UPDATE:
Gladiators, Kelantan rentap di Shah Alam2013/10/08 - 04:58:09 AM
Kuala Lumpur: Gelanggang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Tentera dan Kelantan pada 18 Oktober ini ditukarkan dari Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke Stadium Shah Alam.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penukaran gelanggang itu adalah atas permintaan Tentera sebagai tuan rumah selepas mengambil kira jumlah penonton dan soal keselamatan.
Sepak mula perlawanan itu kekal jam 8.45 malam, katanya dalam kenyataan di sini semalam. Stadium MPS mempunyai kapasiti 16,000 penonton manakala Stadium Shah Alam boleh menampung 80,000 penonton.
Hamidin berkata perlawanan akhir Piala Presiden 2013 antara Kelantan dan Perak akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Sabtu ini, mulai 8.45 malam.
BERNAMA
JDT lega layak suku akhir
2013/09/23 - 05:18:56 AM
Oleh Rizar Mohd Noor
Johor Bahru: Di raut wajah pengendali Johor Darul Takzim (DT), Azmi Mohamed tampak lega – kekalahan 2-0 kepada PKNS FC hampir meragut peluang layak ke suku akhir namun kelebihan jaringan berbanding T-Team memadai untuk layak ke saingan seterusnya.
Malah Azmi mengaku betapa kelemahan benteng pertahanan selepas ketiadaan Ahmad Tharmimi Saiban yang cedera menjejaskan perancangannya tatkala terpaksa meletak Muslim Ahmad yang tampak tidak konsisten. bergandingan bersama Aidil Zafuan Abd Radzak
Buntu jaring gol
“Muslim banyak buat kesilapan dan dua gol yang terhasil oleh PKNS FC berpunca dari kealpaannya yang gagal menguasai benteng pertahanan berbanding Aidil Zafuan yang terpaksa bekerja keras mengekang setiap asakan.
“Secara keseluruhan Johor DT mengawal perlawanan namun barisan serangan buntu menjaringkan gol dan ia satu kegagalan kerana tidak mampu menjaringkan gol sepanjang 90 minit. Pastinya banyak kerja yang perlu dilakukan malah ada beberapa pemain beraksi pada tahap 60 hingga 70 peratus saja.
“Saya tidak nafikan Mohd Remezey Che Ros menjadi penghalang kita gagal menjaringkan gol selepas sepakan deras tepat ke arah gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan tandukan kencang Safee Sali diselamatkan oleh penjaga gol PKNS FC itu. Akibatnya pemain Johor DT bagaikan hilang punca,” katanya.
Jangan individualistik
Apapun Azmi bingkas mahu pemainnya melupakan kekalahan itu sebaliknya kembali memberi tumpuan menjelang pertembungan suku akhir pertama menentang Kelantan, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.
Dia juga akan berusaha memastikan pemain skuad Harimau Selatan tidak bersikap individualistik dan mahu mereka beraksi secara berpasukan serta kerap berkomunikasi sesama sendiri bagi mengelak kekeliruan terutama apabila mengumpan bola.
********************************************************************************
Tak habis2 fans Johor ni cetus kekecohan
Nasib baik JDT menang, kalau tak mahunya darurat semalam
Sumber kosmo today: kosmo
Penyokong Johor cetus kekecohan
Oleh TAUFIK SALIMIN
[email protected]
SEBAHAGIAN penyokong Johor berkumpul di hadapan bilik persalinan pemain
di Stadium Perbandaran Pasir Gudang malam kelmarin.
HAMPIR 2,000 penyokong setia Johor membuat kecoh di pekarangan Stadium Perbandaran Pasir Gudang kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan keputusan seri antara Johor dan Sime Darby pada saingan Kumpulan A kempen Piala Malaysia malam kelmarin. Difahamkan, kekecohan tersebut timbul kerana penyokong Johor beranggapan keputusan seri tersebut telah diatur memandangkan ia telah tersebar menerusi laman sosial Facebook sejak seminggu yang lalu. Pengurus Johor, Onn Jabbar berkata, perkara itu menjadi serius kerana secara kebetulan keputusan perlawanan kelmarin sama dengan dakwaan yang terdapat dalam laman sosial tersebut. "Sebenarnya mereka (penyokong) tidak berpuas hati dengan beberapa pemain Johor kerana menganggap perkara itu sudah dirancang dan mendakwa mereka tertipu apabila secara kebetulan keputusan pada perlawanan itu sama seperti dalam dakwaan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Onn bagaimanapun menafikan terdapat unsur-unsur mengatur perlawanan atau bookie yang melibatkan para pemainnya. Katanya, penyokong hanya bertindak melulu dan mempercayai dakwaan tersebut tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan pasukan. "Sepatutnya mereka memberitahu kepada pihak pengurusan kerana antara kami sudah mengenali dan perkara itu boleh disiasat dengan lebih terperinci," katanya. Onn turut memaklumkan, disebabkan kejadian itu, pihak pengurusan membawa beberapa pemain dan jurulatih bersemuka dengan penyokong bagi menyelesaikannya. Justeru, katanya, pihak pengurusan akan menjalankan siasatan bagi mencari punca isu tersebut yang mencetuskan kecoh selama satu jam sejurus perlawanan tamat. "Kita pun tidak mengenali siapa bookie yang dimaksudkan itu," katanya. Onn turut menasihatkan para penyokong Johor agar tidak bertindak secara melulu dan menganggap apa yang berlaku kelmarin amat merugikan pasukan. "enyokong sepatutnya memberikan peluang kepada pemain sehingga tamat perlawanan dan tidak membuat provokasi yang akhirnya memberi kelebihan pasukan lawan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2fJ1Bl7jr
Hakcipta terpelihara
Daripada: Sinar Harian
Aksi Johor, Sime Darby diatur?
NORSHIKIN MOHD SALLEH
19 September 2013
PENYOKONG HAMPA - Penyokong Johor berkumpul dihadapan bilik persalinan tanda protes dan hampa apabila pemain Johor gagal mempamerkan aksi terbaik menentang Sime Darby, semalam.
PERLAWANAN antara Johor bertemu Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), kelmarin kecoh apabila penyokong mendakwa seakan diatur bookie.
Ramalan skuad Merah Biru akan seri telah bertebaran sejak seminggu lalu dan ia seakan benar apabila kedua pasukan mencatat keputusan 2-2 selepas tamat perlawanan.
Pengerusi Boys of Straits (BOS), Faiz Jalal berkata, ada dalam kalangan ahlinya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) seminggu lalu mendakwa perlawanan tersebut akan mencatatkan keputusan seri sama ada 1-1, 2-2 atau 3-3.
“Kita memang tidak mahu percaya perkara ini, kita masih pergi ke stadium memberi sokongan meskipun dua hari sebelum perlawanan semasa sesi latihan terdapat beberapa pemain beraksi sambil lewa dan ia juga berlaku ketika aksi kelmarin.
“Aksi menentang anak didik Ismail Zakaria penting untuk memastikan peluang ke suku akhir namun kita lihat beberapa pemain sebaliknya.” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Jelasnya, atas rasa ketidakpuasan hati, sejurus tamat perlawanan penyokong yang hadir cuba mendapatkan respons dari pasukan Johor yang diakui sedikit kecoh kira-kira 40 minit.
“Kita diberi peluang bertemu dengan jurulatih dan pemain, kami tidak boleh memaksa mereka mengaku, cuma meminta harapan agar tidak berlaku campur tangan bookie.
“Sangat kecewa kerana selama ini kami berdiri teguh memberi sokongan tanpa batasan dan prejudis. Tapi, unsur bookie yang berlaku di kalangan pemain sesuatu yang amat mengecewakan. Kami akan terus menyokong pasukan Johor walau apa berlaku,” katanya.
Nafi dakwaan
Sementara itu, Pengurus Johor, Onn Jabbar menyangkal dakwaan berlaku bookie dalam perlawanan tersebut.
Tegasnya, keputusan perlawanan seperti dakwaan telah dirancang hanya satu kebetulan.
“Perkara ini sukar untuk kita buktikan, namun saya percaya pemain Johor tidak terlibat. Jelas boleh dilihat dari pencapaian pasukan awal hingga saat kritikal di mana prestasi mereka tidak pernah mengecewakan.
“Tiga pemain Johor beraksi dalam keadaan cedera, namun atas dasar semangat kesungguhan luar biasa kerana rata-rata pemain berasal dari Johor, mereka memberi persembahan terbaik meskipun berada dalam keadaan hilang semangat dengan keadaan,” katanya.
Jelasnya, persatuan dengan kelab penyokong mempunyai hubungan yang baik namun, sedikit terkilan kerana pemain tidak diberikan sokongan padu 90 minit perlawanan seperti sebelum ini.
Meskipun begitu, pihaknya akan melakukan siasatan dan tidak akan berkompromi jika wujudnya gejala suapan seperti seruan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Last edited by solstice on 8-10-2013 02:13 PM
|