CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32339|Reply: 251

[Tempatan] {11} Bertudung : Trend atau Tuntutan agama !

[Copy link]
Post time 17-10-2013 07:14 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Sebelum ini mereka yang bertudung lebih terbatas untuk mengenakan imej selari dengan fesyen semasa. Apatah lagi menyarungkan pelbagai busana terbaru kerana semuanya lebih tertumpu pada mereka yang tidak bertudung.


Kiranya mereka yang gemar fesyen akan lebih melihat aspek itu sempit selepas berhijrah. Maklumlah pakaian sendat sudah tidak sesuai dan mahkota paling berharga bagi wanita iaitu rambut pula kini tertutup.



Tapi sejak akhir-akhir ini, mereka yang bertudung melakukan eksperimen dengan mengenakan turban dan pelbagai lilitan asalkan rambut tertutup membuatkan imej itu dilihat ‘in’.

Bukan sekadar fenomena memakai tudung ini adalah tanda positif mengikut mata agama, malah secara tidak langsung ledakan itu turut memberi tempias kepada cabang perniagaan dan rekaan kreatif tudung.

Lihat saja penyanyi terkenal Yuna dan Shila Amzah, masing-masing berjaya menonjolkan identiti diri dengan imej bertudung. Mulalah ramai gadis mengikut gaya itu, mengenakan tudung seperti penyanyi kegemaran mereka.

Bagaimanapun timbul persoalan terhadap pemakaian itu selepas ia ditransformasikan sehingga ‘hilang’ tujuan sebenar seperti disyariatkan dalam Islam. Hakikatnya, gaya bertudung mereka adalah untuk kepuasan diri dengan mengenakan fesyen terkini dan bukannya menutup rambut kerana tuntutan agama.

Namun, tidak semuanya begitu walaupun realitinya hari ini lebih ramai selebriti berhijrah secara mendadak dan kemudiannya muncul pula pelbagai bahan bacaan dan program televisyen yang khas buat mereka bertudung.

Adakah tudung atau sebarang gaya menutup aurat rambut itu satu fesyen ataupun sudah masanya untuk berhijrah?


Tidak salah untuk cantik

Fesyen memang dibolehkan, Islam tidak melarang. Kalau dilihat, fesyen bertudung kebanyakan pendek di bahagian dada, tapi labuh di bahagian belakang. Tapi Islam memerintahkan ‘labuh di bahagian dada’.

Ingin kelihatan cantik tidak salah dan itu memang lumrah setiap manusia, lebih-lebih lagi golongan Hawa. Tapi semuanya ada batas terutama bagi mereka yang mengenakan tudung.

Mendengar beberapa pendapat anak muda, mereka lebih menyifatkan senario ini sebagai hak individu. Ikut niat dan kata hati bukannya apa yang dipamerkan pada luaran saja.

“Berhijab satu tuntutan dan kewajipan sebagai Islam. Tidak salah, jika kita ingin mengikut fesyen atau trend, tapi haruslah mengikut syariat. Tuntutan atau fesyen terpulang kepada si pemakai, kerana mereka lebih tahu sama ada pakaian itu sekadar fesyen atau sebaliknya.

“Memang tidak dinafikan, ada orang memakai hijab merasakan tidak cantik kalau tidak ketat dan sebagainya. Tidak salah untuk cantik, tapi biarlah aurat itu dipelihara dan dijaga, ingin cantik adalah fitrah manusia. Tidak salah untuk cantik kerana Allah juga sukakan kecantikan.

“Tudung masa kini nampak lebih kepada trend. Terutama perkembangan luar yang memodenkan pemakaian hijab, kadang-kadang sudah menyerupai cara tudung orang yang bukan Islam.

“Bila ditanya, mereka hanya mengatakan Islam itu mudah dan boleh berfesyen, tapi kita sendiri lupa benda kecil itulah di sisi Allah sangat besar. Perkara ini sudah lari daripada hukum sebenar, kadang-kadang agak keterlaluan dilihat, menutup aurat, baju jarang, nampak susuk tubuh badan, tidak pun tudung dah cantik, nampak pula leher.

“Justeru untuk membincangkan perkara ini, ia berbalik semula kepada nawaitu si ­pemakai. Jangan nanti kalau menuduh atau salah andaian, jatuh hukum fitnah pula,” kata gadis muda yang sudah lebih setahun berhijab itu.

Bagaimanapun perlu diingatkan, jika ada gadis yang bertudung untuk fesyen, peratusannya begitu kecil. Tapi daripada pemerhatian kasar, anak gadis yang sudah berhijrah dengan mengenakan tudung adalah mereka yang memang ingin berubah.

Keberanian dan rasa yakin untuk mereka mengubah imej itu adalah disebabkan mereka melihat yang bertudung juga masih boleh nampak cantik dan bergaya jika betul cara pemakaiannya.- Harian metro


Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/11

p/s  1, 2, 3 layer la, inner tudung la, pareda la....mcm-mcm...rege nauzubillah... ke mane arah mereka nih..?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriyesly. Trend no 1. Yg lain2 no 2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:17 AM | Show all posts
Apa2 pun semua bergantung pada NIAT . Samada IKHLAS atau pun tidak , hanya Allah yang maha mengetahui .


Back to religion . Islam pasti turang bunderang ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:18 AM | Show all posts
@tongkatwaran75   dah pakai tudung ker belum ? Kalau dah harap bagi tau , insya Allah haku minang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:19 AM | Show all posts
Sekarang trend tudung yg mcm darth vader tu. Mirip tudang yg nun pakai pun ada aku tgk. Rimas mata memandang. Bak kata org putih..less is more.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:20 AM | Show all posts
Tak kisah ler . Janji step by step kembali pada agama Islam yang sebenar  ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 07:23 AM | Show all posts
rifhana_ilham posted on 17-10-2013 07:19 AM
Sekarang trend tudung yg mcm darth vader tu. Mirip tudang yg nun pakai pun ada aku tgk. Rimas mata m ...




La ni masih ramai lagik umat Islam yang tak pakai tudung . Semoga mereka insaf dan di beri taufik wal hidayah oleh Allah swt .
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:25 AM | Show all posts
...dan pemikiran paling jahil walhal mostly pompuan skrg ni degree holder bijak pandai, tapi masih tak clear aurat yg disebut dlm Al-Quran tu camner?

Masih ramai pompuan anggap rambut tu je la aurat...

Sila rujuk surah An-Nur: 31 dan Al-Ahzab 59.

Ada girls kat luar dah cantik jaga aurat. Tapi kat FB ada gambar dedah aurat. Pastu, bila balik kampung time raya berkumpul ramai2 salam dan dedah aurat kat pakcik dan sepupu dan adik beradik ipar. Ni pun satu lagi jahil... payah betul nak didik part ni...

mcm bini aku dah ok, dah sedar jaga aurat masa balik kampung, tapi pakcik makcik sepupu papat plak janggal sbb tak salam dan time tidur bini aku masih pakai jubah dan bertudung (time raya kan bilik penuh, sedara ramai, maka tidur beramai2 di ruang tamu yg besar...)

Sedey...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 07:25 AM | Show all posts
AboNawas posted on 17-10-2013 07:18 AM
@tongkatwaran75   dah pakai tudung ker belum ? Kalau dah harap bagi tau , insya Allah haku minang  ...



scroll balik pas sekali bacer komen
minang abang Tong?
pastu baru perasan abatar abang Tong


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:26 AM | Show all posts
rifhana_ilham posted on 17-10-2013 07:19 AM
Sekarang trend tudung yg mcm darth vader tu. Mirip tudang yg nun pakai pun ada aku tgk. Rimas mata m ...




Kalau dah bertudung jangan buat macam nie . Macam tak reti agama . Aurat perempuan ialah antara muka dan kedua2 tapak tangan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:28 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 17-10-2013 07:25 AM
scroll balik pas sekali bacer komen
minang abang Tong? ...

Ko masih tak paham . Kalau dia lakik pompuan la yang minang dan kalo dia pompuan aku lakik yang minang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:29 AM | Show all posts
AboNawas posted on 17-10-2013 07:28 AM
Ko masih tak paham . Kalau dia lakik pompuan la yang minang dan kalo dia pompuan aku lakik yang mi ...

dah jadi bapak orang tu bang Abo

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
AboNawas posted on 17-10-2013 07:18 AM
@tongkatwaran75   dah pakai tudung ker belum ? Kalau dah harap bagi tau , insya Allah haku minang  ...

Walau pun TW jongang?   



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:34 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 17-10-2013 07:29 AM
dah jadi bapak orang tu bang Abo

Oh ya ker ? Suruh dia pakai serban jer ler . Bini dia pakai tudung tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai tudung dr usia 11 thn. Kalau bukak wpun dlm keta,bapak aku sound sbb aku dh baligh masa tu. Dh besar sikit br paham bahawa itu semua tuntutan agama.smpai skarang pun niat brtudung sbb nk jaga aurat dan masih x terpengaruh dgn fesyen2 pelik skarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:44 AM | Show all posts
AboNawas posted on 17-10-2013 07:34 AM
Oh ya ker ? Suruh dia pakai serban jer ler . Bini dia pakai tudung tak ?

Tu tunggu abang Tong sendiri menjawab dan memberi huraian terperinci

hahaha skema nyer ayat kiter ekekeke

tapi kan abang Abo .. sekadar nyembang2 la kan

kadang rasa ok ja .. memang tau salah .. tapi rasa ok sebab makin ramai yang "menutup rambut"
apa pendapat abang Abo?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 07:44 AM | Show all posts
Ko bukak la tudung nanti depan somi .
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:46 AM | Show all posts
Bertudung but menampakkan susuk badan....no point juga.......bertudung zaman skang ambo lihat sekadar nak berfesyen je bukan ikut apa yang disyariatkan oleh agama........pendapat seposen ambo laa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:47 AM | Show all posts
Akhir zaman Islam akan  kembali gemilang .  Hadis Nabi  
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:51 AM | Show all posts
batman_2007 posted on 16-10-2013 01:16 PM
Seriyesly. Trend no 1. Yg lain2 no 2.

Agreed 1000x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.111833 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list