CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7269|Reply: 36

Edisi Tun Det dullo2: bagaimana Petronas bertapak kat SUDAN

[Copy link]
Post time 22-10-2013 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33. Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia. Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP. PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu? Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan. Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran. Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia. Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat. Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat. Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan.

Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip. Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China. Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya. Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah. Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia. Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.



kalau dah ader mergekn, x jumpe plak....

emmm, mcm tu ke, hebat la TUN det...terjumpa kat blog...harap ader la pengesahannya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 10:44 PM | Show all posts
kalau betul la cerita ni, padanlah usa dendam benor dengan malaysia.. lagi2 nak marah bila nuor kalah.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:18 AM | Show all posts
aku tak tau la nak percaya ke tak..
tapi kalau betul pun tak mustahil
otak mamak memang pandai belit2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 12:04 PM | Show all posts
Ni kesah benar....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:35 PM | Show all posts
caya la tun...najib?hurm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:49 PM | Show all posts
cai PR mane boleh dengar cite orng BN lebih bijak dari dorang niih.. nnti dia ckp ni cerite fiksyen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 01:53 PM | Show all posts
terima kasih che det.......!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:30 PM | Show all posts
Acong posted on 23-10-2013 01:53 PM
terima kasih che det.......!

syukur chong.. jangan lupe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 06:20 PM | Show all posts
kalo benar, pandai la tun det..

mintak pertolongan @ bantuan china dari tekanan US pd masa yg sama share kontrak carigali myk dgn CHina...

yea la kalo china ada kepentingan dlm projek tu, dah tentu la dia akan jaga kepentingan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 10:18 AM | Show all posts
tapi sayang kini sudan telah berpecah dua dimana selatan yang dikuasai kafir mengandungi minyak yang banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:56 PM | Show all posts
tun che det tarik diri terus dunia dikuasai oleh kufur barat sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 02:34 PM | Show all posts
pada aku, Che Det totap PM Terbaik Malaysia... PM paling lemah Pak Lah.... huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Lah mngkin lemah atau mungkin x tau mcm ner nak berurusan dgn AI.....je....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 04:50 PM | Show all posts
betul ke x betul... x taw la... tp klu nk jadi pemimpin yg bagus bukan senang.... putar belit.. tu biasa... x yah tgk jauh2... tgk je kat opis..... yg jujur lurus bendul boleh ke naik atas
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 01:43 PM | Show all posts
shida81 posted on 25-10-2013 04:50 PM
betul ke x betul... x taw la... tp klu nk jadi pemimpin yg bagus bukan senang.... putar belit.. tu b ...

mcm bang nuar dulu dlm UMNO ke? hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 04:20 PM | Show all posts
minta kesahihan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2013 09:06 PM | Show all posts
takpa.. kalau nuar cerita nie puak PR percaya lah.. sebab nuar kan anugerah tuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 08:06 AM | Show all posts
Hebat Tun Det.....
Harap mukhriz mewarisi keberanian & kepandaian
Tun
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:31 AM | Show all posts
tun mahathir memang hebat...cuma yg nextnya memang failed sesangat...x bleh lawan tun...lebih2 lg abg bijan tu. sabar je la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib, bermula ketika bn x kuasa 2/3....ttu ada tekanan politik....lebih2 lgi, semua maklumat d hujung jari...sama la jg, sape sangka Black bleh jadi presiden US......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.112656 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list