CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2114|Reply: 4

Bayi 5 Minggu Jadi Penderma Organ Termuda

[Copy link]
Post time 14-10-2013 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Bayi 5 Minggu Jadi Penderma Organ Termuda - London : Seorang bayi berusia lima minggu menjadi penderma organ termuda dengan mendermakan buah pinggang kepada seorang gadis berusia 22 tahun, Samira Kauser.
Pembedahan pemindahan organ itu mengambil masa selama tujuh jam dan dilakukan di Hospital University St. James.
Organ berkenaan hanya sepanjang empat sentimeter namun ia akan membesar hingga saiz tiga perempat daripada dewasa normal.
Selain buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru bayi berkenaan berfungsi sepenuhnya selepas 37 minggu dalam kandungan.
Dalam pada itu, Kauser dari Halifax, yang menghabiskan masa sembilan jam setiap malam untuk rawatan dialysis berkata, dia merancang untuk berkahwin tahun depan.
“Apabila saya menemui pendermanya iaitu seorang bayi yang telah meninggal dunia, saya menjadi sangat sedih.
“Saya sentiasa terfikirkan ibu bapanya dan mereka mahu mendermanya. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan terharu saya kepada ibu bapa bayi ini,’’ katanya.
Jelasnya, mereka telah melalui kehilangan yang besar dan bagi seseorang yang dapat meneruskan kehidupan kerana bayi itu, ia merupakan hadiah yang amat bererti.
Sementara itu, pakar bedah, Niaz Ahmad yang mengetuai pembedahan itu berkata, melalui kes ini, beliau berharap agar masalah kekurangan organ dapat diatasi.
“Melalui kes ini, saya berharap ia menunjukkan bahawa pemindahan organ bayi boleh dilakukan,’’ katanya. – MyNewsHub

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 03:52 PM | Show all posts
wow bolh gak erk... tp pompuan tu sure kena jaga makan 6 bulan sementara tunggu organ tu berkembang mature
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 03:55 PM | Show all posts
ooo mcm harapan jek...
at least utk bayi2 yg tak dpt survive kpd org dewasa yg memerlukan organ2 tertentu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:19 PM | Show all posts
cukup matang ke organ2  bayi tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:33 PM | Show all posts
cuma ada risiko.
penjualan bayi, upah org utk mengandung utk dpkan bayi, parent yg terdesak nk duit dll
baby tak bleh buat keputusan, totally bwh tggjwb ibubapa.

ramai sgt org jahat & tak ada hati perut skrg ni.
dunia akhir zaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.072122 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list