CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 7

[Tempatan] {2} Ajal ketika bacaan khutbah !

[Copy link]
Post time 31-8-2013 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar, 31 Ogos: Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

  Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

  Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.



  Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.

  “Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

  “Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


YUSOF menunjukkan cara Arshad bersandar ke dinding masjid sebelum menghembuskan nafas terakhir.


  Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.

  “Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.


  Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.

  “Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

  “Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.

  Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.

  “Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

p/s Merdeka !!!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2013 07:33 AM | Show all posts
ada kaitan dengan rokok jua...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sampai ajal nyer.... innalillah....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 08:18 AM | Show all posts
Semoga dirahmati Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 08:25 AM | Show all posts
takziah buat keluarga mangsa....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 08:32 AM | Show all posts
semoga Allah mengampuni dosa dosa nya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2013 08:43 AM | Show all posts
takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 09:18 AM | Show all posts
bukan mati sebab merokok ni dh mcm mati bunuh diri ka?
sebab dh terang2 tau rokok tu byk keburukan, tapi dihisap juge smpai jatuh sakit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052679 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list