CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11359|Reply: 109

[Tempatan] {8}Hentak buku di kepala, cara guru beri motivasi kpd pelajarnya !

[Copy link]
Post time 11-9-2013 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Alor Gajah, 11 September : Seorang ibu kepada pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Talib Karim mendakwa mata kanan anak lelakinya bengkak dan penglihatannya kabur selepas dipukul seorang guru lelaki, 7 September lalu.

Zurina Ibrahim, 40, ibu kepada Izzul Fahmi Zainal, 15, berkata, sebelum kejadian anaknya bersama tiga rakan mereka bersiar-siar di bandar ini dan duduk di atas pentas di Dataran Keris, di sini, sebelum dilihat guru berkenaan pada 1 September lalu.

Dakwanya, kira-kira jam 9.30 pagi, Sabtu lalu, guru itu bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan beberapa kali, malah kepala anaknya turut dipukul menggunakan buku teks.



“Sejurus pulang dari sekolah, Izzul terus tidur dan saya hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dimaklumkan ibu kepada rakannya Nur Najwa Najihah Mohd Shah, 13, yang turut dipukul guru berkenaan.

“Selepas mengejutkannya saya terkejut melihat mata kanannya merah dan bengkak, apabila ditanya dia memaklumkan dipukul guru berkenaan di dalam kelas di hadapan pelajar lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelatang, di sini, kelmarin.

Menurutnya, sebagai ibu dia kecewa dengan tindakan guru berkenaan yang boleh memudaratkan kesihatan anaknya kerana ia membabitkan deria mata dan lebih membimbangkan sekiranya berlaku gegaran otak.


Izzul berkata, ketika berjalan di luar kelas Nurul Najwa, dia dipanggil guru berkenaan dan dimarahi.

“Guru berkenaan memukul kepala saya menggunakan tangan enam kali sehingga menyebabkan telinga dan mata saya bengkak, tidak cukup kepala saya sekali lagi dipukul menggunakan buku teks dengan kuat sehingga selepas kejadian saya kerap tidur kerana sakit kepala.


“Malah, dia turut memberi amaran tidak teragak-agak memukul sekiranya terlihat kami di dataran berkenaan selepas ini dan mengatakan tidak takut sekiranya tindakannya diadukan kepada keluarga,” katanya.

Sementara itu, Najwa berkata, ketika kejadian guru lelaki itu masuk ke kelasnya bagi mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani ketika sesi sekolah ganti sebelum bertindak memanggilnya dan bertanya sama ada dia ada melihatnya di Dataran Keris.

“Saya jawab tidak perasan, kebetulan ketika guru itu bertanya, Izzul  lalu di luar kelas dan guru itu mengarahkan dia masuk, kemudian saya diarah berdiri dan duduk di kerusi guru beberapa kali sebelum kepala dipukul buku teks sebanyak dua kali dengan kuatdan dihambur kata-kata kesat,” katanya.

Ibunya, Norhayati Md Yusof, 44, berkata tindakan guru itu mengakibatkan anaknya itu trauma dan malu ke sekolah kerana ia dilakukan di hadapan rakan sekelas serta sering sakit di bahagian kepala.

“Jika Najwa melanggar disiplin sekolah saya faham tindakan guru itu, tetapi difahamkan tindakan berkenaan diambil hanya kerana dia ternampak anak saya dan kakaknya bersama dua lagi rakan lelaki duduk di pentas berhampiran Dataran Keris.

“Bukan hanya di luar kawasan sekolah, sebaliknya ketika itu hari Ahad. Malah, saya tidak tahu kenapa hanya selepas seminggu baru guru berkenaan mahu menghukum mereka dengan cara begitu,” katanya.

Sehubungan itu, kedua-dua keluarga berkenaan nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap guru terbabit dengan membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
- Harian Metro

p/s katanyer...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis2 guru yg x boleh dipakai...rotan je...lastik telinga, bediri atas krusi...dah memadai, fizikal kontak pn kuat sangat smpi cedera...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:46 AM | Show all posts


ada insiden yg berlaku kot menyebabkan cikgu bertindak sedemikian? dendam ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:48 AM | Show all posts
Beban kerja cikgu sgt berat hoccayyyy jgn berani2 korang nak jentik para cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:49 AM | Show all posts
kalau setakat rotan leh laa accept lagi..sampai mencederakan....itu dah melebih......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:55 AM | Show all posts
Kalau dah ramai sgt cikgu segera,macam ni le jadinya.jadi cikgu sebab Takde kerja atau nak sgt kerja gomen...oh cikgu kpli...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2013 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
yipun_78 posted on 11-9-2013 07:46 AM
ada insiden yg berlaku kot menyebabkan cikgu bertindak sedemikian? dendam ke

Sekolah harapan dah ada kat melaka, apsal lah cikgu tu risau sgt......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:58 AM | Show all posts
jazaa posted on 11-9-2013 07:56 AM
Sekolah harapan dah ada kat melaka, apsal lah cikgu tu risau sgt......


cikgu pon nowdays mental gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
biosfree posted on 11-9-2013 07:45 AM
Jenis2 guru yg x boleh dipakai...rotan je...lastik telinga, bediri atas krusi...dah memadai, fizikal ...

Mn blh rotan..lastik telinga...
Bdiri atas kusi pn x blh kot...

Tp neh benda berlaku di luar sek..
Hari minggu..
Pehal over cg neh smpi hentak2 bdk tuh..gilo
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:00 AM | Show all posts
cikgu2 sekarang..klau nak pukul ke apa..kena tnya mak ayah dulu..jangan memandai..budak2 sekarang tak mcm aku sekolah dulu...siap bapak pesan kat cikgu..pukul je klau perangai tak elok..huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
juliajie80 posted on 11-9-2013 07:58 AM
Mn blh rotan..lastik telinga...
Bdiri atas kusi pn x blh kot...


Cikgu tu jeles kot......
Dia dah dekat 40thun tak de gf, budak ni umor 15 thun dpt dok kat dataran dpt dok kat dataran dgn gf......

Tensennnnn.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:09 AM | Show all posts
honeynuyun posted on 11-9-2013 08:00 AM
cikgu2 sekarang..klau nak pukul ke apa..kena tnya mak ayah dulu..jangan memandai..budak2 sekarang ta ...

sbb ada cikgu yg memukul bukan utk mengajar tapi nak lepas marah
masa marah, cikgu tu tak sedar kekuatan yg dilepaskan kepada batang tubuh anak murid
kalo pekak, buta, cacat murid tu cikgu tu nak ganti ke anggota badan yg rosak tu?

kadang2 cikgu ni mcm tak pernah belajor psikologi jer
elok le cikgu2 mental dan panas baran direhatkan drpd mengajor dan sistem pendidikan
pi anto jadik warden jaga banduan
cer tgk, agak2 dia boleh lepas ke lepas lempang banduan2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:12 AM | Show all posts
sila check mental condition cikgu neh juga bawak pi darul syifa kut2 ada saka toknenek melekat
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
honeynuyun posted on 11-9-2013 08:00 AM
cikgu2 sekarang..klau nak pukul ke apa..kena tnya mak ayah dulu..jangan memandai..budak2 sekarang ta ...

Pukul pn berpada-pada la....ni dah smpai kepala sakit, mata bengkak.....dah lain macam, pukul mcm stail begaduh je....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 11-9-2013 08:01 AM
Cikgu tu jeles kot......
Dia dah dekat 40thun tak de gf, budak ni umor 15 thun dpt dok kat datara ...

Ke dia ader ati dgn itu bdk pmpuan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:22 AM | Show all posts
biosfree posted on 11-9-2013 08:17 AM
Pukul pn berpada-pada la....ni dah smpai kepala sakit, mata bengkak.....dah lain macam, pukul mcm  ...

itu lah..bab pukul memukul ni tak boleh dibuat main..
kononnya nak acah je..terus lebam..
ada ke pukul ngan rotan walaupn perlahan..tak berbirat..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
juliajie80 posted on 11-9-2013 08:20 AM
Ke dia ader ati dgn itu bdk pmpuan....

Budak pompuan tu baru 13 thun......kecik bebenor....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 11-9-2013 08:27 AM
Budak pompuan tu baru 13 thun......kecik bebenor....

Haihh..jgn tatau bdk2 skrg..
Ader je bdn besar subur makmur...

Rupa n perangai pn matured taww..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
juliajie80 posted on 11-9-2013 08:29 AM
Haihh..jgn tatau bdk2 skrg..
Ader je bdn besar subur makmur...


Ha'ah ek......
Kulit cantik lak tu, putih gebus.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:48 AM | Show all posts
aku harap pihak berkuasa amik tindakan tatatertib kepada cikgu yang kuang ajor nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081636 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list