View: 5609|Reply: 34
|
Prof Dr HAMKA RH- Salik Buta Dan Pengajian Tujuh
[Copy link]
|
|
Prof Dr HAMKA RH-Salik Buta Dan Pengajian Tujuh
Dari buku yang bertajuk: DARI PERBENDAHARAANLAMA
[ KREDIT: Bapak Rusydi Hamka | Pustaka Dini |Cetakan Pertama 2009 ]
Koleksi tulisan Prof Dr HAMKA RH di Mingguan Abadi sejak 1955 hingga 1963
MUKADDIMAH
Saya petik satu tajuk yang sangat menarikperhatian saya, walaupun saya tidak mempelajari ilmu mengenainya. Pada sekitarawal tahun 2000, saya mula mengikuti forum-forum online yang membincangkan halpelbagai. Di antara tajuk yang pernah dibincangkan dalam forum-forum yang sayamasuki ialah Ilmu Martabat Tujuh. Sebagai seorang yang ibarat budak kampongmemasuki kota ingin mencari pelbagai pengalaman, saya mendapat ‘kejutan budaya’kerana sebelum itu hanya terdedah kepada Fiqh Mazhab Syafe’i bermula dari sekolahagama kerajaan.
Sebenarnya banyak perkara yang memberikan saya‘kejutan budaya’ di awal-awal perkenalan dengan forum agama secara online. Di antaranyaialah Ilmu Martabat Tujuh. Dalam perbincangan ada pelbagai kerenah pihak yangmenyokong dan membantah ilmu tersebut. Semuanya saya ikuti sebagai silentreader yang neutral tanpa memikirkan lebih dalam atau bertanya pada guru keranatiada minat ketika itu. Perbincagan yang panjang itu saya ‘save’kan sebagaisimpanan ilmu yang mungkin akan berguna disuatu masa kelak.
Setelah membaca buku karangan Prof Dr HAMKA RH ini, barulah sayaketahui serba sedikit bahawa ilmu itu telah pernah menjadi HOT topik dikalangan ulama-ulama silam generasi terawal di nusantara.
Generasi kita sekarang ni pada pendapat saya masihada yang berlawan hujah pada topik-topik yang sama yang pernah diperdebatkan di zaman silam,kerana tabiat kita yang mungkin beranggapan itu suatu ilmu yang baru. Apa yangnampak, generasi kita pun belum mampu mendatangkan hujah-hujah baru tanpabersandarkan atau menggunakan hujah-hujah yang juga pernah dibentangkan olehpenyokong dan pembantah silam.
Saya percaya, setiap kita akan memperolehi pelbagaikefahaman dan tafsiran setelah membaca tulisan Prof Dr HAMKA RH ini sesuai dengan tingkatan dan pendedahan ilmuagama serta pengalaman sepanjang kehidupan ini. Bagi saya, setelah membaca bukuini, saya tidaklah bertambah faham mengenai hal-hal kesufian atau Ilmu MartabatTujuh kerana tidak pernah memasuki ‘kawasan’ tersebut. .
Apa yangsaya perolehi ialah pandangan dalam bentuk pendapat peribadi yangberhubung-kait dengan pesanan oleh Al-Imam Al-Ghazali RH supaya apa yangdirasai di dalam kasyaf jangan diajarkan kepada orang ‘awam’ tetapi simpanlahsendiri.
Saya sendiri adalah kategori orang awam yangtiada ilmu mengenai topik ini. Kepada sahabat-sahabat yang mungkin akan memberikomen/reply di THREAD ini, samada orang awam seperti saya atau yang ahlimengenai tajuk, apa2 pun komen/reply, saya ambil perhatian dan Insyaallah akanmenjadi sebahagian dari ilmu tambahan kepada saya. Semoga ianya bermanfaat.
Di doakan ProfDr HAMKA RH dan keluarganya mendapat anugerah dimasukkan ke dalam golonganyang mendapat nikmat di sisi ALLAH TA’ALAatas usaha beliau tersebut.
Selawat serta salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam,ahli kerabat baginda dan para sahabat baginda yang teguhberjuang bersama baginda sallahu ‘alaihiwasallam sehingga islam tertegak dan mendapat redha ALLAH TA’ALA sebagai agama umat ini.
Segala puji-pujian hanyalah bagi ALLAH TA’ALA, tuhan yang esa yang tiadasekutu bagiNya, yang empunya sekalian alam dan yang telah mengurniakan ilmukepada hamba-hambaNya sebagaimana dikehendakiNya.
Akhirnya, maaf terdapat mukaddimah yang panjangberjela. Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
SALIK BUTA DAN PENGAJIAN TUJUH
Maka ramai dan makmurlah negeri Aceh. Bersemarak agama Islam, terutama di zaman Iskandar Muda dan Iskandar Istani itu. Tercapai cita Iskandar Muda agar Aceh menjadi “Serambi Mekah”. Nama Aceh telah masyhur ke atas angin. Terkenallah bahawa Raja-raja Aceh, itu amat sayang kepada ulama, amat gembira memajukan ilmu pengetahuan Islam. Kemasyhuran Aceh sampai ke Hindustan, Mekah, Mesir dan ke Turki. Sultan menyediakan biaya yang seakan-akan tidak berbatas banyaknya untuk membiayai perkembangan ilmu pengetahuan.
Iskandar Muda sendiri boleh dikatakan tidak berhenti berperang. Dalam perjalanan selalu dibawanya ulama seorang dua, untuk menjadi mualim mengajari para pahlawan. Dari Aceh sendiri ramailah penuntut ilmu datang dari segala pelosok tanah Indonesia. Ada yang datang dari Minangkabau, Tanah Melayu, Makasar, Bantam dan Jawa Timur. Itulah sebabnya pada zaman kedua orang Sultan Iskandar itu datang Syeikh Hamzah, Syeikh Syamsuddin, Syeikh Faidullah Burhanpuri, Syeikh Rijaal, semua Hindustan. Datang pula dari Mekah, Tuan Syeikh Abu’l Khair dan Syeikh Muhammad Al-Yamin.
Dipelajarilah Ilmu Fikah menurut Mazhab Syafie sedalam-dalamnya. Apalagi bahasa Arab dengan segala alat kelengkapannya: nahu, sharaf, mantik, maani. Malahan tidak sedikit pengarang dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu, sehingga perkembangan bahasa Melayu sekarang ini, yang telah menjadi bahasa Indonesia perlu diadakan pembelajaran secara mendalam menyamai peranan ulama Aceh mengembangkan bahasa itu.
Dalam pada itu maju pula Ilmu Tasauf! Ibarat puyang murni, sentiasa tumbuh keinginan dan kerinduan mengenali (Makrifat) Allah, Ilmu Kalam (Sifat 20) yang mengajarkan dan mengasah fikiran untuk mempertahankan Akidah telah dimulai oleh Abu’l Hassan Al Asy’ri dan Syeikh Abu’l Mansur Al-Maturidi dan telah disempurnakan oleh Al-Ghazali.
Apabila kita mempelajari “Ilmu Kalam”, Ilmu “berbicara”, kita dapat mempertahankan pendirian bahawa Allah Taala ada!. Tanda adanya Allah Taala ialah wujudnya alam. Di “pinjam” mantik Aristotle. Disusun Muqadimmah Shughra (Praemise I), ditambahkan dengan Muqaddimah Kubra (Praemise II), lalu dibuat Natijah (konklusi). “Aku melihat Alam berubah-ubah (Mukadimmah I).”
Tiap-tiap yang berubah-ubah, adalah baru (Mukadimmah II). Dihapuskan kata berulang (berubah), dipertemukan pangkal mukaddimah pertama (Alam) dengan hujung mukaddimah kedua (baru) jadilah kesimpulannya; alam itu baru. Dibicarakan perkara Wujud. Mana wujud yang pasti dan mana wujud yang mungkin. Kemudian timbullah hasil penyelidikan bahawasanya yang pasti ada hanyalah yang tidak diikat oleh ruang dan tidak ditentukan oleh waktu. Itulah wujud yang mutlak dan itulah Allah!.
Kian lama kian terasalah bahawasanya pemahaman tentang Allah menurut Ilmu Kalam tidaklah memuaskan dahaga jiwa. Hanya otak yang cerdas mengakui adanya Allah, tetapi jiwa merasa kosong. Aku tidak mahu hanya sekadar berpengetahuan bahawa Allah Taala ada, dengan otakku. Aku ingin merasai adanya Allah dengan jiwaku!. Meskipun ada Ilmu Kalam atau tidak ada sama sekali!. Hati nuraniku merasa rindu-dendam kepadaNya, bahkan merasa ‘asyiq dan cinta!. Kalau boleh aku ingin Fana (lebur) ke dalamNya, supaya aku Baqa (kekal) selama-lamanya.
Inilah rasa atau zauq yang menjadi pokok pangkal tasawuf. Nabi Muhammad menunjukkan pelbagai rupa ajaran bagaimana cara mendekati Tuhan, namun demikian masih ada orang yang belum puas. Dia hendak mencari lagi, supaya lebih terubat rindu-dendam ini. Maka berbagai rupalah usaha dan ikhtiar buat “makrifat” kepada Allah. Rabiatul Adawiyah, guru tasawuf wanita itu mengajarkan cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
Abi Yazid Bustami mengajarkan ‘Isyq. Al-Hallak mengajarkan “berpadanan” di antara aku dan Dia!. Al-Ghazali menyuruh berhati-hati, jangan sampai terperosok ke jalan lain, di dalam berhubungan dengan Dia. Alangkah banyaknya guru-guru yang telah menghadapkan fikiran ke lapangan tasawuf ini. Terutama di dalam abad-abad ketujuh Hijriah yakni di abad jatuhnya Baghdad! (656 Hijriah), dan seterusnya.
Rupanya pembicaraan tasawuf ini sampai juga ke Aceh. Datanglah beberapa orang ulama ahli tasawuf dari Mekah sendiri, di antaranya Syeikh Abu’l Khair dan Syeikh Muhammad Al-Yamin, keduanya mengajarkan:
“Siapa yang mengenal akan dirinya, necaya kenallah dia akan Tuhannya”.
Oleh sebab itu mencari Tuhan ialah dari pintu diri. Diri ini adalah hijab (dinding) yang membatas engkau dengan Tuhanmu!. Dan berkata pula Syeikh Muhammad Fadlullah Al-Burhanpuri:
“Sesungguhnya segala yang wujud (ada) ini, dipandang dari segi adanya. Dialah ‘ain al-Haaq Allah Taala dan daripada segi ‘ain, adalah lainnya.
Bersama dengan itu datang pulalah dua orang ulama dari Hindustan yang lain, iaitu Hamzah dan Saifur Rijaal. Diadu pengajian dalam rahsia di antara Syeikh dari Mekah dengan Syeikh dari Hindustan, rupanya dapatlah persesuaian. Hamzah rupanya lebih alim lagi pendeta. Cintanya kepada Allah adalah laksana cintanya Al-Hallaj.
“Kita alam ini hanyalah bayang-bayang belaka daripada Tuhan. Betapakah dapat diceraikan diantara bayang-bayang dengan yang empunya bayang?”.
Datang pula muridnya SyamsuddinSumanterani, dia pun berkata bahawasanya “kembali” sesuatu kepada pangkalnya, pulangkan insan pada asalnya, barulah bertemu hakikat tasawuf. Nama yang berbilang, apapun hakikatnya hanya satu. Allah, Adam dan Muhammad, semuanya adalah satu belaka pada hakikatnya. Apabila diadakan zikir yang sejati zikir, kata Syamsuddin maka nafikanlah diri, jangan lagi diingat akan adanya diri. Yang ada hanyalah Yang Sebenarnya Ada! Ada Aku dalam AdaNya.
“Tidak ada Aku kecuali Dia”.
Lanjutkan lagi.
“Tidak ada Dia kecuali Aku”.
Akhirnya engkau akan sampai kepada.
“Saya Dia!”
Dikala Iskandar Muda Mahkota Alam masih lagi hayat, meskipun baginda tahu akan pengajian itu, biarkan ada pengajian begitu! Tidak mengapa! Kerana, suatu fahaman akan dibantah oleh fahaman yang lain!
Tetapi setelah Raja Perkasa itu mangkat, pengajian Hamzah dan Syamsuddin telah tersebar kepada orang awam. Orang awam telah memperkatakan Tarekat, Syariat, Makrifat dan Hakikat.
Mereka mengerjakan Suluk, sebab itu bernamalah mereka Salik! Mata pandangan mereka tertuju hanya kepada satu belaka, iaitu Allah! Allah berada dalam diri! Buta mereka dari yang lain, nyalang, mata mereka kepada Yang Esa! Maka disebutlah mereka oleh orang Aceh SALIK BUTA! Pengajian mereka bernama “WUJUDIAH” (Existensialisme). |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak perlu ke sawah ke ladang lagi, kerana hati sudah makrifat!. Tidak perlu shalat lagi, kerana Syariat hanya bagi orang mubtadi (cara mula-mula menempuh jalan). Mereka mengerjakan zikir sampai jauh malam. “Allah, Allah, Allah,” akhirnya kacau-balaulah antara lelaki dengan perempuan! Mereka merasa diri Tuhan!.
Waktu itulah muncul seorang ulama besar, yang kemudiannya berjasa besar menyiarkan Mazhab Syafie dan membanteras ajaran tasawuf yang salah. Beliau pun seperti Hamzah dan Syamsuddin, sama-sama berasal dari Hindustan. Beliau penganut Tarekat Qadariyah, yang disebut berasal dari ajaran Said Abdul Qadir Al-Jailany, tetapi menolak kefahaman Wujudiah!.
Beliau membanteras fahaman itu dan menegakkan fahaman Salaf, yang diterima dari Nabi dan sahabat-sahabatnya, yang disebut juga fahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah. (Penyelidik Barat menamai Fahaman itu Ortodoks, iaitu erti asal dari kalimat Salaf). Sehingga orang-orang Indonesia yang membicarakan hal ini sebelum mengetahui pokok fikiran Islami, kerapkali mengertikan bahawa fahaman beliau ini Kolot dan Fahaman Hamzah itulah yang moden.
Beliau itulah Syeikh Nuruddin bin Muhammad Jailany bin Hasanji bin Muhammad Hamid Ar-Raniri. Beliau membanteras fahaman itu melalui tabligh-tabligh karangan-karangan dan fatwanya, sehingga hebohlah masyarakat aceh kerananya. Di zaman pemerintahan Iskandar Istani pertengkaran ini sampai ke puncaknya, sampai kerajaan Aceh mencampuri sola itu dan memanggil Syeikh Nuruddin meminta fatwanya yang tegas.
Kalau ternyata fahaman Hamzah itu bertentangan dengan pokok syariat, maka kerajaan akan mengambil sikap tegas! Syeikh Nuruddin berani bertanggungjawab, bersoal-jawab di mana saja. Kata setengah riwayat yang diterima dari mulut ke mulut di Aceh, bahawasanya kedua Syeikh dari Mekah, Abu’l Khair dan Muhammad Al-Yamin telah pulang ke negerinya.
Syeikh Hamzah orang Fansur itu sedang menebarkan tarekatnya ke Pariaman, Minangkabau, sedang Syeikh Syamsuddin, murid Hamzah telah lama wafat!. Yang dapat dihadirkan hanya beberapa guru yang menjalankan Tarekat Wujudiyah itu di Aceh dan berpuluh-puluh pengikut yang lain. Syeikh Nuruddin menetapkan kafirnya fahaman demikian!.
Kerana alam terjadi bukanlah sebagai bayang-bayang dari Allah, tetapi tercipta atas kehendak Allah dengan kalimatNya “KUN”. Zat Allah adalah Qadim dan zat alam adalah Hadis, alam terjadi atas kehendakNya!. Itu yang diterima dari Nabi SAW. Adapun kepercayaan lain itu adalah pengaruh fahaman zindiq yang masuk dari luar ke dalam Islam, setelah banyak tukang bidaah mencampur-adukkan Islam dengan ajaran agama lain.
Nescaya tidak seorang pun yang berani berdebat dengan ulama yang kuat hujahnya itu. Suaranya keras melengking dan keningnya sempit lekas marah. Sebagaimana bawaan ulama-ulama dari India, walaupun sudah lama makan sirih dan pinang cara Aceh. Apalagi ilmu itu selama ini dirahsiakan, tidak dibuka kepada ulama!. Sekarang beliau buka, beliau kupas, dan akhirnya dengan tegas dia memohon kepada Sultan agar Kerajaan menentukan sikap tegas, supaya negeri jangan binasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Supaya ladang dan sawah jangan ditinggalkan orang dan masjid-masjid jadi lengang kerana orang merasa tidak perlu shalat lagi supaya “wushul” (sampai) kepada Allah!. Beliau usulkan supaya orang belajar tauhid terlebih dahulu sampai matang, barulah dibolehkan belajar tarekat atau masuk suluk. Beliau usulkan supaya para ulama yang memegang teguh syariat diberi kesempatan terus mengarang buku-buku yang berguna bagi menuntun kepada jalan yang benar!.
Tidak ada di kalangan pengikut Wujudiah yang dapat menegakkan alasan, kerana memang ilmu tasawuf pada hakikatnya bukanlah ilmu, melainkan rasa (zauq) sehingga Al-Ghazali sendiri memesan berkali-kali supaya apa yang dirasai di dalam kasyaf jangan diajarkan kepada orang “awam”, tetapi simpanlah sendiri! Maka diadakanlah musyawarah antara sultan dan abangnya Panglima Polim dan Permaisurinya Sri Ratu Shafiyatuddin dan beberapa ulama yang lain, untuk menentukan sikap yang tegas.
Akhirnya keluarlah keputusan kerajaan menyatakan larangan fahaman Wujudiyah atau “Salik Buta!”. Diperintahkan membakar kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin, disuruh bongkar tempat-tempat kaum itu mengerjakan Suluk. Pengikutnya disuruh bertaubat. Mana yang tidak mahu bertaubat, dibunuh. Maka ada yang bertaubat dan ada yang dibunuh.
Kata setengah riwayat, Hamzah mati dibunuh sebagaimana membunuhnya Al-Hallaj di Baghdad dahulu. Dan kata setengahnya lagi, menurut riwayat yang saya terima dari Tuan Haji Harun Ath Thubuhi Al-Faryamani di Padang Panjang, Hamzah ketika itu sedang berada di Pariaman. Mendengar keputusan Pemerintah Aceh itu tidak berani pulang lagi ke Aceh! Dia meneruskan mengajarkan tarekat itu sampai ke Calau Sijunjung, dan di sanalah dia meninggal.
Kata Tuan Haji Harun tersebut, makamnya ada di Calau dan Tarekatnya sampai sekarang masih ada dianut orang di sana dimasyurkan orang Tuanku Calau. Maka ajaran Hamzah Fansuri itu dikenal di beberapa negeri dengan nama “Pengajian Tujuh”, disebut juga Martabat kerana menurut Wujud itu melalui proses tujuh tingkat, ahadiyah, wahdah, wahidiyah, alam arwah, alam misal, alam ajsam dan alam insan.
Dan tersebar pula ajaran ini ke daerah Jawa, namanya disebut dalam Primbon Jawa “Kiyahi Hamzah” dan ajarannya disebut “Kawula Gusti”. Tersebar pula ajaran ini ke Makasar, dinamai “Tarekat Haji Paloppo”. Adapun Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, kerana sikapnya yang gagah perkasa mempertuhankan sunnah atau Mazhab Salaf, yang disebut dalam istilah Orientalis Barat Ortodoks, kerana ketegasan dan kekerasan sikapnya itu, di zaman Sultanah Taju’l Alam Shafiyatuddin, diangkatlah beliau menjadi Mufti Kerajaan Aceh.
Waktu itulah dikarangnya buku At Tibyan fi marifatil aa’yan. (Penjelasan, untuk mengetahui agama-agama), khusus membantah Fahaman Wujudiyah, diceritakannya dalam buku itu pertentangannya dengan kaum Wujudiyah!. Di waktu itu pula dikarangnya kitab “Ash Shirathal Mustaqim” tentang hal Fikah. Dan dari buku inilah Syeikh Arsyad Mufti Banjar mengambil dasar mengarang kitabnya “Sabilal Muhtadin” yang terkenal itu.
Dalam kitab Ash Shirathal Mustaqim itu, Syeikh Nuruddin menjelaskan makmum di belakang orang berfahaman Wujudiyah! Atas perintah Sultanah Taju’l Alam kitab-kitab karangan Syeikh Nuruddin disalin banyak-banyak dan dikirim ke seluruh rantau jajahan takluk negeri Aceh, akan adanya.
Wallahu alam bish shawabi, wailahil marji’u wal maabu!.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahirahmannirahim,
Pada saya, sangatlah bagus mengenai topik perbincangan seperti ini. Saya sendiri masih lagi mencari, dan semasa mencari tentulah berlandaskan peta dan kompas sebagai seorang Islam (Al-Quran dan Sunnah). Saya juga ada membaca beberapa blog sebagai rujukan. Jadi sepanjang "Mencari" tentulah mendapat sedikit ilmu, yang dimana ilmu itu saya merasa seperti suatu beban yang tertanggung jika tidak disampaikan kepada yang belum tahu NIKMATNYA.
Persoalannya siapakah saya? ada-kah dihati saya ini Allah dan Rasul? Berapa banyakkah Tahap CintaNYA saya kepadaNya? Sanggupkah saya berjihad kerana Allah atas dasar cinta saya kepada-Nya, bila tiba waktu itu nanti? Adakah cinta saya kepada Maha Pencipta Yang telah menciptakan saya dengan limpah kurnianya Rahmat kepada seluruh alam ini? Oh, tidak.. Mengapa saya diciptakan sebagai seorang manusia, mengapa tidak seekor burung yang pagi nya Berezeki, malam nya Berezeki, dan senantiasa sahaja nafas saya ini berzikir? Tetapi mengapa pula saya tidak bersyukur? Bagaimanakah saya dapat bersyukur bila mana saya di dalam bilik mendengar orang berzikir di pembesar suara Rumah Allah berzikir memuji-muji kebesaran-Nya?
Perasaan atau rasa itulah yang dapat menterjemahkan perkataan "saya" bagi perenggan kedua itu. Dan setiap Islam itu adalah salik.
SemogaAllah memberkati Akhi yang memulakan topik Last edited by shahizul on 17-11-2013 10:08 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
katalah saya guna kaedah martabat tujuh tetapi zakir saya ialah guru yahya guru yahya guru yahya, adakah saya boleh capai makrifat sama seperti seorg salik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahhirahmannirahim,
Pada pendapat saya, setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat dan niat itu haruslah kerana Allah dalam setiap perkara.Zikir itu harus difahamkan maksudnya dan dipadankan dengan niat dihati itu tadi dan diamati. Bagaimana? Itu hanyalah dengan panduan Guru Murshid.
Tidak semestinya dengan amalan zikir dan ke tahap makrifatullah, tetapi untuk mencapai tahap makrifat adalah dengan 4 ilmu, syariat, tarekat, hakikat dan makrifat atau dengan kata lain untuk mencapai tahap makrifatullah itu adalah berlaku Atas Kehendak Allah Azza Wa Jalla sendiri.
Maaf jika saya ada tersalah ilmu disini. Rujukan yang saya buat adalah daripada kitab makrifatullah tok kenali. Saya hanya berkongsi sekadar apa yang saya tahu. Kesahihannya tetap Wallahualam~ |
|
|
|
|
|
|
|
tada masalah @shahizul selagi kita mengaku pelajar atau orang awam yg mencari ilmu.
kalau dah pakar... tu lain cerita lah... bab lain dah.
cerita tu pun saya salin dari buku... & pendapat sayalah... kurangkan bunga2 bahasa tu lagi elok dalam pencarian rasanya.
dan @petola mungkin akan dapat lelain... tapi yang most probably dapat macam zauk lah... tapi sebab bukan buat zikir yang betul... tu kena gelar mabuk jer -> halusinasi kot jadinye |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahhirahmannirahim,
Mungkin, apa yg ingin disampaikan oleh petola itu bermaksud begini, "adakah ilmu yang kita sampaikan disini akan membawa sesorang kepada makrifatullah? atau untuk diangkat menjadi seorang guru oleh pengikut-pengikut ilmu itu?" Wallahualam~
Terang disini saya bukan untuk mengajar, tetapi hanyalah berkongsi ilmu. Dan saya juga mengharapkan ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 18-11-2013 09:53 AM
tada masalah @shahizul selagi kita mengaku pelajar atau orang awam yg mencari ilmu.
kalau dah pak ...
Assalamualaikum,
Mungkin juga saya ini salik yang buta. Masih mencari teman untuk memimpin.
Bunga bahasa itu memang akan terzahir sendiri. Kerana alam ini sungguh terperinci.
Bunga bahasa itu bukan sekadar puisi. Kerana alam ini adalah seni.
Hidup ini untuk mati.
Kubur ini masing-masing, asing-asing.
Tetapi untuk kubur aku, aku perlu fikirkan tentang kubur engkau.
Kubur aku, aku sendiri pun belum tau.
Jangan engkau melihat aku ini asing, Islam itu datang dalam keadaan asing.
Semoga Allah ada didalam diri, dan di berkati lagi diredhai.
|
|
|
|
|
|
|
|
ahh... baru terhantuk rupanya... kerangka ini serupa sahaja layaknya dengan yang dipersekitaran...
tetapi... dalam perjalanan... sering berpapasan dengan perkara pelik, baru, yang adakalanya mahu ditegur itu salah - kerna - tidak sama dengan ku...
ahh... mauuu ke manaaaa aku ini!? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berlainan dengan diri tu bukan dengan teguran, tetapi dengan pertanyaan, supaya sebulat sehati.
Kalau dirasakan salah dihati, mungkin salah. Kalau dirasakan betul dihati mungkin betul.
Jadi siapakah yang betul dan siapa yang salah? bukankah Allah itu Maha Mengetahui.
Walau apa di dalam hati. Maka berbaliklah persoalan kepada Allah.
Betul ke aku ini?
wallahualam, Allah jugalah ygn mengetahui yang sesungguh-nya. Aku hamba, hanya mampu berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
pada tuan thread, dr apa yg saudara faham, adakah dr hamka bersetuju dengan pengajian ini?
ilmu kasyaf memang ada, tapi seharusnya ia bukan matlamat.....
kita risau sesiapa yang menjadikan ia matlamat, maka orang itu hanya mahu hanyut dalam ketenangan, keasyikkan,
padahal Allah telah pun meredhai agama yg diajar pada nabi, dan nabi termasuk orang yg pergi ke pasar2, menikah, dan makan seperti manusia lain....
dan cara hidup nabi lebih kepada cara hidup biasa2....wasatiah dan istiqamah.......
pesan nabi gigitlah sunnah dgn gigi geraham.....
tidak pernah nabi pesan, carilah kasyaf dan simpanlah utk dirimu......
wallahua'lam.....
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 19-11-2013 11:14 AM
pada tuan thread, dr apa yg saudara faham, adakah dr hamka bersetuju dengan pengajian ini?
ilmu ...
Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah merahmati saudara dengan sekalian rahmatnya. Ada kebenaran dalam kata-kata saudara. Tetapi jika tidak memperoleh kasyaf, dapatkah sesorang itu membezakan yang haq dan yang batil? Maka, pada pandangan saya sama seperti Tuan saudara, tetapi pada saya kasyaf itu juga penting.
Tetapi memperoleh kasyaf tetapi tetap mengikut hawa nafsu tetap tidak akan merasai Zouk.
p/s : Nak rasa Zouk, bukan pegi Zouk KL. Tapi BUKTIKAN, bahawa Anda mencintai Allah dengan tidak melanggar syariat yang ditetapkanNya mengikut tuntutan hawa nafsu. Dan inshaAllah, anda akan merasai Zouk.
Bagaimana untuk membuktikan cinta kepada Allah itu? Berhijrah dari kehidupan sekarang kepada Al-Quran dan Sunnah! sepertimana di dalam surah al-kahfi, kisah mengenai pemuda ashabul-kahfi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kasyaf bukan syarat wajib.....kerana kebenaran dan kebatilan sudah tercatat pada Quran dan sunnah...
dari situ boleh beza yang halal dan yg haram.....insyaAllah...
kita bukan berada di saat pencarian wahyu kerana wahyu sudah pun sempurna....
tugas kita ialah istiqamah pada apa yg Allah dan Rasul sudah pun ceritakan yang mana kebenaran dan yang mana yang batil....
seandainya kita mnecari lagi haq dan batil selain apa yg diturunkan, maka rugilah seorang rosul diutuskan..... |
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 19-11-2013 11:33 AM
kasyaf bukan syarat wajib.....kerana kebenaran dan kebatilan sudah tercatat pada Quran dan sunnah.. ...
Bismillahirahmannirahim,
Kasyaf itu bukan untuk dicari, tetapi kasyaf itu datang sendiri. Bila mana di niatkan pada hati untuk mengenal Tuhan. Kasyaf itu bukan matlamat, tetapi suatu kelebihan dan kurniaan Tuhan kepada hambanya dapat merasa keWUJUDAN Dia Yang Mentadbir Makhluk2 Nya sekalian alam. Tetapi kasyaf itu bukan milik seorang guru atau sesiapa sahaja untuk membukanya. Jika kasyaf tiada maka mata hati tertutup.
wallahualam,
|
|
|
|
|
|
|
|
shahizul posted on 19-11-2013 01:23 PM
Bismillahirahmannirahim,
Kasyaf itu bukan untuk dicari, tetapi kasyaf itu datang sendiri. Bila ...
bukan semua org kasyaf, maka adakah mereka buta mata hati?
ia hanya bonus tahap kesempurnaan, bukan syarat utk celik hati....
kerana masih ada org yg tak dapat kasyaf, tapi celik juga...
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 20-11-2013 11:06 AM
bukan semua org kasyaf, maka adakah mereka buta mata hati?
ia hanya bonus tahap kesempurnaan, b ...
Assalamualaikum,
Oh jd begitu... kasyaf ni mcm kelebihan wali2 Allah la yeh? terima kasih kongsi ilmu.
|
|
|
|
|
|
|
|
shahizul posted on 20-11-2013 11:34 AM
Assalamualaikum,
Oh jd begitu... kasyaf ni mcm kelebihan wali2 Allah la yeh? terima kasih kongs ...
\waalaikumussalam WBT....
biasanya memang ebnar org yg mencapai tahap wali Allah akan dapat kasyaf...
tetapi ia bukan sesuatu yang wajib dalam mencari kebenaran....
cukuplah Quran dan sunnah sebagai rujukan ahlussunnah wal jamaah...
Al Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata: “Apabila kalian melihat seseorang berjalan diatas air atau terbang di udara maka janganlah mempercayainya dan tertipu dengannya sampai kalian mengetahui bagaimana dia dalam mengikuti Rasulullah .” (A’lamus Sunnah Al Manshurah hal. 193)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan bahwa tidak setiap wali itu harus memiliki karamah. Bahkan, wali Allah yang tidak memiliki karamah bisa jadi lebih utama daripada yang memilikinya. Oleh karena itu, karamah yang terjadi di kalangan para tabi’in itu lebih banyak daripada di kalangan para sahabat, padahal para sahabat lebih tinggi derajatnya daripada para tabi’in. (Disarikan dari Majmu’ Fatawa 11/283)
Last edited by ussopp on 20-11-2013 12:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|