CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7032|Reply: 25

Unsur jenaka jadi tarikan - Fasha Sandha

 Close [Copy link]
Post time 14-10-2013 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Fasha Sandha tidak mengambil masa panjang untuk kembali ke lokasi selepas melahirkan anak. Bermula dengan drama bersiri Tentang Hati, lakonan pertamanya selepas bergelar ibu akan dapat disaksikan Selasa ini.
Drama Cinta Mat Semperit juga menyaksikan Fasha digandingkan buat kali pertama dengan bintang yang semakin mencipta nama, Izara Aishah. Pastinya gandingan Fasha dan Izara mampu menjadi tarikan utama kepada penonton.
Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut dijayakan Aeril Zafril dan Roy Azman dan akan disiarkan di TV3, jam 10 malam pada 15 Oktober ini.

Kata Fasha, dia sedia berlakon drama itu kerana tertarik dengan genre komedi ditampilkan. Malah, katanya, Primework Studios sudah lama melamarnya untuk menjayakan drama terbitan mereka.

“Memang saya terus tertarik dengan Cinta Mat Semperit kerana sudah lama tidak berlakon dalam karya komedi. Skrip ditulis Azlina Pa’Wan dan saya sukakan karyanya.


“Saya juga kali pertama digandingkan dengan Izara. Secara peribadi, saya menggemari personalitinya kerana memiliki wajah comel dan sentiasa nampak cantik.

“Sebelum ini juga saya ba-nyak menyaksikan lakonannya. Ternyata dalam ramai-ramai pelakon baru yang ada sekarang, saya lihat dia sangat berbakat.

“Selepas beberapa hari menjalani penggambaran bersama, saya suka dapat bekerja dengannya,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Cinta Mat Semperit di Taman Tasik Ampang, baru-baru ini.

Dari sudut keserasian pula, Fasha akui tidak menghadapi banyak masalah kerana masing-masing komited apabila di lokasi. Katanya, keperibadiannya juga bagus kerana Izara pelakon yang tahu menghormati pelakon senior.

Berbeza dengan Aeril kerana Fasha pernah digandingkan dengan pelakon muda itu beberapa kali dalam drama. Kata Fasha, dia juga tiada masalah bekerja dengan Aeril kerana pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kisah Kaisara itu bagus.

Ibu kepada Putra Rayfal Ram-li, lima bulan itu berkata, suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai tidak pernah menghalangnya untuk terus berlakon walaupun kini berstatus isteri dan ibu.

Katanya, Jejai juga tidak pernah menghalangnya untuk melakonkan sebarang watak tetapi sebagai isteri dan ibu, tentu dia harus pandai memilih supaya tidak dilihat keterlaluan selain sesuai dengan statusnya sekarang.

Izara juga mengakui seronok sepanjang membinta-ngi drama Cinta Mat Semperit, apatah lagi berpeluang digandingkan dengan pelakon terkenal seperti Fasha.

“Saya terima tawaran berlakon drama ini kerana sudah lama tidak membintangi drama untuk TV3. Seingat saya, kali terakhir saya berlakon untuk TV3 untuk drama Nazihah.

“Apabila ditawarkan watak Ariani, saya terus terima kerana jalan ceritanya menarik. Saya juga jarang dapat berlakon dalam drama genre komedi. Tambah pula sebelum ini saya membintangi dua drama bersiri secara berterusan dan terbabit dalam Oh! My English.

“Selepas penat bekerja, saya mengharapkan dapat membintangi karya yang temanya sedikit ringan. Malah, watak Ariani agak bersahaja dan tidak terlalu berat untuk dibawa,” katanya.

Bagi Ahmad Alauddin, bukan masalah bekerja dengan ketiga-tiga pelakon popular ini kerana mereka tahu dan faham watak masing-masing. Apatah lagi Fasha dan Aeril pernah bekerja de-ngannya.

“Walaupun mereka bukan pelawak, setakat ini apa yang saya mahukan dan digambarkan dalam skrip dapat dilaksanakan dengan baik.

“Komedi dalam Cinta Mat Semperit pula lebih kepada jalan cerita. Ia karya komedi ri-ngan. Namun isu pengorbanan turut ditekankan memandang-kan ia akan disiarkan sempena Aidiladha,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 08:44 AM | Show all posts
Tak sabar nk tgk drama fasha ni...mlm esok kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:11 PM | Show all posts
ni pic lame kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:18 PM | Show all posts
tak sabr nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:18 PM | Show all posts
alaaaa...lupa nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:22 PM | Show all posts
i xsabar nk tgk drama ni nanti... sebab ade abam syahrul

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2013 02:38 PM | Show all posts
sejuk beku je thread nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:58 PM | Show all posts
Iols nak tengok sebab ada Izara Aishah jer. Nak tengok muka2 baru. Muka2 lama ni dah basi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 03:02 PM | Show all posts
skrg da terminat Fasha, so, kalo sempat nanti tgk la citer ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 03:26 PM | Show all posts
maaf TT, bila cerita ni di tayangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 03:52 PM | Show all posts
oyeahhh..wait n see fasha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 03:56 PM | Show all posts
mesti tengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 05:21 PM | Show all posts
aah bila cite ni nk di tayang kan? astro? tv3? rtm?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 06:33 PM | Show all posts
bungasejuk posted on 14-10-2013 02:22 PM
i xsabar nk tgk drama ni nanti... sebab ade abam syahrul

ini faisal dalam mr arrogant tuh eh?

btw.ada aeril zafril.kbye bye
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 06:40 PM | Show all posts
bungasejuk posted on 14-10-2013 02:22 PM
i xsabar nk tgk drama ni nanti... sebab ade abam syahrul

Real giler jd psiko dlm ILMA..
Dr ensem terus nmpk geli...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:29 PM | Show all posts
tak sabar nak tengok esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2013 08:07 AM | Show all posts
lotionmilo posted on 14-10-2013 06:33 PM
ini faisal dalam mr arrogant tuh eh?

btw.ada aeril zafril.kbye bye

iyup .. pegang watak psiko..
lol ..ape mslhnyer kalu ade aeril pun?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 08:08 AM | Show all posts
Aneem posted on 14-10-2013 06:40 PM
Real giler jd psiko dlm ILMA..
Dr ensem terus nmpk geli...

ok la .. die menjiwai watak ..kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:44 AM | Show all posts
SEMOGA MAJU JAYA
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 10:00 AM | Show all posts
bungasejuk posted on 14-10-2013 02:22 PM
i xsabar nk tgk drama ni nanti... sebab ade abam syahrul

dia ni y berlakon dalam drama 'love u mr arrogant kan? y jd faizal tuh?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.282208 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list