CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7541|Reply: 16

Jadual dan Keputusan Pestabola Merdeka 2013

[Copy link]
Post time 7-9-2013 07:57 PM | Show all posts |Read mode

Perlawanan Pestabola Merdeka tahun 2013 merupakan edisi yang ke 41. Selain Malaysia, kejohanan kali ini turut disertai Singapura, Myanmar dan Thailand bawah 23 tahun

Untuk info, kali terakhir kejohanan diadakan ialah pada 2008 dan skuad bawah 23 tahun Vietnam muncul juara menewaskan skuad negara yang ketika itu dibimbing B. Sathianathan menerusi sepakan penalti 6-5

Selain itu, Kejohanan kali ini juga merupakan yang pertama diadakan di luar Kuala Lumpur dan akan dimainkan dari 07 September hingga 14 September 2013 di Stadium Darul Makmur

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Muda dalam kejohanan ini

Tarikh
Masa
Pasukan
vs
Pasukan

7 September
5.30 ptg
Malaysia
1 – 0
Singapura

8.45 mlm
Thailand
Myanmar

9 September
5.30 ptg
Thailand
Singapura

8.45 mlm
Malaysia
Myanmar

11 September
8.45 mlm
Malaysia
Thailand

8.45 mlm
Singapura
Myanmar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 07:58 PM | Show all posts
motip kat sini?

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:59 PM | Show all posts
@maxim katuppp motif kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:59 PM | Show all posts
salah board!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 08:10 PM | Show all posts
ye la salah board ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 08:11 PM | Show all posts
apakahhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 08:12 PM | Show all posts
Hahahahana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2013 10:35 PM | Show all posts
Ada chance Juara nampaknya Malaysia Pestabola tahun ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 11:21 PM | Show all posts
Tahniah Malaysia...

Malaysia-2
Myanmar-1
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 07:42 PM | Show all posts
so bila nak tahu juara...??
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 10:50 AM | Show all posts
Final 17/09/2013

Ong Kim Swee's tactic > Rajagobal's tactic

I'm rooting Ong Kim Swee for the Harimau Malaya coach.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 11:13 AM | Show all posts
none88 posted on 11-9-2013 07:42 PM
so bila nak tahu juara...??
hehe

hari sabtu ni mesia mmg ada peluang sgt cerah nak menang

btw top scorer smlm rozaimi sgt ensem


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 11:14 AM | Show all posts
haiku posted on 12-9-2013 10:50 AM
Final 17/09/2013

Ong Kim Swee's tactic > Rajagobal's tactic

setuju..harimau muda bg lim teong kim jaga
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 11:46 AM | Show all posts
MALAYSIA FOOTBALL TEAM
#Biodata

• Nama penuh ☞ Mohammad Rozaimi Bin Abdul Rahman
• Tarikh Lahir ☞ 11 Jun 1992
• Tempat lahir ☞ Bongawan, Sabah
• Tinggi ☞ 175cm
• Posisi ☞ Penyerang

• Karier
» 2010-2012 ☞ Sabah Piala Presiden
» 2010-2011 ☞ Sarawak
» 2011-Kini ☞ Sabah
» 2012 ☞ Selangor (Pinjaman)
» 2012-Kini ☞ Harimau Muda A (Pinjaman)

Rozaimi membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada tahun 2012 menentang Sri Lanka. Beliau menjadi tumpuan ramai selepas menjaringkan 10 gol dalam 5 perlawanan di Kelayakan AFC U-22 Asian Cup 2013 bersama Harimau Muda A dan beliau berjaya menjadi penjaring gol terbanyak dalam kejohanan tersebut. Rozaimi Abd Rahman telah di pilih oleh ESPN Soccernet sebagai antara 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012.


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 12:26 PM | Show all posts


Pasukan Harimau Muda A bersiar-siar di Teluk Cempedak melepaskan stress perlawanan sebentar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:30 PM | Show all posts
Kim Swee akui makin pening
9/12/2013

[backcolor=rgba(190, 190, 190, 0.2)][url=][/url][url=]
[/url]
[url=]
[/url]





Ong Kim Swee (tengah) ketika sesi latihan skuad Harimau Muda.








Persaingan sihat dikalangan pemain Harimau Muda ketika ini membuat ketua jurulatih, Ong Kim Swee semakin pening dalam menentukan kesebelasan utama untuk aksi final Pestabola Merdeka nanti.

"emain membuktikan mereka boleh bermain bila-bila masa. Ini tanda positif di mana kita mempunyai banyak pilihan.
"Rozaimi kita kenali mempunyai sentuhan gol. Tetapi dalam setiap perlawanan berbeza kerana saya perlu memikirkan banyak aspek tentang kekuatan lawan.
"Walaupun menjaringkan dua gol tapi peratus daripada apa yang perlu dilakukan sebelum apabila kita bertahan amat memainkan peranan.
"Bukan bermakna mereka berasa rasa kecewa, bagi saya mereka harus sedar tiada jalan pintas untuk sesiapa pun yang memikirkan mereka tetap berada dalam kesebelasan utama," katanya.
Pengedali kelahiran Melaka itu mencongak taktikal berlainan dengan merehatkan Irfan Fazail, Junior Eldstal mahupun Nazmi Faiz di bahagian tengah. Sebaliknya Saiful Ridzuwan Selamat dan Nasir Basharuddin juga turut tidak menghampakannya apabila diberi peluang.
Beliau berpuas hati dengan penjaring gol pertama, Nasir Basharuddin yang dianggapnya bekerja keras, membantu ketika bertahan dan sempat menjaringkan gol.
"emain tahu mereka ingin merebut tempat ini merupakan persaingan yang sihat dan akan memeningkan kepala saya selepas ini asalkan untuk tujuan yang cukup positif," tegas Kim Swee.
Kim Swee turut gembira kerana kesemua kesebelasannya bebas daripada pergantungan dan kecederaan yang serius yang boleh menjejaskan persiapannya menentang Myanmar di perlawanan akhir.
Tiket perlawanan Pesta Bola Merdeka edisi ke-41 (7-14 September) boleh dibeli menerusi www.ticketpro.com.my. Ia juga boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline +6(03)7880-7999.
Tiket untuk perlawanan akhir pada Sabtu, 14 September 2013 di Stadium Darul Makmur dikekalkan pada harga RM20 (free seating) dan RM50 (grandstand). Manakala tiket aksi tempat ketiga dan keempat di Stadium Temerloh yang berlangsung pada hari yang sama berharga RM20 (tempat duduk bebas) dan RM25 (grandstand).



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 03:33 PM | Show all posts
go Harimau Muda go !
Skuad ini lebeh berkeyakinan utk lebeh maju dan bakal ke Piala Doniya tahun 2020 di Bukit Jalil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.132598 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list