SURAT TEGURAN dari Seorang Muslimah Untuk Majalah HIJABISTA
Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…
Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda
Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.
Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?
Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.
Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.
Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.
Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam
Chic àla Fomen? what is fomen ya...perkataan baru ke ni atau I salah baca...............
Anyway, the thing is bila berlebihan dalam berfesyen dan make up tebal tebal ni.....selain terpesong dari konsep kesederhanaan yang dituntut,yang amat dikuatiri ialah sekiranya kita meringankan solat....especially Zohor and Asar.............
nak bersihkan mekap sebelum berwuduk apabila diluar rumah dan ingin bermekap semula dan melilit tudung kan makan masa...jika ada yang rajin melakukannya atau yakin dalam menjaga wuduk, baguslah....
cuma takut jika ia telah menjadi satu sebab utk hati kita berat utk solat atau meringankan solat dgn sengaja bersolat di hujung waktu.......
Nak try latest fesyen,bermake up àla Cleopatra bagai, try dalam rumah saja pun okay what.....
Elle_mujigae posted on 12-9-2013 11:43 AM
Chic àla Fomen? what is fomen ya...perkataan baru ke ni atau I salah baca...............
Anyway, ...
dlm rmh nak tunjuk siapa? terhad sgt audience yg blh ditunjuk. trend hari ni ialah trend menunjuk2. mesti nak tunjuk kat semua diluar sana & mharapkan pujian cantik, lawa, comel, hot, ada gaya & nampak kaya.
yang sudah pakai tudung .. saya ucapkan Alhamdulillah ..
ini adalah satu compliment .. sikap terpuji ..
bukan mudah untuk .. sesorang itu menutup aurat nya .. soo ya .. good ..
d'dalam itu maseh boleh d'pertingkatkan prestasi itu kepada yang lebeh halusi ..
sooo pada siapa yang dapat bakal isteri yang sudah bertudung ..
pada saya adalah satu bonus ..
tak lah nak convince beliau lagi ..
just asah pada menghalusi nya ..
pada saya majalah merupakan sumber maklumat yang amat baik jika kita membeli yang berkualiti dan bermutu dan nak mendapatkan ilmu yg bersifat current atau yg senang diakses selain internet.
dan sudah tentu majalah berkualiti senang nak dinilai kandungannya dengan majalah sampah ...
tapi sedihnya bila ke kino atau mph , saya tengok majalah yg berkualiti like solusi, ustaz gen q, new scientist , nat geog
kenapa org kita tak suke belek?
yg beleik majalah picisan yg ntah tak memberi pada sayalah sumber maklumat yg konkrit dan berguna sangat umpamanya hiburan yang bukan sahaja manga ke urtv tapi ...yg set set tu laaa yg fashion pun I tengok menarik tapi kan bile kita tengok bebetul macam cleo ke ape yg banyaknyer iklan bukan sangat kandungan tu best pun dari segi kualiti teks dan bhn utama pun , like crap
of course kalau kita minat science macam zaman sekolah dulu u belek new scientist u can wowwwww the whole day ...it is nice to enjoy the content reading about it
solusi pun ...I mean
u know , dewan kosmik ke
falsafah dan agama ke
dulu I am not sure now ade lagi ke tak ...
u know....dewan siswa I tatau ade lagi ke tak ...
those magazines mmg pada kelompok anak naak yg belasan tahun atau sekolah rendah patut baca dan hayati
sebab melaui pembacaan kematangan secara proses mudah dibentuk ...
yg majalah ntah ape ape tu well...macam tak best je
kalau nak gossip ke ape bukan you can acess this kat yahoo semua ka?
ini sekadar cadangan. apa kata kita sama2 bertanya kepada pihak yg terlibat perihal isu ini untuk sama2 kita memuaskan hati semua pihak mengikut kehendak syarak dalam maksud yg sebenar2nya? barulah kita dapat jawapan yg lebih terang kerana terkadang kita semua lupa apa yg terjadi itu atas kehendak Allah.
saya lebih suka movie ini :
sesuatu yg Allah beri itu semuanya ada kebaikkannya. apakah yg kita cari selama ini?