CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16987|Reply: 25

Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)

[Copy link]
Post time 18-9-2013 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)
11OGO

Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:

Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).

Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.

Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.

Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.

Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.

Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.


Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.

Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?

Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.

Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)

Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.

Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.

Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.

Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu’alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke hasnulhadiahmad.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 07:31 PM | Show all posts
Bismillah

sesiapa ada pengalaman nampak atau ternampak org2 syiah solat dlm Masjid Nabawi atau Masjidil Haram atau Masjidil Aqsa atau Masjidil Hambra?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih. Moga2 kita semua dilindungi Allah sentiasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 09:15 AM | Show all posts
AMIN....YA RABBAL ALAMIN...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:25 AM | Show all posts
syiah adalah agama yang tiada halangan untuk membuat bidaah....

dan mereka bermodalkan bidaah hasanah....sehingga agama berubah........

jika ditanya dari mana datangnya cara ibadat yg pelik2....mereka akan membawa dalil dan seribu satu qias dari dalil itu utnuk menghalalkan bidaah hasanah mereka....


maka lihatlah bahaya bidaah hasanah.....

mahukah kita menjadi seperti syiah?


setiap kesesatan di dunia bukanlah bermula dgn kesesatan yg nyata pada awal2nya, tetapi ia bermula dgn niat menambah baik agama.....

yg mana kita panggil pada zaman ini sebagai BIDAAH HASANAH....

maka bersyukulah jika ada orang yg memperingatkan kita bahawa setiap bidaah itu adalah sesat....


wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:02 AM | Show all posts
ussopp posted on 19-9-2013 09:25 AM
syiah adalah agama yang tiada halangan untuk membuat bidaah....

dan mereka bermodalkan bidaah has ...

Salam ussopp,

Saya tidak berpendapat Syiah melakukan bidaah hasanah dalam konteks pemahaman Ahli Sunnah. Mereka melakukan apa yang disarankan oleh Ulama mereka atau 'hadith' mereka dari imam-imam mereka. Mereka ada hak untuk mengamalkan agama mengikut kefahaman mereka.

Yang jadi masalah ialah bila mereka menyebarkan fahaman mereka di kalangan Ahli Sunnah, yang boleh menyebabkan ketidak harmonian kerana pegangan kepercayaan Syiah dan Ahli Sunnah sangat jauh berbeza dari segi kemuliaan dan pengorbanan para sahabat dan khulafa Ar-Rasyidin.

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 12:10 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 18-9-2013 07:31 PM
Bismillah

sesiapa ada pengalaman nampak atau ternampak org2 syiah solat dlm Masjid Nabawi atau Masjidil Haram atau Masjidil Aqsa atau Masjidil Hambra?

Pernah ternampak mereka di Masjid Nabawi (berdasarkan cara pemakaian secara zahir). Tak pasti samada mereka solat ikut imam masjid, sebab waktu solat tak nampak kelibat mereka. Lepas solat baru nampak mereka berbicara sesama kelompok mereka. Apapun, pegangan Syiah membolehkan mereka melakukan taqiyyah (berpura-pura:- sebagai Ahli Sunnah), termasuklah dari segi amalan mereka.
Last edited by mnm77 on 19-9-2013 12:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 04:04 PM | Show all posts
jika ditanya dari mana datangnya cara ibadat yg pelik2....mereka akan membawa dalil dan seribu satu qias dari dalil itu utnuk menghalalkan bidaah hasanah mereka....

Apapun, pegangan Syiah membolehkan mereka melakukan taqiyyah (berpura-pura:- sebagai Ahli Sunnah), termasuklah dari segi amalan mereka.


MACAM FAHAMAN PAS JE ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2013 01:35 AM | Show all posts
mnm77 posted on 19-9-2013 11:02 AM
Salam ussopp,

Saya tidak berpendapat Syiah melakukan bidaah hasanah dalam konteks pemahaman Ahl ...

istilah hasanah ni jika diserahkan pada qias2, maka akan bergantung pada logik manusia pada makna "baik"....

akibatnya jadilah luas makna hasanah.... banyak boleh jadi hasanah....kita mungkin boleh kata ia tidak sesuai dgn ahlussunnah, tetapi

qias memang begitu sifatnya.......yakni terbuka....

hasanah sebenarnya hanya milik Allah dan rosul....

sebab itu, banyak rekaaan hasanah disisi ahlussunnah pun , sahabat2 tak buat pada zaman mereka....

kerana sahabat tahu pengertian hasanah bukan pada qias akal....

tetapi muktamat milik Allah dan rosul.....

sebab tu bagi sahabat, tiada rekaaan baik dalam agama....ini lebih tepat.....

yakni, hasanah ialah cukup apa yg rosul ajar.

wallahua'lam saudara mnm....sy faham istilah rekaan hasanah itu tidak ada lagi pd urusan agama.....itu lebih selamat.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 01:31 PM | Show all posts
BOLEH KAH PERBINCANGAN ITU HANYA MERUJUK KEPADA 2 SUMBER UTAMA. ALQURAN DAN SUNNAH RASUL ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:06 PM | Show all posts
menarik untuk pengetahuan kita bersama....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 11:36 AM | Show all posts
mr_evergreen posted on 18-9-2013 07:31 PM
Bismillah

sesiapa ada pengalaman nampak atau ternampak org2 syiah solat dlm Masjid Nabawi atau ...

saya pernah nmpk org syiah kat masjid nabawi n makkah
kat muka dia org ada tatoo...bila kita org tanya dia kata itu ayat quran, tp tatoo dia lukis kat muka corak panjang2
ada sekumpulan tu bila imam solat dia org x solat, dia org duduk jer
ada lg satu kumpulan tu bila dia sujud kalau kita kat sebelah dia, kita bole dgr dia mcm mengeluh, mengadu apa ntah...mcm menangis2...
sekian..

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:27 PM | Show all posts
ussopp posted on 22-9-2013 01:35 AM
istilah hasanah ni jika diserahkan pada qias2, maka akan bergantung pada logik manusia pada makna  ...


maap sedare usopp..teman bkn nk kate mike salah..cume teman nk sanggah skit je pasai  bab sahabat2 tak buat bid'ah hasanah pd zaman mereka..yg sebenornye sahabat2 nabi mmg buat bid'ah hasanah pon pd zaman mereka..sebagai contoh bab sembahyang terawih secara berjemaah.Ianya adalah antara bid'ah Saidina Umar r.a..tetapi ianya bid'ah yg baik (hasanah)

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ketika mengulas perbahasan berhubung dengan penambahan ‘titik’ pada huruf ayat-ayat al-Qur’an dengan katanya:
Hakikat bahawa ianya perkara baharu yang diadakan (muhdath) tidak menghalang ini semua. Berapa banyak perkara baharu yang diadakan tetapi ianya baik!, seperti mana sembahyang Terawih secara berjemaah. Ianya adalah antara bid‘ah Saidina`Umar (ra) tetapi ianya adalah bid'ah yang baik (bid‘ah hasanah). Bid‘ah yang keji ialah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah atau yang boleh membawa kepada perubahan Sunnah itu.


Ibn al-Jawzi menyatakan perkara yang sama dalam kitabnya Talbis Iblis:
“Ada sesetengah perkara baharu (muhdath) diamalkan yang tidak berlawanan dengan Syari‘at atau menyalahinya, mereka [para Salaf] melihat ianya tidak mengapa untuk diamalkan, seperti tindakan Saidina Umar mengumpulkan orang bagi mendirikan sembahyang Terawih di bulan Ramadan, kemudian itu beliau berkata: `Alangkah baiknya Bid ‘ah ini!'”


Last edited by naruto3484 on 7-11-2013 12:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 01:29 PM | Show all posts
induk posted on 7-11-2013 11:36 AM
saya pernah nmpk org syiah kat masjid nabawi n makkah
kat muka dia org ada tatoo...bila kita org  ...

Bismillah

لا صلاة في الإمام الشيعة؟ كيف يمكنك أن لا ترى أن صلاتهم مع الإمام؟ جماعة مع الإمام يست لك؟
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 04:26 PM | Show all posts
naruto3484 posted on 7-11-2013 12:27 PM
maap sedare usopp..teman bkn nk kate mike salah..cume teman nk sanggah skit je pasai  bab sahaba ...

bismillah......

sy tak nafikah bidaah itu ada. tetapi silalah perhatikan apakah bidaah itu dlm urusan muammalat/teknology atau pun hal agama.

yg pertama...seandainya ia dalam hal muammalat/teknology/sistem/strategi/susunan maklumat, maka ia termasuk dlm bidaah mahmudah yg dimaksudkan imam syafie.

adapun dlm hal agama, bidaah adalah HARAM. apabila anda melihat sekelompok yg mengharamkan bidaah dari kalangan zaman ini, mereka tidak bermaksud pengharaman itu bidaah yg pertama, tetapi mereka benar2 bermaksud pada bidaah dalam hal agama.

sekarang mari lihat point2 anda, dimana bidaah itu terletak:

(1)titik Quran.

titik pada Quran tidaklah merubah agama. ia membawa maksud yg sama pada ayat. ia termasuk dlm strategi memahamkan umat.
ayatnya masih sama. seandainya selepas ini ada tanda2 yg lebih baik, seperti yg kita ketahui, Quran baru pun makin ada tanda warna warni, maka ia tidaklah terlarang. ia tidak dikira bidaah.

atau dgn kata lain, bidaah ini bukanlah bidaah dlm hal agama yg dilarang.


(2)solat terawih.


ya, solat terawih termasuk dlm hal agama. jika ia adalah bidaah, maka ia adalah bukti bahawa ada bidaah hasanah oleh para sahabat.

malangnya, solat terawih yang umar lakukan bukanlah bidaah  juga.

kerana apa?

kerana nabi melakukannya. bukti hadis aisyah ;

“Bahawasanya pada suatu malam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaksanakan solat di masjid, Kemudian orang ramai pun mengikuti solat beliau. Pada malam berikutnya beliau kembali melaksanakan solat di masjid dan orang yang mengikutinya pun bertambah banyak. Pada malam ketiga atau keempat, orang ramai telah berkumpul tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak keluar untuk solat bersama-sama mereka. Ketika pagi hari beliau tampil menjelaskan, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu lakukan tadi malam dan tidak ada yang menghalang aku untuk keluar solat bersama-sama kamu melainkan kerana aku bimbang jika solat tersebut akan diwajibkan ke atas kamu.” (‘Aisyah menyambung) Kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/290, no. 1061):

apabila nabi melakukannya, maka ia bukan sesuatu yang baru, malahan ia adalah sunnah!


jadi apa pula maksud umar tentang ayat ini sebaik-baik bidaah?

ia bermaksud ia adalah sesuatu yang baru jika dibandingkan dgn hari itu, pada ketika itu dan pada masa itu....kerana pada masa itu yakni zaman umar, ia dilakukan secara asing2, tidak secara satu jemaah......
lalu umar kumpul jadi satu jemaah.....

jadi jika dibanding pada hari itu, ia adalah berlainan, kerana itu ia jadi bidaah jika dibanding dgn hari itu.

tetapi jika dibanding dgn apa yg nabi buat, ia adalah sunnah.

umar bermaksud bukanlah dari segi halalnya bidaah secara syarak, tetapi ia bermaksud dari segi bahasa, kerana ia berlainan dgn apa yg berlaku pada ketika hari umar menyebutnya...

padahal ia adalah sunnah....kerana sama dgn terawih nabi.

wallahualam....








Last edited by ussopp on 8-11-2013 04:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 05:08 PM | Show all posts
ussopp posted on 8-11-2013 04:26 PM
bismillah......

sy tak nafikah bidaah itu ada. tetapi silalah perhatikan apakah bidaah itu dlm  ...


ye..mike betul tp camane lak ngan yg nie..

Saidina Uthman ibn Affan menambah azan untuk hari Jumat menjadi dua kali. Imam Bukhari meriwayatkan kisah tersebut dalam kitab Shahih- nya bahawa penambahan azan tersebut kerana umat Islam semakin banyak. Selain itu, Saidina Uthman juga memerintahkan untuk mengumandangkan iqamat di atas az-Zawra', iaitu sebuah bangunan yang berada di pasar Madinah.

Jika demikian, apakah dibenarkan kita mengatakan bahawa Saidina Uthman ibn Affan yang melakukan hal tersebut atas persetujuan seluruh sahabat sebagai orang yang berbuat bid'ah dan sesat? Apakah para sahabat yang menyetujuinya juga dianggap pelaku bid'ah dan sesat?

Di antara contoh bid'ah terpuji adalah mendirikan solat tahajud berjamaah pada setiap malam selama bulan Ramadhan di Mekkah dan Madinah, mengkhatamkan Al-Quran dalam solat tarawih dan lain-lain. Semua perbuatan itu boleh dianalogikan dengan peringatan maulid Nabi Muhammad SAW dengan syarat semua perbuatan itu tidak dituruti dengan perbuatan-perbuatan yang diharamkan atau pun dilarang oleh agama. Sebaliknya, perbuatan itu harus mengandung perkara-perkara baik seperti mengingat Allah dan hal-hal mubah.
Last edited by naruto3484 on 8-11-2013 05:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 09:51 PM | Show all posts
naruto3484 posted on 8-11-2013 05:08 PM
ye..mike betul tp camane lak ngan yg nie..

Saidina Uthman ibn Affan menambah azan untuk hari  ...

maaf sy akan jawap nanti ya. insyaAllah....

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 12:46 PM | Show all posts
naruto3484 posted on 8-11-2013 05:08 PM
ye..mike betul tp camane lak ngan yg nie..

Saidina Uthman ibn Affan menambah azan untuk hari  ...

mintak maaf sebab lama nak jawap.
bukan kerana sy tak tahu jawpan bg hujah azan itu, tetapi, sy dok pikir macamana nak jawap kerana sy taw anda akan cuba bawak hujjah lain.....pula....

apa-apahal sy jawap dulu hujjah tersebut,

saudara,
azan yang dilakukan pada saidina uthman itu adalah azan di pasar......bukan di masjid.....
sedangkan azan di masjid tetap hanyalah sekali......

diazan di pasar utk memanggil orang yg berada di pasar....
jadi ia bukan azan dua kali, tetapi ia cuma azan di tempat yg berbeza......

Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b dari Az Zuhri dari As Sa'ib bin Yazid berkata, "Azan panggilan solat Jum'at pada mulanya dilakukan ketika imam sudah duduk di atas mimbar. Hal ini dipraktikkan sejak zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar dan 'Umar radiallahu 'anhuma. Ketika masa 'Utsman radliallahu 'anhu dan manusia sudah semakin banyak, maka dia menambah azan ketiga di Az Zaura'." Abu 'Abdullah berkata, "Az Zaura' adalah bangunan yang ada di pasar di Kota Madinah." (Hadis Sahih Bukhari, Bab Kitab Jumaat) Dalam riwayat lain dari jalan Muhammad bin Muqatil dengan penambahan "Kemudian berlakulah urusan tersebut menjadi ketetapan."
.


samalah mcm di malaysia, kalau satu azan di surau, satu azan di masjid, dan satu azan di rumah....maka adakah ia azan 3 kali utk satu waktu??
tidak.....

lagipun, di malaysia yang budaya berjemaah adalah lemah, maka selalu disalahfahami azan sebagai penentu waktu....
padahal fungsi utama azan adalah MEMANGGIL berjemah di masjid.........fungsi utama azan adalah memanggil......bukan penentu waktu....
cuma fungsi sampingan dari azan , org dapat tahu waktu sudah masuk , padahal ia hanya fungsi sampingan......


sebab tu anda dapat lihat kita masih dianjurkan untuk azan ketika nak solat, sekalipun waktu sudah lama masuk, kerana hakikat azan bukanlah menentukan waktu, tetapi memanggil org solat...



kesimpulannya, berbagai2 dalil yg disalahfahami diambil utk menghalalkan bidaah hasanah, padahal dalil melarangnya telah pun jelas.....

maka janganlah begitu...

Wallahua'lam...

Last edited by ussopp on 25-11-2013 12:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:06 AM | Show all posts
ussopp posted on 25-11-2013 12:46 PM
mintak maaf sebab lama nak jawap.
bukan kerana sy tak tahu jawpan bg hujah azan itu, tetapi, sy d ...

ate camane lak ngan yg nie...

Di antara contoh bid'ah terpuji adalah mendirikan solat tahajud berjamaah pada setiap malam selama bulan Ramadhan di Mekkah dan Madinah, mengkhatamkan Al-Quran dalam solat tarawih dan lain-lain. Semua perbuatan itu boleh dianalogikan dengan peringatan maulid Nabi Muhammad SAW dengan syarat semua perbuatan itu tidak dituruti dengan perbuatan-perbuatan yang diharamkan atau pun dilarang oleh agama. Sebaliknya, perbuatan itu harus mengandung perkara-perkara baik seperti mengingat Allah dan hal-hal mubah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:13 AM | Show all posts
teman tambah lg ngan hadis nie:

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan untuk berpegang teguh dengan sunnah para al-Khulafaa ar-Roosyidiin, diantaranya Abu Bakar radhiallahu 'anhu. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ مِنْ بَعْدِي



"Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah para al-Khulafaa ar-Rosyidiin yang mendapat petunjuk setelahku" (HR At-Thirmidzi no 2676, Abu Dawud 4607, dan Ibnu Maajah no 42 dan dishahihkan oleh At-Thirmidzi dan Al-Haakim, dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami' no 2549).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064431 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list