara Mexico mengaku membunuh 45 orang dan mungkin terbabit dalam 34 pembunuhan lain.
Juan Pablo Vazquez itangkap awal bulan ini di Monterrey, tempat dia didakwa menjual dadah, kata jurucakap keselamatan wilayah Nuevo Leon, Jorge Domene.

Vazquez yang mengaku dia sebahagian daripada kumpulan penjenayah terancang tempatan, mengaku membunuh 45 orang dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 79 jenayah kejam, kebanyakannya dilakukan pada 2012,” kata Domene pada sidanga khbar.

Dia ditangkap 8 Oktober lalu bersama-sama Nancy Ortiz, 25. Polis turut merampas 35 beg berisi ganja dan 22 bungkusan kokain daripada kedua-dua mereka.

Seorang pegawai Mexico yang enggan dikenali memberitahu CNN, Vazquez menganggotai kartel dadah Gulf yang melancarkan perang terhadap kumpulan cartel Zetas.

Pemuda berusia 20 tahun itu terbabit dalam jenayah terancang sejak berusia 15 tahun dengan menjadi pemberi maklumat kepada penjual dadah sebelum menjadi pembunuh kumpulannya.

Antara mangsa Vazquez ialah pegawai kerajaan yang menahannya, seorang penari bogel yang diculik dari sebuah kelab.

Mexico dilanda keganasan berkait dengan dadah sejak beberapa tahuin lalu dengan kira-kira 1,000 orang mati setiap bulan.

Kira-kira 80,000 orang mati sejak 2007 dalam keganasan kumpulan dadah sejak 2007.

Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon, wilayah paling teruk terjejas dalam perebutan wilayah dadah, mencatatkan 223 kematian setakat ini tahun ini. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 09:18 AM | Show all posts

suka2 aje kan bunuh org..


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 09:44 AM | Show all posts
nie mesti dh jadi habit
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 09:50 AM | Show all posts
ada kisah yg membunuh sbb kepuasan diri... kat korea ada kisah benar suka bunuh bebudak sbb dia rasa puas.. zalim sgguh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 10:09 AM | Show all posts
zalim btl........
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 10:26 AM | Show all posts
mexico mmg lubuk dadah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2013 10:50 AM | Show all posts
hati kering tol...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 11:51 AM | Show all posts
Kejamnya dan macam mesin pembunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 02:34 PM | Show all posts
akibat dadah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.904053 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list