View: 3508|Reply: 7
|
CERATO tawar nilai eksklusif bagi jentera bandar-Kat Indon layak jadi teksi jer!
[Copy link]
|
|
Cerato tawar nilai eksklusif bagi jentera bandar
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Oktober 2013
Kabin ergonomik memberikan keselesaan buat penghuni Cerato
KETIKA model pertama Forte dibawa masuk ke Malaysia sekitar 2009, sedan Korea itu mempersiapkan diri untuk menghadapi pesaing seperti Honda Civic dan Toyota Corolla yang lebih lama berada dalam segmen-C.
Di Malaysia segmen C merupakan kelas kenderaan paling popular. Maka pengeluar perlu bijak menetapkan tanda aras selangkah ke hadapan berbanding pesaing yang lain.
Strategi Kia meletakkan Forte sebagai jentera yang lebih menarik dan sporty bersama ciri-ciri teknologi pendahulu segmen nampaknya berhasil. Usaha berkenaan menjadikan Forte sebagai model kedua terlaris Kia di pasaran global selepas model kompak Kia Rio.
Bahkan generasi pertama Kia Forte yang dibawa oleh Naza Kia Malaysia turut menerima sambutan menggalakkan kerana kelebihan ciri-ciri yang ditawarkan.
Bagi generasi kali ini Forte dikenali dengan nama Cerato. Namun masih ada beberapa negara yang masih mengekalkan nama Forte. Sebenarnya kali pertama dilancarkan, Kia Motors menggunakan nama Cerato cuma apabila model berkenaan dibawa masuk ke Malayisa, Naza Kia menggunakan nama Forte. Untuk lebih standard, Naza Kia memutuskan untuk menggunakan nama Cerato.
Penampilan Cerato kali ini lebih menyerlah dan elegan. Dimensi tubuhnya kelihatan lebih panjang. Signatur gril hidung harimau yang direka dengan warna krom gelap mendominasi bahagian hadapan. Rekaan Peter Schreyer itu sudah cukup untuk mengecam jentera keluaran Kia di jalan raya.
Garisan panjang di bahagian tepi dari hadapan hingga belakang membuatkan ia lebih nampak berotot dan dinamik. Lampu LED nyalaan siang hari yang diletakkan bersama lampu hadapan HID Xenon melengkapkan imej Cerato.
Beralih ke bahagian belakang, lampu LED berbentuk tajam memberikan wajah moden. Rekaan lampu ini juga boleh ditemui pada Kia Sorento versi peningkatan.
Model yang dikenali dengan kod K3 ini juga menerapkan profil bentuk coupe yang menyerlahkan reka bentuk coupe dan aerodinamik.
Bagi sesi pandu uji kali ini, pihak Naza Kia menyediakan unit 2.0 liter untuk Turbo. Mereka yang membeli varian ini akan menerima penambahan aksesori seperti bumbung matahari, spoiler belakang, kerusi kemasan kulit dan panel instrumen jenis Supervision kluster.
Lebih menarik, kerusi pemandu juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan tempat duduk. Udara sejuk akan disalurkan pada bahagian belakang dan punggung pemandu.
Bercerita tentang sistem pengudaraan ini, mengingatkan saya kisah lucu ketika memberi peluang kepada seorang rakan memandu Cerato. Tanpa pengetahuannya, saya menekan butang sistem pengudaraan di bahagian tepi gear.
Kira-kira 15 minit selepas itu, secara spontan rakan saya berkata ‘Eh, kenapa punggung aku tiba-tiba sejuk, kerusi ini ada penyejuk punggung ya.”
Ketawa besar juga saya ketika itu. Walaupun respons yang lewat mungkin kerana dagingnya agak tebal namun dia kagum dengan sistem yang diperkenalkan.
Katanya, “Agak impresif, selalunya teknologi ini ada pada model premium sahaja.”
Dalam nada berjenaka saya berkata, “canggih bukan, mahu panas atau sejuk, tekan sahaja butang yang disediakan.”
Tidak perlu diulang lagi, pengeluar Korea sememangnya membina imej dan kualiti agar menarik lebih ramai lagi pembeli kepada jenama mereka. Justeru, syarikat Kia menawarkan limpahan ciri-ciri yang tidak disediakan oleh pesaingnya dalam segmen yang sama.
Prestasi
Mengulas lanjut tentang pengalaman pemanduan, Cerato tidak mengecewakan sebagai teman untuk beraktiviti. Bagi saya ia merupakan kereta bandar yang serasi untuk diajak berlari kencang mahu pun memandu santai.
Untuk pengetahuan anda, di Indonesia Cerato dijadikan sebagai teksi kerana kesesuaian memikul tugas sebagai kenderaan pengangkutan bandar. Sebagai bonus juga wajahnya yang elegan.
Malah, model Cerato menjanjikan pengendalian yang dinamik. Melalui sokongan inovasi stereng kuasa pacuan motor (MDPS) dengan sistem Flex Steer cukup memudahkan.
Sistem itu membolehkan pemandu menyesuaikan pengendalian stereng mengikut keadaan. Hanya tekankan sahaja butang mod pada bahagian kanan stereng menerusi pilihan Comfort (ringan), Normal (sederhana) dan Sport (berat).
Saya memilih Mod Comfort hampir 90 peratus dalam pemanduan. Stereng yang ringan bukan sahaja memudahkan wanita ketika ingin parkir bahkan ketika ingin menukar laluan dalam kesesakan. Tidak perlu bekerja keras. Dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja stereng dipusing dengan mudah.
Cuma urusan prestasi enjin masih kurang responsif pada putaran bawah. Ketika ingin memecut, Cerato terasa berat untuk bergerak di awal pecutan. Kehadiran tork dirasakan terlalu lambat. Tetapi sebaik kelajuan mula ditingkat Cerato cukup impresif.
Selain itu, suspensi MacPherson (hadapan) dan Torsion Beam Axle (belakang) menjalankan tugas pada tahap sederhana.
Masih selesa, cuma ketika merentasi jalan yang tidak rata dan berlubang, suspensi ‘kurang’ menyerap hentakan dengan baik. Berada di dalam kabin, saya terasa sedikit lantunan.
Walaupun ketika melalui jalan selekoh pada kelajuan tinggi cukup tidak ada rasa takut berlebihan walau terdapat sedikit gejala olengan badan. Sistem breknya juga memberi daya cengkaman kuat untuk memberhentikan kenderaan jika berdepan situasi kecemasan.
Melihat kepada pasaran keseluruhan kategori kenderaan penumpang di Malaysia, segmen C adalah satu-satunya segmen yang terus berkembang. Segmen ini juga berhadapan dengan persaingan yang sengit. Bukan sahaja menjadi lubuk emas kepada pengeluar, tetapi mereka juga harus selangkah ke hadapan dalam menawarkan ciri tambahan pada produk. Inilah yang dilakukan oleh Kia Motors menerusi tawaran teknologi pendahulu segmen seiring dengan taqline Kia Motors The Power to Surprise . Last edited by putr@polo on 3-10-2013 01:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Rekaan Cerato menyerlahkan imej yang kukuh dan maskulin.
|
|
|
|
|
|
|
|
best gak kereta ni, tapi harga dia 100k, di luar kemampuan aku.
aku suke lampu brek belakang dia smart.. duk dalam pun rasa mcm duduk dlm kereta mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal nak mampus... satu lagi kereta perasan bagus mcm Sup Rima |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan anda, di Indonesia Cerato dijadikan sebagai teksi kerana kesesuaian memikul tugas sebagai kenderaan pengangkutan bandar. Sebagai bonus juga wajahnya yang elegan.
*kat indon kereta ni dijadikan sebagai teksi jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 3-10-2013 01:28 PM
*kat indon kereta ni dijadikan sebagai teksi jer..
Paling hina - vios - jadi teksi bajet jer kat Indonesia. Berlambak-lambak vios jadi teksi bajet warna biru di jakarta. Kat sini org kembang kempis pakai vios...alahaiiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
mentekedarah minyak kuat keta ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|