CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 5

[Jenayah] Kumpulan Samseng mengganas di Felcra Jaya Putra..musnahkan pagar sekolah

[Copy link]
Post time 11-9-2013 08:15 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Nazlan melihat kemusnahan pada pokok kelapa sawit yang dimakan oleh kumpulan gajah liar di Kampung Binjai, Jerantut.

ERANTUT - Penduduk di beberapa buah kampung di daerah ini hidup dalam ketakutan apabila sekumpulan gajah liar kembali mengganas kerana banyak tanaman penduduk musnah dimakan mamalia itu.

Penduduk Kampung Binjai, Mohd Arif Abdul Manaf, 52, berkata, terbaru sekumpulan gajah sebanyak tujuh ekor yang datang dari Hutan Simpan Som bukan sahaja memusnahkan tanaman penduduk malah mencari makanan sekitar perkarangan rumah penduduk.

Menurutnya, ancaman gajah liar itu semakin menakutkan kerana ia datang ke perkarangan rumah penduduk yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan penduduk.

“Terbaru kumpulan gajah itu turut masuk ke kawasan Felcra Jaya Putra dan difahamkan mamalia itu memusnahkan lebih 1000 pokok getah melibatkan tanaman seluas 1.6 hektar.

“Selain itu empat pekebun kecil turut mengalami kerugian besar apabila banyak tanaman mereka musnah dan tumbang dimakan kumpulan gajah liar itu,” katanya.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, isu gajah liar memusnahkan tanaman di kebun penduduk tidak akan selesai dan memerlukan kerja sama daripada pelbagai pihak untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, pihaknya akan mengusulkan permasalahan ancaman gajah liar ini ke dalam Parlimen bagi mendapatkan maklum balas daripada kementerian berkaitan dan langkah mengatasinya.

“Masalah gajah liar di Jerantut dan di negeri ini dilihat perkara yang besar kerana gajah liar itu sudah memasuki kawasan perkampungan dan rumah penduduk. Ini melibatkan soal keselamatan dan nyawa penduduk.

“Penduduk juga mengalami kerugian besar kerana tanaman mereka musnah dimakan kumpulan gajah liar itu dan merupakan punca pendapatan mereka,” katanya.

Ahmad Nazlan berkata, ancaman gajah liar ini turut berlaku di kawasan Kuala Tahan yang mana ia merupakan salah satu kawasan pelancongan terkemuka dalam negara.

Menurutnya, jika masalah ini tidak diatasi dikhuatiri jumlah kehadiran pelancong ke Taman Negara semakin berkurangan ekoran faktor keselamatan.

“Tidak mustahil jumlah pelancong ke Taman Negara akan berkurangan kerana mereka bimbang keselamatan mereka terancam ekoran kehadiran gajah liar ini. Difahamkan, gajah liar itu turut memusnahkan pagar sebuah sekolah di Kuala Tahan itu,” katanya.



samseng gajah..harap polis dan pihak terlibat lancarkan Ops Cantas di sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajukkkk...
Misleading betoi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:26 AM | Show all posts
samseng nie tak de ke kat senarai samseng tu ek?????...aahks!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:00 AM | Show all posts
owhh... ni samseng terjaga. xboley jentik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 11:05 AM | Show all posts
wahhh..tajuk tt tak menahan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 11:32 AM | Show all posts
cettt...t'tipu ak...igt samseng nk tnjuk protess td..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055750 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list