CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25042|Reply: 217

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
Post time 25-9-2013 03:52 PM | Show all posts |Read mode
salam semua... lama dah tak lepak kat bod ni. hari ni sakura nak post cerita yang sakura dah pernah post kat sini. tapi kali ni citer ni sakura dah ubah hampir 70 percent dari jalan cerita asalnya. proses mengubah ni pon belum siap jadi diharapkan pembaca-pembaca dapat bersabar dengan kelewatan sesi post mengepost nanti yep... harap kawan2 forumer boleh baca citer ni dan komen mana yang patut( tapi jangan komen pedas sangat... x mampu sakura menahan perasaan kecewa). citer ni dulu tajuknya Tak Semestinya Dia tapi sakura dah ubah jadi Tetap Kau Yang Satu... harap kalian terhibur dengan cerita yang tak seberapa ini...

sinopsis:
Cinta yang sedang mekar berkembang diantara Ifran dan Atikah musnah ditengah jalan dek sahabat baiknya sendiri. Kerana dengki dan cemburu, Umairah sanggup menghancurkan kebahagian orang yang sangat menyayanginya...mampukah cinta antara Ifran dan Atikah berpaut kembali setelah Umairah telah mencemari cinta suci mereka? segalanya dalam TETAP KAU YANG SATU.

Last edited by misssakura on 16-11-2014 08:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2013 03:54 PM | Show all posts
Pantulan cahaya masuk kedalam biji matanya yang bewarna hitam pekat langsung tidak menyilaukan. Dia merenung objek yang memantulkan cahaya lampu biliknya kedalam matanya dalam-dalam. Tidak pernah disangka perkara sebegini akan terjadi. Tidak pernah sekali dia terfikir akan  berkahwin diusia semuda ini. Umairah menghela nafas panjang. Hati gadisnya sedikit mengeluh. Melempiaskan rasa yang dia sendiri tidak pasti. Dia melihat lagi ketulenan objek itu. Emas tulen ke tidak? Bisik hatinya. Tapi meski pun tidak tulen, dia tidak kisah.  Apa yang dikisahkan zaman bujangnya kini sudah tamat.

Dia baru sahaja dinikahkan minggu lepas oleh tok kadi yang popular dikampungnya itu. Diusia baru mencecah 22 tahun, baginya terlalu muda untuk menjalani kehidupan rumah tangga meski pun keputusan itu diambil sendiri tanpa paksaan orang lain. Suaminya, Ifran sudah pulang ke rumahnya di rembau , negeri sembilan semalam. 3 hari lagi, mereka berdua akan kembali ke universiti kebangsaan Malaysia demi menyambung pelajaran yang hanya tinggal 2 semester lagi. Dia berbaring seketika dibilik pengantin yang masih berhias itu. Mahu merenung dan merancang masa depan yang kelihatan samar –samar dimatanya.


Dia tidak tahu apa rancangan suaminya, tetapi dia harus ada rancangan sendiri. Hatinya tidak yakin dengan hubungan antara dia dan suami akan bertahan sampai bila. Kalau diikutkan, dia akan dicop perempuan miang kerana menikam sahabat sendiri dari belakang dan memang itu yang dilakukan.Memang suaminya itu kekasih kepada sahabatnya dahulu dan memang juga dia yang menggoda suaminya supaya lelaki itu meninggalkan kekasihnya. Jadi dia tidak kisah sekiranya orang mengata dia macam-macam termasuk suaminya sendiri. Tapi,tidak sangka pula rancangannya begitu berjalan lancar sehinggakan dia sekadar mengambil masa 6 bulan untuk menggoda suaminya dan keluarga. Terdengar suara azan berkumandang di surau berdekatan membuatkan lamunan Umairah berkecai. Dah isyak rupanya. Bisik hatinya lagi.


Dia bergegas bangun demi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah. Baru sahaja dia mahu masuk ke bilik air, dia melihat ibunya sedang minum kopi sendirian di meja makan. Dia tahu masalah ibunya meskipun wanita tua itu berlagak seperti tiada apa-apa. Ibunya sering mengatakan tidak kisah dan redha tapi dia tahu jauh disudut hati tua wanita itu ada rasa marah dan benci diperlakukan begitu. Dia mara kearah ibunya. Rancangan untuk mengambil wuduk tergendala buat seketika. Dia mahu berbual sebentar dengan ibu yang banyak berjasa pada dirinya itu.


“ Amboi ibu... Jauh termenung.”. Usik Umairah. Puan Zaleha sedikit tersentak namun dia tersenyum ceria memandang kearah anak sulungnya. Anaknya kini sudah bergelar isteri orang tetapi sikit pun tidak berubah perangainya.Dia merenung mesra wajah cerah milik gadis itu.


“ Ibu ingat Mai tido... Senyap aje rumah kite dari tadi”. Balas puan Zaleha ringkas. Cepat-cepat tangannya mencapai cawan lalu dituang air kopi yang sudah suam itu kedalamnya. Puan Zaleha menolak lembut cawan berisi air kopi itu dihadapan Umairah.


“Memang pon.. Tapi dah lama bangun. Sarah dah sampai ke kat u dia bu?” Soal Umairah sambil menarik kerusi lalu dihempas punggungnya disitu. Sarah adik perempuan yang beza dua tahun dengannya kini belajar di universiti utara Malaysia. Mereka memang rapat seolah-olah kawan karib. Puan Zaleha sekadar mengangguk sebelum membalas pertanyaan anaknya.


“ Dia sampai pagi tadi. Ada dia mesej dekat ibu tadi. Ifran dah sampai belum kat rumah dia?”


“ Dah. Dia ada bagitau pagi tadi.” Tipu Umairah. Suami yang tak seperti suami itu mustahil akan memberitahunya tentang perkara remeh temeh sebegitu.Bukankah lelaki itu bencikan dirinya kerana menjadi orang ketiga dalam hubungannya dan Atikah. Tapi dia tidak kisah. Segala-galanya boleh berubah termasuk perasaan suaminya terhadap dirinya.


“ Mai pergi u bila?” Soal puan Zaleha lagi. Tidak pasti berapa kali sudah soalan yang sama diutarakan.


“Pagi esok. Abah mana bu? Tak nampak batang hidung pun.”Umairah bertanya sambil memandang sekeliling. Sumpah dia tidak tahu kemana pergi abahnya tapi sekiranya dia tahu jawapan ibunya, pasti tidak akan bertanya soalan itu.


“ Ke rumah mak uda kamu la.” Balas puan Zaleha tanpa sebarang emosi. Tepat sekali jangkaan Umairah, ibunya sangat pandai menyembunyikan perasaanya. Umairah terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Air kopi yang dihidang disisip laju. Dia kemudiannya bingkas bangun. Mahu menunaikan solat isyak yang tertangguh. Ibunya pun juga sudah kelihatan mahu beredar dari meja makan itu.


“Mai”. Panggilan Puan Zaleha menghentikan langkah Umairah yang sudah berada dihadapan pintu tandas. Dia memandang kearah wajah yang kian dimakan usia itu dengan pandangan ingin tahu. Puan Zaleha memandangnya dengan pandangan lembut.


“ Ibu nak pesan sesuatu.” Puan Zaleha memulakan bicara. Sedikit teragak-agak. Dia terasa segan namun perkara itu harus diluahkan. Untuk kebaikan Umairah juga.


“ apa dia bu?” Soal Umairah. Dia memandang wajah lembut ibunya dengan dahi yang berlapis-lapis. Entah dimanalah cacat cela wajah lembut itu sehingga abahnya sanggup menduakan ibunya.


“ Kalo boleh jangan mengandung masa belajar. Tamat belajar dulu yer. Nanti susah pulak nak kena tangguh pelajaran bagai.” Pesan puan Zaleha. Umairah terkejut namun cuba dikawal riak mukanya yang terasa hangat. Perasaan malu terasa menebal dalam diri. Dia sekadar mengangguk tanpa sebarang jawapan sebelum menghilangkan diri disebalik bilik air.


Last edited by misssakura on 25-9-2013 04:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 04:02 PM | Show all posts
Umairah mempercepatkan langkah. Dia betul-betul sudah lambat. Kelas sepatutnya bermula jam 10 pagi dan kini sudah jam 10.10 pagi.Mungkin kerana terlalu penat mengemas semalam menyebabkan badannya terasa amat penat sekali. Dia nampak kelibat seseorang yang amat dikenali berhampiran perpustakaan. Gadis itu bersama teman-temannya sedang bergelak ketawa sambil bertepuk tampar. Macam lucu benar perbualan diatara mereka.


‘Tak habis-habis buat gaya cute. Macam la dia tu comel sangat.’ Rungut Umairah dengan bibir yang terjuih. Pantang dia nampak gadis itu, pasti mulutnya akan membuat dosa percuma. Dia mempercepatkan langkah. Malas memikirkan tentang wajah yang cantik itu.


‘Tiada kelaskah dia pagi ni? Aah.... Bukan urusan aku.’ Tingkah hatinya lagi seterusnya cuba melenyapkan wajah Atikah daripada mencemarkan minda. Masuk sahaja kekelas, terus sahaja raut wajah pensyarah subjek multivariable calculus menyapa pandangan. Dr.Ahmad sekadar menjelingnya yang lambat pada hari pertama kelas. Seakan mengerti maksud jelingan itu,lekas-lekas Umairah menghampiri pensyarahnya.


“ Saya minta maaf dr.” Pinta Umairah. Itu lah yang lazimnya pelajar akan lakukan meski pun tiap-tiap hari datang lewat. Dr Ahmad sekadar mengangguk dan meneruskan pengajaran pagi itu. Umairah duduk di sebelah rakannya yang dari tadi melambai kearahnya. Takut dia tidak nampak barangkali.


“ Kau bangun pukul berapa? Sekarang baru nampak batang hidung. Kelas dah nak habis dah”. Soal Zizie sambil matanya tepat memandang skrin putih didepan.Tangannya pula ligat menyalin nota yang penting dihadapan. Umairah terkocoh-kocoh mengeluarkan barang yang diperlukan. Dia mengambil pen biru dan mencatit mana yang sempat.


“ Aku bangun pukul 9.45 tadi. Roomate aku langsung tak kejutkan aku.” Bebel Umairah. Zizie menjeling sahabat baiknya disebelah. Dia menunduk kembali sebelum menjawab kata-kata Umairah.


“Ye ke dia tak kejutkan. Entah-entah kau yang tido mampus kot. Manalah nak sedar orang  kejutkan kau.” Sela Zizie sinis. Umairah tidak menjawab. Dia kusyuk dengan pengajaran didepan. Nanti-nantilah dia bersembang dengan sahabatnya tu. Bukannya tak de masa lain dah. Zizie faham. Dia turut sama menumpukan perhatian pada pelajaran didepan. Entah macam mana, pemadam yang digunakan Umairah terjatuh. Mahu mengambil agak sukar malah ia berada dibawah kerusi pelajar didepan sebelah kanannya. Dia memandang lelaki itu untuk meminta pertolongan namun tidak jadi. Ifran. Bisik hatinya. Macam mana dia lupa bahawa suaminya juga satu kelas dengannya.

‘Ahh.. Lantaklah pemadam tu.’ Putus Umairah lalu meneruskan pembelajaran yang dirasa sedikit kurang konsentrasi demi melupakan wajah suaminya itu.


p/s: ini je untuk hari ini. selamat membaca semua. semoga terhibur


Last edited by misssakura on 25-9-2013 04:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 05:05 PM | Show all posts
oh cerita ni... saya ada baca .. harap dapat habiskan hehehhe... tak sabar ni... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 10:01 AM | Show all posts
cmf_honeysweet posted on 25-9-2013 05:05 PM
oh cerita ni... saya ada baca .. harap dapat habiskan hehehhe... tak sabar ni... huhu

tq sebab sudi bce semula cerita yg sme... untuk permulaan, cerita ni tak banyak sngt yg berubah. bila masuk tengah baru sakura buat banyak perubahan... harap tidak bosan membaca mende yang sama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 10:03 AM | Show all posts
“Jom pergi makan. Lapar la”. Ajak Umairah sambil tangannya menggosok perut. Zizie sekadar mengangguk. Perutnya merasa benda yang sama seperti yang dirasa oleh perut Umairah. Mereka menapak ke kedai makan yang biasa mereka pergi, disitu makanannya sedap dan harga pula berpatutan. Padanlah ramai orang dikedai itu. Mata Umairah sekali lagi bertembung dengan seseorang. Berjodoh betul aku dengan minah ni. Bisik hati Umairah. Sengaja dia meletakkan tangannya pada wajah. Mahu menunjuk sebentuk cincin yang penuh makna dijarinya.Atikah melemparkan senyuman kepadanya. Dia tidak pasti senyuman itu ikhlas atau tidak tapi dia pasti senyuman itu plastik semata-mata. Mana mungkin seorang sahabat baik akan tersenyum mesra apabila sahabat baiknya sendiri berkahwin dengan kekasih hati. Sangat mustahil. Nur Atikah tidak sebaik itu. Bisik hatinya. Dia sekadar menjeling. Sejak 6 bulan lalu hubungan rapatnya sudah bertukar menjadi musuh. Tapi itu pada firasat Umairah. Dia tidak tahu apa kata Atikah. Ahh...Atikah memang suka berlagak mulia. Menyampah. Bisik hatinya.Tanpa mempedulikan kehadiran Atikah, Umairah terus berjalan menuju kearah lauk pauk.


“ Assalamualaikum.... Lama tak jumpa.” Sapa Atikah berbasa-basi. Bibirnya yang digoles pelembab bibir tersenyum mesra kearah Umairah. Umairah terasa jengkel. Dia menjeling kearah Atikah yang masih setia melemparkan senyuman manis kearahnya. Dia betul-betul tidak faham dengan sikap Atikah. Sudah merengkah dia.


“Waalaikummussalam. Bukan ke kita baru jumpa masa aku kawin hari tu.”Umairah membalas sinis. Sengaja mengungkit tentang perkahwinannya dengan Ifran bekas buah hati Atikah. Atikah tersenyum mendengar kata-kata Umairah yang tajam menikam ulu hatinya. Bukannya tidak sakit tapi dia mahu bersikap rasional. Yang lepas biarlah lepas. Itulah pendapatnya. Memang dia marah, memang sakit hati malah cemburu membuak-buak didadanya tapi dia sendiri tidak faham mengapa hatinya langsung tidak mampu berdendam dengan Umairah sedangkan Umairahlah penyebab hubungannya dengan Ifran terputus. Dia hanya mampu menangis kerana kehilangan kekasih hati yang amat disayangi dan menangis kerana kehilangan sahabat yang paling dia sayang diatas dunia ini.


“ Lamalah tu.. Kiranya dah tiga minggu kan kita tak jumpa. Kau ada kelas lagi ke lepas ni”. Soal Atikah mesra. Dia turut mencedok lauk pauk kesukaannya.Zizie yang berada berdekatan mereka sedikit risau. Karang ada jugak adegan tarik menarik rambut kejap lagi ni. Umairah diam, malas melayan. Sengaja diabaikan soalan atikah. Dia tiada mood untuk bersikap bermuka-muka seperti gadis itu.Berlagak baik saja kerjanya. Bosan betul. Zizie yang melihat keadaan itu cepat-cepat membalas pertanyaan Atikah. Dia tidak mahu Atikah terasa malu mahupun berkecil hati.


“ Pukul dua nanti ada satu lagi kelas. Kau dah tak de kelas ke lepas ni.”Balas Zizie berserta soalan. Cuba melayan Atikah sebaik mungkin supaya gadis itu tidak terasa. Sebelum pergaduhan berlaku, mereka berlima adalah sahabat baik.Tapi apabila Umairah merampas teman lelaki Atikah kawan mereka yang berdua lagi iaitu Amirah dan Zarina tanpa berfikir panjang menyokong Atikah. Kata mereka takut kalau nanti boyfriend mereka pula jadi sasaran Umairah. Dia pulak memang rapat dengan Umairah dari semester satu lagi malah dia faham mengapa Umairah bersikap begitu walaupun cara yang diambil salah. Kalaulah semua orang memulaukan Umairah, bagaimana gadis itu mahu sedar akan kesilapannya. Dia mahu berada disamping Umairah demi menyedarkan sahabatnya itu. Sahabatnya itu tidaklah seteruk yang disangkakan oleh orang lain.


“Tadi kelas akhir untuk hari ni. Esok kita satu kelaskan. Subjek major.”Balas Atikah senang. Meski pun Umairah sudah membencinya tanpa sebab yang pasti,tetapi kawannya yang sorang ini masih mahu bersahabat dengannya. Dia cukup bersyukur dengan kenyataan itu.


“A’ah... Subjek tu ada satu kelas je. Memang semua budak course kita ada dalam kelas tu. Kita jumpa lagi esok.” Balas Zizie. Umairah sudah selesai dengan pembayarannya. Dia sudah duduk di tempat yang mereka tanda dengan beg tadi. Bagi Zizie mustahil rasanya untuk diajak Atikah dan kawan-kawannya yang tidak dikenali itu untuk duduk makan sekali. Kalau diikutkan hatinya, masih banyak lagi yang ingin disembangkan tapi dia mahu menghormati perasaan Umairah yang masih panas dengan sikap Atikah yang dia sendiri tidak tahu dimana cacat celanya. Atikah tersenyum mesra dengan kata-kata gadis yang bertudung itu sambil membalas dengan satu anggukkan lembut. Dia yakin dengan rasa hatinya, hubungan dingin antara dia dan Umairah hanya sementara sahaja. Dia pasti, apabila dia sudah tahu dimana kesilapan yang dilakukan sehingga menyebabkan Umairah membencinya pasti segala masalah ini akan selesai.


“ Mesra nampak.” Perli Umairah tatkala Zizie melabuhkan punggung dimeja makan yang berbentuk empat segi itu. Zizie memandang wajah selamba Umairah. Tak faham masalah sebenar yang dihadapi si teman sehingga dia jadi sebegitu.


“Apahal. Cemburu ke. Aku ni kawan kau tau. Bukan laki kau. Jangan nak jeles-jeles pulak.” Tempelak Zizie selamba. Buntang mata sepet milik Umairah mendengar kata-kata lancang Zizie.


“ Amboi sedap mulut kau kutuk aku. Manalah tahu, kau tiba-tiba nak join si Ina dan Mirah nak pulaukan aku. Nak menangkan minah berlagak baik tu.” Umairah meluahkan rasa. Dia tidak dapat bayangkan apa perasaannya sekiranya Zizie turut serta dalam kumpulan Amirah dan Zarina untuk memulaukannya. Dia memang sedar kesalahannya. Tapi dia jadi buta bila ia melibatkan musuh sejatinya iaitu Atikah.Baginya kesalahan yang dilakukan lebih kecil berbanding kesalahan yang Atikah lakukan padanya.


“ Kalau aku pon nak join Ina dan Mirah, aku tak duduk makan dengan kau sekali kat sini. Tolonglah Mai, jangan berfikiran negatif sangat.” Bebel Zizie.Marah betul dia dengan sikap Umairah. Kerana sikap Umairah inilah, hubungan mereka berlima menjadi renggang.


“Kau tahukan aku tak suka minah tu. Yang kau pergi bersembang dengan dia tu buat apa. Sakit mata aku ni.” Jawab Umairah. Umairah memandang ke wajah comel milik temannya yang kian memerah. Marah betul kawannya ini dengan kata-katanya kali ini.


“ Mai... Kau tak suka kat Tikah tu urusan kau. Aku tak nak masuk campur.Dia masih kawan aku macam dulu. Aku tak nak hanya kerana kau yang ada masalah dengan dia, dengan aku-aku sekali terlibat. Aku masih kawan kau dan juga masih kawan dia. Takkan benda macam tu pun kau tak puas hati.” Panjang lebar Zizie meluahkan rasa. Kadang-kadang, berada diantara sahabat yang bergaduh sangat menyerabutkan. Dia pula yang berada dalam dilema kerana mereka berdua sama-sama sahabatnya. Umairah terdiam. Dia tahu sahabatnya itu serba salah. Betul kata Zizie.Hanya dia yang bergaduh dengan Atikah. Kenapa perlu dia mengajak orang lain turut membenci Atikah. Dia tak perlukan semua itu. Cukuplah hatinya sahaja yang berdendam dengan gadis cantik itu. Umairah melepaskan keluhan kecil. Wajah tegang Zizie dipandang lama.


“ I’m sorry Zie. Kita lupa je la pasal ni. Aku tak patut libatkan kau dalam masalah aku.” Pinta Umairah. Makanan dihadapan belum bersentuh. Seleranya mati.Semuanya gara-gara Atikah. Zizie memandang wajah keruh Umairah. Dia serba salah.


“Bukan tu maksud aku Mai. Aku tak kisah kau nak kongsi masalah dengan aku.Apa gunanya kawan kalau tak boleh bantu kawan. Tapi aku harap sangat kau tak paksa aku untuk membenci Atikah hanya kerana kau bencikan dia. Aku nak kau tahu, walaupun aku sahabat Tikah jugak, tak sekali pun aku burukkan kau ataupun cerita pasal kau kat dia atau orang lain. Apa yang kau cerita kat aku hanya aku dan ALLAH je yang tahu. Aku tak kasi tau orang lain pun.”Terang Zizie. Dia mahu Umairah sedar yang dia ikhlas dengan sahabatnya itu. Dia tidak bersahabat dengan Umairah kerana kesiankan Umairah yang dipulau oleh sahabat yang lain tapi dia bersahabat dengan gadis itu kerana dia memang sayangkan gadis itu. Dia mahu Umairah tahu dan yakin dengan kejujuran perasaannya terhadap diri Umairah.Umairah diam. Dia menganalis kata-kata gadis berbaju kurung putih didepannya.Nampak suci sesuci hatinya. Sungguh jauh kalau dibandingkan dengan dirinya yang terlalu berdendam. Dia melemparkan senyuman yang ikhlas buat temannya itu sebelum berkata sesuatu.


“ Sorry ea Zie.. Aku takkan paksa kau benci dia seperti mana aku tak sukakan minah tu. Dan terima kasih kerana masih anggap aku sebagai kawan walaupun orang lain semua benci terhadap aku. Aku janji... Memang kau lah kawan aku sepanjang hayat aku.” Balas Umairah. Mukanya yang mendung tadi sudah mula ceria kembali.Zizie tersenyum melihat senyuman Umairah. Dia tahu, jauh disudut hati Umairah masih ada rasa sayang terhadap Atikah dan dia pasti puting beliung dalam hubungan mereka akan berakhir jua.


“Dah-dah la tu. Jom kita  makan. Kejap lagi kita nak solat. Kelas pukul dua kan.” Gesa Zizie. Dia membaca doa makan perlahan sebelum menyuap nasi campur kedalam mulutnya. Umairah sekadar mengangguk dan turut sama menghabiskan hidangan dalam pinggannya.


Last edited by misssakura on 26-9-2013 10:12 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2013 10:13 AM | Show all posts
Umairah berjalan perlahan menghampiri jejaka yang cukup tampan dimatanya. Satu senyuman yang paling manis dan mesra terukir dibibirnya.Cuba menarik hati sang suami. Dia tidak mahu status isteri diatas kertas sahaja,dia mahu lebih daripada itu agar segala rancangan jahatnya menjadi kenyataan.Mungkin dia belum sepenuhnya bersedia untuk menjadi isteri tapi sekurang-kurangnya hubungannya dengan suami perlulah elok. Kalau tidak sia-sia sahaja perkahwinannya itu. Dia mengahwini Ifran pun untuk membuatkan Atikah merana. Tak lebih dari itu.


“Assalamualaikum.” Sapa Umairah kepada Ifran yang sedang menyandarkan tubuhnya yang tinggi lampai pada kereta proton persona bewarna hitam pekat itu dengan penuh selesa. Ifran mengerling kearah Umairah yang menghampirinya.Posisi kedudukan diubah untuk lebih selesa. Seperti biasa, jejaka itu langsung tidak melemparkan sebarang senyuman. Pahit bak hempedu sahaja rona wajahnya.


“Waalaikummussalam. Apa hal”. Nak tak nak sahaja Ifran membalas. Sakit hati dan benci memandang perempuan tidak tahu malu seperti Umairah.


Umairah menghulurkan bungkusan ditangannya kepada Ifran bersama senyuman lembut. Berusaha kuat untuk kelihatan manis dihadapan suaminya.


“ Ibu bagi dekat awak.” Balas Umairah dengan suara yang dilunakkan. Beg plastik berisi serunding daging bertukar tangan. Ifran melihat makanan yang berisi didalam beg berkenaan sebelum menghempasnya kasar ditempat parking kereta itu dengan riak selamba. Langsung dia tidak ambil peduli dengan perasaan Umairah saat ini.


Umairah terkedu,buntang matanya melihat tingkah laku Ifran yang cukup kurang ajar. Suhu perasaannya mula meningkat tinggi. Diketap bibir kuat-kuat untuk mengawal amarah yang mula membara.


“Kau apa hal nak mengamuk tak tentu pasal ni? Rezeki tu kalau tak nak, kasi dekat aku. Tak payah nak buat perangai tak senonoh macam ni”. Tinggi suara Umairah. Dia tidak kisah lagi dengan siapa dia bercakap. Pantang baginya kalau ada orang melayan pemberian ibunya yang ikhlas begitu.


“ Hmm... So, ni la muka kau yang sebenarkan.” Ifran berkata sinis sambil mengubah cara duduknya. Sengaja dia buat perangai agar dapat menanggal topeng yang dipakai Umairah. Dia memandang dalam mata gadis yang yang tinggi setakat bahunya sahaja.


Umairah tersedar. Dia tahu dia sudah terlanjur bicara. Bukankah dia sepatutnya sentiasa kelihatan lembut dan baik dimata si suami.


“Apa awak cakap ni. Saya cuma tak suka kalau awak buat macam tu dekat pemberian ikhlas ibu saya. Kalau serunding ni saya yang bagi tak apalah jugak. Ini ibu saya yang bagi, jadi saya harap awak boleh hormat sikit dengan pemberian ikhlas yang tak seberapa ini.” Jawab Umairah lembut sambil tunduk mengambil serunding yang dicampak oleh Ifran. Hatinya mendidih namun cuba disabarkan. Berbakul makian dihadiahkan kepada Ifran didalam hati.


“ Hek eleh..... Kau tak payah nak berlagak baik la kat sini. Aku tahu perangai kau tu macam mana. Blah la perangai alim-alim kucing tu. Buat aku nak tergelak ade la”. Sindir Ifran lagi. Umairah menyabarkan hatinya. Kalau diikutkan hatinya hari ini jugak dia mahu bercerai tetapi kerana agendanya yang sudah dirancang, dia tidak akan buat perkara itu sebelum tibanya masa. Dia tak nak rancangan yang dibina musnah sekelip mata hanya kerana sikapnya yang tidak menyabar.


“Awak ambik la.. Penat ibu buat ni. Kalau awak tak suka saya tak pe. Tapi jangan la buat macam ni dekat ibu.” Umairah berusaha memujuk lelaki didepannya.


“Kau tahu tak yang aku benci sangat kat kau... Menyampah dan sangat tak sukakan kau.”

“ If... saya tahu...”

“Sila berambus dari sini dengan makanan ibu kau tu sekali. Aku tak hingin!”Pintas Ifran sambil menunjal-nunjalkan jari telunjuk pada wajah Umairah. Dia tidak pasti apa motif Umairah mengahwininya. Takkan hanya kerana cinta, gadis ini sanggup menikam kawan baiknya sendiri dari belakang lalu merosakkan persahabatan yang disemai hampir 10 tahun. Takkan cinta Umairah terhadapnya sedalam itu.


Umairah terpana. Dia mula naik angin. Tak pernah ada manusia dalam dunia ini berani menunjal-nunjalkan dahinya sesuka hati seperti yang dilakukan oleh Ifran. Kurang ajar betul mamat ni. Umairah menarik tangan Ifran kuat. Dia mahu menghalang tingkah lelaki itu yang cuba memboloskan diri ke dalam kereta demi meninggalkannya.


Ifran tidak jadi untuk memasuki kereta. Dia berdiri kembali tegak didepan gadis tidak malu itu. Melawan pandangan mata Umairah yang tajam menikam matanya.


“Pang.” Satu tamparan melekat dipipi ifran. Ifran tersentak.


“ Kau ingat aku nak sangat kawin dengan kau? Tolong la! Kalau tak kerana kau tu kekasih Atikah, aku tak hingin pon nak  kawin dengan kau... Kalau orang lain pakwe dia aku akan kawin dengan orang lain tapi malangnya kalaulah lelaki itu. Kau tak akan menderita kalau kau tak couple dengan dia dulu.” Ifran membuka sedikit mulutnya untuk membalas kata-kata Umairah namun tidak berjaya. Mulut Umairah seolah-olah pistol yang sedang melancarkan serangan rambang. Cepat meluahkan segala rasa sakit dihati.


“Kau nak salahkan aku pasal hubungan korang yang putus tu kan? Apasal kau bodoh sangat sampai percayakan aku. Kenapa kau tak percayakan Tikah. Kenapa kau tak sabar dulu sebelum putuskan hubungan dengan dia dan kenapa kau tergesa-gesa terima cadangan mak kau supaya kawin dengan aku. Takkan itu pun salah aku.  Salah sendiri tak sedar...Sibuk nak cari kesalahan orang lain”. Marah Umairah dengan mata yang mencerlung garang. Nasib baik tempat itu sunyi. Tiadalah orang mendengar pergaduhan dalam rumah tangga mereka.


“ Jadi kau kawin dengan aku pasal Tikah... Bukan sebab kau tergila-gilakan aku”. Soal Ifran. Kesabarannya mula menipis.


“ Yer. Kenapa? Kecewa?  Kau nak ceraikan aku sekarang. Aku tak kisah... Tapi kalau kau nak abah kau mati kerana sakit jantung... Dipersilakan. Kawin tak sampai sebulan dah bercerai berai.”Bidas Umairah selamba. Dia ketawa dengan ketawa yang dibuat-buat. Mahu menyakitkan hati insan didepannya ini.


“Aku cintakan kau konon... Tunggu Malaysia bersalji pun benda bodoh macam tu takkan berlaku. Sebab aku tak sukakan si Atikah tu, dengan kau-kau sekali aku benci.” Umairah terus menerus melontarkan peluru berbisa. Ifran tergamam.Suasana sunyi seketika. Ketawa yang dibuat-buat oleh Umairah telah terhenti.Penat barangkali. Tiba-tiba terdengar Ifran pula yang  ketawa besar. Umairah terkesima. Dia memandang wajah Ifran yang ketawa tanpa sebab yang pasti.


‘Dah sewel ke apa mamat ni?’ Tuduh Umairah didalam hati.


“ Kau apa hal? Dah tak betul. Terkejut bila tahu pasal apa aku kawin dengan kau. Baik aku pergi sebelum kegilaan kau tu berjangkit dekat aku.” Umairah memusingkan badannya yang kecil molek. Mahu meninggalkan Ifran yang dilanda gila babi. Belum sempat langkah pertama diturunkan tangannya dicekup kemas oleh Ifran. Berpusing badannya apabila ditarik kasar oleh Ifran.


“ Kau dengar sini baik-baik perempuan tak tahu malu. Aku tak akan ceraikan kau. Buat apa aku nak ceraikan kau sedangkan lebih beribu-ribu duit family aku habis untuk penikahan kita? Aku tak sebodoh itu dan aku akan pastikan kau menyesal sebab menggunakan aku untuk sesuatu tujuan yang bodoh macam ni. Dan aku nak kau tahu... Aku asalnya dah putus asa dengan Atikah... Tapi lepas kau cakap macam tu, aku terasa nak dapatkan semula Atikah. Selagi Atikah bukan milik aku, kau tak akan aku bebaskan dan masa tu bersedia untuk menderita seumur hidup.” Habis sahaja ayatnya, Ifran melepaskan pegangannya pada lengan Umairah.Jatuh terduduk gadis itu dilakukan begitu. Cepat-cepat badannya yang tinggi lampai itu masuk kedalam kereta.


Umairah memandang kereta proton persona hitam berkilat itu berlalu dari matanya dengan badan yang menggigil.Dalam hatinya kini hanya ada dua perasaan sahaja.... Benci terhadap Ifran kini setanding dengan rasa bencinya terhadap Atikah disamping rasa takut mendengar ugutan lelaki kacak itu tadi.


Last edited by misssakura on 26-9-2013 10:21 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:34 AM | Show all posts
Jam tepat pukul 10.30 pagi. Atikah melihat jamnya berkali-kali. Penat betul menunggu orang yang tak muncul tiba. Inilah susahnya apabila buat perbincangan kumpulan. Kalau ajak pergi shopping cepat aje datang.Ruang dibilik diskusi itu kelihatan sedikit lapang. Barangkali waktu ini orang lain masih membuta. Almaklum lah hari sabtu. Tak ramai yang ada kelas pada hari ini. Didalam perpustakaan pun tak ramai. Awal semester. Begitulah keadaannya.Tiba-tiba dia terdengar sebuah buku dihempas diatas mejanya. Atikah mengangkat muka yang tunduk dari tadi demi memandang sahabatnya baru tiba namun senyuman yang cuba dihulurkan kaku tiba-tiba. Lelaki yang cukup dirindui tepat didepannya. Dia kaget. Namun rasa rindu terasa sedikit terkubur.


“ Assalamualaikum... Sorang je ke?” Sapa ifran. Dia melabuhkan punggung tanpa dijemput. Sebenarnya dia ada diskusi kumpulan sekejap lagi. Tapi satu batang hidung membernya pon tak nampak. Dia ingatkan dia lah orang terakhir tapi tak sangka dia merupakan orang terawal.


“Tengah tunggu member lain. Awak ade discussion ke?” Atikah cuba bertenang.Walaupun rasa canggung, dia cuba berlagak biasa.


“A’ah..... Tapi biasa la hari sabtu. Bukannya senang nak bangun pagi”.Balas Ifran dengan ketawa kecil. Atikah memandang wajah ketawa milik kekasih hatinya itu. Dia betul-betul rindukan wajah itu. lelaki yang mengajarnya erti cinta itu kini sudah jauh meninggalnya untuk bersama Umairah, bekas sahabat baiknya.


Ifran merenung wajah cantik milik Atikah dalam-dalam. Betul-betul cantik. Namun hati budi Atikah yang baik itu yang menyebabkan dia jatuh hati pada gadis didepannya kini. Mereka menatap antara satu sama lain. Melepaskan rindu dendam yang hanya hati mereka mengetahui.


“Saya mintak maaf eh pasal tu”. Tiba-tiba sahaja Ifran bersuara.Menyedarkan Atikah yang hanyut dalam renungan asyik Ifran padanya. dia beristighfar didalam hati. Sedar dia sudah tewas dengan perasaan sendiri.


“Pasal apa”. Soal Atikah dengan kerutan halus didahi. Tidak dapat menangkap kata-kata maaf yang dihulurkan. Ifran menarik nafas panjang sebelum meluahkan rasa. Dia mahu memulakan segala-galanya kembali. Bukan kerana mahu membalas dendam terhadap Umairah tapi kerana cinta yang memang masih kukuh dihati.


“Pasal hubungan kita dulu. Kalau saya percayakan awak pasti benda macam ni takkan berlaku. Mesti kita masih bersama dan saya bukanlah suami kepada Umairah.”Ifran menebarkan rasa hati. Atikah diam. Dia menunduk sebelum menjawab kata-kata lelaki kacak didepannya.


“ Dah nak buat macam mana, tak ada jodoh kita. Jodoh antara awak dan Mai lagi kuat.” Kata-kata Atikah buat hati Ifran gelisah. Dia merengus perlahan.


“ Tikah...” panggil Ifran lembut, menggetarkan perasaan Atikah yang sememangnya masih berdetak kencang saat ini. Atikah membalas pandang. Menanti Ifran merungkaikan kata-kata yang masih lagi tergantung.


“ kita mula balik...”

“mula apa?” soal Atikah pantas. Ifran menatap lama wajah Atikah. Walaupun tidak cukup yakin untuk menyuarakan isi hatinya namun dia masih mahu mencuba.


“ hubungan kita yang dah putus... kita bercinta semula Tikah. Macam dulu-dulu.” Tutur Ifan penuh berharap. Atikah terkedu. Terkebil-kebil matanya dengan ucapan Ifran yang berada diluar jangkaannya.

“ are you crazy? Ifran... awak suami Umairah. Awak bukan bujang lagi nak kembali bersama dengan saya macam dulu.” Melengking suara Atikah. Tak sangka Ifran tergamak berkata sebegitu.

“ye memang saya suami Umairah tapi...”

“dah tahu awak tu suami Mai, kenapa masih nak cakap benda tak berfaedah macam ni?” tempelak Atikah geram. Matanya mencerlung garang kearah Ifran yang menatapnya penuh berharap.


“Saya tak cintakan Umairah.” Ifran membuat pengakuan ringkas.

“ cinta ke tak cinta ke awak tetap suami dia...”

“Atikah... saya masih cintakan awak... saya sayangkan awak. Saya tak cintakan Umairah. Dia perangkap saya supaya kahwini dengan dia. Saya nak mula balik dengan awak. Please sayang.” Ucap ifran bersungguh-sungguh. Mahu mencantas segala jawapan dari atikah sebentar tadi. Atikah mengangkat muka yang tunduk sedari tadi. Dia memandang ke dalam mata Ifran. Hatinya resah gelisah.


“ Sorry.... If. Saya tak nak cakap lagi benda tu. Kita kawan je lah ye.Benda yang lepas tak payahlah kita kenang lagi. Awak dah ada kehidupan awak.Baik awak hargainya sekarang.” Pujuk Atikah. Tawaran Ifran benar-benar menggoda hati dan perasaannya namun dia cepat sedar. Dia tak mungkin akan buat begitu kepada Umairah. Walaupun Umairah menganggapnya dia musuh tapi dia masih menganggap gadis itu teman baiknya. teman semenjak sekolah menengah lagi.

“Tapi saya tak cintakan dia Tikah.... Malah boleh dikatakan benci. Macam mana saya nak hidup dengan orang saya benci. I love u Tikah. Please.. Kalau awak nak suruh saya berpisah dengan dia pun tak pe. Saya tak kisah”. Rayu Ifran.Dia tak malu untuk merayu asalkan apa yang dia ingini akan diperolehi.


“Hidup ni bukan pasal cinta je If... Awak dah kawin dengan Umairah. Nak tak nak awak kena bertanggungjawab. Dia isteri awak. Cinta bila-bila masa boleh dipupuk.Hari ni mungkin tak ada... Esok-esok ada la tu... Umairah sayang betul dekat awak. Kalau tak, dia takkan buat camtu dekat saya.” Pujuk Atikah. Dia perlu mengelak dari mendengar kata-kata lelaki ini. Dia takut jika terlalu mengikut perasaan mungkin sahaja dia akan menerima kembali kekasih yang masih dicintai ini.


“ Dia tak cintakan saya. Dia sendiri mengaku. Malah dia gunakan awak sebagai alasan untuk kawin dengan saya. Kalau awak tak percaya pergilah tanya dia. Saya tak kisah asalkan kita dapat bersama kembali.” Tegas Ifran. Atikah kelihatan tersentak. Tak percaya barangkali dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Ifran.


“ Apa awak merepek ni If?”Soal Atikah dengan getaran hebat didadanya.Matanya sudah memerah menahan tangis. Apa maksud yang dia menjadi punca perkahwinan Umairah dan Ifran. Kenapa Umairah buat dia begitu. Apa salahnya sampai temannya menghukumnya sebegitu. Sangkanya kerana terlalu mencintai Ifran, gadis itu sanggup menikamnya dari belakang. Dia masih dapat menerima kalau itu alasannya. Mungkin dengan melepaskan Ifran, Umairah akan berbaik kembali padanya. Tapi, kenapa? Kenapa bukan itu menjadi penyebab. Kenapa dia yang jadi penyebab.


“ Dia sendiri cakap sebab saya ni kekasih awak. Kalau orang lain kekasih awak dia akan kawin dengan orang lain. Saya pun tak faham kenapa dia cakap macam tu.” Hati Atikah bagaikan nak gugur mendengar kata-kata akhir Ifran.Sampai hati Umairah . Bisik hatinya. Nampak sangat Umairah sengaja melukakan hatinya. Mata Atikah mula berbalam-balam. Kolam matanya yang sudah sarat dengan mutiara hangat mula pecah.


“Saya pergi dulu. Saya ada hal.” Atikah meminta diri. Dia mengemas segala barang yang dibawa. Terus dimasukkan dalam beg. Wajahnya yang lencun dengan airmata tidak lagi dihiraukan. Dia mahu bertenang. Dia mahu fikir secara positif setelah bertenang kejap lagi. Ifran terpinga-pinga dengan perbuatan mengejut atikah.Dia tidak mampu menghalang tatkala melihat rakannya sudah berada dipintu bilik diskusi itu. Dia menghantar pemergian Atikah dengan hati yang kecewa.  

Last edited by misssakura on 27-9-2013 11:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 11:43 AM | Show all posts
Puan Zaleha melihat suaminya sedang bersiap-siap dengan perasaan tertanya-tanya. Nak kemana pulak suaminya?  Siap pakai minyak wangi pulak tu. Aii... Takkan dah ada orang ketiga. Baru beberapa bulan lepas dia berkahwin dengan isteri keduanya itu takkan dah jumpa bakal isteri ketiga. Lelaki macam tu lah. Tak cukup dengan seorang. Dia harap sangat anak-anaknya Umairah dan Sarah tidak mendapat nasib yang sama dengannya. Dia akui suaminya itu adil dan bertanggungjawab terhadap kedua-dua isterinya tetapi rasa cemburu tetap ada dihatinya. Perempuan. Mana ada yang sanggup berkongsi.


“Abang nak ke mana ni. Wangi bukan main.” Soal puan Zaleha. Dia sedang mengemas bilik tidur mereka. Setelah bersarapan barulah biliknya dikemas. Memang itu rutin hidupnya. Nasib baik hari ini cuti. Bolehlah dia berehat. Ingatkan dapat berehat bersama suami tersayang tapi rupanya tak. Suaminya ada agenda sendiri diluar.


“Abang nak pergi bank kejap. Nak transfer duit kat Nur. Zainab cakap duit ptptn Nur tak masuk lagi.” Terang encik ismail tanpa berselindung. Memang itu tujuannya. Dia akan pergi bersama isteri keduanya, Zainab. Puan Zaleha terdiam seketika. Nur adalah anak tirinya. Meski pun sekadar anak tiri, suaminya dah menganggap gadis itu sama seperti anaknya sendiri.


“ Sarah dan Mai tak de pulak cakap nak duit.” Puan Zaleha berkata. Dia tiba-tiba risaukan  anak-anaknya. Tahu sangat perangai dua orang anak gadisnya yang tidak suka menyusahkannya.


“Ade lagi la tu kot duitnya.. Kalau tak de dia mesti dah mintak.” Jawab encik Ismail lembut. Dia tidak pernah membezakan antara anaknya dan anak tirinya. Baginya semua sama. Cuma dia tidak cukup rapat dengan Umairah. Apatah lagi semenjak dia berkahwin kali kedua.


“ Kalau macam tu abang masukkan sekali lah duit kat Mai dengan Sarah. Budak berdua tu bukannya reti nak mintak duit. Segan sangat dengan kita.” Cadang puan zaleha. Dia kenal sangat perangai anak-anaknya tu. Entah ape lah yang disegankan sangat dengan mak bapak sendiri.


“Umm bagus jugak tu. Karang makin kurus pulak si Sarah dan Mai. Dah la memang kurus.” Encik Ismail sempat berlawak. Puan Zaleha ketawa kecil dengan lawak spontan suaminya. Dia mencari sesuatu dalam laci meja solek dibilik mereka.


“ Leha cari ape pulak tu.” Soal encik Ismail. Pelik dengan tingkah laku si isteri yang tiba-tiba mencari barang.


“ Nombor bank Sarah dan Mai la. Abang dah ade ke belum?” Puan Zaleha menjawab sambil melontarkan pertanyaan. Dia terus mencari buku catatannya.


“Abang dah ada la. Dah save dalam handset.” Puan zaleha menghentikan pencariannya. Dia tersenyum mesra ke arah suami.


“Abang pergi dengan siapa ni? Dengan Nab ke?” Puan Zaleha meneka rambang.Rasanya suaminya bukanlah jenis suka berjalan sorang diri. Kalau dulu selalu dia akan dipaksa untuk meneman ke mana-mana. Tapi rasanya sekarang tak perlu lagi.


“A’ah. Kenape, Leha nak ikut ke. Jom la. Abang ingat nak teman Nab pergi cari barang-barang. Kot Leha pun ade barang-barang yang nak di cari.” Ajak encik Ismail ikhlas. Puan Zaleha terdiam. Boleh ke dia buat macam tu? Mustahil. Bukan dia sahaja yang tidak selesa, Zainab pun pasti tak selesa juga.


“ Tak pe la bang. Leha tak de barang pon nak cari. Lain kalilah.” Encik Ismail sudah mengaggak jawapan itu. Mana mungkin madu akan berjalan sama-sama. Dia pun akan rasa canggung nanti. Dia akan bawa isteri pertamanya jalan-jalan lain kali. Biarlah dia bawa isteri keduanya dulu hari ini.


“Abang pergi dulu la. Kalau tiba-tiba nak apa-apa telefonlah yer.” Pesan encik Ismail. Puan Zaleha sekadar mengangguk lalu membontoti suaminya ke pintu depan. Memang itulah rutinnya semenjak 23 tahun berkahwin. Dia pasti akan menghantar pemergian suami dihadapan pintu. Puan Zaleha menghulurkan tangan kepada suaminya. Apabila salamannya di sambut dia mencium lembut tangan suami kesayangannya itu.


Last edited by misssakura on 27-9-2013 11:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:49 AM | Show all posts
Umairah mengeringkan rambutnya yang basah. Dia baru selesai mandi. Penat menghadiri kelas sepanjang hari ini masih terasa meski pun dia sudah menyegarkan diri. Di ambil handphone yang diletak diatas meja.Kot-kot ada mesej atau panggilan penting ketika dia berada dibilik air tadi.Dia membuka inboxnya lalu melihat nombor yang cukup sinonim dalam hidupnya. Dia membuka mesej itu lalu dibaca satu-satu.


“Abah dah masukkan duit. Nanti pergilah check ade ke tak”. Itu lah mesej yang diterima dari ibunya. Umairah pelik. Masa bila pulak aku mintak duit ni.Sejujurnya dia memang tiada duit buat masa ni kerana ptptn belum lagi masuk tetapi Ifran ada memasukkan duit kepadanya. Mengingatkan lelaki itu menyebabkan Umairah rasa geram sendiri. Menyampah! Hari tu dia nampak Atikah dan Ifran bersembang.. Nak kata mereka satu kumpulan untuk siapkan tugasan tak juga rasanya. Memang Atikah tu perempuan yang tak tahu malu. Dengan suami orang masih nak menggatal.


‘Ahh.....lupakan.  Ada baiknya aku berehat dari fikir tentang mereka. Buat penat otak je.’ Desis hati Umairah sambil menekan nombor yang sinonim dengan hidupnya itu tadi. Selepas beberapa minit, panggilan telefon yang dibuat bersambut.


“Assalamualaikum ibu. Apa khabar?” soal Umairah sebagai pembuka bicara.


“Waalaikummusalam. Khabar baik. Mai macam mana?” Jawab puan zaleha.Terkenang anaknya yang jauh di negeri orang. Dia di negeri Terengganu.. Anaknya di Kuala Lumpur.


“Mai sihat je bu. Ini Mai nak tanya kenapa abah susah-susah je masukkan duit. Mai ada duit lagi la”. Umairah terus ke topik utama. Kreditnya tidak cukup banyak untuk bersembang terlalu lama.


“Apa salahnya. Mai kan anak abah. Lagi pun duit ptptn tak masuk lagi kan.”Balas puan Zaleha. Dia sempat menjeling suaminya yang sedang memandang kearahnya. Bertanya siapa yang telefon dan adakah anaknya itu mahu bercakap dengannya.


“Mana ibu tahu duit ptptn tak masuk lagi? Sarah bagitau ye. Tapi Mai ada duit lagi lah. Kalau Mai tak ada duit baru mai mintak yer...” Umairah membalas lembut. Tahu ibu bapanya sangat menyayanginya.


“Macam la ibu tak tahu, kalau Mai dan Sarah tak de duit bukannya nak mintak dengan ibu. Malu sangat. Ni nasib baik Nur yang cakap. Tunggu Sarah yang bagitau ptptn tak masuk lagi...Hmmm.. Sama lah macam tunggu Mai yang bagitau.” Bebel puan Zaleha. Kata-kata puan Zaleha menimbulkan kejutan pada Umairah.


‘Nur yang beritahu? Eee mengada betul kakak tirinya tu. Aku selama ni tak pernah nak menyusahkan ibu dan abah, tapi masuk aje dia dalam famili aku terus macam-macam pulak dimintanya.’ Umpat Umairah didalam hati. Tangannya mencubit bantal yang dipegang, membayangkan kakak tirinya adalah bantal tersebut!


“Ooo patutlah abah baik sangat masukkan duit. Rupanya nak transfer sekali kat anak kesayangannya tu.” Tuduh Umairah melulu. Puan Zaleha terkesima dengan bicara kasar Umairah. Tahu sangat dia yang Umairah begitu anti dengan Nur. Dia pun  tidak faham mengapa.


“ Mai.. Apa cakap macam tu. Nur tu kan anak abah jugak.” Tegur puan Zaleha tegas namun perlahan. Tidak mahu suaminya mendengar perbualan mereka disaat itu. Pasti suaminya akan berkecil hati sekiranya tahu tentang perbualan mereka.Puan Zaleha tidak suka anak-anaknya bersikap negatif macam tu. Baginya Nur dan Zainab sudah seperti keluarga sendiri. Mereka anak beranak itu sangat baik orangnya. Nur pun dah dianggap anak sendiri.


“ Anak tiri je kot......” Bidas Umairah selamba.


“Anak tiri pun tanggungjawab abah jugak. Kalo tak bagi berdosa. Mai nak abah tanggung dosa ke.”Bebel puan Zaleha. Anaknya yang sorang ni memang seorang yang kuat cemburu dan berfikiran negatif. Umairah yang mendengar kata-kata ibunya mendengus geram. Ibunya sanggup memarahinya hanya kerana perempuan tu. Betul-betul menyakitkan hati!


“ Tak apa la bu... Lain kali la Mai telefon lagi. Mai nak rehat jap. Baru habis kelas ni.” Umairah memberi alasan. Dia mahu memutuskan talian. Dia malas mahu berbual dengan ibunya pada waktu ini.  lagi-lagi setelah dimarahi kerana mengata Nur.


“Haa...merajuk la tu. Dah jadi bini orang pun masih kuat  merajuk.” Puan Zaleha terus terusan membebel. Kenal sangat dengan perangai Umairah. Pantang kena marah sikit nak merajuk. Mungkin itu salah dia juga kerana terlalu memanjakan Umairah. Anak sulunglah katakan.Umairah diam sahaja di talian. Hatinya malas untuk menjawab.


“Mai.....Ibu cakap ni benda betul. Mai kan dah besar cuba fikir betul ke tak ape yang Mai cakap tu. Ibu marah bukan sebab ibu pilih kasih ke ape. Ibu marah sebab Mai memang salah.” Nasihat puan Zaleha lembut. Umairah diam. Kata-kata ibunya ditelan tanpa kata. Cuba ditimbang-timbang. Memang betul tapi hatinya tetap kecewa.


“Abah pun macam tu Mai. Abah sayang kat Mai sama macam abah sayang kat Sarah dan sama jugak kat Nur. Mai tak boleh pertikaikan.” Pesan ibunya lagi.Umairah masih diam. Dia sekadar mendengar. Baginya leteran sebegini tidak perlu dijawab takut makin panjang jadinya. Yang sakit telinga dia juga nanti.


“Mai ade tak lagi tu.....” Soal puan Zaleha. Manalah tahu anaknya dah meletakkan telefon dan dia hanya bercakap seorang diri sepenjang tadi.


“Ada...” Balas Umairah sepatah.


“Nak cakap dengan abah tak. Abah ada kat sini. Tengah baca surat khabar.”Soal puan Zaleha lagi.


“Tak apa la ibu... Lain kali aje la. Tak ada kredit nak cakap lama-lama.Kirim salam je lah kat abah.” Balas Umairah malas. Dia mahu berehat. Mahu menganalis kata-kata ibunya tadi dan mahu menghilangkan rasa sakit dihati.


“Hmmm ye la tu. Jangan lupa telefon abah. Abah selalu mengadu yang Mai jarang telefon dia.” Pesan puan zaleha. Mendengar kata-kata itu buat hati Umairah terdetik.


‘Ala anak kesayangan kau kan ada. Suruh je la anak kesayangan kau tu telefon hari-hari. Apa susah.’ Tapi kata-kata itu hanya dihati. Karang kalau diluahkan pasti dia akan dibebel lagi. Tak kuasa dia mendengar leteran ibunya.


“Ye la-ye la bu. Ibu tak pe la. Mai nak rehat jap. Malam ni pulak ade discussion.. Assalamualaikum”. Balas Umairah. Setelah mendengar salamnya dijawab barulah dia mematikan telefon. Dia meletakkan handphonenya diatas meja belajar kembali. Dia kemudiannya berbaring malas diatas tilam untuk menenangkan fikiran.Tutup sahaja mata, wajah–wajah yang dibenci mula muncul didalam benaknya. Satu persatu orang yang dibenci muncul diingatannya dengan senyuman yang sangat mengguris hati.


Last edited by misssakura on 27-9-2013 11:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 12:28 PM | Show all posts
Tak Semestinya Dia..macm mna plak aku boleh trlepas pndang citer ni dulu..

gigih la aku mmbacanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:58 PM | Show all posts
awanjingga posted on 27-9-2013 12:28 PM
Tak Semestinya Dia..macm mna plak aku boleh trlepas pndang citer ni dulu..

gigih la aku mmba ...

eh3... x pyh bce citer tu... x surprise 6ti. bce yg ni je yep... hehehe...
tq sudi bce
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 09:28 AM | Show all posts
Umairah berjalan dengan pantas menuju kearah perpustakaan. Dia perlu menghantar buku yang dipinjam hari ini. Dia meminta Zizie masuk terlebih dahulu ke kelas demi menanda tempat duduk memandangkan kelas akan bermula sekejap sahaja lagi. Karang tak pasal-pasal kena duduk paling belakang atau paling hadapan. Matanya dah la rabun. Dia tergesa-gesa menghantar buku kerana tak mahu didenda atas alasan lambat.


Kalau waktu ptptn dah masuk dulu dia tak berkisah sangat malah kadang-kadang hampir satu bulan dia lambat hantar buku. Tapi kerana ketiadaan duit dia perlulah berjimat cermat. Tanda-tanda ptptn akan masuk pun belum lagi kelihatan. Atas apa silapnya, dia terlanggar seseorang. Umairah membebel dalam hati. Buta gamaknya mamat ni. Main redah aje jalan. Dia tidak sedar dia juga silap pada waktu itu kerana berjalan seperti lipas kudung.


Umairah duduk mengutip tiga buah buku yang jatuh berdentum diatas lantai dihadapan pintu perpustakaan. Jejaka yang dilanggar itu membantu mengutip bukunya yang bersepah. Terasa bersalah barangkali. Selesai mengutip buku-buku itu barulah lelaki itu menegurnya.


“Sorry. Nah buku”. Pinta Haikal sambil menghulurkan buku yang dikutip.Umairah senyum dalam terpaksa seraya mengambil buku yang dihulurkan oleh lelaki yang dilanggar seketika tadi.


“Ok tak pe.” Umairah membalas. Dia tidak pula meminta maaf, perasan dirinya tidak bersalah langsung.


“Eh...... Awak Umairah kan?” Tegur lelaki itu tiba-tiba tatkala matanya bertentang mata Umairah. Baru dia perasan gadis ini adalah wanita yang pernah dikenali. Umairah mengerutkan dahinya. Lama dia menatap wajah yang dikategorikan boleh tahan dihadapannya. Macam pernah tengok tapi dekat mana yer...


“awak siapa?” Soal umairah dengan kerutan didahi. Haikal tersenyum melihat wajah umairah yang berkerut.  


“ Saya Haikal. Mungkin awak tak perasan tapi kita satu kelas untuk kelas kenegaraan.” Balas Haikal tenang. Dia tersenyum mesra. Matanya dapat melihat wajah Umairah yang terangguk-angguk bak burung belantuk. Haikal tidak memahami maksud anggukkan itu.


“Ooooooo... Saya ingat, tapi tak tahu pulak nama awak Haikal.” Balas Umairah senang. Dia menjeling jam tangan yang melilit kemas pada pergelangan tangannya..Aku dah lewat gila ni. Karang, tak pasal-pasal dapat pandangan sinis dari pensyarah yang skema itu.


“ Uum... Sekurang-kurangnya awak kenal saya walaupun tak tahu nama.” Jawab Haikal girang. Tak sangka Umairah perasan tentang kewujudannya meski pun terdapat hampir 100 orang didalam kelas tersebut. Umairah sekadar membalas senyuman lelaki didepannya. Dia tidak pasti ikhlas atau tidak dengan senyumannya itu.


“Sorry la Haikal........Saya ada kelas lepas ni jadi saya kejar masa. Saya pergi dulu la yer.” Pinta Umairah sopan. Kalau boleh dia nak berlari sekarang.Tapi agak segan untuk membuat perangai kebudak-budakkan begitu..


“Eh sorry..sorry.. Kita jumpa lagi kat kelas kenegaraan.” Pinta Haikal. Dia tersenyum lagi. Umairah berlalu sambil melontarkan senyuman tawar.  


‘Apesal la mamat tu suka sangat senyum. Penat mulut aku ni balas senyuman dia. Tak balaskan kecik hati pulak.’ Bebel hati Umairah.  Haikal memandang Umairah yang kelihatan kalut mengejar masa itu dalam-dalam. Ada kemajuan. Bisik hatinya. Suatu hari nanti dia akan pastikan Umairah akan jadi miliknya. Itulah janji hatinya.


Last edited by misssakura on 29-9-2013 09:31 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 09:32 AM | Show all posts
Ifran bergerak pantas. Cuba mengejar gadis berbadan kurus tinggi didepannya. Gadis itu seolah-olah cuba mengelak darinya. Dia tahu cara dia meluahkan perasaan sangatlah salah baru-baru ini namun Atikah tidak perlu buat perangai sebegini. Meski pun mereka belajar dalam bidang yang sama, Atikah sedaya upaya mengelak darinya walaupun sekadar berbalas pandang. Ifran menarik tangan Atikah yang diselaputi lengan panjang. Nasibnya agak baik, tempat mereka itu agak lapang dan tidak ramai orang lalu lalang ketika ini. Jadi, drama romantis yang yang akan bermula kejap lagi tidaklah disaksi orang ramai.

Atikah menarik tangannya kasar. Tidak suka diperlakukan begitu. Apa hak Ifran untuk menyentuhnya meskipun dalam keadaan berlapik. Dia tak benarkan. Baginya, selagi lelaki itu bukan suaminya mahupun keluarganya, tiada sesiapa akan boleh memegangnya sesuka hati begitu. Ifran melepaskan pegangannya tatkala melihat sorotan mata Atikah bak harimau kelaparan. Bukan takut tapi menghormati. Inilah salah satu sikap yang ada pada Atikah yang amat disukainya.


“Apehal lagi.” Marah Atikah. Dia sudah malas berfikir tentang cinta yang tidak kesampaian ini lagi. Dia betul-betul sudah mengalah. Memang hati dan perasaannya masih ada pada Ifran namun baginya itu tidak cukup. Hatinya sudah tawar. Lagi-lagi memikirkan Ifran adalah milik sahabat baiknya.


“I’m sorry... Tapi tolong la faham perasaan saya... Saya tahu awak pun masih sayangkan saya... Tak boleh ke kita bersama balik?” Pujuk Ifran. Wajahnya sudah keruh demi meminta simpati. Dia yakin kata hatinya, Atikah masih sayangkan seperti  6 bulan yang dulu.Hanya kerana fitnah yang dilemparkan oleh Umairah menyebabkan dia ragu-ragu terhadap cinta suci Atikah kepadanya. Dan kerana fitnah yang dilemparkan itulah yang menyebabkan dia memutuskan hubungannya dengan Atikah dengan kadar yang segera dan menerima Umairah yang kononnya amat mencintai dia. Kalau setakat cinta Umairah belum tentu dia terima untuk berkahwin dengan gadis itu tetapi kerana paksaan nenek dan mak kesayangannya yang amat berkenan dengan Umairah menyebabkan mereka terpaksa dikahwinkan dengan kadar yang segera.


“Hello.. Jangan nak perasan kat sini. Ada saya cakap saya cintakan awak lagi... Hei ni bukan drama cinta la...... 10 tahun berpisah masih ada rasa cinta...Sorry ok”. Tingkah Atikah selamba. Dia perlu menyembunyikan isi hatinya sebenar demi keamanan rumah tangga Umairah. Dia tahu Ifran masih sayangkan dia dan tidak mencintai Umairah namun dia yakin perasaan Ifran itu mampu bertukar.Umairah ada tarikannya yang tersendiri.


“ Tapi kita berpisah baru 6 bulan. Tak sampai 10 tahun lagi. Logik la kalau awak masih ada perasaan lagi dekat saya”. Usik Ifran dengan sengihan nakal. Atikah tak perlu lah nak sorok perasaannya itu kerana segalanya nampak jelas pada matanya. Cara atikah memandangnya pun dia tahu yang gadis itu masih cintakan dirinya. Hati Atikah menggerutu. Main-main pulak mamat ni. Orang tengah serius nak mampus boleh pulak dia buat lawak.

“ Cara awak tengok saya pon saya tahu awak masih suka kat saya. Alang-alang kita masih suka sama suka........ Ada baiknya kita menyambung kembali hubungan kita yang dulu.... Saya sanggup berpisah dengan Umairah dan saya tahu dia pon tak kisah.” Pujuk Ifran. Kata-kata Ifran itu membuat Atikah ketawa penuh jengkel. Sengaja membuat Ifran sakit hati.


“Cara saya pandang awak pun awak tahu saya masih suka kat awak......”Atikah mengulang kata-kata Ifran yang hampir sama maksudnya itu tadi dengan nada yang sinis.


“Kalau macam tu, kenapa dulu awak mintak putus? Awak tak nak dengar langsung penjelasan saya. Tup-tup saya dapat kad kawin dari awak. Padahal masa tu saya masih sukakan awak. Tak pulak awak nampak pandangan mata saya masa tu”. Tempelak Atikah. Sesakit hati terhadap Umairah sakit lagi hatinya terhadap Ifran. Kerana kepercayaan Ifran terlalu tipis terhadapnyalah menjadi penyebab perkara macam ini berlaku dan kerana Ifran seorang yang tiada kesabaran yang tinggi menyebabkan dia cepat sahaja menerima cadangan orang tuanya untuk mengahwini Umairah.


“Sayang... Masa tu saya dihasut oleh ‘kawan baik’ awak tu... Sebab saya percayakan dia yang paling rapat dengan awak dan saya juga. Saya tak tengok dengan mata hati langsung...” Ifran cuba membela diri. Atikah mengeluh kasar. Marah dengan sikap lelaki ini. Salah sendiri tak pernah nak mengaku. Detik hatinya.


“Awak jangan nak salahkan Mai aje, awak pon salah.... Kalaulah awak cuba bersabar, ambik masa berfikir betul-betul. Siapa-siapa pun yang hasut awak,awak tak akan mudah percaya.  Ini tak,terima je bulat-bulat je kata-kata orang . Langsung tak siasat dulu kebenaran fitnah tu.  Awak tak payah nak salahkan kawan saya,  dia memang salah dan saya akui benda tu tapi awak tetap bersalah... Tak payah nak tunding jari dekat orang lain.” Bebel Atikah. Dia bukanlah nak menyokong sangat Umairah tetapi dia tak tahan apabila Ifran asyik menyalahkan Umairah seratus peratus sedangkan dia pun bersalah dalam hal itu.


“ Sebab saya tahu saya salah la yang menyebabkan saya nak sambung balik hubungan kita..” Ifran masih lagi cuba memujuk... Sekali lagi Atikah ketawa dengan ketawa yang sangat sinis.


“ Awak nak sambung balik hubungan kita bukan sebab awak sedar dengan kesilapan awak, tapi sebab awak hanya pentingkan perasaan sendiri aje.”. Atikah terhenti seketika. Semput kerana bercakap terlalu banyak. Dia menyambung kata-katanya yang tergantung.


“Ada awak fikir perasaan isteri awak yang sangat sayangkan awak, awak ada fikir perasaan saya. Awak ingat apa...Kita senang-senang je boleh sambung macam tu. Hei, awak nak ke dengar macam ni ‘hari tu kawan baik dia rampas boyfriend dia.. Ini dia pulak rampas suami kawan baik dia’. Awak rasa tu satu gosip yang membanggakan ke?  Awak ada fikir tak pasal famili awak? Famili Mai? Kalau awak kawin sekadar nak bercerai berai selepas tu baik jangan kawin dari awal-awal lagi. Buat perabis duit je.........” Panjang lebar amukkan Atikah.


“ Kenapa saya nak fikir pasal dia dan famili dia? Dia sendiri mengaku yang dia kawin dengan saya pasal awak. Dia sendiri cakap tunggu malaysia bersalji dulu kalau nak dia jatuh cinta pada saya. Kenapa saya nak fikir perasaan orang yang dah gunakan saya untuk tujuan yang tak elok sedangkan dia tak fikirpun perasaan saya macam mana.” Tinggi suara Ifran menegakkan kebenaran bagi pihaknya. Tak adil baginya, apa hebat sangat Umairah sampai dia perlu fikir tentang perasaan gadis tak tahu malu itu.


“ Awak tak payah nak buruk-burukkan Umairah. Dia tak seteruk itu... Sebab apa dia nak kawin dengan awak kalau dia tak cintakan awak. Kenapa pasal saya...Tak payah nak buat fitnah tu semata-mata nak dapatkan saya balik. Saya dah tak peduli pasal ni lagi. Walaupun saya masih ada hati pada awak, tapi untuk kembali kepada awak adalah mustahil. Bak kata Mai tunggu malaysia bersalji. Dah la, saya dah lambat.. Ada kelas pulak lepas ni”. Luah Atikah. Dia cepat-cepat beredar dari situ dan berharap Ifran tidak mengejarnya lagi.


Last edited by misssakura on 29-9-2013 09:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 09:42 AM | Show all posts
Haikal berjalan perlahan-lahan menuju ke dewan kuliah A. Di situ akan berjalannya kelas kenegaraan kegemarannya kerana hanya kelas itu sahaja mampu menemukannya dengan Umairah. Hari ini dia sengaja datang lambat.Dia selalu perasan kerusi disebelah Umairah biasanya kosong dan dia mahu mengambil kesempatan ini untuk duduk disebelah gadis itu. Nasib baik dia tiada kenalan didalam kelas ini jadi dia boleh duduk dimana-mana yang dia suka.Perkara normal apabila menyusun jadual bersama-sama tetapi akhirnya dipisahkan jua. Pada asalnya dia agak kecewa namun apabila dia tahu kewujudan Umairah didalam kelas berkenaan, hatinya menjadi riang. Haikal menolak pintu dewan kuliah perlahan-lahan. Terus rasa sejuk penghawa dingin menyengat kulitnya. Tepat sekali jangkaannya, kerusi sebelah Umairah kosong.


“Hai...” Tegur Haikal ramah. Umairah yang khusyuk mendengar kuliah dr.Zubaidah memandang sebelahnya. Apa pulak main hai-hai ni. Tak reti bagi salam ke. Dia memandang wajah Haikal disebelah. Zizie yang berada disebelah Umairah turut sama menjeling pemuda itu.


“Hai”. Umairah membalas perlahan. Rasanya itu aje yang dia hendak kot.Dalam masa yang sama otak Umairah bekerja keras mengingat kembali gerangan pemuda disebelahnya kini. Ooo... Baru teringat... Mamat yang dia terlanggar kat librari hari tu. Lupa la pulak nama mamat ni. Ahhh lantak la. Tak penting mana pon!


“Dah lama ke kelas start?” Soal Haikal, cuba memancing Umairah berbual dengannya. Dia membuka nota yang di print dari portal sebelum tiba ke kelas tadi.


“Dalam 10 minit ”. Jawab Umairah malas. Pantang betul dia orang banyak soal semasa dia tengah mendengar kuliah. Perasan dengan respon mahu tidak mahu sahaja dari Umairah membantutkan mulut Haikal untuk bertanya lebih lanjut. Dia cukup bersyukur kerana dapat duduk di sebelah gadis bertudung itu.


“Saya nak awak duduk dalam kumpulan. Satu kumpulan 3 orang yer. Kejap lagi saya akan edarkan tugasan pertama kamu”. Dr. Zubaidah berkata setelah tamatnya tajuk ketiga mereka.


“Awak nak saya bagi atau nak pilih sendiri ahli kumpulan masing-masing?”Soal dr Zubaidah itu lagi. Satu kelas sepakat untuk mencari sendiri ahli kumpulan.


“Umairah....Awak dah cukup orang ke. Saya tak de group la.”Tanya Haikal.Dia tahu Umairah tidak cukup satu kuota lagi. Umairah diam seketika. Dia berpusing kearah Zizie. Bertanya sekiranya Zizie mahu atau tidak. Zizie sekadar mengangkat bahu. Tanda tidak kisah. Apa salahnya.


“Ok. Awak join kitorang.. Awak dah kenal sayakan. Sebelah saya ni Zizie.Nama penuh tanya sendiri la. Awak nama apa ek.. Saya lupa la.” Umairah cuba berlagak selamba. Namun dalam hati terbit rasa serba salah. Baru dua hari lepas dia bertembung dengan Haikal tapi sudah lupa pula nama jejaka itu. Haikal tersenyum girang.


“Haikal. Muhammad Haikal bin zahari”. Balas Haikal gembira. Lepas ni boleh la dia mendekatkan lagi diri dengan wanita berkulit cerah ini. Umairah sekadar tersenyum.


“ Apa nama penuh awak Umairah?” Umairah memandang tepat kearah lelaki disebelahnya.


“ Siti Nur Umairah binti Ismail.”  Ujar Umairah tenang.


“ Asal mana?”


“Terengganu. Haikal asal mana?” Umairah membalas soalan. Sekadar mahu mengambil hati. Tidak sedap pula kalau asyik Haikal aje yang bertanya itu dan ini.


“ Saya orang Johor Bharu.” Haikal tersenyum girang. Gembira kerana Umairah nak jugak melayannya.

'Suka betul la mamat ni senyum. Tahu la senyuman awak tu manis.' Bisik hati Umairah yang ralit melihat senyuman mesra daripada Haikal.


“ Nama penuh Zizie apa?” Tiba-tiba Haikal memberi tumpuan kepada Zizie pula. Tidak mahu kelihatan gelojoh dimata Umairah.


“Azila binti Mamat”. Balas Zizie senang. Dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa. Tidak kira lelaki mahupun perempuan.


“Asal mana?” Soal Haikal lagi. Seperti biasa senyuman manis tidak pernah lekang dibibirnya.


“Pahang. Awak kursus apa?” soal Zizie ramah. Giliran Umairah pula menjadi pemerhati.


“Pendidikan Biologi. Korang berdua satu kursus ke?”


“A’ah.. Kitorang sains matematik. Kiranya awak kuar nanti jadi cikgu la yer.” Tambah Zizie.


“InsyaALLAH.” Seru Haikal dengan bibir yang masih tersenyum. Setelah hampir10 minit sesi berkenalan berlaku, mereka akhirnya mendapat kertas tugasan yang diberitahu oleh dr Zubaidah itu tadi. Setelah kelas berakhir, mereka bersurai disitu sahaja. Seperti biasa hati Haikal berbunga riang dan mengharapkan lebih banyak pertemuan akan berlaku diantara dia dan Umairah.

Last edited by misssakura on 29-9-2013 09:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 10:37 AM | Show all posts
Umairah memandang ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan. Dia keseorangan hari ini kerana Zizie kurang sihat dan kini berada diasrama untuk berehat. Dia menuju ke kedai makan biasa yang biasa disinggah bersama Zizie. Tapi hari ini dia sekadar mahu membungkus. Malu mahu makan seorang diri di situ. Macam orang tiada kawan pulak walaupun memang itulah kenyataannya. Memang salah dia sendiri yang menyebabkan kawan-kawannya lari dari padanya. Namun dia tidak kisah, asalkan dendamnya terhadap Atikah terbalas.

“ Hai Mai”... Sapaan bersama tepukan singgah pada bahu Umairah yang sedang berjalan kearah kedai makan kegemarannya. Umairah terkejut.
‘Siapa pulak main-main tepuk aku ni.’ Omel Umairah didalam hati. Dia memandang kearah belakang. Mahu melihat pemanggil dan penepuknya. Ooo Aisyah...minah paling kepoh dalam jurusannya.


“ Sorang  je ke, mana Zizie?” Soal Aisyah senang. Walaupun pelbagai cerita buruk yang dia dengar tentang Umairah tapi dia mengambil jalan tengah... Melayan semua orang dengan baik. Tak ada masa nak bergaduh tentang masalah orang lain. Lagi pun, dengan cara begini dia mampu mengumpulkan banyak gosip sensasi.


“ Dia demam. Kau nak pergi mana. Sorang je?” Jelas Umairah bersama soalan.Aisyah yang dikenali ada gengnya yang tersendiri. Tapi dia tidak cukup kenal kawan-kawan Aisyah yang lain kerana mereka tidak begitu menonjol cuma Aisyah yang cukup popular kerana mulut becoknya.

“ Diorang ada kelas lepas ni. Aku dah tak de. Ni nak pergi makan. Kau nak pergi beli makanan ke? Jom la kita pergi sama-sama”. Ajak Aisyah. Umairah sekadar mengangguk. Tidak kisah.


“ Apa cerita kau dengan laki kau? Ok tak?”  Aisyah bertanya dengan wajah yang bersahaja. Cuba mengorek rahsia yang bukan lagi rahsia. Semua orang tahu bagaimana keadaan hubungan Umairah dan Ifran. Bukan dia jer yang bercakap tentang Umairah dan Ifran malah mungkin satu kelas mereka kini sedang mengumpat pasangan suami isteri tu.


“ Cerita apa? Ok je”. Ujar Umairah berpura-pura tidak mengerti. Bukan dia tak tahu budak coursenya semua bercakap tentang dia, Ifran dan Atikah.Lagi-lagi selepas kahwin. Dan yang pasti dialah paling banyak mendapat kejian dan cacian! Dah nama pun perampas, itulah yang selayaknya diterima oleh dirinya. Tapi semua itu tidak penting bagi Umairah... apa yang penting sekarang adalah dia kini berstatus isteri kepada Ifran dan Atikah hanya mampu makan hati sahaja melihat perkahwinannya.


“ Kalau kau kata ok tu tak pe la... Sebab ramai orang kata si Ifran tu masih tergila-gilakan Tikah. Tak tahu pulak aku mana yang betul mana yang salah. Aku pun tak pernah nampak pulak mereka berdating ke apa ke.” Aisyah menjawab mudah. Padahal dia tahu memang Umairah dan Ifran ada masalah sebenarnya dan Ifran masih tergila-gilakan Atikah. Cuma dia mahu tengok respon Umairah macam mana.


Kata-kata Aisyah betul-betul menaikkan darah Umairah. Atikah memang tak berguna. Samalah dengan si Ifran.Mereka sengaja nak malukan dia. Teringat ugutan Ifran kepadanya 2 bulan lepas.Nampaknya lelaki itu memang serius.


“ Diorang tu kan pernah bercinta dulu. Takkan la sebab dah putus cinta, tali persahabatan mereka pun nak putus jugakkan. Sebab tu diorang berkawan lagi.Ifran sendiri cakap kat aku dia dan Tikah tak de apa-apa.” Balas Umairah yakin.Dia tidak mahu si mulut kepoh didepannya membuat cerita yang bukan-bukan. Kalau yang malu hanyalah Ifran dan Atikah tak pe la jugak. Tapi, dia lah orang yang paling malu.  


“ Iye la kan. Ifran dan Atikah tu mestilah masih berkawan lagi sebab diorang tu kan baik, mulia. Bukannya jenis tak pedulikan hati dan perasaan orang lainkan. Takkan masalah kecik macam ni pun nak berperang kan.” Umairah terasa disindir dengan jawapan Aisyah. Kata-kata gadis itu seolah-olah mengutuk sikapnya yang tergamak merampas Ifran daripada Atikah dalam diam. Tapi dia buat tidak kisah. Lebih teruk dari itu pun dia sudah terkena.  Setakat sindiran macam tu... apalah sangat.


“ Eh.. kau dah kawin dekat 3 bulan dah kan.... Tak de apa-apa berita baik lagi? Kitorang satu kelas ni tak sabar nak dapat anak sedara.” Sengaja Aisyah mengeluarkan topik itu. Kalaulah betul Umairah dan Ifran tiada masalah, kenapa Umairah belum mengandung. Mereka berdua pun didalam kelas nampak tidak bercakap antara satu sama lain. Balik pun asing-asing sedangkan Ifran ada kereta sendiri. Umairah tak payah tipu la. Mereka semua bukan bodoh. Nampak sangat hubungan diaorang tu ada masalah. Itu la, siapa suruh rampas boyfriend kawan baik sendiri... Kan dah dapat balasannya. Hati Aisyah terus bermonolog sendiri.


“Ish kau ni........Takkan la aku nak mengandung masa belajar. Nanti kena tangguh belajar. Satu hal pulak, tak nak aku. Sabar je laa.. Setahun je kot lagi kita kat sini.” Umairah cuba bersabar dengan meledakkan tawa kecil. Katalah apa saya Aisyah oooi... Aku takkan biarkan kau tahu masalah sebenar antara aku dan Ifran meski pun aku yakin ramai yang tahu tentang itu.


“ A’ah kan. Ye jugak. Membazir pulak rasanya kalau kene extent masa ni. Padahal kita dah nak habis belajar pon.”


“ Dah-dah jangan cakap pasal ni lagi. Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan pasal aku dengan Ifran la Ecah....... Bukan aku tak tahu kau tu”.Sindir Umairah. Sengaja membalas dendam. Tidak puas hati mulut Aisyah yang tiada insuran.


“ Ish kau ni... Aku saja je tanya. Ke situ pulak.” Balas Aisyah. Mereka bersama-sama menapak kedalam kedai makan kegemaran semua orang pelajar di ukm itu. Topik perbincangan mereka berakhir disitu..

Last edited by misssakura on 2-10-2013 10:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2013 10:43 AM | Show all posts
Ifran bersantai ditepi tasik yang luas sambil memerhati permandangannya yang begitu menarik sekali. Kawan-kawannya Ahmad dan Zarif sedang menjamu keropok lekor panas yang dibeli dari pasar malam tadi. Sesekali dia membaham satu ketul. Memang sedap makan benda yang panas sebegini di waktu petang yang berangin.


“Kau balik bila cuti sem ni? Ke kau tak balik?” Zarif memecahkan kesunyian diantara mereka. Dia masih khusyuk menelan keropok lekor panas kegemarannya itu.


“ Berani kau tanya soalan cam tu Rif...mestilah aku balik. Mau menangis mak aku kalau anak kesayangannya ni tak balik”. Seloroh Ahmad. Jejaka dari Kelantan itu memang suka benar membuat lawak.


“ Iye la kau tu... Entah-entah mak kau berdoa siang malam tak nak kasi kau balik...”. Bidas Ifran. Mereka bertiga memang sudah rapat dari semester satu lagi. Kebetulan mereka mengambil jurusan yang sama dan tinggal di bilik yang sama menjadikan hubungan mereka semakin rapat.


“ Agak-agak la bro...... Lain la kau ada bini menunggu kau balik”. Selamba Ahmad mengenakan Ifran balik. Ifran ada cerita padanya tentang situasi rumahtangganya dan rancangannya untuk kembali kepada Atikah. Tapi dia tidak sokong perkara itu. Baginya, Ifran mesti bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Selepas melafazkan akad nikah, Umairah sudah menjadi tanggungjawab lelaki itu sepenuhnya. Jahat ke baik ke suke atau tak, nak tak nak itu memang tanggungjawab seorang suami. Sekiranya isterinya seorang yang tidak elok perangainya, dia seharusnya mendidik isterinya kejalan kebaikan. Perkahwinan bukanlah tentang cinta semata-mata. Itulah pendapatnya.


“ Banyak kau menunggu. Penunggu ada la dia tu”. Kutuk Ifran. Memang dia betul-betul benci terhadap gadis itu. Tak ada langsung sekelumit rasa suka terhadap Umairah apatah lagi sayang... Cinta jauh sekali.


“Eh kau ni...Penunggu-penunggu pun bini kau. Bukan bini aku mahupun bini Ahmad.”Zarif pula menyampuk...


“Memang la bini aku bukan bini kau mahupun bini Ahmad... Aku tak kata pun tu bini kau mahu pun bini Ahmad”... Ulang Ifran perkataan yang sama berulangkali. Saja nak perkena Zarif. Mereka sama-sama tergelak dengan ayat Ifran yang terakhir.


“ Umairah tu orang Terengganu kan... Kau balik Terengganu ke?”Soal Zarif dengan nada yang mula serius. Keropok lekor itu sudah habis dimakan. Kini masanya untuk menyedut minuman berais pula. Lega rasanya tekak.


“ Tak de maknanya aku nak ikut dia balik Terengganu. Baik aku tinggal dekat kolej dari duduk kat kampung dia tu.” Tingkah Ifran. Anti sungguh dia dengan Umairah.Sebelum ini, ketika dia bercinta dengan Atikah, dia dan Umairah sangat rapat. Dia sering bertanya itu dan ini tentang Atikah dan akhirnya mereka menjadi sahabat. Sebab itulah apabila Umairah menuduh Atikah curang, dia mudah percaya kerana hubungannya yang  amat rapat dengan Umairah.

“Amboi...Sombong... Nanti apa pulak kata mak mertua kau.” Ahmad tidak puas hati. Nak kena marah ni.


“Nak buat apa risau pasal mak dia. Baik risau pasal mak aku. Tu yang paling pentingkan...” Balas Ifran selamba.. Bercakap tentang Umairah buat hatinya mudah panas . Tak boleh sejuk.


“ Memang la.... Tapi kau kena pentingkan dia dan famili dia jugak. Diakan menantu pilihan mak kau. Mesti lah mak kau tak kisahkan. Aku rasalah mak kau pun fikir benda yang sama macam aku.” Nasihat Ahmad. Antara mereka bertiga Ahmadlah yang paling alim sekali. Kalau sembahyang bersama-sama Ahmad lah yang akan jadi imam.


“ Ala kecoh la kau ni. Dari aku balik rumah dia baik aku bawak balik dia rumah aku. Tapikan mustahil dia nak balik rumah aku. Dia tu kan anti dengan aku.”


“Ala apa susah beb.......Kau bukannya hodoh sangat...Tackle la dia...Kalo berjaya semestinya dia tak anti dah dengan kau...”. Zarif cuba menyampuk dengan lawak bodoh. Tidak mahu suasana menjadi tegang gara-gara Umairah. Dulu dia ada jugak rasa minat terhadap Umairah apatah lagi Umairah selalu juga lepak dengannya dan Ifran. Dari situ dia dapat mengenali Umairah... Tetapi, selepas apa yang jadi kepada Atikah dan Ifran buat dia terus berubah hati. Dia pantang dengan orang macam tu. Sanggup menikam kawan sendiri dari belakang. Kalau kawan baik pun diaboleh buat cam tu... Orang lain apatah lagi.


“ Aku ni memanglah hensem....Aku tahu kenyataan tu..”.Balas Ifran sambil ketawa.  Ahmad dan Zarif menjuihkan bibir.


“ Boleh tahan pekak jugak telinga kau ni If! Rif kata kau tak hodoh bukannya hensem.. Perasan la kau ni”. Sindir Ahmad sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


“ sama la maksud dia tu. Kau tu jeles kan.”


“Aku bukan apa, setakat nak mengorat minah tu sampai dia syok gila kat aku tak de masalah la.. Tapi masalahnya aku ni yang tak hingin nak pikat dia. Dari aku tackle dia baik aku tackle kau Mad...”. Ifran bergurau namun serius.

“ Sorry....Aku tak berminat kaum sejenis”. Tolak Ahmad sebelum menyambung kembali kata-katanya.


“ Tak payah berlagak sangat la If. Si Umairah tu aku tengok bukannya jenis layan sangat lelaki. Aku rasa betul kot kata-kata dia, tunggu malaysia bersalji baru dia suka kat kau... kalau lah betul dia senang nak jatuh cinta kat kau mesti dia dah ada perasaan kat kau masa korang berkawan dulu. Ini tak, dia sendiri cakap dia kawin dengan kau pasal Atikah. Berangan je la kau.” Panjang lebar Ahmad berkata.


“ Bagus la macam tu. Aku pun tak nak perempuan berbahaya macam dia tu suka pada aku. Tak tenang hidup aku nanti.” Acuh tak acuh Ifran menjawab.


“ Tapi kenapa ye dia cakap Atikah punca dia kawin dengan kau. Tak paham aku. Atikah tu punya la baik.” Soal Zarif yang masih tertanya-tanya motif Umairah. Atikah tu cukup cantik orangnya malah seorang yang sangat baik. Tapi sayang, dia ditikam oleh kawan baik sendiri. Sungguh menyedihkan.


“Entah la aku...  Perempuan tak malu macam dia tu, kau pun boleh jadi penyebab dia nak kawin dengan aku.” Ifran malas nak fikir. Kata-katanya yang agak melucukan itu mendatangkan ketawa rakan-rakannya.


“Eh.. Dah-dah la cakap pasal dia.. Tersedak karang minah tu.” Ifran mahu menghentikan perbualan tentang Umairah. Buat apa bercerita tentang sesuatu yang menyakitkan hati. Membazir masa sahaja.


“ Caring nampak.” Usik Ahmad dengan ketawa riang. Bibirnya melebarkan senyuman nakal. Ifran buat muka tiada perasaan dengan usikan itu. Namun dia tidak menjawab. Lagi dijawab lagi banyak yang dia terkena nanti.


“ Aku rasa la.... Sebelum si Umairah tu suka kat kau....Kau dulu yang tergila-gilakan dia.”. Tembak Zarif pula. Zarif turut ketawa dan ketawanya bergabung dengan ketawa Ahmad. Sengaja mereka mengenakan Ifran.   


Last edited by misssakura on 2-10-2013 10:50 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 10:54 AM | Show all posts
hmmm.... laptop sakura sebenarnya rosak dan citer ni ada kat dalam lptop tu.... citer yg sakura ada sekarang ni pon x berapa nak edit lagi... jd mungkin sakura lambat updatelah lepas ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 10:15 AM | Show all posts
alhamdullilah... lptp sakura dan citer ni dah berjaya diselamatkan. okey sakura nak sambung update citer ni n semoga korang dapat membacanya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 10:18 AM | Show all posts
Deringan telefon diatas meja studynya betul-betul mengganggu Umairah yang sedang berehat diatas katil. Dia kurang sihat hari ini.Dia di serang demam dan gastrik sekali gus. Mahu pitam rasanya. Hampir 3 kali dia masuk keluar toilet untuk memuntahkan segala isi perutnya. Roomatenya ada mengatakan ingin membawanya ke klinik namun ditolak dengan baik. Dia memang tidak suka ke klinik. Pasti macam-macam yang difikirkan. Umairah memanjangkan tangan demi mengambil telefon yang tidak berhenti-henti berbunyi. Dia menjawab panggilan tanpa melihat pemanggilnya.


“ Hello...Assalamualaikum.” Soal Umairah lemah. Badannya  tidak punya tenaga kerana tidak menyentuh sebarang makanan.


“ Apasal lembab sangat angkat phone....” Marah Ifran.Hampir tiga kali dia cuba menghubungi gadis ini namun satu pun tidak berangkat. Apa Umairah fikir dia banyak sangat masa dan kredit.

Umairah terkedu dihujung talian. Tak ada ribut, tak ada taufan tiba-tiba sahaja Ifran menelefonnya dengan nada marah. Umairah bingkas bangun lalu menyandarkan badannya yang lemah pada kepala katil. Sedikit sebanyak badannya menjadi lebih sihat apabila mendengar suara Ifran. Rasa marah dalam diri membuatkan dia lupa rasa sakit yang bertandang.

“ Kot ye pon nak marah jawab la salam dulu...” Tempelak Umairah geram.  Entah apa-apa je jantan ni.


“ Ehh... Kau tak payah nak berlagak baik. Aku dah jawab dalam hati tadi.” Tipu Ifran. Mustahil di biarkan harga dirinya jatuh dimata Umairah. Dia lekas menjawab salam didalam hati.


“Apahal telefon aku? Dapat kredit free ke?” Sindir Umairah.Mana mungkin lelaki ini nak menelefonnya. Mungkin jijik nak mendengar suaranya.


“ Aku nak jumpa kau sekarang. Kat tempat parking bawah asrama kita nih.” Arah Ifran. Dia terus ke topik utama. Tiada masa nak bergaduh dengan perempuan tak guna ini.


“ Sekarang? Esok je la.. Aku ada hal ni.” Dalih Umairah.Dia sebenarnya tidak larat untuk bertemu dengan suaminya. Memanglah dekat sahaja tempatnya tetapi dalam keadaannya sekarang ni, dia memang tidak mampu.


“ Kau jangan nak banyak songeh!  Aku kata sekarang, maksudnya sekarang la. Apa kau ingat aku nak sangat jumpa kau?” Jerkah Ifran kuat supaya Umairah mengikut kata-katanya.


“ Hei suka hati akulah. Nasib baik aku setuju nak jumpa kau. Itu pon dah cukup baik!” Umairah turut berkeras. Dia tak akan biarkan Ifran sesuka hati mengarahkan itu dan ini kepadanya. Lelaki ini memang berbakat dalam sakitkan hati orang, entah macam manalah si Atikah tu boleh tergila-gilakan lelaki tak berguna macam ni. Menyesal pulak kawin dengan Ifran.Ingatkan baiklah sangat.


“ Amboi amboi amboi, kau jangan nak melampau. Aku kata datang jumpa aku sekarang maksudnya sekarang. Kenapa? Kau takut nak jumpa aku ke?” Ifran mengguna teknik lain. Sengaja memprovok Umairah. Dia tahu gadis ini pantang diprovok.


“ Eh please la. Kejap lagi aku datang.  Dah dah dah.... Buat sakit telinga je cakap dengan kau lama-lama.” Marah Umairah di corong telefon. Ifran ditalian sana tersenyum sumbing. Tahu sangat cara untuk berurusan dengan Umairah. Mereka memutuskan talian.  Umairah membersih wajahnya.Mahu kelihatan segar kerana dia tidak mahu wajah pucatnya dilihat Ifran. Dia tidak mahu ditindas Ifran kerana wajahnya yang tidak bermaya. Melihat Umairah bersiap-siap mendatangkan tanda tanya dihati Aini, teman sebilik Umairah.


“ Kau nak pergi mana. Dah sihat ke?” Soal Aini. Dia sedang membaca novel andai itu takdirnya. Asyik menangis aje dari tadi.


“ Aku nak turun bawah kejap. Laki aku nak jumpa.” Balas Umairah.Dia mengambil barang-barang yang perlu. Aini tersenyum penuh makna...


“ Hai orang bercinta macam tu la. Bila suami nak jumpa terus hilang sakit tu.” Usik Aini dengan sengihan nakal. Umairah sekadar tersenyum. Dia malas mahu melayan usikan temannya itu  disamping tekaknya terasa amat perit malah tenaganya juga terasa tidak mencukupi. Kepalanya terasa berpinar. Mungkin orang lain akan sihat kalau mahu berjumpa dengan suami...Tapi tidak dia, terasa makin sakit ada lah. Hampir 15 minit kemudian dia bergegas ke parking yang dimaksudkan. Suasana yang panas terik sekali lagi menyakitkan kepalanya.

Last edited by misssakura on 20-10-2013 10:23 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.738848 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list