View: 47809|Reply: 468
|
[Tempatan]
4 pembunuhan di 3 lokasi berbeza
[Copy link]
|
|
sorry kalu thread dah ade..aku dapat info ni tadi, ade sape2 boleh sahkan tak atau tau apa2 perkembangan?
"
Maklumat terbaru yang kami terima dari agen kami agen John Sniper mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di Taman melati lewat pagi tadi.
Setakat ini di laporkan Seorang pembunuh telah menikam 4 mangsa di 3 lokasi berbeza. 1 di Stesen LRT Putra Taman Melati. Ke2 di Depan LRT Taman Melati dan Ke3 jalan arah ke TAR Kolej. Setakat ini 2 kematian di laporkan dan 2 parah. Suspek berjaya di tahan oleh orang kampung/awam yang melihat kejadian tersebut."
ni berita awal pagi tadi:
Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
~24/10/2013~ 13:47:15 PM
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.
"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.
"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
@beritaharian
|
|
|
|
|
|
|
|
sila bagi link sumber info?
Last edited by Acong on 24-10-2013 02:25 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dua mati ditikam lelaki penuntut ajaran sesat
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ajaran sesat bertindak menikam empat orang awam di dua lokasi berasingan di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati di sini pagi ini.
Dalam insiden pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika mengesahkan perkara itu berkata, jarak antara dua kejadian terbabit adalah kira-kira tiga kilometer.
"Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan ketika ditangkap mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... sesat#ixzz2icLqmXkP
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
dia bunuh org cam bunuh nyamok je kan...btl2 x sihat ni...
mn dia dpt pisau rambo tu...bli kt pasar mlm kot...murah je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin ramai sakit jiwa sbb tekanan hidup |
|
|
|
|
|
|
|
ramai org gila rupanye Malaysia ni ![](static/image/smiley/default/3doh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gile apa???![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ajaran sesat?? ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 24-10-2013 02:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
sila bagi link sumber info?
baca berita yang no dua tu ade tulis berita harian kat bawah. tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar.. kesian pd mangsa yg tak berdosa.. takziah pd keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
emm...bahaya sekarang nie..
|
|
|
|
|
|
|
|
seram dengan manusia zaman skarang..suka suki bunuh orang..semalam kes pengawal keselamatan merompak tembak orang, arini plak tikam 4 orang..haishhh...tak selamat dah dunia |
|
|
|
|
|
|
|
manusia yang tak mgunakan akal fikiran dengan btul |
|
|
|
|
|
|
|
main macam main GTA pulak ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
2 maut, 2 cedera ditikam lelaki
KUALA LUMPUR: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.
"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.
"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/24
metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Budak borderline personality mcm ni selalu sangkut dengan kes narcissistic ...sebab tu Lox selalu pesan pada anak-anak jangan sampai jadi antisocial dengan gaget fon komputer serba serbi yang depa ada ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|