KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mendendangkan buat pertama kalinya lagu ciptaan beliau 'Tanah Tumpah Darahku' sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56.
Beliau mempamer kebolehan menyanyikan lagu itu di pekarangan pusat membeli-belah Pavillion di sini ketika menyaksikan pertunjukan 'flash mob', persembahan pentarama dan pemuzik jalanan.
"Saya tak sangka saya boleh menyanyi di khalayak ramai. Tapi ramai lagi yang mengatakan dengar pertama kali tak berapa sedap," katanya berseloroh ketika ditemui pemberita selepas itu.
Ahmad Shabery berkata lagu itu merupakan satu mentera bagi memupuk semangat cintakan negara dan keperluan menghargai keamanan yang dinikmati Malaysia ketika ini hasil perjuangan pejuang terdahulu.
"Hari ini kita jadi aman kerana peranan yang dimainkan oleh tentera dan polis... lagu ini kita tujukan kepada mereka," katanya.
Cuaca panas terik tidak menghalang Ahmad Shabery meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi menyaksikan semua pertunjukan 'flash mob, persembahan pentarama dan pemuzik jalanan malah beliau turut menari bersama 150 penari dari Kolej Komuniti, Istana Budaya dan Komuniti India. - Bernama
Lagu Kemerdekaan Malaysia 2013 - Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Tajuk: Tanah Tumpah Darahku
Mara
Kita halilintar tiada gentar
Puncak dunia Malaysia
Sudah bergema
Kita halilintar tiada gentar
Bendera kita terus berkibar
Wira menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putra putri
Kita terus tempur bawa semangat
Negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku ...Tanah tumpah darahku
Mara Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira... menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahlu
Mara... bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku (6X)
Lagu: Joe Farizal & Aye
Lirik: YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek
Tajuk tukar la "Pavillion, Tempat Tumpah Air Liur Berbuihku..."
Bagus muntri mesia... siap boleh menyanyi, menari bersama kat public... berjiwa rakyat bukan?
Post time 29-8-2013 09:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bukan dgr pertama kali je x sedap... dgr 800 kali pun x sedap gak datuk seri oiii... dia x sedar ke komposer2 kat malaysia ni ramai yg mencerca lagu tersebut?
Masa rakaman konsert hari raya radio melaka FM
Menteri besar Melaka Idris Haron nyanyi
Terkejut aku
Sedap weh suara dia
Macho... cam penyayi pro
Cuma x sehebat penyanyi pro larr yg hari2 nyanyi
Dia ni mungkin kdg2 nyanyi karaoke
Tp memang sedap weh