View: 9289|Reply: 71
|
[Tempatan]
Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?
[Copy link]
|
|
Gambar yang tersebar di laman Facebook
Orang ramai tidak putus-putus berkumpul di luar kawasan tokong, malam kelmarin untuk melihat sendiri dakwaan yang tersebar dalam laman Facebook.
PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.
Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.
Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.
Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.
Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.
Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.
"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.
“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.
Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.
sumber- sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan kebetulan kot |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...no komen |
|
|
|
|
|
|
|
selepas kristian dan syiah.... buddha pula claim nama Allah....
|
|
|
|
|
|
|
|
ada tak makcik2/ pakcik gi tadah air kat bumbung? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang nak sentap wat pe.. Kalimah Allah tu bukan Hak umat islam saja..
Last edited by perang_candu on 10-10-2013 10:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 10-10-2013 10:47 AM
selepas kristian dan syiah.... buddha pula claim nama Allah....
Allah Tuhan sekalian alam termasuk manusia . Hanya Islam agama yang benar . |
|
|
|
|
|
|
|
Allah muncul di bumbung tokong pula? Subhanallah
Tokong itu rumah Awloh jua.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau nak komen apa.. yg pasti thread ni akan jd bahan lawak.. |
|
|
|
|
|
|
|
perang_candu posted on 10-10-2013 10:57 AM
Yang nak sentap wat pe.. Kalimah Allah tu bukan Hak umat islam saja..
Habis pada umat mana ? Umat kapiaq ker ? Bukankah selawat dalam Islam itu menjelaskan segala2nya ?
Aku naik saksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah .
Tak sebut pun Obama sebagai Pesuruh Allah atau Presiden Israel itu sebagai Pesuruh Allah . Apa yang di sebut ialah Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah .
Jadi kena ikut Sunnah Nabi Muhammad yang mengajar agama Islam jika percaya pada Tuhan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau camera man tu amik waktu siang ngan malam ok gak, nak tengok perbezaan |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 10-10-2013 10:47 AM
selepas kristian dan syiah.... buddha pula claim nama Allah....
OA pung bley claim nama ALLAH gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
AboNawas posted on 10-10-2013 11:11 AM
Habis pada umat mana ? Umat kapiaq ker ? Bukankah selawat dalam Islam itu menjelaskan segala2nya ? ...
Nabi Muhammad tu je ke pesuruh Allah? nabi lain tu macam mana ya? ke nabi lain tu bukan nabi kot?
yang presiden yisrael yobama semua tu manusia, bukannya nabi kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Muhammad ialah Ketua atau Penghulu segala Nabi dan Rasul . Yang lain=lain tu kira anak buah Nabi Muhammad termasuk Nabi Adamn , Nabi Musa ( Moses ) , Nabi Ibrahim ( Abraham ) , Nabi Isa dan lain2 . |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik arr ummah islam di malaysia nih..
Org kapir yg gi tokong tuh pon x pasan kalimah allah tuh.. dorang mana tau baca jawi... meby kebetulan or ade pihak2 yg sengaja buat... org kapir tuh pon x de koje nak letak |
|
|
|
|
|
|
|
perang_candu posted on 10-10-2013 10:57 AM
Yang nak sentap wat pe.. Kalimah Allah tu bukan Hak umat islam saja..
mmg la Allah tue Tuhan pada semua makhluk, tapi ok ke kalo Allah dijelmakan dalam bentuk figura ke, lukisan ke..? ok tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
ejans posted on 10-10-2013 11:24 AM
Pelik arr ummah islam di malaysia nih..
Org kapir yg gi tokong tuh pon x pasan kalimah allah tuh.. ...
ala tak sengaja le tue, sesetengah yang suka carik publisiti je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|