CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12423|Reply: 34

Kecikkan peha n punggung

[Copy link]
Post time 16-10-2013 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Slm semua...
Sy nak tanya pdpt u all mcm mana nak kecikkan peha n punggung ye. Masalah ni baru je  sblm ni x de mcm ni. Tinggi sy lebih kurang 153 cm , part yg lain ok tang ni je mcm x pdn dgn ketinggian sy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 08:38 AM | Show all posts
ni makton jumpa kat google search :

1. 'Kerusi bayangan'
Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
- Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
- Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan - - badan seperti sedang duduk. Bayangkan macam korang tengah duduk atas kerusi.
- Bila dah duduk, cuba tahan selama mana yang korang boleh tahan sebelum korang berdiri tegak semula.

Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Yelah.. penat kan? :p hee.. Kalau dah selalu buat nanti, mesti korang dapat tahan lama!

- Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
- Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali.
- Lakukan 5 kali setiap hari!

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula nampak macam susah, tapi kalau dah biasa buat nanti mesti korang rasa senang je!


2. Pergerakan "menggunting"
Yang ni paling senang! Korang baring atas lantai (tangan dekat sisi), lepas tu angkat kaki lebih kurang 45 darjah. Lepas tu bayangkan pergerakan gunting masa potong kertas. Silangkan kaki kanan atas kaki kiri. After that, kaki kiri pula bersilang atas kaki kanan. Ulang2 banyak kali 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci! <- Kalau Muna pakai, mesti terpelecok kaki.. haha..

5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.


boleh check kat sini --> http://blogcelotehmuna.blogspot. ... -kecilkan-peha.html
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:38 AM | Show all posts
cer folo fb kevin zahri
kat situ banyak info tentang diet, fitness & kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 05:02 PM | Show all posts
berat brape TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:12 AM | Show all posts
makton posted on 16-10-2013 08:38 AM
ni makton jumpa kat google search :

1. 'Kerusi bayangan'

tq....info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:13 AM | Show all posts
mizmini posted on 16-10-2013 09:38 AM
cer folo fb kevin zahri
kat situ banyak info tentang diet, fitness & kesihatan

time kasih... nanti sy usha ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2013 08:14 AM | Show all posts
MrAduka posted on 17-10-2013 05:02 PM
berat brape TT?

yg latest sy timbang 55 kg ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:18 AM | Show all posts
ok, makton ada something nak share =)

slalunya orang akan guna BMI utk tgk adakah berat kita ideal dgn tinggi kita kan?
Selain itu ada satu pengukuran yg menjadi penunjuk risiko penyakit berkaitan kardiovascular (or heart disease), iaitu Waist-hip-ratio (WHR). Means, awak kena amik bacaan ukur lilit pinggang/pinggul.

contoh = pinggang/pinggul
            = 79cm/100cm = 0.79

Normal range :
Male = <0.95
Femal = <0.80

So, kalau awak female, bacaan pinggang/pinggul (0.79) awak adalah normal.

Tapi, sekarang orang jarang guna WHR utk refer risiko penyakit kardiovascular ni. Sbb skrg orang pakai Waist-Height-ratio (WhtR). Bacaan ni lebih tepat jika dibandingkan dgn WHR. Awak kena amik ukuran pinggang/tinggi.

Contoh = pinggang/tinggi
            = 79cm/153cm
            = 0.52

Normal range (Male & female) = <0.50

Jadi kalau pinggang awak 79cm & WHtR awak adalah 0.52, itu awak perlu risau sikit. kena pastikan bacaan WHtR kena kurang dari 0.50 ok? cuba control jumlah lemak pada pinggang, berbanding dgn pinggul.


Harap info ini dapat bantu awak utk guide menjaga kesihatan awak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 12:50 PM | Show all posts
makton posted on 18-10-2013 09:18 AM
ok, makton ada something nak share =)

slalunya orang akan guna BMI utk tgk adakah berat kita idea ...

aku kira WHR dapat 0.47 tapi still rasa gemuk jugak la. aku lagi pendek dari tt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 02:47 PM | Show all posts
crunchez posted on 18-10-2013 12:50 PM
aku kira WHR dapat 0.47 tapi still rasa gemuk jugak la. aku lagi pendek dari tt.

Dear... 0.47 tu bukan WHR, tp WHtR... hehee.. ada beza tau..

Ok, WHtR tu bukan utk menentukan kita gemuk @ tak. Jgn slh fhm ye..
Sebab dia dikira pd ukur lilit pinggang kpd tinggi.
Kalau orang tu kecil, tp pinggul besar (nilai WHtR pun masih dlm julat normal) org tu tetap akan rasa gemuk sebab pinggul dia besar.
Selalunya bila kita ada pinggul yg besar, kita akan rasa diri kita gemuk.

betul tak?
Sebab apa?

Sebab kita susah nak cari saiz seluar yg boleh lalu kat pinggul kita kan?
Jadi, apa yg makton share tu bukan la cara2 nak tntukan kita ni gemuk or kurus.
Cuma nak share info utk kita kawal nilai WHtR utk elakkan risiko penyakit kardiovascular ni.

Itu yg lebih penting kan?

Tp kalu kita rasa kita masih gemuk, makton cadangkan kita kena la kontrol/kurangkan portion dlm food intake & more exercise. Ok?

Tapi kalau tak jadi jugak, cara terakhir kena la pandai cari baju yang sesuai. jangan pakai terlalu besar/kecil.
Juz yg selesa cukup la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 03:21 PM | Show all posts
makton posted on 18-10-2013 02:47 PM
Dear... 0.47 tu bukan WHR, tp WHtR... hehee.. ada beza tau..

Ok, WHtR tu bukan utk menentuka ...

owhhhhhh. okey2. ha ah. aku kira waist to height ratio.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 02:32 AM | Show all posts
Kalau rope jumping or skipping tu boleh kecikkan peha n punggung tak ?
I have the same problem too berat start naik since raya lepas.
And memang kalau badan naik dia akan naik dekat area situ je. Tension gila.

Mak siap cakap, badan aku ni bahagian atas okayy tapi bahagian peha n punggung macam kingkong. Tak stable -.-
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:44 AM | Show all posts
laici81 posted on 18-10-2013 08:14 AM
yg latest sy timbang 55 kg ...

55? ala takde la berat mane pun...okies la tue plum2...kalo kurus pun tak menarik gak...takat muka lawo, badan kurus...laki tak pandang gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 01:01 PM | Show all posts
MrAduka posted on 23-10-2013 11:44 AM
55? ala takde la berat mane pun...okies la tue plum2...kalo kurus pun tak menarik gak...takat muka ...

tp tu lah tu klau jln rasa mcm b**t*t tu tertinggal..hehe
x balance ngan bdn
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:02 PM | Show all posts
owh..cuba buat 30 days challenge : plank and squat. katanya it works.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 01:05 PM | Show all posts
aireen24 posted on 23-10-2013 01:02 PM
owh..cuba buat 30 days challenge : plank and squat. katanya it works.

mcm mana tu ??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 01:19 PM | Show all posts
laici81 posted on 23-10-2013 05:05 AM
mcm mana tu ??



lebih kurang camni..yang plank tu yg atas dan squats yg bawah..




selamat mencuba...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 01:24 PM | Show all posts
aireen24 posted on 23-10-2013 01:19 PM
lebih kurang camni..yang plank tu yg atas dan squats yg bawah..

ooo mcm tu....tq bebeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:40 PM | Show all posts
lama x exercise. lps2 raya, besar sgt mim alif aku

pernah bt palnk n squat tu yg mcm @aireen24 post tu
memula mmg penat wooo, lenguh semua.
plank tu 10 saat je tahan, pastu tertiarap dah
squat tu pulak ada 5x je dpt
tp bila esok lusa dah boleh increase rs best jgk

nak smbg exercise lah mlm ni.. semangat..!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:53 PM | Show all posts
squat tu ala2 ketuk ketampi plak

sy pon ada mslh yg sama, tpi bila sarung kebaya cantik.. nmpk curve
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197868 Replies : 4600
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 2869 Replies : 7
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 1212 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 3434 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26756 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068442 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list