Pelakon jelita tanah air Nur Fathia Abdul Latif, 25, dan Miera Leyana Kasmi, 20, berjaya mencuri tumpuan tetamu yang hadir pada acara karpet merah dan pembukaan Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard kali ketiga yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan, malam kelmarin. Malah ramai tetamu yang hadir menyang-kakan mereka adalah artis dari delegasi negara Timur Tengah.
Paling menarik, pengarah filem Russia, Said Muxtozor menawarkan Miera Leyana berlakon dalam filem berjudul Jealous di mana pelakon itu akan membawakan watak gadis bisu.
Miera ketika ditemui berkata, dia tidak menjangka akan mendapat perhatian pengarah filem antarabangsa terbabit
“Saya juga tak sangka kerana dia menawarkan watak utama. Saya difahamkan Said antara produser dan pengarah terkenal di Russia dan sudah menerbitkan lebih 20 filem,” katanya kepada RAP.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
|