Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Mohd Amar Mohd Azizi di wad PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Jumaat. Mohd Amar, 10, cedera selepas terkena peluru sesat di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.-foto BERNAMA:-
IPOH: Budak lelaki berumur 10 tahun yang telah terkena peluru sesat berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari kepalanya.
Sekumpulan doktor menjalankan pembedahan yang mengambil masa lebih dari satu jam terhadap Mohd Amar Mohd Azizi di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Ahad.
Sumber berkata budak lelaki itu sedang berehat selepas pembedahan.
“Ia adalah satu kejayaan. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik,” kata sumber itu.
-mStar
IPOH: Seluruh anggota keluarga kepada Mohd Amar Mohd Azizi melahirkan rasa syukur atas kejayaan doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengeluarkan peluru daripada kerongkong kanak-kanak itu awal pagi Ahad.
Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata anaknya kini dalam keadaan stabil dan mampu minum walaupun masih lali ekoran kesan ubat bius bagi pembedahan itu.
“Alhamdulillah pembedahan itu berjaya. Mohd Amar dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada pukul 9 pagi tadi dan kira-kira 11.30 pagi pula ketua kumpulan pakar perubatan itu berjumpa saya memaklumkan pembedahan itu berjaya,” katanya.
Mohd Azizi melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kejayaan pembedahan itu, terutama pasukan pakar perubatan serta kakitangan HRPB.
Terdahulu, Pengarah HRPB Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata kes yang berlaku kepada murid Darjah 4 dari Parit itu merupakan sesuatu yang unik dan pembedahannya berhadapan dengan banyak risiko besar.
Oleh yang demikian katanya, pasukan pakar perubatan yang dibentuk HRPB memerlukan perincian bagaimana pembedahan itu perlu dijalankan.
Mohd Amar menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HRPB selepas cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan pistol automatiknya terlepas tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.
Pada 15 Oktober, Pakar Perunding Neurosurgeri HRPB Dr Cheang Chee Keong berkata Mohd Amar sangat bernasib baik kerana peluru itu tidak mengenai saraf tunjang atau peti suara yang boleh mengakibatkannya lumpuh dan bisu.
Beliau berkata imbasan x-ray menunjukkan peluru yang menembusi hidung dan tersekat di kerongkong Mohd Amar tersangkut pada jarak kurang satu sentimeter dari saraf tunjang dan agak jauh dari peti suara.
Ipoh: Selepas enam hari bertarung nyawa susulan peluru pistol masih tertanam di dalam kerongkong, seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, akhirnya selamat menjalani pembedahan, semalam.
Kanak-kanak itu yang disifatkan sebagai amat bernasib baik menjalani pembedahan dilakukan sekumpulan enam doktor pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, bagi mengeluarkan sebutir peluru pistol model P99 Walther. Pembedahan lebih dua jam bagi mengeluarkan peluru tersangkut pada kerongkong Mohd Amar itu turut dibantu pakar dari Sarawak dan Pulau Pinang.
Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, dia bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan serta usaha keras kumpulan doktor terbabit yang bertungkus-lumus sejak Selasa lalu bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
“Saya amat bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada doktor, petugas di wad 6D (Unit Rawatan Rapi Patalogi) dan semua pihak yang tidak jemu mendoakan serta memberi semangat kepada anak lelaki saya.
“Saya hanya mampu menitiskan air mata sebaik dimaklumkan doktor berhubung kejayaan pembedahan.
“Peluru pistol automatik itu berjaya dikeluarkan dari tersangkut di bahagian kerongkong anak saya,” katanya ketika di HRPB, di sini, semalam.
Menurutnya, tempoh pembedahan itu saat paling getir kerana membuatkan dia sekeluarga tidak senang duduk.
“Amar mula dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 8 pagi tadi (semalam). Doktor memberitahu pembedahan itu selamat dilakukan dua jam setengah kemudian.
“Mohd Amar dipindahkan semula ke wad 6D jam 1.45 petang tadi (semalam). Keadaannya kini stabil dan sudah mampu bercakap serta memanggil ibunya meminta air,” katanya, Azizi berkata, dia yakin anaknya itu seorang yang kuat dan mampu kembali sihat dalam tempoh pantas.
Sementara itu, sumber berkata, enam doktor pakar daripada pelbagai bahagian memulakan pembedahan mengeluarkan peluru itu bermula jam 10 pagi, semalam.
“Pembedahan itu mengambil masa kira-kira dua jam untuk diselesaikan. Kanak-kanak itu kini mengalami kesan bius dan masih dalam jagaan rapi.
“Bagaimanapun, Mohd Amar dilaporkan stabil dan pembedahan itu dilakukan secara kaedah teropong sambil menggunakan beberapa peralatan lain,” katanya.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, Isnin lalu, mangsa terkena tembakan peluru sesat dilepaskan seorang anggota polis di Kampung Belanja Kiri, Parit.
Insiden berlaku apabila anggota polis berpangkat sarjan yang mengosongkan pistol di tangga rumah mentuanya secara tidak sengaja tertekan picu menyebabkan peluru terkena Mohd Amar yang ketika itu sedang berjalan di jalan kampung kira-kira 40 meter dari tempat anggota polis terbabit.
IPOH - Seluruh anggota keluarga kepada Mohd Amar Mohd Azizi melahirkan rasa syukur atas kejayaan doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengeluarkan peluru daripada kerongkong kanak-kanak itu awal hari ini.
Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata anaknya kini dalam keadaan stabil dan mampu minum walaupun masih lali ekoran kesan ubat bius bagi pembedahan itu.
"Alhamdulillah pembedahan itu berjaya. Mohd Amar dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada pukul 9 pagi tadi dan kira-kira 11.30 pagi pula ketua kumpulan pakar perubatan itu berjumpa saya memaklumkan pembedahan itu berjaya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Azizi melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kejayaan pembedahan itu, terutama pasukan pakar perubatan serta kakitangan HRPB.
Terdahulu, Pengarah HRPB Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata kes yang berlaku kepada murid Darjah 4 dari Parit itu merupakan sesuatu yang unik dan pembedahannya berhadapan dengan banyak risiko besar.
Oleh yang demikian katanya, pasukan pakar perubatan yang dibentuk HRPB memerlukan perincian bagaimana pembedahan itu perlu dijalankan.
Mohd Amar menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HRPB selepas cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan pistol automatiknya terlepas tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.
Pada 15 Oktober, Pakar Perunding Neurosurgeri HRPB Dr Cheang Chee Keong berkata Mohd Amar sangat bernasib baik kerana peluru itu tidak mengenai saraf tunjang atau peti suara yang boleh mengakibatkannya lumpuh dan bisu.
Beliau berkata imbasan x-ray menunjukkan peluru yang menembusi hidung dan tersekat di kerongkong Mohd Amar tersangkut pada jarak kurang satu sentimeter dari saraf tunjang dan agak jauh dari peti suara. -