Mayat Budak Perempuan Ditemui Disumbat Dalam Beg Pakaian
Oleh FARIK ZOLKEPLI
Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang.
PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan budak perempuan, Ng Yuk Tim, berusia 15 tahun. Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Oetaling Jaya pada pukul 5 petang untuk disoal siasat. Sekumpulan wartawan menunggu di IPD berkenaan untuk mendapatkan komen daripada pihak polis serta keluarga Ng sejak pukul 8 malam Selasa. Sehingga kini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sama ada remaja berkenaan masih hidup atau sebaliknya. Kali terakhir mereka berhubung dengan Yuk Tiam adalah pada pukul 2.30 petang Isnin apabila dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya, mengajaknya keluar minum pada malam berkenaan. Rakannya itu telah membalas SMS mangsa beberapa minit kemudian namun ia tidak gagal diterima. Remaja berkenaan meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin untuk bersarapan dengan beberapa orang rakannya. Sementara itu, satu mayat ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas, Shah Alam pada pukul 10 malam, ia dipercayai mayat Yuk Tim. Difahamkan suspek membantu pihak polis menjejaki tempat kejadian.
|