CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 7

[Tempatan] Penyu satelit, dilepas untuk kumpul data

[Copy link]
Post time 17-9-2013 10:20 AM | Show all posts |Read mode
MANJUNG – Bagi mengatasi masalah kepupusan populasi penyu, Malakoff Corporation Berhad dengan kerjasama Jabatan Perikanan melepaskan penyu bersatelit pertama di negeri ini.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, pemasangan satelit tersebut bertujuan mengumpul data dan maklumat mengenai penghijrahan penyu.

Menurutnya, projek penyu bersatelit yang pertama dimulakan pada 1991 di Rantau Abang.

“Satelit berkenaan boleh dikesan selama setahun dan kita dapat mengetahui pergerakan penyu.

“Ini akan memudahkan kita untuk mengumpul maklumat yang diperlukan,” katanya ketika ditemui sempena program Kenali Penyu, Sayangi Penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari, di sini.


Ahamad Sabki (tiga, kanan) melepaskan penyu bersatelit untuk tujuan pengumpulan maklumat bagi memulihara spesis hidupan laut itu.

Hadir sama, Pengurus Loji Jana kuasa Lumut, Malakoff Corporation, Abdul Rahman Hussin dan Pengarah Perikanan Perak, Sani Mat Isa.

Beliau berkata, berdasarkan rekod jabatan, jumlah pendaratan penyu di Segari setiap tahun adalah dalam lingkungan 90.

Katanya,  bagaimanapun terdapat perbezaan besar antara jumlah pendaratan penyu pada 2011 iaitu 93 berbanding 57 tahun lalu.

“Melalui program ini kita harap masyarakat dapat menjaga spesis ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 10:25 AM | Show all posts
semoga berjaya mapping pergerakan penyu dan pengumpulan data ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:27 AM | Show all posts
untungnye penyu nie dapat g angkasa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:28 AM | Show all posts
Telur penyu best tak uolss
Lama dah x makan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:15 PM | Show all posts
@solstice ni banyak pulak post pasal makan. Lapar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:18 PM | Show all posts
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:15 PM
@solstice ni banyak pulak post pasal makan. Lapar ke?

mengidam uolss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 05:47 PM | Show all posts
x lame lagi penyu tu sume akan xde kat tempat tu sebab kawasan tu nak dijadikan loji mengcompress gas ke cecair....

http://www.youtube.com/watch?v=RlhZT8JEdQE
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:55 PM | Show all posts
zambry kader memang menteri besar yg berwawasan tinggi... al maklumlah sepupu sepapat madey kutty
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055226 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list