CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2101|Reply: 6

[Tempatan] Pelaksanaan projek HSR KL-Singapura tepat pada masanya

[Copy link]
Post time 19-9-2013 07:46 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA 18 Sept. - Alstom, pemimpin global dalam penjanaan kuasa dan infrastruktur rel, menganggap keputusan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur, sebagai keputusan yang tepat oleh kedua-dua negara.

Dianggap oleh banyak pihak sebagai pembangunan strategik dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara jiran, cadangan kereta api berkelajuan tinggi itu diumumkan pada Februari lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Projek itu yang jangka siap pada 2020, mampu memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit.

Dengan anggaran kos sebanyak AS$12 bilion (RM40 bilion), kereta api berkelajuan 330 kilometer (km) itu ternyata menarik minat pelbagai syarikat antarabangsa, termasuk dari China, Jepun, Perancis dan Sepanyol.

Projek ini juga menarik perhatian Wouter Van Wersch, Naib Presiden Kanan (Asia Timur dan Pasifik) Alstom, yang menyatakan jarak antara kedua-dua negara sangat sesuai untuk kereta api tersebut.

"Seperti yang ada ketahui, Alstom menduduki tempat nombor satu di dunia bagi kereta api berkelajuan tinggi. Oleh itu, ia merupakan peluang utama bagi kami.

"Sebagai sebuah industri, sudah pasti kami bersedia untuk menyokongnya. Kami menunggu pengumuman lanjut mengenai projek itu bagi mengetahui apa yang dapat kami tawarkan," katanya.

Beliau percaya Alstom merupakan rakan kongsi yang sesuai untuk projek kereta api ini berdasarkan pengalamannya dalam melaksanakan projek kereta api laju Seoul-Busan di Korea Selatan.

Alstom ialah perintis kereta api berkelajuan tinggi yang telah menetapkan rekod kelajuan dunia pada 574.8km/j pada tahun 2007. - BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sejam setengah dah sampai. terbaikkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:16 AM | Show all posts
Setelah habis tanah di Johor dijarah dek warga Spore, tanah Selangor pulak akan dijarah dek warga Spore. Ringgit pulak makin lemah berbdg Sing$. Warga tempatan masuk hutan jer la nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:40 AM | Show all posts
cepat lah buat.. yang ni aku sokong 100%
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:42 AM | Show all posts
saya lagi sokong HSR  sampai JB je.. pastu kat JB plak ada LRT pegi Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:44 AM | Show all posts
Bell posted on 19-9-2013 08:16 AM
Setelah habis tanah di Johor dijarah dek warga Spore, tanah Selangor pulak akan dijarah dek warga Sp ...

pastu leh meratap bumi di pijak milik orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 08:45 AM | Show all posts
Ni dulu YTL nak buat projek ni.... ada keluar dalam news...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.680203 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list