CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 11

[Tempatan] Restoran terbaik tiada lesen

[Copy link]
Post time 27-8-2013 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Restoran terbaik tiada lesen

Kuala Lumpur: Beberapa struktur sebuah restoran yang pernah mendapat anugerah restoran terbaik di Jalan Dungun, Bukit Damansara, di sini dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi tanpa lesen.

Timbalan Pengarah Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan DBKL Norzaini Noordin berkata, selain tidak berlesen, tindakan itu diambil selepas mendapati restoran itu turut melakukan dua kesalahan iaitu perancangan dan aktiviti tanpa kebenaran serta binaan struktur tambahan tanpa kebenaran.

“Pemilik langsung tidak mendapat kebenaran untuk menukar premis miliknya dari kediaman kepada restoran, menyebabkan mereka beroperasi secara haram.

“Malah, mereka juga tidak mendapat kelulusan untuk binaan struktur baru di situ menyebabkan DBKL terpaksa merobohkannya dalam operasi kali ini,” katanya kepada media ketika mengetuai Op Roboh di sini semalam.

Katanya lagi, berdasarkan Undang-Undang Kecil Seksyen 72, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 akibat membina struktur tanpa izin, DBKL terpaksa meroboh struktur tambahan terbabit atas faktor keselamatan awam.

“Dalam hal ini, DBKL tidak boleh berkompromi kerana pembinaan di restoran itu tidak membabitkan kajian terperinci bagi memberi jaminan keselamatan kepada orang luar yang mengunjungi tempat itu.

“Selain itu, kami turut mendapat aduan dari penduduk setempat bahawa operasi restoran ini menyebabkan bunyi bising sehingga lewat malam, sekali gus mengganggu kejiranan selain menyebabkan halangan laluan jalan raya di sini.

“DBKL sudah menghantar beberapa notis dan kali terakhir pada 29 Jun lalu. Sebelum itu beberapa tindakan lain juga sudah diambil termasuk kompaun dan sita barang, tetapi pemilik premis masih lagi meneruskan operasi di situ,” katanya.

Berdasarkan laman web restoran itu, premis berkenaan mula beroperasi pada 10 Oktober 2010 dan pernah menerima beberapa anugerah.

Sementara itu, wakil pengurusan restoran yang enggan dikenali berkata, pihaknya dalam proses perpindahan ke lokasi baru di Petaling Jaya, tetapi memerlukan sedikit masa untuk melakukannya.HARIAN METRO


Dapatkan berita semasa di https://www.facebook.com/pages/Bersama-berjuang/558715350824914
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 03:37 PM | Show all posts
so lain kali berhati hati lah yer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 03:44 PM | Show all posts
salah 1 restaurant nasi arab kt jalan tun razak..td lalu tgk dbkl ngah runtuhkan..punye la bsr building die..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 04:07 PM | Show all posts
Elok sangat lah
Depa ni sesuka hati mak bapak depa jer tambah bangunan sana sini
Maklum lah, sebelum ni DBKL pon x tegas
Sejak ahmad Phesal jadi datuk bandar ni.. byk improvement
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 05:02 PM | Show all posts
jalankan tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 05:05 PM | Show all posts
jadi restoran terbek ni apekah restorannya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2013 05:05 PM | Show all posts
kasi roboh je mana2 struktur yg mengganggu pejalan kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
opis lama aku kt jln dungun ni...celah bedah mana lak ada restoran terbaik ni?? x penah ku tahu pun
sbb area situ cam limited choices la utk lunch...so weols slalu deting kt pusat bdr damansara or p ttdi or pi BSC je
mana lak restoran yg dikata bagai dlm sokkabar ni????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 08:48 PM | Show all posts

rstoran ape kt situ?ade kedai mamak aku pasan..makan kt medan damansara tu ape name restoran siam tu.sri atuya ke ape..situ mmg tebaik..makanan sedap2..harga pun sedap gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 08:49 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 28-8-2013 08:39 PM
opis lama aku kt jln dungun ni...celah bedah mana lak ada restoran terbaik ni?? x penah ku tahu pun
...


ang makan kat ali maju ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 28-8-2013 08:49 PM
ang makan kat ali maju ka?

kdg2 ali maju (sbb nak craving for teh 3 layer)
kdg2 kt kfc, mekdi, piza hut, secret recipe or roastduck kitchen
tp kalu sangap sgt, weols g BSC..kt Burp situ nasi hayam hainan sedapppppp gile
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:42 PM | Show all posts
Restoran apakah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.396865 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list