CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14407|Reply: 154

[Tempatan] {8}Abg jadi pendinding ceroboh penyamun terhadap ibu & adik- pic 142-143#!

[Copy link]
Post time 4-9-2013 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Demi maruah adik, ibu


Rompin, 4 September : Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka  di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

   Dalam kejadian  jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26,  parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.



   Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

   Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

   “Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

   “Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

   Mohd Arsyad berkata, seorang  penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

   “Tanpa mempedulikan kesakitan, saya  melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,”  katanya yang bekerja kampung.

   “Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

   Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

   “Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa  sakit,” katanya.

   Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah  jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

   “Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

   Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun  lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

   Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.

p/s syabas Mohd Arsyad Othman... semoga segera sihat dan dirahmati kehidupan anda !



Last edited by tongkatwaran75 on 5-9-2013 07:58 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 07:10 AM | Show all posts
ini memang anak jantan! syabas!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:11 AM | Show all posts
sejuk perut mak dia mengandungkan dia, berjasa selamatkan ibu dan adik walaupon teruk luka yg dia terima
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:14 AM | Show all posts
tabik spring kat anak jatey nie....
kalo dah berkeluarga ... sure akan menjadi somi dan bapak yang bertanggung jawab
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Manowar!

Hail to you, brother!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:20 AM | Show all posts
Kering habis Arsyad,... mmg kering...hurmat tul aku kat dia... Allah tolong dia bagi dia tak rasa sakit2 ketika berentap.... hebak tul...

Bagi pak pak muntri, ini kes masih lagi terkawal.... pak2 muntri tak kena lagi camni, maka tak dapat rasa hazab nya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2013 07:28 AM | Show all posts
nexusys posted on 4-9-2013 07:20 AM
Kering habis Arsyad,... mmg kering...hurmat tul aku kat dia... Allah tolong dia bagi dia tak rasa sa ...

boleh jadi pelakon kl gengster 3
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:33 AM | Show all posts
Akibat kebanjiran pendatang asing, rakyat tempatan menjadi mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 07:36 AM | Show all posts
Nasib x meninggal..kalau x , tah apa nasib mak n adik dia  

Tahniah kerana menjadi  abang dan anak yg berani  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:43 AM | Show all posts
skrg nk tido kene standby snjata, apa2 besi besbol, parang letak bwh tilam ka katil ka yg mudah dicapai..

sib baik dia smpat capai besi tu, klu tak, tak tau apa jadi..

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:45 AM | Show all posts
Bagus dak laki nih..

Bila la nak hapus pati siyal nih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:46 AM | Show all posts
warga asing? indon? siam? myanmar? vietnam? suluk? paki? bangla? colombia?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:47 AM | Show all posts
terharu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:09 AM | Show all posts
import lagi pekerja asing 40 juta....bongok
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:18 AM | Show all posts
bngok tol pnyamun ni...rspect gler kat laki ni......hebat!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:27 AM | Show all posts
perghhh!!!!~ 8 lawan 1
sapa kater lelaki melayu tak kuat

Tahniah buat mu abang ... seharus nya orang gni dapat penghargaan haa

Dari kejauhan doa semoga cepat sembuh ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 08:27 AM | Show all posts
nyawa jadi taruhan... mujur selamat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:28 AM | Show all posts
Bagi pak pak muntri, ini kes masih lagi terkawal


ayat yg x bisa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:32 AM | Show all posts
nie satu sikap yg patut kita contohi.......bangga koz masih ada lelaki yg seberani nie......
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 08:33 AM | Show all posts
syabas arsyad.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 1.212696 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list