CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3464|Reply: 28

[Tempatan] Tiga maut kereta bertembung

[Copy link]
Post time 24-9-2013 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Tiga maut kereta bertembung


KEADAAN kereta Proton Iswara yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin, Kuantan kelmarin.

KUANTAN - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun menemui ajal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin di sini kelmarin.
Mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu ialah pemandu Proton Iswara, Wan Hassan Basri, 53; isterinya, Zainab Yatim, 57, dan cucu mereka, Nur Ameera Amran.
Pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Charu, Sungai Lembing maut di tempat kejadian manakala Nur Ameera meninggal dunia tiga jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Kemalangan turut menyebabkan dua anak pasangan itu, Mohd. Faizullah, 24, dan Rohilah, 39, parah dan dirawat di HTAA.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 04:42 PM | Show all posts
KUANTAN 23 Sept. - Sepasang suami isteri bersama seorang cucu maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin di sini malam tadi.

Dalam nahas yang berlaku pukul 7.45 malam itu, Wan Hassan Basri, 53, dan isteri Zainab Yatim, 57, mati di tempat kejadian manakala cucu mereka, Nur Ameera Amran yang baru berusia setahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Dua lagi penumpang Proton Iswara iaitu ibu bayi berkenaan, Rohilah Ismail, 39, dan anak pasangan suami isteri itu, Mohd. Faizullah, 24, cedera parah namun kini dilaporkan stabil.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, ketika kejadian keluarga itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Charu, Sungai Lembing menghala ke bandar Kuantan.

"Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Wan Hassan dipercayai cuba memotong sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.

"Namun mangsa gagal memotong lori tersebut menyebabkan keretanya bertembung dengan sebuah Proton Waja yang datang dari arah bertentangan," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, perlanggaran itu turut mengakibatkan lori minyak sawit yang cuba dipotong oleh kereta mangsa terbabas dan terbalik di laluan bertentangan menghala ke Kuantan.

"Suami isteri tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala bayi tersebut meninggal dunia selepas tiga jam menerima rawatan di hospital," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, pemandu Proton Waja dan pemandu lori terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan, katanya.

Sementara itu, adik ipar Zainab, Saparudin Gani, 56, berkata, kehilangan tiga ahli keluarga serentak dalam kemalangan itu amat mengejutkan mereka sekeluarga.

"Saya menerima panggilan daripada ibu mentua, Hani Abdullah mengenai kejadian dan bergegas ke hospital. Mulanya ibu mentua memaklumkan hanya Wan Hassan saja meninggal, namun sebaik sahaja tiba di hospital baru saya tahu mengenai kematian Zainab dan Nur Ameera.

"Sebelum kejadian, mereka semua dalam perjalanan menghantar Wan Mohd. Faizullah ke Terminal Sentral Kuantan. Mujurlah Wan Mohd. Faizullah dan Rohilah terselamat dalam nahas itu," katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panching dekat sini kira-kira pukul 2 petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:47 PM | Show all posts
al fatihah pada arwah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:50 PM | Show all posts
salah sapa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:51 PM | Show all posts
Al-Fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:51 PM | Show all posts
takziah...ngerinya...pakai iswara nak potong lori tangki,,,agak2 la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2013 04:53 PM | Show all posts
takziah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 04:58 PM | Show all posts
batmana posted on 24-9-2013 04:50 PM
salah sapa ni...

Kalau baca artikel tu, macam memang salah mangsa tak dapat budget nak memotong.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 05:03 PM | Show all posts
jalan bukit kuin....bahaya jalan ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:03 PM | Show all posts
takziah kpd kluarga mgsa..Alfatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 05:03 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 24-9-2013 05:03 PM
jalan bukit kuin....bahaya jalan ni

Jalan yang dekat2 dengan kolej profesional mara tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:05 PM | Show all posts
Ni mertua abang alyah penyanyi tu kan .. Bby tu ank sedara alyah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 05:06 PM | Show all posts
alyafea posted on 24-9-2013 05:05 PM
Ni mertua abang alyah penyanyi tu kan .. Bby tu ank sedara alyah ...

Maknanye alyah tu adik beradik kedua-dua mangsa yang terselamat tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:08 PM | Show all posts
X tau nm mak baby x sama dgn arwah pakcik tu tp abang alyah bapak baby tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:08 PM | Show all posts
mana @PitMie ?

wa nak tahu ni jenis mati macamna...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 05:11 PM | Show all posts
alyafea posted on 24-9-2013 05:08 PM
X tau nm mak baby x sama dgn arwah pakcik tu tp abang alyah bapak baby tu ...

Cemana awak tahu ye?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 05:16 PM | Show all posts
Dlm paper alyah ada bgtau dh lama x jmp ank sedara dia ni ... Skali dgr berita dh xde ... Kesian gak dgr ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 05:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:21 PM | Show all posts
PostBanhammer posted on 24-9-2013 04:42 PM
KUANTAN 23 Sept. - Sepasang suami isteri bersama seorang cucu maut selepas kereta dinaiki mereka ter ...

org yang suka potong2 ni mmg membahayakan diri sendiri serta pemandu lain
dah byk sgt kes

tak reti2 jadi iktibar

depan stereng semua press minyak gila2

apa2pon takziah semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:23 PM | Show all posts
PostBanhammer posted on 24-9-2013 05:03 PM
Jalan yang dekat2 dengan kolej profesional mara tu ke?

aah..jalan menuju ke kolej pro mara..akan pergi ke im 8

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054392 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list