CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 6

[Dunia] Bantah TPPA: Bendera dan gambar presiden Amerika dibakar

[Copy link]
Post time 19-9-2013 09:32 AM | Show all posts |Read mode


Sekumpulan aktivis membakar patung Presiden Amerika, Barack Obama serta bendera Amerika malam semalam sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran beliau ke negara ini.
Ia dibuat sempena pelancaran Jelajah #BantahObama #TolakTPPA di Taman Melati, Wangsa Maju malam semalam menjadi satu permulaan mobilisasi besar 'menyambut' kehadiran Presiden Amerika pada 11 Oktober ini di KLCC.
Majlis yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama SMM dan NGO Bantah TPPA dipanaskan dengan aksi 'bakar Obama' sebagai satu amaran penting simbolik penolakkan terhadap perjanjian penuh kerahsiaan TPPA dan juga kehadiran Obama ke Kuala Lumpur.
Dalam aksi berkenaan, satu replika Obama dan bendera Amerika dibakar hingga rentung di depan ratusan hadirin.
Barack Obama dijadualkan ke Kuala Lumpur pada bulan depan untuk menjadi saksi majlis tandatangan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA.
Namun tekanan yang hebat dari rakyat dan pelbagai NGO telah menyebabkan kerajaan Malaysia dikatakan menangguhkan majlis tandatangan untuk memeterai perjanjian tersebut.
Turut memeriahkan majlis pelancaran  malam semalam ialah Ahli Parlimen Batu Tian Chua; Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli; Pengerusi SAMM,  Che'Gu Bard;  aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Safwan Anang.
Wakil NGO yang hadir antaranya ialah Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT).
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Jelajah #BantahObama #TolakTPPA, Edy Noor Reduan, berkata mereka akan merentasi seluruh negara merangkumi 13 lokasi dari setiap negeri.
Hari ini, jelajah siri kedua akan menyusul ke utara tanahair di Bayan Baru, Pulau Pinang bertempat di Tapak bekas Astaka Bukit Gedung bermula jam 8.30 malam, sebelum ke Kangar dan Alor Setar pada hari berikutnya. – 19 September, 2013.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:23 AM | Show all posts
sekarang rakyat malaysia pun dah selamba bakar bendera US... kerajaan buat2 x faham je
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:35 AM | Show all posts
Tun M sure bangga ni...dia pun anti TPPA
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:33 AM | Show all posts
kecimpret posted on 19-9-2013 10:35 AM
Tun M sure bangga ni...dia pun anti TPPA

kalau tun mamak bantah TPPA, maknanya TPPA tu bagus untuk negara. senang aje sifirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:35 AM | Show all posts
apam posted on 19-9-2013 11:33 AM
kalau tun mamak bantah TPPA, maknanya TPPA tu bagus untuk negara. senang aje sifirnya.

mungkin bgs utk negara tp x semestinya bgs utk rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:41 AM | Show all posts
kecimpret posted on 19-9-2013 11:35 AM
mungkin bgs utk negara tp x semestinya bgs utk rakyat

bagus utk rakyat jugak la der....kan tppa tu tak di disclosekan detailnya until 2014. mesti ade sesuatu yg positif. Sebab kita dah experience always yg tak baik aje kalau ikut normal, why not give it a try. tambah pulak tun mamakputaralam sangat tak setuju, so......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 01:01 PM | Show all posts
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa, tindakan membakar replika Presiden Barack Obama dan bendera Amerika Syarikat (AS) malam tadi adalah sebagai permulaan mobilisasi besar 'menyambut' kehadiran pemimpin berkenaan 11 Oktober ini.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan mendakwa, tindakan tersebut juga sebagai satu amaran penting dan penolakkan terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan kehadiran Obama ke Kuala Lumpur.

"Semoga jelajah ini berjaya menyedarkan lebih ramai golongan masyarakat mengenai tindakan pemerintah melalui skim perjanjian TPP.

"Semua harus bersatu tanpa mengira warna NGO dan fahaman politik bagi memastikan individu tersebut tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia bersama jerangkap samarnya," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam semalam, SAMM bersama beberapa NGO bertindak membakar replika Obama dan bendera AS dibakar di hadapan orang ramai di Taman Melati, Wangsa Maju.

Sementara itu, dakwa Edy lagi, bantahan yang dipanggil Jelajah #BantahObama #TolakTPPA yang dilancar semalam itu juga merupakan anjuran bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Bantah TPPA.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Safwan Anang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.572816 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list