CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3316|Reply: 37

[Tempatan] {1}Remaja 15 thn curi bas ekspres !

[Copy link]
Post time 25-10-2013 03:56 AM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai melihat sebuah bas ekspres yang terbabas selepas dipandu seorang remaja di Pasir Puteh, Kelantan kelmarin

PASIR PUTEH , 25 Oktober – Seorang remaja berusia 15 tahun bertindak di luar dugaan apabila memandu sebuah bas ekspres yang dicurinya sejauh 45 kilometer sebelum dia diberkas selepas kenderaan itu nyaris merempuh pagar sebuah wakaf di Jalan Wakaf Tuan Farrer dekat sini kelmarin.


Kejadian itu berlaku apabila remaja berkenaan dikatakan melarikan bas tersebut dari sebuah kedai mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada pukul 9 malam.


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 malam, bas dipandu suspek telah menghimpit dan nyaris merempuh pagar bulatan wakaf tersebut.

kosmo

p/s Motif ? Kena cabar rakan2 sebaya apaker?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2013 06:46 AM | Show all posts
Remaja kebas bas persiaran

Pasir Pute, 25 Oktober : “Suspek beri alasan mahu bersiar-siar dan mengejutkan apabila dia mengakui tidak pernah membawa atau memandu mana-mana kenderaan termasuk kereta sebelum ini dan itulah kali pertama dia memandu bas,” kata Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal.

Beliau mengulas mengenai kejadian remaja berusia 15 tahun bertindak nekad melarikan sebuah bas persiaran berharga RM400,000 atas alasan mahu bersiar-siar.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi remaja itu apabila bas berkenaan terbabit dalam kemalangan selepas dipandu sejauh 50 kilometer dari pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hingga ke bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran bulatan Wakaf Tuan Fahrer, Jalan Nara, di sini, terkejut apabila mendapati pemandu sebuah bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di bulatan itu adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Remaja dari Kampung Cherang, Panji, Kota Bharu, itu dikatakan melarikan bas berkenaan yang sudah dicuci di pusat mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa sebelum memandunya sejauh kira-kira 50 kilometer ke bandar ini.

Bagaimanapun, bas dipandunya terbabas di bulatan berkenaan selepas dipercayai gagal dikawal.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Razali, 45, berkata dia bersama beberapa rakan serta penduduk kampung sedang minum di kedai makan itu apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Katanya, mereka bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan selepas melihat sebuah bas persiaran merempuh bulatan itu.

“Pada awalnya, kami sangkakan pemandu terbabit mengantuk menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pagar bulatan itu, namun terkejut sebaik mendapati pemandunya adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

“Hanya remaja lelaki itu saja berada dalam bas persiaran itu tanpa ditemani oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, penduduk cuba bertanya kepada remaja itu, tetapi dia gagal menjawab dengan sempurna dan kelihatan separuh sedar selain mukanya pucat lesi.

“Saiz tubuh remaja itu agak kecil dan jika dibandingkan dengan kenderaan besar yang dipandu sejauh 50 kilometer itu, memang tidak logik kerana hanya pemandu mahir saja yang boleh memandunya.

“Namun, dia bernasib baik kerana tidak terbabit dalam sebarang kemalangan teruk sepanjang perjalanannya itu.

“Remaja itu kemudian diserahkan kepada anggota polis sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 06:49 AM | Show all posts
nak curik..bawak tak reti...

semua org nak buat something memorable...tapi masalahnya kalau benda tu dah sampai jumpa polis udah-udahla..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:24 AM | Show all posts
cam budak bodoh jek punya kerja nih?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat la x melibatkan nyawa org len....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:01 AM | Show all posts
mohtip curi??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2013 08:03 AM | Show all posts
geram tengok bas tu cun sangat kot,muahahaha....alasan tak bleh blah,nak bersiar-siar pastu rembat bas persiaran
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:03 AM | Show all posts
kelakar ler...
nak buat apa dia ngan bas tu..
nak wat rombongan cik kiah ker..??..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:04 AM | Show all posts
kota bharu--------> 15thn bawak bas------> Apala sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie posted on 25-10-2013 08:03 AM
kelakar ler...
nak buat apa dia ngan bas tu..
nak wat rombongan cik kiah ker..??..


Ye la kot..patutnya dia dtg pik up kitorg kt stesen jempol ni..cik kiah nk pgi persidangan hamno katanya..hahaahah

Trgt dulu2 aku pernah blajar bwak coach bas saja2..

Aku nk twist sebak hati aku baca pasal tred satu tu..aduii mcm drama la pulak. Last edited by rospinki on 25-10-2013 08:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:21 AM | Show all posts
haha lawak betul la...
jadah ape nak curi bas ekspress..
ko nak sorok mane bas tu..
kalo curik moto aku leh terima lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:23 AM | Show all posts
budak2 15 thn main GTA, curi bas, kete, kapal terbang, helikopter bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:57 AM | Show all posts
isk isk...nasib baik x langgar mati orang...kalau tak memang ler....
x boleh nk terkata apa dah...

budak2 skrg otak makin singkat dah kenapa???? mencuri..merompak..merogol... uplod gambar kissing..peluk cium tnpa segan silu kt fesbuk... buat video menangis...buat video kasih sayang... alahai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:04 AM | Show all posts
babi mana ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:05 AM | Show all posts
cabar mencabar ler nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cita citaku menjadi bas driver...lalalalaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 09:21 AM | Show all posts
hisap gam ke apa budak sekor ni....nasib baik tak langgar org..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:28 AM | Show all posts
die bajet hidup ni mcm GTA kot. curik bas automatik dah pandai bawak bas. bengong
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:31 AM | Show all posts
hmmmm xtaw nak kata apa dah dgn budak mcm ni
teringin sgt nak mencuba smp kantoi
sudahnya nyusahkan mak pak nnt klu syarikat bas tu saman dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:36 AM | Show all posts
g cc main game lumbe bas jela oiii...nyusahkan orang betol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.142608 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list